Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

July 18, 2013

makan dalam talam/dulang sunnah nabi...

Assalamualaikum.....

sebelum check in dapur utk masak juadah iftar hari ini... moh kita hupdet blog :)

minggu lps en.suami request nak makan nasi beriani kambing & tetiba dia kata nak makan dalam dulang.. kat umah ni mmg x penah ada dulang bulat yg besar tu...yg ada pun bentuk 4 segi bujur tu pn sekeping je..

rasa mcm seronok plak kan makan berjemaah mcm tu...mesti lbh meriah makan sedulang dgn suami & anak2... so,ptg tu kami ke cowboy mencari dulang...


iklan yer... hero ni pantang jumpa stereng,tangan terus lekat kat situ.... ^____^


saya masak beriani guna beras ni.. kak nor yg memperkenalkan kpd saya.. terima kasih kak :) mmg puas hati.. xtra panjang tu...huhuuuu


adk beradik nasi beriani... opkos lah rojak pencuk @ jelatah ni kan... :)



beraini kambing yg mabelesss (puji diri sendiri...heheheee.. ) tp plg best papadom made abu dhabi tu siyes mmg mantop! sedapp sgt.... thanks BFF.. (pssstttt...saya dah order 500gm huhuuu) en.suami sebenarnya x suka makan papadom yg bentuk kotak2 kecik tu..klu makan beriani mmg dia x penah ambik.. tp yg ni dia kata mmg sedap.... BFF blh buat bisnes ni... :)


mmg sungguh meriah makan b'rebut2 dgn anak2 kan.... see tggl tulang je.. maaf lah gambar ketaq maklum lah snap guna tangan kiri...

sejak tu kami mmg sentiasa makan dalam dulang... anak2 plak seronok.. tp yg kelakarnya afiqah kata "mama arini kita makan dalam kuali ke...?? " ya adoiii..... 


ni menu iftar ke 6 : labu masak lemak,ikan kembung bakar & bandi celur cicah sambal asam....


menu iftar ke 7 : nasi ambeng....tp x cukup syarat sbb malas nk buat mi grg... 

alhamdulillah mmg seronok mkn dalam dulang ni...menambahkn kemesraan & ank2 pun b'selera mkn...



Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan.

Apa keuntungan itu?

1.  Pahala yang berlipat ganda
2.  Keberkatan

Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu












alhamdulillah sejuk cuaca petang ni... hujan rahmat di bumi melaka..

July 12, 2013

shabsuka ~ makanan arab

Assalamualaikum....

selamat berpuasa :) baru sempat nak mengucapkan selamat berpuasa buat sahabat2 saya.... w'pun agak terlewat (biasalah lia mmg sinonim dgn "lewat" "lambat"..heheeee)  tp nak jugak wish

alhamdulillah hari ini 3 Ramadhan... bermakna dah 3 hari kita semua mengerjakan ibadah puasa.... 

hari pertama puasa cuaca kat melaka mmg panas... kesian juga dgn anak2 yg keletihan, saya x pernah memaksa anak2 utk berpuasa penuh..klu x larat buka.. dapat 1/2 hari pun dah memadai..tp masing2 nak tunggu azan maghrib...

klu ikutkan damya thn lepas pun dah mula puasa penuh... dapat 5-6 hari mcm tu lah (dah ingat2 lupa) dan tahun ni dia berazam utk puasa penuh sebulan... alhamdulillah w'pun di hujung2 waktu ada juga lah drama beberapa babak2... babak penuh dgn airmata...mengadu lapar tp bila di suruh b'buka x mau.. dan masa tu dah pukul 6.30ptg... b'kali2 saya suruh buka tp dia terus menangis...afiqah lagi lah.. tetiba tanya "mama bila nak subuh ni....???" ^_____^ mcm2 ragam anak2... 

menu iftar pertama saya buat soto & puding sago gula melaka air milo ais request dr anak2 saya ikut je...

hari kedua ramadhan cuaca sejuk...dari pagi sampai ke petang cuaca redup je... damya pun dah xde lah drama2 lagik cuma afiqah bila tgk adik minum susu dia agak t'liur juga... kesian tp tu lah bila di suruh b'buka x nak....

menu kedua saya masak kari daging,sayur campur grg, sotong grg tepung... dessert smlm pnya ada lagik.. so jgn membazir.. & air carrot susu.....

ok lah arini sebenarnya nak share satu resepi yg dah lama saya simpan, setiap kali nak buat asyik manjang x sempat.. jd sebelum ramadhan aritu saya cuba buat.. sbb menurut kata tuan punya resepi yg dah b'ulang2 kali buat shabsuka ni menu ni sesuai di makan ketika iftar....


patutlah kak ayu suka shabsuka ni mmg serius sedap!! pada saya lah.... org lain saya x tahu..ye lah citarasa masing2 kan... jd menu ni akan ada ulang tayang lagi di bulan ramadhan kali ini....

Shabsuka 

Sources:-From resipi.net via Ayu @Curlybabesatisfaction

Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)

   Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)


Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)

Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)



Note* Another method of serving shabsuka.
Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake)..
and dip in with bread.-(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan  dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)
 


sedap di makan panas2... anak2 saya mmg cukup suka makan telur 1/2 masak jd mmg kene lah dgn citarasa dia org... damya n afiqah makan b'tambah2...

















menu iftar ke 3 : tomyam, kangkung grg belacan, sotong grg tepung & air laici,dessert puding karamel.... sekian. heheeeee....

August 03, 2011

Nasi Daun Ketumbar


Nasi Daun Ketumbar....antara menu yg mmg aku t'ingin sgt nak buat, dah lama simpan resepi n mmg saje tunggu bulan ramadhan baru nak cuba....alhamduilillah hasilnya mmg sgt memuaskan hati n selera... ^_____^

nak membuatnya x lah rumit...lagi pun guna beras biasa pun xper.cuma klu dapat guna beras basmathi lagi best agaknya.....smlm aku buat guna beras biasa jer....

aku padankan nasi daun ketumbar ni dgn ayam masak merah, aku rasa korang semua pun mesti dah terror masak ayam masak merah ni kan..x yah lah aku ltk resepi kat sini....aku share resepi nasi daun ketumbar jer yer...sbb ramai member2 kat fb yg bertanya ttg resepi nasi ni....

aku buat 1/2 jer drpd resepi asal ni sbb yg nak makan pun cuma 2 org dewasa + 2 org budak yg comel n gebusss.....ikut kuota resepi utk 7 org makan tu....sesuai lah klu nak buat masa raya nnti kan klu ada kawan2 yg nak bertandang.....resepi ni rasanya jarang org buat...kira lain dr yg lain lah & warnanya tu sgt menarik....cuma lain kali klu buat lagi aku nak tambah lagi sikit daun ketumbar yg diblend tu...smlm aku buat tu x terasa sgt lah aroma daun ketumbarnya...w'pun masa nasi tgh dimasak baunya mmg harum semerbak...wangiiiiii.....


NASI DAUN KETUMBAR

sumber :Kak Ayu S'pore, Kak Nor, Kak Wana & Ana

Bahan2-(7 orang)

  • 500g beras
  • 3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
  7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
nak jugak share menu kami berbuka semalam (ramadhan ke-2)

~ air 3 jenis yer smlm....kuat sungguh godaan nafsu bulan ramadhan nih...heheheeee....cuaca panas kan...bila tgk air tu wallahhhh...semua nak beli..... dari kiri : air tebu, air kopi (ni en.suami sorang yg minum) & air soya utk anak2 ~

~ cempedak goreng....peberet nih....skrg ni mmg tgh musim tp aku x tau lah berapa harga 1kg buah cempedak ni....klu yg dah siap grg tu 3 biji RM1 tau....mahal kan!! aku grg smlm sebiji puas makan smpi ke sahur.....cempedak free je ni ambik kat umah MIL... ^_____________^ ~

~ ayam grg drumstick utk 2 org budak yg gebusss n montel... ;) ~









p.s: menu utk hari ini simple jer.....bayam masak air+tauge+fish ball, goreng ikan, pajeri nenas (nenas lbh buat rojak masa buat nasi ketumbar ni ada lagi 1/2) , Hot & spicy mayonnaise prawn fry (perghhh....tajuk resepi x tahan) tp siyes sedap..aku dah penah buat sekali....mmg menjilat jari!!, kuih plak x kompom lagik..klu rajin aku buat karipap klu kurang rajin aku buat apam pisang....air mungkin air beras barli.....


August 02, 2011

Hari pertama Ramadhan...

Syukur alhamdulillah selesai sudah ramadhan hari pertama....

hari pertama berpuasa....aku blh t'lewat bgn sahur...nasib baik sempat juga lah makan w'pun makan bagai nak t'cekik rasanya.....huahuahuaaaa......dah set jam pukul 4.45pg tp dek kerana kepenatan mengemas umah slps balik dr kampung...mata blh t'pejam semula pulak.....ngeeee...(alasan..alasannnnnnn) nasib baik ada member bagi sms ucapan selamat b'puasa...bila aku tgk jam kat hp mak aihhhhh........terus t'loncat turun dari katil....

damya pulak mmg liat sungguh nak bangunkan anak dara sorang ni...maklum lah 3 hari bercuti di kampung...penat bermain & berjalan ke sana ke mari....pagi tu dia ok jer...sampai lah dekat pukul 12, afiqah blh plak request nak makan durian....puas pujuk dia supaya makan ptg nnti tunggu kakak b'buka tp x makan saman!! sudahnya b'alah juga lah baba...buka lah sebiji buah durian utk dia....elok je baba letak dalam mangkuk supaya dia makan jauh2 dr kakak...tp x der maknanya....depan kakak tu lah di tayang2 buah durian...dah ler baunya pun dah blh m'goyangkan iman kakak yg mmg 'hantu' durian tu....sabau je lahhh....

udahnya lebur juga puasa kakak....dapat bertahan sampai 1/2 hari je....masa mama kata blh makan durian...uihhh...laju je dia ambik,tp bila suruh minun n makan dia x nak pulak n kalut b'tanya "mcmana ni mama....??? kakak dah x dapat pahala lah yer..??? kakak dah x dapat masuk syurga ke...??? "

tp aku pujuk dia "x per lah...hari ni kakak puasa 1/2 hari, esok kakak sekolah...kakak cuba puasa penuh sehari, esok mama x bawakan bekal n air tau...kawan2 kat sekolah semuanya puasa...jd,kakak pun sama2 kene puasa.... " laju dia angguk kepala......itu pun smpi ke ptg mmg dia x makan...cuma susu je 2 botol..

w'pun aku t'lewat bgn sahur...aku sbnrnya x lah risau sgt sbb lauk mmg aku dah standby masak awal2 cuma bgn tu grgkan damya telo dadar jer....sahur hari pertama aku masak asam pedas ikan pari,telo masin n telo dadar...hajatnya nak tumis peria tp disebabkan dah kesuntukkan masa peria tu aku pending utk juadah b'buka....

ni lah menu b'buka semalam....

~ kurma Yusuf Taiyoob wajib ada...aku suka yg ni w'pun KURMA MADU YUTA ni yg paling murah...kat sini sekotak RM8,yg lain2 tu x berapa nak suka lah sbb isinya keras n kenyal sikit....b'gantung pada citarasa masing2 lah kan.... ~

~ air cincau..semalam panas sungguh cuaca..panas b'denting smpi ke petang....sesekali layankan lah tekak ni dgn ais....ikutkan aku mmg kurang sgt2 minum ais n air sejuk... ~

~ main menu: ikan terubuk masak pecal....lauk kegemaran ayahanda tersayang....ini sbnrnya masakan org jawa...sbb masakan ni ada letak cekur...tu daun2 yg aku tabur tu daun cekur lah...blh makan buat ulam,awet muda tau...!!! ^______________^ masak lemak pecal ni lbh kurang je dgn masak lemak cili api cuma p'bezaan yg ketara cekur tu lah...itu yg membuatkan rasanya b'beza... ~

~ ini lauk yg sepatutnya dihidangkan waktu b'sahur di bawa ke waktu b'buka pose.... ^______^ peria katak (peria yg kecit2 tu...bukan yg besar) goreng telo... ~

~ dessert : "kuih puteri dua sebilik makan durian" ekekekeeee...sesuka suki hati aku jer ngubah nama kuih ni....nama asalnya puteri dua sebilik jer...tp disebabkan inti dalam puteri tu aku ltk durian (musim durian la katakan....) tu yg aku kata puteri makan derian...ngeee.....sedap kuih ni...lbh kurang kuih tepung bungkus jugak lah kekdahnya....anak2 aku mmg laju makan..suka bebenor... ~

hari ni dah masuk hari ke-2 kita b'puasa....ptg ni insya'allah klu m'ikut menu nak masak nasi ketumbar..aku tgk kat blog kak ayu, kak nor & kak wana....sbnrnya ramai lg blogger masakan yg dah buat...aku pun x nak ketinggalan...nak juga merasa keenakkan nasi ketumbar ni.....

agak2 apa menu korang plak?????

selingan ni.....bujang sorang ni yg semakin mcm2 ragamnya....suka sembur2 air liuq bila makan...habis nestum pun terbang kat rambut mama....bila mama sebut "mata..mata" dia pun kelip2 mata......