Showing posts with label Mufin. Show all posts
Showing posts with label Mufin. Show all posts

Double chocolate chip muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni mood 'baking' terlebih rajin..bosan tiada buat apa-apa. Kebetulan pula semua bahan ada di rumah..lagipun sudah lama tidak buat mufin. Jadi, terus ja buat Double chocolate chip muffin.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Buat sarapan atau minum petang sesuai sangat la kan..

Rasa coklat di dalam dan diluar..tekstur ranggup diluar dan 'moist' di dalam sedap😀


Hasilnya jadi banyak..makan pun tak habis..jadi, bagi-bagi pada teman dan jiran..tidak la membazir kan..

Okeylah, sampai sini saja. Insyaallah jumpa di lain entri pula.

Sekian, wasalan.


Booth Sweet Red Cherry, terima kasih!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku ikut aktiviti jualan yang dianjurkan oleh BELIA Sipitang..aktiviti bulanan Youth corner dan ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2016..

Sekali lagi SRC bergabung dengan HCB dimana terdapat aneka homemade coklat yang comel-comel dan pelbagai jenis kek budget yang 'hot' di pasaran, apam dan mufin..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Syukur alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari pelanggan..terima kasih semua pada yang singgah dan membeli produk kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Antara gerai yang ada..gerai baju kanak-kanak dan bundle..yang lain tak sempat snap..heee ;)

Tempahan aneka kek budget atau homemade coklat, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

PROMO BOOTH JUALAN SWEET RED CHERRY!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom datang beramai-ramai ke booth jualan Sweet red cherry yang bermula pada:

Tarikh: 5&6 Mac 2016
Lokasi: Tempat parking kereta bersebelahan Shell Sipitang.

Sempena aktiviti bulanan Youth Corner Sipitang..

Pelbagai kek popular dalam bentuk 'budget' dengan harga mampu milik kami jual seperti cheese cake leleh, kek coklat moist,  graham cheese, salted cheese, kek batik,  apam ladybird dan mufin coklat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom support jualan Sweet red cherry..tq

Sekian, wasalam.



RESEPI MUFIN COKLAT CIP MUDAH ( EGGLESS )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan satu resepi mufin yang mudah. Tak perlu mixer..hanya gaul guna 'handwhisk'..sangat mudah disediakan bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia 'baking'..

Jom buat Mufin coklat cip mudah tanpa telur ( eggless )..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: MUFIN COKLAT CIP MUDAH ( EGGLESS)
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN KERING:
3/4 cwn gula perang
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn serbuk koko

BAHAN BASAH:
1 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
1 cwn air panas
1 sk esen vanila
Coklat cip secukupnya
Badam cincang-jika suka

CARANYA:
- Campur semua bahan kering dalam satu bekas dan gaul.
- Tuang bahan basah ke dalam bahan kering kemudian gaul memggunakan handwhisk hingga adunan sebati.
- Masuk coklat cip dan gaul.
- Tuang 3/4 adunan dalam papercup. 
- Tabur coklat cip dan badam cincang.
- Bakar suhu 180'c selama 15minit - masak.

- Selamat mencuba -


Boleh rujuk step di atas ni ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hasil yang telah masak..teksturnya sangat 'moist' dan rasa coklat yang berganda..nyum-nyum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku..insyaallah jumpa di lain masa..daaa..

Sekian, wasalam.


MUFIN VANILA MARBLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama aku tak buat mufin..tergerak hati untuk 'memufin' sebab nak bagi makan anak-anak buah aku..jadikan kudapan minum pagi atau minum petang..sebab dorang ni  asyik tanya buat apa pula hari ni? So, aku buatlah Mufin Vanila Marble..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap dan simple ja nak buat..

Aku buat banyak sikit..separuh untuk dimakan dan separuh lagi dijual..

Jom tengok resepi

RESEPI: MUFIN VANILA MARBLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( aku buat 'double' untuk adunan ni )
90g mentega
70g gula halus
110g tepung gandum }Ayak
1 sk baking powder  }
1 biji telur gred A
50ml susu segar
3/4 sk esen vanilla
3/4 sk collar emulco
1 sm serbuk koko ( aku tambah )
Coklat cip -hiasan

CARANYA:

  1. Putar mentega dan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang diayak secara selang sdeli dengan susu segar. Putar lagi.
  4. Masukkan esen vanilla. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian biar plain, 1 bahagian campur coklat emulco+ serbuk koko.
  5. Sudukan 3/4 ke dalam papercup. ( Sudukan adunan kosong, kemudian sudukan adunan coklat ).
  6. Lorekkan dengan lidi.
  7. Taburkan coklat cip.
  8. Bakar dalam oven suhu 180'c selama 20-25 minit.
- Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum bakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Boleh la buat minum petang nanti ;D

Okey lah, sampai sini saja dulu entri aku..jumpa lagi..daa

Sekian, wasalam.




Buat Graham cheese & Mufin Coklat Cip

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni menerima request dari sorang teman my sis, Liza yang teringin sangat makan Graham cheese..pernah dengar tak? Sila terjah entri ni, Kek Graham Cheese.. Kek ni lebih kurang macam layer cheese juga la..menggunakan biskut khas yang bernama graham..yang pasti memang sedap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

GRAHAM CHEESE
HARGA:RM13 ( 1 BAR )
LAYER: CREAM CHEESE
MIN ORDER: 3 BAR

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku ada buat sikit untuk aku dan my sis makan, paham-paham ja la kalau hantu cheese cake ni kan..memang nda kan pandai bosan dengan cheese..Haha..: p
Paling sedap makan bila yang sudah di 'chill' semalaman..kesedapannya berganda!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mufin coklat cip ni pula aku buat untuk anak buahku, Putri untuk dibawa ke sekolah agama hari tu..sebelum cuti sekolah ada majlis jamuan hujung tahun di kelasnya..so, murid-murid diminta bawa makanan dari rumah..lepas aku pikir-pikir buat mufin cepat dan mudah lagipun senang makan dalam bentuk individu, memang sesuai la aku buat mufin kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat mufin saiz 'small'..comel kan buat kecik-kecik

Menurut cerita Putri, mufin yang dibawa tu semua habis sebab kawan-kawan sekelas berebut makan termasuk la dia sekali..hehe..ada-ada ja budak-budak ni kan..tapi aku happy dengar sebab mufin tu laris..berbaloi penat 'memufin'..kihkih..

Okey la semua, sampai sini saja dulu..Thanx singgah sini dan baca entri hingga habis..

Pertanyaan/order: 012-8244251(bbwana)sms/whatsap
@ email: sweetred_cherry@yahoo.com
Tq


P/s: Baru-baru ni sempat berbalas whatsapp dengan aina akmal, dia sihat dan kirim salam dekat kawan-kawan semua..pada yang rindukan aina tu harap bersabar dan doakan yang baik-baik buat dia..dikna we love you bebeh!!!

MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua teman dan pengunjung blog Sweet red cherry tersayang..semantara tengah rilek-rilek ni aku mau konsikan satu entri mufin yang aku buat pada minggu lepas iaitu Mufin coklat oreo ( eggless )..mufin ni sangat sesuai bagi mereka yang alah pada telur..sebab bukan semua orang boleh makan telur..ada yang alahan jika makan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
Untuk resepi, aku gunakan resepi eggless coklat cake, tapi maaf la ya sebab aku nda ingat dari mana aku cedok resepi ni..apapun, thanx atas perkongsian resepi ni..untuk lebih sedap aku tambahkan dengan biskut oreo yang di patahkan kecil-kecil dan tabur atas mufin..kebetulan aku ada stok biskut oreo..hehe..jom semak resepi..

RESEPI: MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
DIBUAT OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/3 cwn minyak masak/butter cair
1 cwn air suam
1 sb jus lemon
1 sk esen vanila
Hiasan: Biskut oreo yang dipatahkan kecil

CARANYA:
  • Campurkan semua bahan-bahan kering dalam mangkuk. Kemudian campurkan semua bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul dengan whisk hingga semuanya sebati.
  • Tuang aduanan dalam papercup 3/4 cup mufin.
  • Taburkan dengan oreo.
  • Bakar suhu 170'C selama 25-35 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tekstur mufin agak moist..memang sedap dan layan makan mufin coklat kan..apalagi ada oreo..em, nyum-nyum..hehe..buat pun senang ja..hanya guna handwhisk..godek-godek kejap dah siap..sesuai juga dijadikan sebagai breakfast untuk anak-anak..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semuanya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di entri yang lain pula ya..selamat bertugas pada anda yang bekerja dan selamat beristirehat pada teman yang tengah duduk rumah tu ya..hehe..bye, sekian.

MUFIN COKLAT ALMOND

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kita bersua lagi pada malam hari ni walaupun keadaan aku agak kurang sihat..bukan la demam..tapi sakit perut dari tadi siang..nda tau la kenapa..ada salah makan ka atau apa..tapi, seingat aku tiada makan macam-macam kecuali kemarin masa aku pergi majlis kahwin tu, aku ada makan kari ayam..memang pedas sangat la bagi aku..sebab aku nda berapa tahan makan pedas ni..lepas tu, aku ada makan juga 'keropok padang' pun pedas juga..mungkin sebab ni la buat perut aku ni sakit sangat..huhu..harap-harap lepas makan ubat..ok la..

Okey la, entri pada malam ni aku mau kongsikan tentang Mufin Coklat Almond pula dan resepinya masih lagi aku intai dari blogger CMG @ Dapur tanpa sempadan..saja la buat mufin kan..asyik tayang kek ja..heheh..^_^..apapun, mufin ni memang sedap kerana rasa coklatnya dan ada tambahan coklat cip di dalam dan tabur atas serta kepingan almond..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
MUFIN COKLAT ALMOND
Buat mufin untuk breakfast pun okey juga ni..makan sambil hirup minuman panas pun okey la tu kan..buat bekal ke office atau anak-anak ke sekolah pun best juga ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk rasa coklat yang lebih, boleh la bubuh dan tabur coklat cip banyak-banyak sikit..ikut suka korang..untuk resepi, sila semak di bawah ni..

RESEPI: MUFIN COKLAT ALMOND
SUMBER: CMG @ DAPUR TANPA SEMPADAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn serbuk koko
2/3 cwn mentega ( 170 g )
1 1/3 cwn gula halus
2 biji telur gred A
1 cwn susu segar
1 sk esen vanila
1 sb tepung gandum
1/2 cwn coklat cip
1/2 cwn kismis - aku x. bubuh
1/2 cwn kepingan badam

CARANYA:
- Putar mentega dan gula kastor hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang. Low speed, tuang susu dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi.
- Masuk kepingan badam, kismis dan coklat cip. Gaul guna spatula.
- Isi dalam mufin cup. Tabur coklat cip dan kepingan badam.
- Bakar dalam suhu 180 C, 25 - 30 minit.

-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Baiklah semuanya..terima kasih banyak ya sudi singgah sini..sampai sini ja entri aku pada malam ni. Sampai jumpa lagi di entri yang lain. -wasalam-

MUFIN YAM/KELADI

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai, nampaknya kita bersua lagi pada petang ahad yang mendung dan redup ni..dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa buat rasa nyaman ja masa tengah beristirehat ni..memang best duduk santai2 time macam ni kan..hehe..rasa mau tidur pun ada juga..

Pada petang ni aku mau kongsikan satu resepi mufin yang mana aku telah buat mufinnya beberapa minggu yang lepas..hari ni baru siar entri mufin ni..hihi..Mufin yang aku buat tu adalah Mufin Yam/Keladi..resepinya sudah tersimpan agak lama..pernah buat sekali dulu beberapa tahun yang lalu tapi baru kali ni kongsikan di sini..haha..lama kan..resepinya aku dapat dari Ida Bakery..mufin ni memang best dan sedap dengan rasa yam..so, bagi peminat yam tu harus rasa mufin ni..

MUFIN YAM/KELADI, RM 0.80 ( MEDIUM )


Aku kongsikan juga resepi ni dengan teman-teman semua bagi yang berminat untuk mencuba..


RESEPI: MUFIN YAM/KELADI
SUMBER: IDA BAKERY
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN :
1 3/4 cwn tepung naik sendiri ( aku guna tepung gandum + 1 sk baking powder )
2/4 cwn marjerin cair/minyak
1 cwn susu segar
1 biji telur
1/2 sk garam
1/2 cwn gula icing
1 sb yam paste
1 sk pewarna ungu
1 sb perasa yam ( aku x bubuh )

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan minyak, susu segar dan telur. Pukul guna whisk.
- Kemudian masukkan yam paste, pewarna dan perisa keladi. Gaul sebati.
-Dalam bekas lain, tepung naik sendiri, garam dan gula. Kacau sebati.
- Buat lubang dalam adunan tepung dan masukkan bancuhan yam tadi.
- Sudukan dalam papercup dan bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.

-Selamat Mencuba-



Entri ni sampai sini sajala dulu ya..aku akan siarkan entri baru pada siaran akan datang pula..okey la, jumpa lagi..babai..

MUFIN COKLAT OREO

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT MALAM..

Hai, semua..kita bersua lagi pada hari ni walaupun lewat sikit..malam baru mau update blog..bukan apa, siang tadi dalam mood santai-santai..mau berehat ja..dalam kurungan malas..hihi..tiadala..sebenarnya memang tiada mood mau post entri siang tadi sebab penat gara-gara buat kek yang ditempah hingga jam 12.30 malam..mengantuk jangan cakap la tapi demi customer harus bekorban la sikit kan..lebih-lebih lagi yang order ni adalah customer tetap..

Baiklah semua, untuk malam ni aku mau siarkan pula entri mufin yang tertangguh siarannya..buat dalam minggu yang lepas..hari ni baru dapat siar..hehe..entrinya adalah Mufin Coklat Oreo..sangat mudah untuk membuatnya..dengan rasa coklat + oreo memang terbaik la..sedap..sambil minum panas memang best la kan makan mufin ni..
MUFIN COKLAT OREO, RM 1 ( MEDIUM ), RM 0.70 ( SMALL ), EACH


Aku kongsikan resepi mufin ni di sini..sila semak resepinya di bawah ya..

RESEPI: MUFIN COKLAT OREO
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
2 sb serbuk koko
1 cwn air suam / susu suam
1/2 cwn minyak
sedikit esen vanila
1 sk baking powder
1/2 sk bikarbonat soda
4 keping oreo- cincang kasar

CARA MEMBUATNYA:
  1. Campur tepung gandum, baking powder, bikarbonat soda, serbuk koko dan minyak. Kacau dengan menggunakan spatula/senduk.
  2. Larutkan gula dalam air suam dan masuk dalam adunan.
  3. Kemudian, masukkan oreo yang dicincang dan juga esen vanila. Kacau sebati.
  4. Sendukkan adunan kira-kira 1/2 acuan.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit.
-Selamat Mencuba-



Okey la, terima kasih ya pada teman-teman yang ziarah sini dan meninggalkan komen manis..terharu dengan sokongan kalian semua..gembira dengan apa yang aku kongsikan di sini mendapat perhatian anda..kami akan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dan ingin menjadi lebih baik pada masa akan datang..insyaallah..baiklah, aku mau undur diri..sampai jumpa lagi nanti teman-teman..bye.

MOIST BANANA MUFIN & CHOC.FILLING

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

Hai, selamat malam semuanya..hari ni agak kurang sihat sedikit..tekak ni rasa sakit menelan..hidung pula berair..dari kemarin lagi rasa kurang selesa ni..rasa lapar tapi apa yang dimakan rasa nda sedap pula..semuanya macam tawar..sudah minum panadol solebel yang mama belikan..mama risau kalau aku masih sakit lagi sebab minggu ni kami sangat sibuk membuat kuih-muih untuk jualan dan tempahan katering selama 3 hari nanti..agaknya kerana cuaca yang sangat panas sekarang ni menyebabkan sakit..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan resepi mufin yang mana resepi ni aku ambik dari blogger terkenal, sapa lagi kalau bukan Kak SitiDelima..kali ni aku mencuba Moist Banana Mufin..sebenarnya sudah banyak juga resepi beliau yang aku sudah cuba dan buat..memang suka sangat dengan hasilnya kerana menepati seleraku..memang benar mufin ni sangat moist dan sedap..apatah lagi aku bubuh choc.filling sebagai inti dalamnya..memang mabeles..hihi..untuk inti coklat aku buat sendiri dan resepinya adalah dari Anna Qawina & K.Nor secubit garam..memang best buat sendiri ni dan sedap tau..

 
MOIST BANANA MUFIN, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), EACH


Okey ya, di sini aku sertakan resepi mufin dan filling coklat..jom la kita emak resepinya di bawah ini..

RESEPI: MOIST BANANA MUFIN
SUMBER: DARI DAPUR CT
 
BAHAN BASAH:
1 biji telur A-suhu bilik
75g gula kastor
1 sb madu ( aku x bubuh, x stok..hihi)
1 sb susu segar
1 sk esen vanila/pisang
90ml minyak
3 biji pisang-lecek halus
BAHAN KERING:
125g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bikarbonat soda
1/2 sk kayu manis serbuk ( x bubuh sebab kurang gemar baunya )
3 sb badam cincang-panggang 5 minit
30g coklat masakan-dadu besar ( aku guna choc filling )
CARA MEMBUATNYA:
  • Panaskan oven 175 degree.
  • Pukul gula dan telur hingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan bahan basah dan putar low speed.
  • Tambah bahan kering dan kaup balik.
  • Sudukan 1/3 adunan, masuk filling di tengah dan sudukan lagi atasnya.
  • Bakar dalam oven selama 25 minit.
RESEPI: CHOC.FILLING/INTI COKLAT
SUMBER: ANNA QAWINA & K.NOR SECUBIT GARAM
 
BAHAN:
250ml susu sejat
180ml air suam ( kurangkan sikit sebab inti agak lembik )
125g gula halus ( tambah sikit utk.manis )
60g mentega
60g serbuk koko
40g tepung jagung
1 sk esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
  1. Campur susu, koko, air suam dan tepung jagung. Kacau.
  2. Tapis dalam bekas berisi gula.
  3. Kacau dan pekatkan atas api, api pelan.
  4. Kacau sampai pekat.
  5. Campur mentega dan esen. Kacau sebati dan tutup api.Sejukkan.
-SELAMAT MENCUBA-
 
So, sampai sini saja dulu entri pada malam ni..thanx kerana membaca..jumpa lagi ya..

RESEPI MUFIN COKLAT CIP NIGELLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Goog morning everybody..buat apa tu? hari macam ni dapat la rilek sikit kan berbanding hari-hari biasa yang sentiasa sibuk mengurus diri sendiri yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah..so, cuti hujung minggu ni tidak la perlu tekejar-kejar macam selalu..boleh berehat dan tarik nafas sikit..hehe..

Untuk pagi ni aku mau kongsikan satu resepi mufin yang aku sangat suka buat dan makan..sudah beberapa kali juga aku tayang di blog tapi belum pernah kongsikan resepinya..nama resepi adalah Mufin Coklat Cip Nigella..mufin yang penuh dengan rasa coklat..mana tidaknya, rasa adunan mufin coklat kemudian di campurkan dengan coklat cip dalam adunan serta tabur atas mufin..hem, penggemar coklat tu memang harus makan mufin coklat yang mewah dengan coklat ni..sedap tau..rugi bah nda cuba..

MUFIN COKLAT CIP NIGELLA, RM 1 ( MEDIUM ) RM 0.80 ( SMALL ), EACH
 Untuk mufin ni aku menggunakan 2 jenis coklat cip sebagai hiasan di atasnya iaitu coklat cip biasa dan coklat cip yang bewarna pink..co, nampak ceria dan comel ja kan..


Mari kita semak resepi mufin pula di bawah ni..

RESEPI: MUFIN COKLAT CIP NIGELLA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g tepung gandum
2sk baking powder
1/2sk bikarbonat soda
2sb serbuk koko
175g gula kastor
150g coklat cip
250ml susu segar/cair
90ml minyak masak/75g butter cair
1 biji telur
1sk esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
  1. Ayak tepung, baking powder, bikarbonat soda dan serbuk koko. ( campur gula kastor )
  2. Bekas lain, campur minyak masak, susu cair, esen vanila dan telur..gaul guna whisk ja.
  3. Campur campuran tepung ke dalam bekas campuran minyak tadi..gaul sebati.
  4. Tambahkan coklat cip.
  5. Sudukan 1/2 ke acuan mufin.
  6. Bakar 180 degree selama 20 minit
-Selamat Mencuba-

Okeylah semua, thanx kerana membaca entri ni sampai habis..kalau ada yang teringin makan tapi malas atau tiada masa untuk membuatnya..haa, jangan malu jangan segan untuk menempah dengan kami..hanya perlu email atau terus telefon ke talian kami yang tertera di atas ni ya..kita jumpa lagi..bye..

MUFIN OREO

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni agak lambat bersiaran tidak seperti beberapa hari yang lepas, pagi lagi publish entri baru..pagi tadi agak sibuk sedikit menyiapkan beberapa jenis apam dan kek untuk dijual ke tamu..so, sekarang ni adalah masa untuk berehat..

Okey, untuk petang ni mau publish pula entri mufin iaitu Mufin Oreo..resepinya berlainan dari oreo cupcakes yang pernah aku siarkan sebelum ni..sebenarnya resepi terperap agak lama juga kerana resepi ini aku google di internet adalah dalam setahun yang lalu..hehe..lama kan..pernah buat mufin ni tapi belum pernah siarkan dalam blog..mufinnya selain ada rasa oreo tapi ada rasa coklat juga kerana aku bubuh coklat cip dalam adunan mufin ni..so, memang sedap..

MUFIN OREO, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH


Di bawah ni aku mau share resepi mufin oreo ni dengan semuanya..let's check it out!

RESEPI: MUFIN OREO
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 biji telur
120ml susu segar
55g mentega-dicairkan
170g tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
80g gula kastor
70g coklat cip
70g oreo- dipatahkan

CARA MEMBUATNYA:
  1. Guna whisker. Pukul telur, susu, gula kastor dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan juga coklat cip.
  3. Kemudian masukkan oreo dan gaul.
  4. Setelah itu, sudukan adunan dalam acuan mufin 3/4 cup penuh.
  5. Bakar 200 degree selama 15-20 minit.
-Selamat Mencuba-


Kalau ada yang telah mencuba mana-mana resepi yang dikongsikan di blog ini, anda boleh kongikan dengan aku ya..kerjasama dan sokongan anda semua sangat kami hargai..so, kalau ada yang teringin mau menempah mana-mana produk yang kami siarkan dalam blog ini..anda boleh hubungi kami menerusi email atau talian telefon yang tertera. Terima kasih..

MUFIN PANDAN BADAM

SALAM SEJAHTERA..

Salam manis dan ceria buat semuanya..hai, sekarang ni aku ambik kesempatan jap untuk update blog mau masukkan entri baru untuk hari ni. Sebenarnya banyak keja yang perlu aku bereskan hari ni..aku perlu buat beberapa biji kek dan mufin serta beberapa lagi jenis kuih-muih yang lain untuk jualan..so, memang hari yang agak bz bagi aku..tanpa buang masa, aku siarkan entri Mufin Pandan Badam untuk kesekian kalinya lagi..mufin yang sedap..wangi dengan aroma pandan dan rangup dengan taburan badam cincang di atasnya..

MUFIN PANDAN BADAM, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH

Aku juga sertakan sekali resepi mufin ni..jom semak..

RESEPI: MUFIN PANDAN BADAM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
90g butter
70g gula halus
1 biji telur ( pukul sedikit )
40 ml susu segar
110g tepung gandum
1sk baking powder
1 sk pandan emulco

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul butter hingga lembut. Masukkan gula, pukul hingga putih.
  2. Masuk telur..Pukul sekata.
  3. Masuk tepung selang seli dengan susu segar.
  4. Masukkan pandan emulco. Sebatikan.
  5. Isi cup mufin dengan adunan.
  6. Bakar 25-30 min, 180 degree.
-Selamat Mencuba-


Baiklah..ini saja dulu entri aku untuk kali ni..sampai jumpa lagi di entri yang seterusnya pula ya..teruskan menyokong blog Sweet red cherry..tqvm..chow..-wasalam-

MUFIN STRAWBERI

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam sejahtera semuanya..syukur la kita dapat bersua lagi pada hari jumaat ini..terus saja kepada entri yang aku publish pada hari ini iaitu Mufin Strawberi..buatnya dalam minggu yang lepas untuk dijual ke restoran yang biasa kami hantar produk kuih-muih kami tu..alhamdulillah permintaan sentiasa tinggi dan pelanggan sukakan produk kami..kami sentiasa akan meningkatkan mutu dan kualiti produk kuih-muih yang kami hasilkan..

Berbalik kepada mufin ni..ianya mufin yang simple..sedap dan berperisa strawberi..aku bubuh coklat cip di dalam adunan dan juga taburkan atas mufin untuk menambahkan rasa coklat di dalam mufin ni.untuk rasa strawberi tu aku bubuh strawberi emulco dan sikit pewarna pink untuk warnanya..

MUFIN STRAWBERI, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) EACH
Untuk resepi mufin ni, aku sertakan sekali di sini..mari tengok..

RESEPI: MUFIN STRAWBERI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
85g mentega
85g gula kastor
2 biji telur
175g tepung gandum } ayak
10g baking powder    }
80ml susu segar
1/2 sk strawberi emulco
100g coklat cip

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masuk telur satu persatu. Pukul kembang. Masukkan emulco, sebatikan
  3. Low speed, masuk tepung selang seli dengan susu segar
  4. Sudukan adunan 3/4 cup acuan mufin
  5. Bakar 175 degree selama 20-25 min..
- Selamat Mencuba -

Untuk tempahan, sila la email atau kol ke talian kami yang tertera di atas. Kami membuat macam-macam jenis mufin dengan harga yang berpatutan..hubungi kami untuk tahu lebih lanjut ya..terima kasih..

MUFIN KOPI

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bertemu lagi kita pada hari ni setelah sehari tidak bersiaran..tidak terlambat juga untuk mengucapkan selamat bercuti kepada anak2 yang tengah cuti sekolah sekarang ni..best la kan sudah start cuti..teringat pula zaman bersekolah dolu2 tu..sememangnya cuti sekolah ni adalah saat yang sering dinantikan..macam2 aktiviti yang dirancang bersama kawan2 ataupun keluarga..apapun, semoga cuti sekolah ni diisi dengan aktiviti2 yang berfaedah..

MUFIN KOPI, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) SEBIJI
Pada malam ni aku ingin kongsikan pula entri mengenai mufin iaitu Mufin Kopi..Ni antara mufin yang aku selalu buat juga..memang sedap mufin ni..bahagian atas nampak agak keras tapi sebenarnya isi dalam mufin ni lembut ja..mengikut resepi asal perlu taburkan bahagian atas tu dengan coklat susu yang dipotong dadu tapi aku tiada stok coklat susu maka aku hanya taburkan dengan coklat cip..okey la kan..tetap coklat juga..hehe..di sini aku sertakan resepi mufin ni sekali..so, check it out..

RESEPI: MUFIN KOPI

BAHAN:
2 sb serbuk kopi segera ( nescafe pun boleh )
70ml susu segar/susu cair
50g butter
50g gula halus
1 biji telur
150g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
65g milk chocolate

CARA MEMBUATNYA:
- Potong milk chocolate kecil2. Ayak tepung gandum & baking powder
- Campur instant coffee dengan susu segar ( coffee milk )
- Pukul butter. Kemudian masuk gula, pukul hingga putih
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masuk tepung selang seli dengan coffee milk
- Masuk coklat yang dipotong, kemudian kacau
- Sudukan adunan dalam acuan mufin
- Bakar selama 25 min, 180 darjah celcius

- Selamat Mencuba -


Mufin yang aku buat ni ada dalam 2 saiz iaitu medium dan juga small..macam biasa mufin ni aku buat untuk jualan..ada jualan untuk tamu dan hantar ke restoran yang biasa menempah kuih-muih, mufin dan kek kami. So, jika anda juga berminat untuk menempah..silakan email saja kami atau terus telefon talian yang tertera di atas tu.tq..

KUIH-MUIH YANG DITEMPAH SEMPENA SAMBUTAN 1 MILLION PURPLE WALK

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan buat semua yang mengunjungi blog SRC ni..terima kasih banyak-banyak kerana sudi bertandang..

Kali ni aku ingin menyiarkan pula kuih-muih yang ditempah sempena sambutan ' 1 Million Purple Walk '..pada hari sabtu yang lalu iaitu 17 Mac 2013 bagi peringkat Daerah Sipitang, dimana sambutan ini turut diadakan serentak di seluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Ia adalah merupakan acara jalan kaki yang dijalankan serentak seluruh negara dan program ini disambut sempena majlis sambutan hari wanita antarabangsa..Kerajaan juga telah mengiktiraf wanita sebagai golongan yanga amat penting dan berperanan amat besar dalam usaha membangunkan negara..wah, berbangga la kita sebagai wanita kan..

Okeylah, kuih-muih yang di order ni adalah sebahagian dari kuih-muih yang akan diberikan kepada orang ramai yang terlibat dalam program ini..antara yang ditempah adalah kelupis inti sambal udang, apam gula hangus dan mufin vanila coklat rice..sebanyak 600 biji kuih yang ditempah..alhamdulillah rezeki..jom la kita lihat gambar..

APAM GULA HANGUS, RM 0.35 SEBIJI

KELUPIS, RM 0.40 SEBIJI

MUFIN VANILA COKLAT RICE, RM 0.50 ( SMALL )

Ni antara kuih yang telah siap di pek di dalam plastik..


Ribuan terima kasih kerana menempah produk kuih-muih kami..lepas ni jangan serik ya..okey la, setakat ini saja mengenai entri tempahan ni..kita jumpa di entri yang akan datang pula..bye..