Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Monday, 16 July 2012

APAM POLKADOT

hari ni dapat jugak curi sedikit masa untuk update blog yang dah bersawang ni..... seminggu dua ni CW duk siapkan assignment..lagi 2 minggu..final exam plak..... fokus2 ;))

untuk resepi anda boleh tengok kat entry ni ye;

Terima kasih Kak Azie untuk resepi ni.

Sunday, 27 May 2012

APAM PANDAN

Salam & salam sejahtera kepada semua pengunjung blog CW. mohon maaf kerana belum sempat untuk berbalas kunjungan..ada yang CW dah lawat, tapi tak sempat  nak tinggalkan komen... Sibuk sangat2 jumaat sabtu lepas. hihihi..biasala kalau balik kampung..mana sempat nak mengadap lappy 24jam.. hari jumaat tu keluar shopping dengan kakak dan abang kat Kota Bharu. keluar jam 8 pagi..sampai rumah 10 malam. KB Mall, Tesco, Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah..Parkson..Bazar Buluh Kubu.Pasar Wakaf Bharu...semua kami redah... :)) 

Letih nak berceloteh banyak2...cubala resepi apam mudah ni ye. Resepi spontan daripada Ummi CW ni...

Bahan-bahan:

2 cawan gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur
3 sk baking powder
1 sk ovalet
2 sb susu cair
3/4 cawan air + 4 helai daun pandan
sedikit esen pandan (kalau tak suka tak payah letak ye..bau dia kuat sangat)
secubitgaram
pewarna hijau 

Cara-cara;
  1. Panaskan air di dalam kukusan. balut tudung kukusan dengan kain.
  2. campur kesemua bahan kecuali pewarna hijau dan pukul sehingga sebati dan gebu
  3. bahagikan kepada 2 bahagian. 
  4. warnakan 1 bahagian dengan pewarna hijau.
  5. masukkan ke dalam acuan secara berselang seli sehingga habis.
  6. kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. 

Tuesday, 22 May 2012

APAM COMEL

apam comel @ apam polkadot. tempahan daripada seorang kawan. apam ni lembut.. tapi tak puas hati tang surface dia tu, sapa tau macam mana nak bagi smooth ye??yang CW buat ni ada lubang2 halus..tengok jauh tak perasan. nampak comel je.. tapi bila tengok dekat nampak sangat2..

tang warna pun tak puas hati, masa adunkan warna tu elok je terangnya...tapi bila dah lepas kukus... pudar je..pucat ala2 tak bermaya gitewwww...

apam comel yang pernah cikwan cuba...boleh tengok kat sini dan kat sini jugak.

Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

Monday, 21 May 2012

APAM PISANG

Apam ni CW buat semalam, nak habiskan stok pisang montel yang dah 2-3 hari CW beli. kalau dibiarkan, membazir je..makan saja pun sedapp....tapi disebabkan mood terlebih rajin tu datang..layan je lah.cantik tak CikPinky menyibuk kat situ??heheh

Bahan-bahan:

4 biji pisang montel

200 g tepung gandum - diayak 
180 g gula halus
120 g mentega - dicairkan

3 biji telur
1 sk soda bikarbonat - diayak

1 sk baking powder - diayak
2 sk ovalette
2 sb susu cair 

secubit garam

Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan (api sederhana)
  2. Putar telur bersama ovalette hingga kembang
  3. Blend pisang bersama gula halus, mentega cair, susu cair dan secubit garam
  4. campurkan adunan 1 & 2.
  5. masukkan tepung gamdum, soda bikarbonat, baking powder dan gaul sehingga sebati
  6. tuangkan ke dalam acuan (CW guna acuan paling kecik)
  7. kukus 10-15 minit atau sehingga masak (balut tudung kukusan dengan kain atau alaskan dengan aluminum foil)
 
sedap! makan2 sambil tengok tv.sedar tak sedar..dah habis. (^_*)
selamat mencuba!
 
Wednesday, 18 April 2012

APAM ANGRY BIRD & LADY BIRD

si burung marah..disebabkan kan takde kaler merah...
 warna pink pun ok kan.. =)

2 ekor burung - lady bird and angry bird

Peace! 

knapa tu Zaim tu...macam dah tak sabar2 je tu...

haa...dan ini dia pendeko burung-burung di atas ye!

dengan penuh teliti dan bersungguh sungguh tu.......

malam2 buta, excited sangat dia bila CW tunjuk gambar2 apam2 angry bird kat internet.

terus ajak buat... layan kan aje...

Syahmi2.. 

untuk resepi boleh rujuk kat sini atau kat sini ye!

Saturday, 14 April 2012

APAM INDON

Sumber Idea & Resepi: Kak Azlita, Kak Yatie & PCMG

CW adjust skit resepi ni, ingatkan tak jadi...tapi alhamdulillah...elok je kejadiannya...
jom minum petang!

=)

Sunday, 25 March 2012

APAM POLKADOT II

tak sampai seminggu, ni kali ke-2 CW mengapam & mengedot (buruk benor bunyinye kan... hehehe)
kali pertama boleh tengok kat link ni (APAM POLKADOT) yang kat atas ni CW buat sebab dapat 'order' dari abang CW untuk kawan2 kat sekolah dia. tapi, siyes lah..CW dah jatuh hati dengan apam dot2 yang comey2 dan cute2 tu! =)

Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

 comel kan??

tapi yang 2 ketul ni..tercomel lah..
love!

UNTUK TEMPAHAN UNTUK APAM POLKADOT / APAM DOT DOT:

BOLEH HUBUNGI CIKWAN DI TALIAN - 016-9805192

TEMPAHAN DI SEKITAR TERENGGANU TERUTAMANYA KEMAMAN, BESUT DAN SETIU.

HARGA BOLEH DIRUNDING. 

Thursday, 22 March 2012

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...