PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label member2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label member2. Papar semua catatan

28/05/15

Passport Perkahwinan

Ingat nak melancong je ada passport rupanya kahwin pun ada passport perkahwinan.vhuhuhuhu. Macam-macam kan sekarang. Sebenarnya pertama kali dapat passport perkahwinan ni. Kawan-kawan mungkin ada yang pernah dapatkan. Ini kad kahwin bekas rakan sekerja dulu. Suka tengok kad ni.

SELAMAT PENGANTIN BARU FIQA DAN PASANGAN. SEMOGA BAHAGIA DAN KEKAL KE JANNAH. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN DAN MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR. AMIN




Meh tengok dalamnya



VIP CLASS tu



lagi



26/11/14

Terima kasih kawan-kawan

Dilla nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Blogger ni sebab sudi letak link Blog Dilaz Family dalam Bloglist mereka. Tanpa kamu, siapalah daku. sob sob sob. Terharu sebenarnya. Semoga kita jadi sahabat selamanya dunia dan akhirat. 

Kat bawah ni Dilla ambil dari Nuffnang untuk minggu lepas. Semua link kat bawah tu Dilla suka blogwalking. Mereka ibu-ibu yang hebat dan mempunyai anak-anak yang sangat comel dan bijak.


 
Terima kasih sekali lagi Dilla ucapkan. All the best to you 
 

15/10/14

Hepi besday Suraya

Alhamdulillah

Hari ini besday Suraya pemilik Blog My Little Family

SELAMAT HARI LAHIR

Semoga panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga sentiasa bahagia bersama hero-hero kesayangan. All the best to you Sue

Kita kawan selamanya...peace


Gambar cilok dalam fb Sue..jangan marah ye
 

5/05/14

Sahabat

Kami adalah sahabat baik. Sentiasa bersama bila di Tadika. Kami nakal tapi baik dan bijak. Kami suka buat riuh rendah. Makan bersama, main bersama tapi bila tidur kami diasingkan oleh cikgu sebab nanti yang lain tak boleh tidur sebab kami buat bising. huhuhuhu.

Comel tengok teletah mereka bertiga. Masing-masing ada karektor tersendiri.


Fifi, Alia dan Qistina


Semoga anak-anak ini sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Amin

21/03/14

Kenangan SPM 2000

Semalam result SPM keluar kan. Tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang. Yang keputusan kurang memberangsangkan jangan putus asa dan jangan fikir itu kegagalan selamanya. Masih panjang dan jauh perjalanan hidup anda. Gagal dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam kehidupan. Ada yang lebih berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan mereka walaupun keputusan peperiksaan tidak baik. Pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan yang terbaik. Jika hendak sambung belajar teruskan dan jika ingin bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh dan banggakan keluarga anda.

Dilla SPM Tahun 2000..Makna kata 14 tahun yang lalu. Result SPM taklah baik sangat tapi bersyukur sebab dapat sambung belajar di Matrikulasi Perakaunan dan di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Dapat banyak ilmu dan juga kawan-kawan. Pengalaman juga banyak sebab banyak merantau ke negeri orang. Matrikulasi di Pekan, Pahang dan Universiti di Sintok, kedah. Tetiba teringat zaman persekolahan dulu. hihihihi.

Sebenarnya saje nak show off gambar ni




 
Ini gambar kenangan masa Tingkatan 5. Cuba teka Dilla yang mana satu?? Bajet comel rasa bile tengok gambar ni. Gambar ni member yang post kat Facebook. Saje ambil buat entri dan kenangan masa depan. Nanti leh tunjuk kat anak cucu. Dah tunjuk pada Qistina. Pandai dia pilih mana satu Mama dia. 
 

1/05/13

Wednesday Wordless~Saje nak post buat kenangan

Kenangan semasa pregnant kan Danish. Bersama My Love dan kawan-kawan sekerja



.
.
.
.
.
.

Perut memboyot.huhuhuhu

10/12/12

Shaklee-Terima kasih Fieza

"Jika kite baik dengan orang mesti orang akan baik ngan kite kan. Yang penting jangan buat masalah ngan orang". Itu kata My Love pada Dilaz. Okeylah berbalik pada tajuk entri. Terlebih dahulu Dilaz nak ucapkan terima kasih pada Fieza (kerani di Ofis Dilaz bekerja) sebab bagi Dilaz produk Shaklee nie. 

Dilaz memang nak beli produk Shaklee ni nak cuba tapi disebabkan harganya yang mahal sikit jadi simpan dulu niat nak beli. Lagipun tengah kumpul duit nak beli Breastpump yang ok sikit. Tapi Alhamdulillah rezeki namanya. Fieza bagi Shaklee ni pada Dilaz. Produk Shaklee yang dia bagi ialah ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa Complex dan Lecithin. Fieza kata dia tak abis guna jadi dia bagilah Dilaz. Dari buang baik bagi orang katanya. Terima kasih Fieza sekali lagi.


Sejak makan Shaklee ni Alhamdulillah rezeki utk Danish semakin bertambah. Rezeki apa....nanti Dilaz sambung di entri lain. Tunggu
 

7/07/12

Selamat Bertunang

Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT BERTUNANG 

kepada 

Nadia aka Nade


Semoga bahagia selalu dan semuanya berjalan dengan lancar.AMIN.
 

22/02/12

Baik sungguh kawan saya ni

Siapa kawan saya yang baik tu? Siapa lagi jika bukan Agnes Ryue. Ryue nie bulan lepas pergi Langkawi dan Pulau Pinang sebab company suaminya ada buat rombongan. Jadi Ryue pun join sekali. Dilaz pantang dengar orang nak pergi jalan-jalan, terus minta Ryue belikan Fridge Magnet (FM). Dilaz nie nak berjinak-jinak kumpul FM kat peti sejuk.Kalau boleh nak kumpul semua negeri di Malaysia nie dan jika ada kesempatan nak kumpul yang di luar negara pula.


Inilah FM yang Ryue belikan tu.


Cantik kan. Ryue pun ada beli coklat untuk Dilaz tau. Seronok sangat dapat hadiah macam nie. Lama tak dapat hadiah dari member2

 

16/02/12

Bowling bersama Rakan-rakan Fazil Agensi

Aktiviti nie lama dah lepas iaitu pada 07/01/2012. Dah sebulan kan baru sempat nak buat entri. huhuhuhu. Sebenarnya Fazil Agensi buat "Pertandingan Bowling Tahunan" jadi Dilaz dan My Love sebagai staf di Fazil Agensi diwajibkan turut serta dalam bowling tersebut. First time main bowling ramai-ramai nie.


Banner pertandingan



Pemain handalan
^
^
^


My Love dengan gaya tersendiri

Nak tengok tak markah yang kiteorang dapat dalam 2 game tersebut. Rasa segan nak tunjuk.  Tapi nak tunjuk gak



Game pertama

dan


Game kedua

Kalau perasanlah kedua-dua game markah kiteorang sama kan. Sikit sangat. Yelah kiteorang nie bukan Pro sangat main bowling. Saje suka-suka join.




Inilah dia staf di Fazil Agensi. Ramai kan.

P/S : Lepas nie kalau boleh setiap bulan nak main bowling

13/02/12

Nak promote Blog Member

Salam semua.

Pagi nie Dilaz nak promote kat kekawan semua Blog Member Dilaz. Kedua-dua member nie ada perniagaan masing-masing. Yelah nak tunjuk bakat yang terpendam. Jomlah terjah Blog mereka dan kenali mereka dengan lebih dekat.
Yang pertama

Blog Anies
aka

Anies adalah seorang Isteri dan bakal menjadi seorang ibu yang menjalankan perniagaan handmade barangan baby.  Ini antara koleksi handmade Anies 

topi
warna : putih & merah 

kasut baby...

warna : hitam & kuning


sarung tangan
warna : putih

^
^
^
^

dan Yang Kedua

Blog Agnes Ryue
aka

Perniagaan Ryue nie telah didaftar dan sekarang Ryue adalah CEO MKMS Collection. Jangan marah Ryue nooooo....Ryue nie kreatif orangnya dan semua perniagaan yang dibuat cantik sangat. Inilah dia perniagaan Ryue

TEMPAHAN MANIK

TEMPAHAN MANIK
tertakluk pada degsin...harga boleh dirunding...

TEMPAHAN HANTARAN

TEMPAHAN HANTARAN

P/S : Apa lagi..jomlah terjah Blog mereka

23/01/12

ANIS KAHWIN....

Cerita Anies kahwin nie dah lama sebenarnya. Baru sempat nak update. Anies nie ketua kerani di tempat kerja Dilaz. Dia pun ada Blog sendiri. Dia pun nak jadikan Blognya terkenal macam orang lain. Siapa nak kenal dia, lehlah buka blog Anies nie. KLIK SINI....

Anies nikah pada 02 Disember 2011 dan majlis persandingannya pada 03 Disember 2011. Dilaz mestilah datang ke majlis persandingan tersebut sebab kan dah member namanya. Lagipun tuan punya badan dah jemput datang, mestilah datang. Betul tak??

Perkara pertama, mestilah posing dengan pengantin. Wajib...

Tengok nie...seronok si Anies nie. Lagi-lagi dah nampak pengantin lelaki datang. Saje usik dia.


Pengantin lelaki dan perempuan bukan main lagi. Senyum sampai nampak gigi.huhuhuhu
 

Inilah cenderahati yang Dilaz dan My Love dapat..banyak kan.


Apa yang ada dalam beg tu.....inilah dia

Epal merah yang ranggup...cawan yang sangat kiut...dan gula2....so sweet...


P/S : Dilaz doakan semoga perkahwinan Anies dan Isa berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. AMIN.
 

20/11/11

Selamat Pengantin Baru

Sebenarnya dah agak terlambat nak buat entri nie. Tapi Dilaz nak buat gak. Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada Top Agen Fazil Agency - Ruhida dan pasangannya Yusof

Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki selalu dan cepat menimang cahaya mata. AMIN


1/06/11

Apa ada dalam nie?????

Nampak tak album kat bawah nie. Ini bukan album gambar tau. Nak tahu apa ada dalam nie? Nak tahu meh tengok lagi.

Album kenangan 12 tahun yang lalu

Kalau kawan-kawan nak tahu dalam album nie ada apa.....ada nielah


Album kata-kata semangat dan nasihat dan kawan-kawan Dilaz masa sekolah kat SMTPJB

Ucapan dari kakak angkat Dilaz

Ini juga

Ada banyak lagi ucapan dan kata-kata semangat dari kawan Dilaz, secret admire dan juga kakak angkat Dilaz. So, tue semua Dilaz simpan elok-elok dalam album buat kenangan. Tapi sedihlah Dilaz lost contact dengan diaorang. Dalam FB pun tak jumpa lagi. Lagi-lagi kakak angkat Dilaz, nak sangat jumpa dia. Kan seronok. Kawan-kawan ada kenangan macam nie tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails