Showing posts with label Pelamin mini. Show all posts
Showing posts with label Pelamin mini. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event @ Selayang Mall (6-8 Mei 2011)

As Salam Ladies!

Wah~ Excited sudah ~ Hihi.. Bukan excited, lega sangat-sangat sebenarnya.. 30 April - 1 Mei yang lepas, job dewan bertimpa-timpa.. Memang tak menang tangan di buatnya.. Tapi, Alhamdulillah, settle semuanya. So kat sini saya nak umumkan yang Dina Halim Bridal Boutique adalah penaja utama untuk PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 yang bertempat di Selayang Mall nanti.

Pssssttt, tapi kannnn..kannn.. PPM kat Selayang ni Edisi Bajet uollsss..Kenapa saya kata EDISI BAJET? Sebab, vendor-vendor kat sana di nasihatkan buat special pakej khas untuk PPM Selayang Mall! Jap, jap.. Saya nak copy paste dari belog rasmi PPM mengenai harga-harga yang jadi guideline nanti.

"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI di PPM 6-8 MEI INI DI SELAYANG MALL;


Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah

Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah

Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)

Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
Haaaaa....Murah tak..murahhhhhhh... Jom, tengok poster yang ada banyak aktiviti menarik untuk bakal pengantin ni :




Butik Dina Halim akan buat main stage dan demo perarakan.. Sesiapa yang nak tengok baju terbaru dari Dina Halim, warna champange..Datang beramai-ramai ke PPM Selayang Mall tau..Demo perarakan mula dari 2 petang - 4 petang hari Sabtu, 7 Mei 2011.

Bersempena PPM Selayang Mall ni jugak, butik kami mengeluarkan pakej BAJET istimewa. Memang sampai 8 MEI je harga-harga ni bertahan. Meh, saya bagi klu skit bentuk harga yang kami tawarkan kat sana nanti.

Pakej paling murah bermula dari RM2100, paling mahal yang ada RM4600. Tapiiiiiiiiiii...Pakej RM4600 tu complete dengan baju eksklusif, makeup, pelamin bajet berukuran 16 kaki, walkway aisle, arch, bunga tangan, red carpet, pakej fotografi untuk dua majlis...Haaaa.....best tak? Nak tahu lebih lanjut?? Datng ke booth Dina Halim. Booth kami bertempat di ruang legar pentas utama.. Sesiapa yang nak tengok pelamin mini latest kami yang baru pun, boleh datang tengok secara LIVE kat sana.


Pelamin Mini Latest. Credit to Jemari Kreatif untuk bunga-bungaan yang kecomelan itu.. (^_^)


Apalagi korang? Spread the news ya! Sharing is caring, aite *wink*


Lots of Love,
Kak Nad

Monday, November 8, 2010

Nurul Syazana & Zain a.k.a Zainur (Pemenang Tempat Pertama DH Online Contest)

Salam,


Seperti yang kita sedia maklum, blogger yang lebih di kenali sebagai Zainur telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan Dina Halim Online Contest yang lepas. Zainur memenangi hadiah yang berupa mini pelamin yang bernilai RM850.00.

Boleh tengok entri Zainur yang membuatkan beliau memenangi tempat pertama pada contest yang lepas :D

Jom, layan gambar-gambar yang saya cilok dari folder Mr. Sebumbung. (Hihi, sila jangan pecah rahsia).



Pelamin ini adalah idea dari Zainur sendiri. Harga sebenar pelamin ini lebih dari yang di menangi Zainur, tapi tak tahu kenapa hati saya tak ada rasa nak berkira dengan Zainur ni. Lagipun, ayah kata senang je nak buat 'atap' untuk Zainur tu. (Hehe, maaf, ayat bersepah). Zainur nak pelamin yang boleh gantung-gantung pomander ball dan kristal. Tema pilihan pula, pink dan hijau. Bunga telur bahagian depan tu, tak silap saya hasil tangan Zainur sendiri. Betul kan Zainur?



 Makeup Zainur dari Zila Ziman.





p/s : Nama Zainur yang sebenar, Nurul Syazana. Pernah meng-remindkan hubby mengenai tarikh Zainur yang hampir. Terpinga-pinga sebentar encik hubby bila saya bertanya menggunakan nama Syazana. So, sampai sekarang saya dengan hubby memanggil Zainur, supaya tidak konfius. Nasib baik Zainur tak kisah :)

Ok, gadis sekalian, interested dengan mini pelamin ni? Contact atau text saya directly (012-3445672 - kak nad)

Sunday, August 22, 2010

Our Collections of Mini Pelamin

Salam,

Lately ni, ramai pengantin to be email saya bertanyakan mengenai Mini Pelamin. Ramai yang sedang bersiap-sedia untuk melangsungkan pertunangan, dan juga perkahwinan. Atas permintaan pengantin to be, saya akan mengupload koleksi mini pelamin Dina Halim untuk tatapan semua.

1) Mini Pelamin Basic
Simple yet affordable.


Engagement Mazni, Sungai Choh, Rawang

Engagement Iwana, Keramat, Kuala Lumpur

Solemnization Raja Aini, Alam Damai, Cheras

Engagement Nani, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

I personally love this combination. Pink and orange. Rasa macam fresh, comel sangat-sangat, thanx Nani,sebab bagi kepercayaan pada saya untuk try combination ni :)


 
2) Mini Pelamin Izni

 Engagement Izni, Sungai Buloh, Selangor

This is our first attempt doing mini pelamin. Insya Allah, this coming September ada one of my client yang buat colour purple.


3) Mini Pelamin Panel

Solemnization Elly, Sungai Choh, Rawang



Yang mana satu pilihan anda? Bolehlah email kami dinahalim_butik@yahoo.com atau text saya directly 012.3445672, untuk feedback yang lebih pantas.

Sekian, Terma Kasih.

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak dari kami, Dina Halim Bridal Boutique Team Members.

Tuesday, June 22, 2010

Aini & Fairus @ Alam Damai, Cheras

Salam,

Hari ini saya nak upload gambar pelamin yang saya buat untuk Raja Aini, di Cheras. Ani ni confirm masa kita kat Pameran Pengantin. Mula-mula, dia nak Pelamin Chic Garden, tapi lepas buat ukuran tegok-tengok tempat yang nak buat pelamin tu muat-muat untuk pelamin 1 panel sahaja.

Jom, tengok pelamin yang kita buat untuk Aini :)


Gambar paling atas ;
Pelamin 1 panel, backdrop damask krim and darg green. Aini nak garden, combination Ivory and green.

Gambar Tengah ;
Di sebabkan tak muat pelamin chic garden di tempat yang di pilih, Aini requested untuk mini pelamin nikah yang simple, menggunakan backdrop dari pelamin Chic Garden itu sendiri.

Gambar Bawah ;
Pillar arch, walkaway Aisle dengan Red Carpet yang kami pasang di porch Aini. First time buat walkaway aisle all white, gebu-gebu kan? ;)

Ok lah gadis-gadis.. Saya nak hilite yang bulan Julai ni kita akan join PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA di Mid Valley Exhibition Centre 2-4 Julai 2010. Datang ramai-ramai sebab DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE main sponsor stage area. Datang, jangan tak datang!!


Selamat Pengantin Baru Aini & Fairus! :)..Pelamin & Handbouquet dari butik Dina Halim..(Baju bukan dari butik Dina Halim)

Thursday, April 15, 2010

Majlis Pertunangan Salmi, Kepong

Salam,
Sudah lama teringin update mengenai pertunangan Salmi. Ada gambar dari kamera sendiri, tapi belum edit la pulak kannn.. Tadi dengan rajinnya saya sneak peak kat FB Salmi, saya terjumpa gambar pertunangan beliau! :D Alahai, cantiknya baju dia.. Suka sangat! Warna dark blue. Nampakmacam mewah & klasik. Baju tu bukan dari pihak kami, pihak DH bertanggungjawab membuat pelamin mini sahaja.



Kedua-dua gambar ini diambil dari FB cik Salmi, harap maklum :D

Saturday, March 6, 2010

*Promosi* Pelamin Mini sempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA @ PWTC 12-14 MAC 2010

Salam,

Seperti yang saya janjikan, disini saya ingin mengupdate gambar pelamin mini yang akan di promosikan di PWTC kelak. Tarikh akhir promosi berakhir 14 Mac ye, so kalau betul-betul berminat silalah buat keputusan yang benar-benar FIRM sebelum 14 Mac 2010.

Antara promosi yang akan di jalankan oleh DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE ialah ;

- SEPARUH HARGA untuk pelamin mini yang TERPILIH dengan mana-mana confirmation PAKEJ SANDING (rumah ataupun dewan).





Handbouquet untuk sanding. Saya guna imported Rose, ivory colour dan daisy putih.
Nota Kaki : Maaf kalau entri saya pendek dan tak ber-omel-omelan. Nanti kita jumpa di PWTC sahaja ye, untuk bercerita panjang.
Bagi yang berminat untuk mengetahui harga, sila email sebarang pertanyaan kepada kami di dinahalim_butik@yahoo.com.
Sekian, Terima Kasih.