Showing posts with label Personal Post. Show all posts
Showing posts with label Personal Post. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ke 4

Dah masuk 4 ramadhan dah..

macam mana dengan sambutan ramadhan kali ni?

Me?.  biasa je.
Meriah sikit sebab dah 4 orang
meriah nak susun waktu
haha
rumah dah jauh
jadi kena susun waktu elok2


Tahun ni guna konsep bazar yang serupa
Satu hari satu kuih je
no pembaziran ye


Masa ke chow kitt hari sabtu lepas..
membeli barang dapur dah kering2 semua
di tahan dek RTM. katanya utk rancangan wanita...
masa tu dah la tengah sibuk2 dengan anak2
dalam kepala cuma ada apa yang nak dibeli

Jadi bila ditanya apa persediaan ramadhan
saya cuma jawab
"siap2 bahan masakan semua blend siap2. maklumlah..saya bekerjaya"

eceewaaahhh


sebenarnya tak de puuunn..hahhaa
saya tak suka sangat blend siap2 ni
lagi feel nak masak baru buat
haha..
kecuali sambal tumis
mmg saya buat banyak
masak garing. simpan sejuk
nak buat apa pun senang
lagi2 kat rumah ni mmg ada hantu sambal..
semua yang beli kat chow kit hari tuh die yang punya
ikan tenggiri katanya separh buat asam pedas  dah selamat semalam
separuh lagi nnti buat goreng berlada

ikan pari pun die dah plan awal2
separuh buat asam pedas
separuh buat bakar dengan air asam

bilelah rumah ni nak makan budu dengan ulam je weehhhhh

Lauk untuk berbuka saya masak waktu sahur atau malam sebelum tidur tu
sahur perangat je
nak berbuka pun perangat je

kalau tak buat mcm tu mmg tak sempat
cecah rumah je dah pukul 7..
jadi balik masak nasi.. perangat lauk.. masak sayur
makan simple2 mcm hari bias ajugak..  takdelah tetiba nak makan yang special2 sangat pun..

cuma bahan basah je lah siap2 kan ikut portion..  ayam..ikan..  dah siap basuh..





Alhamdulillah..
tahun ni pertama kali di rumah baru
dengan dua anak
Pelita yabang dah siap pasang
katanya kita buat cara baru
ornag sambut raya sebab tu pasang pelita
kita sambut ramadhan..  so pasang pelita awal2
baru nak gi terawih pun semangat tengok rumah cantik bercahaya2..



buat masa ni umar dna sufiyyah tidur lena waktu sahur
habis je sahur umar bangun nak susu
time tu la waktu kecederaan sebab saya kena bersiap terus masak bubur umar, bekal sufiyyah.

kebetulan pulak lepas baik demam haritu..  elok je selera makan umar naik
makan nasi bubur (dah hari ke 3 dengan brown rice)..  semangkuk
tengah nursing strike sebab minum susu kurang. direct feed masih seperti biasa.
jadual pumping pun dah berubah sebab nak suit dgn waktu balik
jadi stok berkurang 3-4 oz jugak lah..
mujur umar tgh nursing strike
jadi BS minta susu tu tak payah bubuh banyak2
ok lah.. selamat..





ok..  dah tak tau nak buat ending

sekian jelah coretan untuk kenangan saya kelak. apelah gayanya berpuasa bila dah masuk 5 tahun perkahwinan ni..

5 tahun dah weh..

=)












Tuesday, June 10, 2014

Trolley kids..

Gambar last friday.
 balik kerja terus dinner lebih kurang di kedai Baby Sitter je sambil ambil anak sekali
Terus ke rumah In law minta tolong abg syam
Sebab nak bawa Boboi balik (yeah.. boboi the motorbike..  story later yeah)
Terus shoot ke Seri Kembangan ambil ChoCo Oat dulu (ya.  saya jual.)


RM12/pack..  yeah..  RM12 je tau..  limited stock


Kemudian terus ke Puncak Jalil ambil motor.
Bawa pulang, singgah kayu ara hantar motor dan abg syam
dah pukul 11..

huhu.. capek..

tp anak2 tak tido lagi semua energetic..

lalu ajak yabang ke Giant..  giant kota damansara kan tutup pukul 12

waaahh..  terasa lama benar tak ke Giant/Tesco/Carefour..

Umar rasanya first time lah ni.


Budak2 la excited..


Tapi kejap je sebab nak beli benih sayur je
Ingat nak beli benih bayam tapi takde pulak
end up beli b enih ntah hape2 like brocolli, kacang peas, pak choy, ape ntah lagi satu.











Umar nak melasak.  jadi letak depan. kakak pula request nak duduk kat baby seat. layankan je



kadang kesian anak2.  dapat gi Tesco Giant tu pun dah rasa syukur nikmat.  rasa seronok gila..
Maaf.  Ummi tak mampu nak bawa kamu shopping di Mall2 tu..
Baju kamu pun baju sedekah orang
Maaf sangat2
Ummi harap didikan ummi beri cukup untuk bekalan kamu menjadi manusia berguna



Friday, February 28, 2014

Bekalan Akhirat

Malam tadi saya terjaga sekitar jam 3 pagi.
Kebetulan Sufiyyah pun bangun, Umar pun bangun.
Melayan anak2 sekejap.  Selalunya mata ini cepat saja nak lelap
Tapi malam tadi tak nak lelap pula.
Hati gundah

Mungkin cuaca panas.
Teringat pula malam tadinya tertidur tak solat isya'.  masyaAllah
Lalu bangkit mandi, dan solat isya'
saya sambung dengan amalan sunat sedikit sebelum melayan sufyyah nak tidur kembali.
Pun mata begitu sukar nak lelap
Puas saya pejamkan mata sambil mulut berzikir
Ya Allah.  memang anak lah yang memberikan peluang buat ibu2 ni menambahkan amalan sunat.  Berzikir.  Sambil nak tidur anak mulut automatik berzikir.


Sekitar jam 5 pagi saya akhirnya terlelap sebelum yabang kejutkan solat subuh jam 6.


Biasanya saya akan check phone kalau terjaga tengah malam atau awal pagi.
Tapi malam tadi tak check
sebab bateri dah habis dan yabang terlupa charge (ya.. itu tugas dan rutin hakiki.  uruskan segala gadget atau important doc.  ummi ni pelupa dan careless sedikit)


Pagi ni dalam kereta, baru dapat buka msg2 whatsapp
Rupanya malam tadi jam 3, cik mengeluh kesah dalam group anak2nya
tak boleh tidur
dan rasa keseorangan.

Allah....  rasa bersalah dengan cik.

Kerana saya gagal luangkan masa dengan cik lebih kerap
walhal hati ini mungkin dah pun 'link' dengan hati cik bila saya sendiri terkebil2 sukar lelap pada jam yang sama.
mungkin keresahan hati cik semalam sampai pada saya tapi saya gagal tafsirkan.
mujurlah semalam seperti dalam doa2 saya setiap kali selesai solat fardhu.. sempat mendoakan kedua ibu bapa dan mertua saya.
kalau tak pasti lebih ralat


Seorang ibu..  mampu menjaga sepuluh anak
sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu
saya kesal





Teringat saya semalam

Saya bersedih, terlampau sedih
lalu tak dapat tampung air mata dan air mata mengalir.
Lalu saya tatap wajah sufiyyah
yakin bahawa di wajah itu adanya sumber ketenangan.  Itu lah wajah ahli syurga
Kemudian sufiyyah seperti dapat merasa kesedihan itu
Di pegangnya pipi saya. sambil mengusap lembut
Kemudian dia yang melalak lebih kuat...  haha..  susah berhenti pulak tu..  dah berhenti bila ditanya kenapa menangis..  katanya "iya sedih..  ayah buat.."..  kasihan ayah..  ayah juga yang kena hujung2nya..

di sebalik esak tangisnya..  sempat saya menangkap butir bicaranya
"Ummi..jangan lah nangis..  iya sedih"

Allah..  begitu suci hati anak itu.
Entah2 saya dulu juga begitu waktu kecil
Merasa kesedihan cik
Tak nak cik bersedih
Mungkin dulu saya juga mengusap pipi cik
dan berkongsi tangisan .

Ralatnya ya allah.
waktu cik bersedih semalam.
saya tidak disisi cik untuk usap pipi cik
Ampunkan aku ya Allah


Weekend ni.. sempat atau tidak saya tetap nak sempatkan juga balik jenguk cik walau duduk sejam dua sahaja..
Cik..  adalah anugerah Allah buat saya
Malaikat yang menjaga saya ketika saya lemah


Benarlah kata orang
Seorang anak yang bergelar ibu
Akhirnya pasti tahu
Apakah sebenarnya perasaan seorang ibu.


cik bersama cucu dan anak2 lelaki serta menantu tak cukup sorang anak lelaki..  yg itu dah pergi  kerja..  bertugas di pagi raya..  huhu







Monday, September 9, 2013

Red Prawn

Last weekend. on the way back from Sepang
(yes.. ambik kesempatan balik sepang.. balik umah in law...  mohon restu..mohon doa agar dipermudahkan bersalin)

Pergi Chow Kit nak beli set bersalin
Segala jamu2 tu lah
Yup.  dah lewat sikit la
Tapi okay dari tangguh2 lagi


Mcm biasa..beli sama mcm sufiyyah dulu
Nyonya Meneer je
Beli set sekali dengan pilis da.  tepel la..
RM40/box..
cheaper dan tak 'kuat' sangat jamu2nya

Saya bukanlah pemakan jamu2 sangat ni
Jadi tak beli lah yang jenis mcm2 bagai tu
Kang tak makan rugi je
Masa sufiyyah dulu pun ada yg tak habis mkn.

Lagipun bfeed.  Tak boleh lah nak berjamu sangat kan

Pastu beli Jeli Gamat
Beli minyak Telon botol besar
Beli extra Tepel (yang ni habis cepat kalau ikut yg dalam box dia tu)

Pastu beli extra mandian herba.
Masa sufiyyah dulu ada lagi belen satu peket rasanya
Boleh la nak guna lagi kot.. =P




Masa sampai2 tu dah nampak durian
Dah cakap dgn yabang nak durian
(walaupun dah ada dalamfridge)
Nak durian yang tak benyek
hehe.. mengada
Yela.  beli kat sini tu asyik dapat yang benyek je
tak feel sangat


Mula2 tak bagi
Sebab saya tengah batuk
Durian kan panas kan


Tapi bila dah setel2 semua
Sufiyyah tunjuk2 nak durian katanya

Yeay..  bolehlah Ummi tumpang sekali


Musang King
RM30/kg

mahal sangat
rasanya masa sufiyyah dulu tak mahal sangat
affordable la
Sbb masa sufiyyah dulu saya makan Musang King
(preggy kan tak boleh makan doyan banyak2..  jadi pilh yang betul2 puas hati)

Adik dia ni down grade sikit la kot
Saya pilih Udang Merah
RM12/kg
timbang2..
1.7kg..
dapat RM20 sebiji tu
okaylah.. within budget sangat2

Siap abang tu boleh bgtau.
Yang ini lemak manis
yang ini pahit2 sikit lemak2 manis

Saya pilih yang pahit2 sikit tu
Mmg suka mcm tu  =P


Hasilnyaaa..

PUAS HATI SANGAT-SANGAT
(tetiba rasa tak down grade adik dia pun sbb puas hati sangat)

Serius tak bohong
Isi tebal
Aroma dia..  Kaw
Rasanya mmg lemak2 pahit manis gitu seperti yang di katakan
Ulas dia sebiji2 besar2
Dengan isi kuning




Kami tak menyempat2 sampai rumah
Yabang berenti tepi
Makan kat tepi jalan dalam kereta je
Dan sufiyyah pun makan juga
Selalu dia tak makan sangat maybe sbb bukan taste dia
Pastu mcm benyek2 gtu
Sufiyyah kan tak makan sangat benda benyek2 ni..  oh pingsan






Gembira dia usah cakap la


Jadi agak2 nak puas hati
Pergi cari je durian kat Chow Kit
ada satu brader ni
misai2
duk tepi pagar sebelah ada gate tu
(haha  ..  apa instruction mcm ni ntah)
Dah 2 kali saya pergi
Dua2 mmg puas hati

Boleh makan situ atau bungkus bawa balik



Balik tu asyik terasa2 di lidah sedapnya durian Udang Merah tu
=P


Thursday, July 25, 2013

Beli kuih ikut turn

Ini boleh di aplikasikan kat rumah masing2
Kalau ada 4 anak..  empat2 pun boleh masuk giliran.
Lagi2 anak yang berpuasa

Satu orang amik satu hari
Haritu semua makan apa yang menjadi pilihan dia
Contohnya : Isnin : Saya...  Selasa: Yabang..  Rabu: Saya..Khamis : Yabang Jumaat : Saya
Sabtu biasanya beli ikut tekak sbb malam tu tidur lewat..boleh makan2..
Hari ahad : Yabang..

Kadnag2 tu yabang pandai ngelat...  masa turn die..  die kata beli kuih ikut tekak sufiyyah pula
Che mek tu tekak ada musim
kalau hari ni dia makan tepung pelita bagai nak rak sampaiummi stok jilat bekas je
Esoknya nampak tepung pelita dia lari dulu.


Hari ni kalau ikutkan turn yabang
Semalam die dah cop siap2
nak makan cucur udang

Dan hari ni juga ada pasar pagi
tengok pisang saya pulak teringin nak makan pelengat pisang

Takpe..  hari ni cucur udang
besok masak je pelengat pisang
nyumnyumnyum...
Pelengat keledek pun sedap kan..  alahai..  posa2 ni



Eh.  remember pasal kuih semalam?
Chicken Curry Puff?
Rupanya sufiyyah tak nak makan
katanya tak sedap (hari ni bekalkan nasi goreng je.. tu je makanan yang jarang die tolak)
Jadi kuih tu budak2 kongsi makan adalah belen banyak juga.
Saya bekalkan 3 ketul
BS sufiyyah terliur..  die simpan utk die makan berbuka
Sekali die nak makan org lain dah sebat dulu
Kesian dia..  bila nak makan tinggal bekas je

Malam tadi BS sms..
katanya tak sempat merasa..kalau saya buat lagi die nak..  katanya teringin

Alahai.  kesian pula..
Walhal simple je nak buat
tapi kulit puff tu tingal 2 keping je..  takkan nak buat 2 keping je

Makanya esok insyaAllah repeat lagi tapi kali ni utk dihantar ke rumah BS.
wah..  ramadhan dah separuh..  ini baru pertama kali nak menghantor kuih ke.  lauk ke ke rumah orang..
haha
ape nak buat..  balikrumah sampai dah kul 6.30,,  kocoh2 masak je ngam2 pukul 7.30..
takkan nak hantar lepas maghrib pula..  org dah sibuk nak pi terawih..  tu yang asyik la tak hantar apa2...


Tak sangka ada juga orang request nak makan masakan saya yang simple dimple ni..
Terharu sungguh
Kadang tu penghargaan dari orang tu dah lebih dari cukup
Mcam dapat segunung emas..










Thursday, April 4, 2013

kegembiraan berganda

hari ni gembira berganda

walaupun pagi tadi sedikit emosional bila sufiyyah buat perangai manjanya
sampai ummi lewat sampaike opis

tapi ada pula berita gembira..
dua je pun

tapi jadi berganda la


1- terima kiriman jeruk pos oleh kak sofia (blogger)
khas dari penang..  cuma takde jeruk kelubi je..  takpe,,  mkana jeruk laindulu sampai lebam..  tgk jeruk kelubi tu masih di hati lagi ke dak..haha


2- terima cek nuffnang.. sbb dah tak aktif berblog..  dah jadi non gliterati member dah
makanya lama gile baru dapat cek
tapi okla..  sbb skang pun tgh nak pakai wang


alhamdulillah


next berita gembira please  =)

Tuesday, February 19, 2013

Mek masuk TV3

Mek masuk TV Malaysia Hari Ini (MHI) 19 February 2013...

Tajukkk..  mcm la kena wawancara utk satu slot khas..haha..

Selama ni duk tengok orang dalam tv je..
pastu kutuk2..apela bagi jawapan mcm tuh ape bagai kan..

Sekali mek terkena jugaakkkk...

Kisahnya

Semalam balik kerja pi Jusco One Utama
Ate belakang rumah je..
Nak beli susu utk lil sufiyyah.  Susu kambing
Brand Nubian.
Kat Speedmart takde jual
Jusco kan senang barang2 rare ni..

Balik kerja..ambik sufiyyah..
Terus berdessup pergi..
dengan tak solat maghrib lagi..

Pastu dengan yabang tak nak ikut masuk dalam.
kata nak rush kann..
pastu sufiyyah time tu la nak susu badan.. Time tu la nak berlari2 buat marathon dalam OU
pujuk2 die dgn susu kambing baru beli tu..siap2 buh dalam botol.

Eok je kuar pintu OU tu..
mek kena terjah dengan satu mamat..dah la hensem..
dengan kamera dan mic nya

Katanya nak interview..
Mula2 saya kata..nanti nak tanya husband saya boleh ke idok
Tapi die kata "ala..tak payah la kak..kejap je kak.. seminit je..please..akak tolong sya ye"

Alahai..  dengan muke hensem gitu..cair awak..
Ada gak terpikir.aku ni kena bang2 boom ke..hahha


Rupanya nak tanya cara mcm mana nak elakkan jenayah ragut.
Lebih2 lagi bagi wanita/ladies jalan sorang2 malam2

Mula2 masa die tanya tu ok je nak jawab.
Pastu die suruh pegang mic. Pastu die suruh ulang ape yg kite cakap tadi..

Haaaaa

nebes la meeeekkkk...
dengan muke berkilat2 baru balik kerja la katakan..
Dengan baru habis membebel kat mek sufiyyah tu..

Gagap koooo.

Pastu dah settle..  (kejap je..  tak sampai 5 minit)..
ingatkan tak jadi la kan sbb ape2 ntah jawab

Sekali pagi2 tadi Puteri KUre2 ping kat wall FB kite cakap mek masuk TV MHI bahagian jenayah..

halamaakk..pemes mek kejap..hhahahah


jadi sape2 rasanak tengok muke mek versi berlengas yang seado2nya setiap hari
Boleh tengokkat tonton..
Malaysia Hari ini.
19February 2013.
Skeitar minit 47 gitu..




Tapi pendapat mek yang sebenar2nya selain yang dijawab kat dalam wawancara tu la kan..

Cara nak elak jenayah ni paling mudah

pertama2nya..
Ikut je suruhan agama
Berjalan dengan mahram
maksudnya dengan suami.
atau dengan kawan2 perempuan yg ramai
berkumpulan

pastu jangan la duk tayang gelang
tayang rantai
tayang aurat
tayang beg
tayang henpon baru...

mcm mek..mek mmg suka pakai bag pack..  rasa selamat.
kalau pakai henbeg tu okjuga.
tapi pegang kejap2
jangan leka

kena sentiasa beringat

jalan kat tempat2 terang..

pastu selawat banyak2 kalau berseorangan..
mata kena liar selalu
baca ayat kursi..

pastu..laksanakan hukum hudud...
(eehh..  yg ni pendapat yabang..jgn banned saya pulak yeee)


=p






Friday, February 8, 2013

keinsafan pagi jumaat



Saya : Amboii..  abang..  hensem2 hari ni nak pergi mana ntah tu
Yabang : Mana ada hensem..  biasa je sememeh juga
Saya : ni siap pakai baju nikah ni..  siap butang bagai...
Yabang : lahh...bukan sekali ni je kan pakai.. dah 2 3 kali pakaikan..simpan dalam lemari buat apa.  nanti kepam bau lemari
Saya : Eleh..kalau macam tu..  sayang nak pakai jugak la baju nikah saya tu..  boleh? (nada perli)
Yabang : muat ke?




Insaaaafffffff okeh!...
kau hado laki yg mampu memberi keinsafan serta merta?..
hahahhaha


(baju nikah saya sendat di perut..  jadi paham2 la ye..  berpantang anak ke dua nanti ku nak kecikkan bengkung..  dan pakai double bengkung..huh!)




psstt...lately saya cuma dapat BW tanpa tinggalkan jejak..  maafkan saya.. =)  ada benda yang mengganggu. tak boleh tinggal komen cuma boleh baca sepintas lalu..  =)

Monday, February 27, 2012

Dihargai dalam kesedihan

Saya sukakan somethingyang puitis.
dan kadang kala ianya begitu spontan
lancar mengalir

Minggu sudah,  hati saya begitu sayu dengan pemergian Adik FARIS...(Klik sini utk kisah adik FARIS)
betapa dia bertarung nyawa di saat2 akhirnya dengan segala tiub..
Hati ibu ini memang tak sanggup melihat penderitaan dia...
Dan akhirnya dia pergi selama-lamanya

Di blog Mazidul saya tinggalkan komen
seikhlashati saya buat adik Faris..buat keluarga adik Faris
Sesungguhnya sahammereka di akhirat itu pasti
dan kesedihan yang harus di tempuh itu juga pasti

tapi tak sangka
komen saya itu
menarik hati seseorang
untuk di nukilkan di dalam lama FLICKR nya..Klik sini utk ke laman beliau (beliau menjual karya seninya di sana..menarik2 juga.. gambarnya pun cantik2.. )

Begini email yang dihantar pada saya


dan ini adlaah komen yang saya nukilkan buat adik FARIS di blog MAZIDUL

Saya izinkan beliau menggunakan komen saya..tiada masalah...  cuma saya minta dikreditkan ke blog saya...  =)
sekadar suka2 menukar link sesama pengguna internet..  =)


Dan inilah nukilan saya buat adik faris



perginya sebutir permata...
tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata
walau warnanya semerah darah

tidak mengapa wahai ibu
tidak mengapa wahai ayah
faris menantimu disyurga
dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak
dengan senyum dan tawa


innalillahiwainnailaihirojiun

ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan Faris ya Allah
kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu danbapanya
dan kau teguhkanlah iman mereka.
Semoga dugaan maha hebat ini
dapat mereka tempuh
bersama


salam takziah buat keluarga allahyarham faris.
perginya sebutir permata


Maaf..saya tak mampu nak buat entry lanjut tentang adik Faris..  sejak 2 menjak ini..hati saya bagai tersentap..disentap..  melihat anak2 kecil ini..kesakitan..kesusahan..  rasa pilu..rasa pedih...
Mereka cuma insan kecil..yang lemah..dan mengharapkan kasih sayang kita untuk melindungi mereka..
Tapi siapa kita..  untuk melawan kuasa yang MAHA ESA?

Monday, December 19, 2011

Paling malas..tapi terpaksa juga

kalau ada sesiapa perasan..

Siapa yang allow anonymous utk komen di blog..

saya akan jadi salah seorang dari anonymous tu..hohoho...
dan di bawah sekali biasa akan ditulis

- nik yang malas nak sign in -

atau yang sewaktu dengan nya..

memang malas habis nak sign in..
sebab tu lately tak de sangat entry baru
sebab malas nak sign in boleh?..hahahhahha

tapi kalau tetiba teruja nak komen dekat blog yang kita kunjungi tu kan..

memang nak tak nak terpaksalah sign in..lagi2 kalau die tak allow anonymous to komen..
yela..saya faham..bukan mudah melayan anonymous yang takde maruah mahupun harga diri merempan2 di blog kannn......

ok..ni pun sebab nak bagi tau jugak kat semua2...  kat kawan2 blog..saya kadang tu datang blog korang..hari2 BW..  taappiiiiiii...nak komen..masyaallah..kadng tu dah tulis komen..bile kene sign in.. malas die tu..ya rabbi.  macam ada batu melekat kat jari..

paling malas lah..

jadi mintak maaf la ye
kang dah habis malam kang saya kembali la mengomen..


nah..layan muka budak momot ni jela..yang tak berapa malas..rajin sokmo...sampai buat ummi rasa mcm kain buruk dah






ni nak upload gambar pun malas sebenarnya..jadi biasanya saya up di facebook..dan kat sini saya masukkanURL je..senang..blog pun ada lebih space..  =p









psstt..lagi malas kalau kene buat word verification.. tu memang hazab habis..  =p

Wednesday, November 9, 2011

short update

ayah dah semakin stabil..

ayah dah operate..operate tulang belakang... nasib baik dapat cepat sebelum saraf ayah lebih banyak yang rosak..sekarang kene jalani fisioterapi..masih tak dapat rasa untuk buang air..masihtak dapat rasa utk berdiri..

terima kasih buat semua yang mendoakan

kereta 'kemalangan' lagi..haritu kucing..  ni akibat org yang selfish..
terpaksa double park sbb kekurangan parking..tapi nampaknya orang terlalu selfish untuk prihatin tentang kereta orang lain..  asal dapat keluar kereta dia je.kereta kita ditolak sampai berlanggar dengan kereta lain yg parking..sampai 'mem'block'' k\laluan kenderaan... agak terkejut tengok keadaan kereta pagi tadi....kereta agak teruk kondisi..  tapi saya cuba untuk menerima dengan hati terbuka..cuba untuk redha dengan ketentuanNYA..  DIA lebih mengetahui segala-galanya..

saya kene jangkitan kuman di mata pada hari anniversary..  mata putih bengkak sampai mata hitam tenggelam..dan menutupi sebahgian mata hitam.. kemudian disusuli pula dengan sakit perut..mungkin gastric...  cuti berlalu begitu sahaja...  terpaksa ambil cuti tambahan satu hari..

leher sufiyyah getting better..  masa pergi jumpa doktor utk sakit saya..tanya sekali leher sufiyyah...  dapat ubat sapu..HYDROCOT...  sekali apply terus nampak kesan..  cuma ruam susu dia doktor suruh biarkan baik sndiri...

Sufiyyah dah pandai merengek..  agak stress kalau tak layan rengekan dia.. sebab mesti kene tendang2...  alahai anak dara manja ummi..  jangan nakal2 sayang...

sekarang nak siapkan kerja yang dapat pagi..petang dah kene submit,,..stress sikit..  =p



ok...tu je update....  oh ya...henpon pulak hari ni takde bateri.. charger lupa bawak.. sekian....








Thursday, November 3, 2011

Duit bukanlah segala-galanya.. Tapi segala-galanya perlukan duit..musibah bertimpa2


Rentetan WW #3 semalam...]


Kucing tu jatuh atas kereta..  Tak pasti bunuh diri ke..  Orang campak hidup2 ke..Dah mati orang campak ke...

Yang pasti kucing tu clean..takde la nampak remuk ke..darah menyembur ke..  takde..

Dan lebih pasti..kereta saya yang tak tau pape ni kemek..  Mungkin terpaksa tukar pintu belakang..kalau tak boleh ketuk..  Dah la dua bahagian kene cat..satu bumbung..satu pintu belakang...
dah la sekarang musim hujan....


Semalam..dapat call dari rumah..  Ayah sakit.. ingatkan tak teruk..nasib baik yabang kata balik rumah ayag dulu baru amik sufiyyah..  jadi semalam balik kerja terus snggah rumah ayah,,

Semua tgh tunggu ambulans..  masuk dalam ayah dah mengerang2 sakit..  ayah sakit teruk..
sejam lebih tunggu ambulans..  Ayah terlalu sakit sampai nak usung pun memang kene pakai stretcher.. 
Ambulans takde yang kosong..  terpaksa tunggu ambulans dari HKL utk datang ambil ayah..  bawak ke PPUM...

Sekarang ..waktu entry ni ditulis ayah masih di wad kecemasan.  ward semua penuh..  setiap sejam ayah kene diberi pain killer yang high dose punye.  Sbb sakit yang melampau..  Memang sebak tgk ayah sakit mcm tu semalam..

Yabang semalam naik ambulans..  kereta plak semalam bateri ade tak ada..  macam nak kong sangat dah..  tapi brother in law tetap pakai sbb tu kereta paling senang nak keluarkan dari parking. terus pecut ke PPUM follow ambulans...

Maka kecoh2 semalam..tak sempat nak hantar che cik lebih awal balik ke sepang..
Try jugak..pukul 10 lebih baru naik train..che cik berkeras nak naik train..  tak nak susahkan saya hantar balik sepang malam tu..

Sampai KL sentral, komuter kaunter dah tutup.  Patah balik ke kelana jaya..  Naik teksi..  Pukul 1.30 yabang balik dgn abg syam..  Tukar shift..  bawak dikni straight balik sepang..
Pastu dari sepang terus ke PPUM...tukar dgn abg ayie dan imran...  Tadi pagi kul 7 lebih baru balik..  hisyam stay sana....

tengah hari ni / malam ni tak tau sape plak nak kene gilir jaga..  belum susun jadua lagi..semua masih kepenatan,...

Saya semalam kenangkan sufiyyah malam2 memang memerap dgn saya..dgn semalam hujan..  so saya stay je rumah jaga sufiyyah...

Che cik kene jugak balik sepang malam tadi sbb subuh2 tadi We dah naik flight ke Cambodia.  Menguruskan korban di sana... Adik berdua tu takde sape urus nak ke sekolah.

Tadi pagi Sufiyyah sangat behave..  harap2 die behave sampai petang...


Semua benda di atas..semua nak pakai duit...  Semuanya duit..masuk hospital duit..  Kereta kemek duit...
Duit.duit..duit..

Tapi takde apa yg dpaat menggantikan KESIHATAN, KEBAHAGIAAN, KELUARGA..  walaupun duit berjuta..








Monday, August 8, 2011

Yabang dan sambutan hari lahir

Thanks utk semua ucapan Ulang tahun kelahiran..

Dan semalam (dua malam lepas)..  lepas yabang balik dari semayang terawih..Dia masuk ke bilik..  dgn gitar ala2 piano kecik dan mendendangkan lagu Happy Birthday buat saya...

Katanya :

Takde hadiah nak bagi kat sayang..sayang nak kek?esok abang belikan kek ya....


Saya cuma tersneyum...  takpela..cukupla dengan ingatan dan ucapan.  Rasanya tak perlu hadiah dan sambutan..  Seadanya itu lebih baik..  (walaupun ada di dalam hati sekelumit rasa ingin sedikit sambutan istimewa dari yabang, tapi itu semua kan cuma kehendak yang tak wajib pun utk ditunaikan)...


Dan sebelum tidur yabang hadiahkan kucupan macam biasa...  dan kali ni dia kata

"Esok abang belikan hadiah utk sayang..  sayang nak kuih tepung pelita kan?"

masa tu nak gelak pun ada..sedih pun ada...  alahaiiii..lurusnya suami saya ni..  saya cuma angguk je..tepung pelita pun tepung pelita la bang..
Kut2 boleh makan..  kalau tak boleh saya tgk jela orang makan kan utk saya..


hadiah dari Sufiyyah utk saya hari ni?..meragam dari pukul 2 petang sampai pukul 4.30...

Berhenti macam tu je..  sebelum tu puas nak diamkan die..  entah la kenapa dgn mood dia hari ni..  biasanya dia tak sesusah itu utk di kendalikan..  Biasanya lepas minum susu,..mandi..dah tukar pampers...  dia akan tido..  Paling kuat pun die nak saya gosok2 belakang die (sebab perut berangin)...atau paling tidak pun nak me'ngempeng' (melekap je dekat badan)...  dengan puting dalam mulut..saje nak bau badan la tu..nak di peluk (sebijik perangai saya masa pregnant dulu...seboleh2 nak hidung tu mengadap ketaik masam yabang)

Nak marah pun tak jadi bila melihat wajah polos Sufiyyah..  dia sangat comel dan sangat suci..mana mungkin hati ni nak marah kan dia....




Itu cerita sebelum sampainya hari jadi saya...


Masa hari jadi saya....  Yabang balik lewat...banyak kerja barangkali...

rupanya yabang belikan kek cappucino utk saya...  kecik comel je.. (jgn tanya mana gambar...haha..lupe nak amik..huhuhu)

cukupla..  rasa segan pulak dah tua2 ni ada lagi kek bagai dan dinyanyikan lagu hepi bzday to you oleh anak2 buah....

sweet..simple...

hadiiah?

mana ada hadiah...sejak bile pulak yabang ni romantika d amor kan...

kek tu pun dah kira boleh angkat ibu jari...




Tapppii...  sebab die celebrate bzday saya dgn cake..die punye pun cake jela..  ngehngehngeh   (itu untungnya bzday kita disambut dulu..what u give u get back aaaa)...haahha

lagipun yabang dah dapat hadiah bzday die sebelum ke Kuching tempoh hari..

Tripod 2 in 1...  Tripod dan monopod..  (harap die tak lupe la die dah dapat advance birthday present)





pssttt.....entry ini ditulis sambil meriba sufiyyah yang tak mahu tidur atas tilam..atas buai...atas ape punn kecuali dukungan saya....adooii..kebas....haritu sempat berpuasa 2 hari je..kemudian darah keluar balik..jadi saya kembali tak puasa...tak best pun sbb bukan boleh makan minum sedap2 ke hape..segan kutttt
selamat berpuasa semua

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Ya Ramadhan

Tahun ni Ramadhan lebih bermakna....tahun sudah berdua je dgn yabang...  tahun ni ber3 dgn sufiyyah dan yabang....


Semalam tak puasa....  Tapi tak makan minum pun....segan sangat..  rasa kiri kanan ada mata yang melihat...huhu..

Petang semalam cik telefon..  tanya pasal darah nifas...lepas explain2 cik kata dah boleh dah sembahyang tu,..

Bila boleh sembahyang...boleh la puasa..  Tpi tak dan nak bincang dgn yabang detail2 lagi.

Bile ckp dkt ayah esok nak puasa...  Ayah tak bagi..  yela ..maybe sebab nik dalam pantang lagi...  tapi makanan org dalam pantang buakn sedap pun..  kalau kita berpuasa..  makan nasi dengan ikan goreng pun jadi sedap kan...  nikmat tu utk org berpuasa...  =p

Hurm...  tapi nik ttp nak puasa jugak la..  walaupun tak dapat 30 hari penuh..dapat 29 hari pun jadila..  yela..  tahun ni la nak merasa puasa penuh..  lagipun tak cuba tak tahu...tak larat berbuka la kan..  =p

InsyaAllah..

Tadi walaupun tak berpuasa...sebab tak makan dan minum..  terasa dahaga yang amat..lapar tu takpe lagi..dahaga tu yang tak menahan...

Sufiyyah pulak kerap die menyusu...  Makin kering la..  Terasa kurang produce susu today...

Tapi takpe..orang kata ibu menyusu yang berpuasa bagaikan jihad..heeeeee


Tak tau la orang lain..tapi nik segan..  budak darjah satu pun boleh berpuasa penuh..inikan kita yangbesar ni kan...  bukan takat besar...gemok...  sihat..takde keuzuran...

Tak segan ke tak puasa?..Nik segan sangat..  walapun kadang tu tak boleh puasa sebab cuti bulanan...




  jadi pada semua...  selamat berpuasa ya!





p/s : hari ni hari ulang tahun kelahiran nik yang ke...............(sila isi tempat kosong)....  tapi rasanya takde sambutan apa2 (sbb ni kan schedule entry,mana tahu lagi)....  tapi rasanya memang takde pape...  yabang bukan reti nak romantis2..  merasa celebrate2 birthday ni waktu kapel2 dulu jela..  but seriously...  harap sangat ada something special for this year..  tak perlu yang mahal..tak perlu yang gile grand..cukup sesuatu yang sweet..simple....  kadang tu terasa gak nak dihargai..  =p  (miang gatai padahal..hakhakhak)

Sunday, July 31, 2011

baru anak sorang gigi dah takdo

sesiapa yang mengikuti cerita nk preggy pasti tahu betapa nik bertarung dgn sakit gigi for 9 months..  sedey2...

so semalam dgn jayanya dah berjaya cabut satu....

agak terkilan jugak..sebab dari 3 geraham yang ada..sekarang cuma dah tinggal satu...

nampaknya utk gigi2 lain kenela simpan duit utk buat rawatan saraf...kalau tak sayang la..

gigi palsu takkan sama dgn gigi original...

doktor ckp dalam rm600 utk sebatang gigi bagi rawatan saraf...

  ada 2 batang yang kronik..yg lain masih boleh ditampal....

2 x 600 = rm1200..

owh...sangat pengsan melihat angka2 itu..



sebelum ni cabt..nik tanya dulu pendapat doktor tu..  die kata (doktor seorang wanita muslim melayu)...

dari segi kita orang melayu..dikhuatiri BENTAN..sebab banyak darah keluar....
Tapi dari segi sceintific, takde kesan apa2..  jadi terpulang..

Asalnya nak buat treatment utk 3 batang gigi sekaligus..  Tapi Doktor nasihatkan buat satu2 dulu..   takut nik tak dpaat tahan sakit...

Tapi memang..  balik dari cabut gigi..lepas kesan bius hilang..memang sakit..  dah macam nak bersalin lg sekali..

Nik bawa2 tido....  owh ya...bius tak memberi kesan pada bayi..  =)


Jadi nik cuma bangun utk susukan Sufiyyah je..  nasib baik dia tak banyak ragam....die tau ummi die sakit...


sampai ke malam masih berdenyut....  darah cuma berhenti lepas maghrib (nik cabut kul 2ptg)
inipun masih sakit..  dekat tmpt cucuk bius tu plg sakit..

harap2 takdela sakit gigi lagi....berat betul dugaan..huhu




p/s : mlm tadi sufiyyah tak bangun menyusu....cuma bangun subuh tadi...jadi hasil pump pg tadi (nik pump sambil susukn sufiyyah) adalah 9 oz...clap...clap...clap...   =)   nik percaya pd konsep supply on demand...  dan nik ikut nasihat dr seorang blogger yg bf anak die (sorry..lupe dah llink apa)...katanya JANGAN SIA2KAN SUSU YANG BANYAK SEWAKTU AWAL2 KELAHIRAN....  yup...  kita tak tau rezeki besok2 hari....  =)

Thursday, July 28, 2011

Formula kuasa dua

Yabang + ayah = Yayah

Yayang + Ummi = Yummi


Ciss....apesal nama saya dah mcm jelly....

Baby + Sufiyyah = ???


Hahahhaha....tak payah la sambung..kang Sufiyyah lagi jeles...kahkahkah....

Alololololo sayang Ummi...

Tuesday, July 12, 2011

saya dengar org kata

Saya dengar orang kata

Kalau demam dekat2 nak bersalin ni..nanti kene induce...

Tu yang saya takut..sebab..

skearang saya dah dedar2 mcm nak demam..

tekak sakit..badan seram sejuk...
ni hidung dah start berair..kepala pening2 sikit...

adeehhh

harap2 semuanya selamat...

naseb baik bb ada gerak2....sekarang perut dah tak muat nak tampung die...
selalu je perut saya jadi bentuk trapezium la..segi tiga la..
sempit le tuu

orang ajak kuartakmoh..  ha..memang la smepit dalam tu yang oii...

doakan saya sembuh...

azam ni tak nak pi klinik...
dan harap2 by the time nak check up lagi hari khamis ni...saya dah tak demam

Thursday, June 2, 2011

kerna dia

kerana dia...siapa dia...?
bukan dia..tapi mereka sebenarnya...

kenapa dengan mereka?


Sebab mereka lah saya mengalami stress sepanjang minggu ini..

Siapa mereka tu

bos saya...kawan saya

Kenapa?

Bos time2 nie la nak lambak kan semuanya..  Bos..saya sudah nak bersalin baru dapat kerja melambak macam ni..bila kalanya nak buat..  dah tak lalu la bos..aiya...  bila keje tak siap gini...terasa kene rush sebab saya tak nak bercuti nanti dengan hati yang gundah..sebab projek kali ni sangat penting..menentukan hala tuju office utk 2 3 tahun akan datang....

Masa ni la nak kene concentrate pada project2 yang dah confirm...semua pun nak masuk stage submission bersama2..jadi saya sangat busy handle discussion dgn other staff sebab PA haram tak tau nak explain..rasa nak amik je jawatan die tu...sabar nik sabar.....



Kenapa pulak dengan kawan saya

Dia nak kawen...ini adalah yang terakhir saya uruskan sebelum cuti bersalin..azab dia 5 6 kali ganda dari biasa sebab saya tampung anak yang dah ke bawah tunggu masa nak bersalin..  Asal memang tak nak amik..tapi kenangkan diorang kawan..  Dan saya pun kesian tgk terkontang kanting mcm ape dah..  dengan parents yang masuk campur..dgn masalah kewangan..  so say abantu jugak..dan nasib baik ada kawan2 lain yang membantu...  semua pun duk doa saya jangan la tetiba bersalin kan..  harus ape pun tak jadi...

So maybe lepas entry Sarawak, saya akan buat entry pasal majlis perkahwinan pulak..ape yang boleh dan tak patut anda lakukan,...




Ok..nak sambung buat bungalow ni..  Interesting project..  Tapi takde profit kat company..cuma political punye kepentingan...bukan bermaksud political tu pemimpin2 NEGARA kita ni..political anatara company..ala..biasela....

Jadi semua entry..BW akan hold dulu...saya kadang ada singgah..tp tak komen..sebab kepala dah jem!

Friday, April 22, 2011

kene kepit..ngeri

hari ni mood sangat tak best..masih mengantuk semalam tak cukup tido...dah la balik lewat...  lepas tu berperang dgn sakit gigi...lepas sapu ubat..  letak ice pack...tertido pun depan tv...


malam tadi pukul 4 pagi terjaga sebab sakit gigi sangat kuat....  baru nak bangun ..dengan mata kene gam...  mamai2..  sekali kene KEPIT.. asal saya nak bangun je..  kene KEPIT....  sekali dah tak tahan...  saya mengongoi kuat2...  tapi memang sakit gigi gile2 time tu..cuma rasnaya mengongoi tu menambahkan effect dramatic la kan..  best jugak mengongoi ni...  sakit tak kurang pun...tapi best..  sebab?

Sebab dah takkene kepit...  yabang terjaga bile saya mengongoi kuat2..die ingat saya mengigau..  hukhuk...  bangun...  kumur2..gosok gigi..letak ubat kat gigi... paksa telan pain killer.....    ingat nak makan antibiotic yg doktor bagi tu..tapi perut kosong plak....  jadi tahan jela..ice pack dah tak sejuk da.....

tertido kat hall sampai pagi tadi....  sakit pinggang tak payah cakap la kan....



So today cuma bfast mushroom soup dgn roti dan susu......  haih..nak kata sakit gigi tak cukup kalsium...  semalam je saya minum kesemua empat2 botol susu yang beli kat pasar pagi tu....yabang pun minum..best..tak hanyir kan..

pagi semalam sebelum pegi keje dah minum segelas FRISO....kuat betul baby absorb kalsium yek....


Pagi ni masa telan multivitamin...telan sekali antibiotic..selama2 hidup ni..saya memang tak amik antibiotic..tp sebab sakit gigi ni duk berulang sakitnya..kenela paksa2 amik...sekali....baru je telan..  saya mengalami simptom sendawa.ok...normal la kan..dah makan..sendawa...  tapi kali ni sendawa sekali dgn gas...  dan sejurus lepas sendawa dapat rasa ubat tu yang pahit dan berbau macam sensei...  yabang pun boleh bau ubat tu.....  dem la....

skang dah ngeri nak sendawa....  ni baru terpikir...saya makan gula2 hudson tu..so every time sendawa..saya hisap lebih2 bagi rasa ubat tu kurang..euuuww..sangat tak sedap....hukhuk

ok..ni menaip pun rasa nenong2.. ngantuk seh.....

Wednesday, April 20, 2011

Antara yang saya kagumi dan TIDAK kagumi

Saya kagum

bila orang rajin sangat masak memasak

lagi kagum

bila rajin die amik gambar dan post di blog beserta dgn resipinya.....

sebab?

Saya ni rajin masak tu takdela..  adela masak..  Tapiiii  ya rabbi malasnya nak tepek dalam blog..muahahhaha




Saya kagum

Tengok orang berani dan berjaya dan perniagaan nya dan dapat establish dalam jangka masa yang singkat

Lagi kagum

Kalau ape jenis bisnes die ceburi pun berjaya..tak kesah la jual kain ke..jual kerepek ke...jual jambu ke..jual tudung ke..semua berjaya

Sebab?

Saya sangat lambat nak establish....lembab..haha...dan bukan semua bisnes berjaya..banyak yang lingkup..hohohohohho....


Saya kagum

Tengok orang yang dapat jadi superwoman.  Di office dia sukses....di rumah dia tangkas dan pantas...malam2 pun masih ada tenaga..24 jam tanpa henti bekerja

Lagi kagum

Bila semua anak2 dia berjaya...yela..bab kejayaan anak2 ni..tu semua rezeki..kadnag dah usaha pun tak berjaya jugak...rezeki masing2

Sebab?

Yang 2 mulut nak kene jaga ni pun saya rasa dah nak pengsan..hahha..camner nak ada anak deret2 8 orang dekat2 ni yabang?




TAPPIIIIIIIIIIIII


Saya cukup TAK KAGUM

Bile orang duk la tayang fast money depa tu...ala..macam ni ha.....
(ini antara gambar yang di TAG di FB saya)


Lagi saya tak kagum

Bile die TAG pulak saya kat FB walaupun tiap kali dia tag saya akan remove tag die tu

Sebab?

Saya percaya duit datang dengan usaha...bukan tindas orang bagi duit dekat kita...




Cukup nyampah tau kalau ada orang yang TAG2 duit ni....lempang mau?  Kalau takat tayang duit hasil tindas orang...tak payah la tayang....  Duit saya tetiap bulan hasil business halal ni pun saya tak tayang kat orang..sebab masih rasa rendah diri tak la banyak macam vendor2 yang lain...  Haih...

Eh..satu je ke yang tak kagum?  sebenarnya tu je la main point die....muahahhaha,....

Pagi2 ni ada letih banyak sikit...malam tadi hujan lebat kan..  2 kali saya terperanjat dari tidur...  Terus menyorok bawak ketiak Yabang...guruh kuat wooo...yang mamat sebelah ni punye 'guruh' pun tak berhenti2..bersahut2 dengan guruh kat luar..  Lupa tingkap semua tak tutup..  Pagi tadi...bilik depan tempias, banjir sampai ruang tamu..habis karpet basah....Yabang kata dah macam orang simbah air masuk dalam bilik...

Mana nak buat sarapannya..mana nak tengok bilik..nak siapkan baju yabang..  Owh pagi ni saya cuba resipi baru..  Sedap..memang faveret darikecik ..Cik suka buat...  Tapi ni baru sendiri masak (nampak sangat hari2 bangun lambat..mana nak dan tolong cik kat dapur..huahuahua).....  nanti saya buat sekali lagi..amik gambar..tepek resipi sini ye....

Ok dah melalut da....bye......
Related Posts with Thumbnails