Showing posts with label Perak Info. Show all posts
Showing posts with label Perak Info. Show all posts

Feb 16, 2010

Laksa Kampar

Suka makan laksa ??

Korang kena cuba Laksa Pakcik Ghafur ni. Dalam banyak laksa yang aku penah makan takde yang dapat lawan Laksa Pakcik Ghafur ni.

Dari aku kecik sampai la skrg ni balik je Kampar mesti pekena. Yang bestnya kuah laksa tu.. fuhhhhh
power... kena pulak ngan otak udang memang layan wehh...

Nak merasa kena la seawal pagi kalau tak, tak merasa la.. cepat habis.. Bukan saja orang melayu suka semua bangsa kat Kampar tu suka.

Dec 10, 2009

Kampar

Kampar

Pekan Kampar merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang terletak kira-kira 40 km dari Bandar Ipoh dan 16km dari Pekan Tapah dan merupakan tempat persinggahan bagi perjalanan antara utara dan selatan dan juga merupakan Bandar yang terakhir sekali di Daerah Kinta, kerana ke selatannya ialah Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Pekan utaranya pula ialah Gopeng dan selatannya pula ialah pekan Tapah. Apabila disebut Kampar memberi pengertian Bandar Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam lingkungan 10-20 batu persegi. Penerokaan dan petempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah itu sendiri, maka tidak hairan jika ada pendapat yang mengatakan Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini bijih timah masih dilombong meskipun kepesatannya mulai berkurangan akibat kemerosotan pasaran timah.



Adalah dipercayai personality yang bertanggungjawab memajukan pada peringkat awalnya petempatan tersebut ialah Ngah Jabor atau Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921). Kajian mengenainya dalam ‘The Identity of Ngah Jabor dan Mohamed Jabor bin Bardot (1859-1921) oleh Dato Mohd. Hashim bin Sam Abdul Latif dalam Journal of Malaysia Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) Vo. 53 menyatakan beliau adalah salah seorang yang bertanggung jawab membunuh Residen Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Selian daripada pembesar-pembesar Melayu seperti Dato’ Maharajalela, Dato Sagor, Raja Abdullah dan lain-lain. Sementara yang lain-lain itu telah dihukum, Ngah Jabor berjaya menghilangkan diri.

Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri. Raja Idris yang kemudian menjadi Sultan Perak ke-28 (1887-1916) menjadi hakim perbicaraan tersebut.

Raja Idris (Dris) adalah saudara sesusu kepada Ngah Jabor kerana semasa bayinya, Ngah Jabor menyusu kepada ibu Raja Idris, Ken Uda. Ini menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan. Meraka adalah sebaya dan dilahirkan di kampung yang sama, kampung Kuala Dipang. Kerana itulah Ngah Jabor bebas dari hukuman. Beliau menghilangkan diri dan sebelas tahun kemudian, 1886, muncul kembali (pembunuhan Birch pada 2hb November 1875), kali ini dengan identity baharu iaitu Mohamed Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri itu beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
Pada 1893, Sultan Idris, Mohd Jabor bin Bardot dan Haji Abdul Rahman adalah pelombong-pelombong Melayu pertama di kawasan ini. Apabila Daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pajakan lombong, Mohd Jabor memiliki lombong-lombong dengan pajakan lombong yang bernombor ML 882 bertarikh 18hb November 1894, seluas 22 ekar dengan pekerja seramai 167 orang. Pada tahun yang sama juga ia telah memiliki dua pajakan lombong melibatkan keluasan 55 ekar dan 10 ekar; di mana keseluruhannya berjumlah 90 ekar. Daripada keluasan tanah tersebut, Mohamed Jabor menjalankan kegiatan pelombongan sehingga tahun 1910.
Menurut kajian Encik Chye Kooi Loong pula pada 1886 seorang pemimpin Melayu yang berkaliber dan dinamik bernama Imam Prang Jabor adalah bertanggungjawab membuka perkampungan Melayu di hilir Sungai Keranji berdekatan pasar lama Kampar. Perkampungan asal ini dikenali sebagai Mambang Diawan sempena nama Gunung Mambang Diawan yang tingginya 1,455 kaki yang bermakna ‘Fairies among the cloud’
Apabila didapati daerah lembah kinta termasuk Kampar kaya dengan bijih timah hasil kajian oleh jurutera perlombongan Peranchis menjadikan Kampar satu penempatan yang untuk untuk diterokai.

Imam Prang Jabor menggalakkan para pengikutnya melombong dengna cara mengorek lubang-lubang kecil di kaki-kaki bukit dan mendulangnya di tebing-tebing sungai. Di samping itu, Imam Prang Jabor memberitahu pihak pentadbiran British isitu J.B.M. Leech sebagai Pegawai Daerah dan Majistret di Kinta. J.B.M. Leech kagum dengan keterangan tersebut seterusnya mengajak Maxwell seorang kadet M.C.S. dan Bramforth seorang juruukur melawat ke tempat di mana aktiviti perlombongan itu dijalankan.

Seterusnya, JBM Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk ke tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Tapak kedai telah dijual dengan harga $25 sekeping.

Bandar Kampar bermula dengan nama Kampung Batang Tonggang yang lokasinya pada hari ini ialah di kawasna yang meluputi Jalan Masjid daripada simpang di Jalan Gopeng hingga ke Kampung Changkat (Kampung Masjid) yang wujud sekarang. Kampung ini yang terletak betul-betul di lereng Gunung Bmelaka adalah bersempadan dengan Gospel Hall yang ada sekarang ini di sebelah utara dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan © Public Girls’ di sebelah selatan.

Mengapa namanya Batang Tonggang? Sumber lisan menyatakan terdapat banyak anak sungai di kawsan ini yang merupakan punca tenaga asli dalam kegiatan melampan ini. Batang-batang kayu digunakan sebagai titi menyeberangi anak-anak sungai ini dan dari situlah wujudnya istilah ‘menonggang’ atau ‘meniti’ batang-batang kayu ini. Ada juga titi yang ‘tertonggang’ (terjatuh hujungnya) ke dalam air.

Akan tetapi, mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang.

Akhir sekali perlu dijelaskan kewujudan nama Sungai Kampar kerana darinyalah nama bandar ini dipakai sekarang. Sumber lisan menerangkan sungai ini menjadi lebuhraya pedagang-pedagang dari bandar Kampar di Pulau Sumatera. Pergerakan penduduk tempatan di kepulauan Melayu memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. Kerana itu jugalah terdapat ramai orang dari Sumatera dan Pulau Jawa di kampung-kampung di sekitar Bandar ini. Memang menjadi kebiasaanlah wujudnya nama satu-satu tempat itu dari nama sungai yang berdekatan.

Cara asal nama Kampar diambil tidak dipersetujui oleh beberapa penduduk. Terdapat cerita mengenai seorang Sultan Perak yang dating ke Kuala Dipang bersama sida-sida baginda untuk berkelah. Semasa berenang dan memancing di Sungai Kuala Dipang, mereka mendapati banyak mati kerana keracunan ‘tuba’ di sungai tersebut. Baginda dan pengikut-pengikut baginda ternampak selonggol kapor tetapi memanggilnya kampar tetapi kemudian cara sebutannya menjadi Kampar.







Inilah Sekolah Aku , Sekolah Rendah dan Menengah Anglo Chinese School (ACS). Sekolah rendah dan menengah dipisah kan oleh jalan raya. Dulu kalau budak2 melayu yang bersekolah sini dah dikira hebat la.. sekarang ntah la.. ACS ni sekolah yang terbaik la kat Kampar. Sebelah sekolah aku ni ada sekolah cina Pei Yuan. Kira musuh tradisi sekolah ACS. Dalam sukan ke apa2 je mesti nak berlawan.


Stesen Bas Kampar. Ada beberapa bas menjalankan perkidmatan. Kinta Bus beroperasi dari Kampar ke Ipoh, Kampar ke Malim Nawar dan Kampar ke Sahom. Kamta Bus pulak dari Kampar ke Tapah dan Kampar ke Mambang Diawan, lagi satu aku dah lupa bus tu beroperasi Kampar ke Teluk Intan. Dalam banyak2 bus berhenti2 dalam Malaysia ni Kinta Bus adalah salah satu bus yang memberikan perkhidmatan pada yang terbaik. Leh dikatakan aku membesar dalam bus ni dari sekolah menengah sampai la aku kawin tiap2 hari aku pasti jadi penumpang setia. selalu nya aku naik bas ni free je sebab....................


Restoran Mahsuri. Ni la tempat lepak aku masa nak nunggu bas balik sekolah. Dulu femes giler restoran ni, skrg ni ntah la aku pun dah lama tak masuk. Yang best restoran ni sebab tiap2 tempat duduknya ada penghadang jadik orang tak leh la nampak.


Ni la Bazar Kampar. Masa kecik2 dulu kat sini la kami bershopping raya ke ataupun masa nak bukak sekolah. Murah giler harganye. Sekarang aku nengok dah banyak kedai dah tutup , sedih rasanye.


KFC Kampar. Banyak kenangan aku kat sini. Dulu cuma satu tingkat je, sekarang dah 2 tingkat. Maju beno dah.


Pagung Wayang Princess. Satu2nya panggung wayang yang ada. Sekarang dah jadi kedai perabut.


Tu la dia kedai ais kacang paling femes.. Balik kampung je aku mesti nak pekena dulu.


Antara tempat menarik di Kampar. Tempat nya menarik cantik air nya sejuk. Nak berkelah kat sini berhati2.
Aku pun dah lama tak kesini.



Sekarang Kampar dah banyak berubah. Kampar dah pesat menbangun. Banyak tempat2 aku melepak dulu dah tak ada. Kampar kan terus maju......

Jun 8, 2009

Service Keta Malam

Letihhh....

Takde idea lak malam ni.

Dalam kol 8.30 malam tadi aku pi service keta. Nak pergi pada siang hari takde masa, banyak urusan lain kena buat.
Nasib baik la kat Ipoh ni ada satu tempat tu bengkelnya cuma bukak pada malam hari je. Ada nya bengkel ni seribu rahmat bagi aku. Senang apa2 hal kerosakan kereta atau pun motor.
Bengkel ni terletak berdekatan ngan Strawbery Park. Mekanik yang menghandle semuanya berpengalaman. Dan yang paling aku suka ialah tentang Harga perkhidmatannya. MURAHHH !!!

Jun 7, 2009

Nasi Lemak Ayam Kampung

Selalu aku melawat ke blog kengkawan, banyak yang bercerita tentang makan dan tempat makan kegemaran depa. Aku kalau bab makan ni memang tak memilih, wife aku cakap senang je nak kasi aku makan, goreng telur ngan ikan bilis pun aku tak penah komplen..
Aku nak bercerita pulak tempat makan yang family aku suka pi kat Ipoh ni. NASI LEMAK AYAM KAMPUNG namanya. Lokasinya di Jalan Ali Pitcay. Restoran ni tak la semata2 jual nasi lemak je, makanan siam pun ada. Nasi Lemak nye memang power makan pulak ngan ayam kampung.. fuuhhhhh best.
Menu yang paling aku suka kat sini Belut masak pedas. Bagi yang tak penah cuba makan belut rugi .. baik cuba rasanye lagi sedap dari ayam. isinya lembut. Satu lagi Tomyam kat sini memang best. gerenti berpeluh makannya.
Harga makanan kat sini memang murah. Layanan mesra dan cepat.
Toiletnya bersih dan siap ngan sofa lagik tuuuuu.....

Apr 11, 2009

Aku Dan Nama Tempat Pelik Di Perak

Aku dilahirkan, membesar dan bekerja di Negeri Perak. Negeri Perak bumi bertuah dan berdaulat.
Bagi aku tak de tempat lain dalam dunia leh chalenge ler betapa seronoknya hidup di negeri ni. Aku penah bekerja kat luar Perak, tak tahan aku keadaan kat sana sesaknya, buat otak aku tambah sesak je.
Aku nak share skit nama2 tempat di Negeri Perak yang pelik skit. Buat ingfo kengkawan ...

1. Kpg Pulau Pisang
Pulau ikut kamus bermaksud tanah dikelilingi air. Ni Pulau Pisang !! Bayangkan. Masa aku kecik
selalu lepak kat kpg ni mandi2 sungai dan menjala ikan.

2. Tebing Tinggi
Nama je begitu. tapi idak la tinggi sangat tebing nya.

3. Batu Gajah
Gajah jadi batu ?? dapat nama dari peristiwa sumpahan Sang Kelembai

4. Lawan Kuda
Takde pun tempat berlumba kuda tempat tu. Tapi aku tau orang2 cina sana minat judi lumba kuda.

5. Mambang Di Awan
Dekat ngan Kampar. Takde pun si mambang kat awan, Yang aku tau sana banyak mambang2 yang cun giler.

6. Ayer Tawar
Dekat ngan Lumut. Air nya idak la tawar pun. Minggu lepas aku ke sana kenduri kawin, mak ooii air sirapnya manis bebeno.

7. Lumut
Semua orang tau tempat ni. Sekarang dah payah nak nengok lumut kat tempat ni. Bersih dan suci je, maklum la tempat perlancongan

8. Pasir Puteh
Dalam Bandar Ipoh. Pasir dah kurang dah kat sini, abis di tar oleh Dewan Bandaraya Ipoh.

9. Air Hitam Labu
Air dalam labu hitam ? ngarut laa kome. Kg Ayah aku.

10. Parit
Famous giler tempat ni. Di katakan pure Perakian kat sini.

11. Sungai Siput
Tempat ex taukeh tol besar. Tapi tak penah ada stesen tol kat sini.

12. Pusing
Dekat Ipoh. Gamak nya dulu orang yang jumpa tempat ni gemor berpusing2.

Ada banyak lagi tempat2, aku share 12 je dulu yer.

Jan 12, 2009

Bahasa Inggeris Di Perak Kan

Bahasa Perak Bahasa Inggeris

Kayu Rol Long Ruler
Pores Forest
Talipun Telefon
Local No Quality
Pior Pure
Spekok Reverse
Moh Move
Lokap Jail
Eksiden Accident
Get Gate
Spital Hospital
Peon Office Assistant
Gomen Goverment
Prebet Private
Pasput Identity Card
Raba Eraser
Seput Sport
Kona Corner
Setat Start
Lo Law
Mentokar Car
Selait Tourch Light
Derebar Driver
Koman No Class
Karen Electrik Current

Kalau ada yang aku tertinggal bagitau aku leh aku panjangkan list ni.....

Jan 3, 2009

Kellie's Castle

2537284220_6a49014dbc index.php
13b444376c606ef0 321125144_150b6f8bc8
inderx.php 3112693474_3accf4b0e0

Sejarah
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilanganny a, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
No. Tel. - 05-3668198
No. Faks - 05-3668199


Bayaran masuk aku dah lupa .. kena tanya kat Sandora Kellie Castle ni dekat ngan umah dia... hehehhehee

Lagenda ikan Tapah

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja.






Asal Yang Empunya Cerita

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.


Bermulanya Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.


Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.


Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.


Pertarungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.


Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.


Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

Aku dapat cite ni dari Sedi di Komuniti Silverian (forum orang Perak)

Dec 23, 2008

Sg Klah Hot Spring

Anak2 dok bising cuti sekolah asyik lepak umah. Bukan aku tak nak bawak meround mana2, cuma poket koyak skit bulan ni. Pening kepala dan tak nak menghampakan anak2 aku tu, aku buat plan ngan sedara aku pi ke Sungai Klah HotSpring. Ni la frist time aku sampai sini walaupun tempatnya tak la jauh sangat dari rumah aku.

Sampai sana dalam dekat pukul 11 pagi. Tu dia punya la ramai orang. Tak sangka lak tempat ni fames tol. Nak parking keta pun payah. Datang lambat berbatu2 la park keta.

PC210001 PC210002
Pastikan anda tau anda tergolong dalam kategori yang mana sebelum membeli tiket masuk Kaunter tiket..
PC210006 PC210005
Peta Lokasi supaya tak sesat!!.. Posing jap sementara nunggu sedara mencari parking.
PC210008 PC210009
Beso tol batu ni... Aktiviti berjalan kaki(parking keta jauh)
PC210010 PC210011
Kolam air sejuk gunung. Tumpuan bebudak. Paling best berendam bawah Sotong tuuu Air nye berombak cam kat laut lak.
PC210012 PC210017
Usha mana nak lepak .. Suka sangat dapat port lepak..
PC210027 PC210029
Life guard. Tugas utama jaga budak 2 orang tu. Kasi angin kat Ibunya ... hhehhehehe
PC210033 PC210035
Kafeteria. Harga makan minum paham2 je laa Kawasan Merendam kaki..
PC210039 PC210038
Telur sebiji tu aku punya.. Ihsan dari makcik yang baru kenal. Masa untuk telur masak..
PC210050 PC210041
Makan telur rebus sambil merebus kaki... Lenguh2 kaki ?? jomm ke Terapi
PC210042 PC210043
Terapi kaki berjalan atas batu kecil bersama air suam2 kuku. Kat sini airnya panas skit.. kalau leh tahan berendam segar badan pas tu..ala2 jakuzi..
PC210046 PC210047
Aku banyak habiskan masa berendam kat sini Budak2 kurang berminat mandi tempat ni. Panas. suhu dalam 30c aje.

Dec 3, 2008

SANTAI DI KUALA GULA

Jom! Santai ujung minggu kat Taiping.


2986124230_2a19868207

Jalan2 kat utan paya bakau sambil menikmati flora & fauna yang indah… & dicium nyamuk! Hehe…

Dah penat jalan2 kat utan, sambung lak tgk burung2 hijrah dari serata dunia yang singgah jap kat bumi bertuah ni untuk ilangkan lelah. Penat oo terbang dari Jepun , Australia sume tu.. jauh wooo… Jom kita skodeng dorang! Skang ni memang sgt sesuai nk skodeng burung2 ni. Tengah musim hijrah beramai-ramai.

Sambil2 tu leh tgk matahari tebenam. Uuuu… Romantika De Amour… sesuai..

Lupa lak! On the way nak tgk burung2 tu akan ada detour untuk acara tanam anak pokok bakau. Kan murni perbuatan tu. Bantu hijaukan bumi kita yang dah x bape nak hijau ni..

Kalau keadaan mengizinkan.. leh gak cari kerang. Leh wat bakar! Sedap tuh..


2819574689_41dedaabe8, 14305962_4bbe5c77c3, EGRET 2-001

2766529189_bb670e21df, 2551696411_212bcfdf9e

Dah puas skodeng burung, balik lepak kat chalet Kuala Gula. Malamnye… Seafood feast! Nyum! Nyum! Ha sape yg resdong category tapir tu… sendiri mau ingat la! Pas santap… gi skodeng Si Kunang-kunang lak.. Umpama bintang di bumi… perghh!

Canteq tu.. Pastu.. balik tido lerr..

Next… back to Taiping. Dari laut kita naik Bukit Larut. Kalau nak betul2 santai.. naik jip je ke atas. Tapi kalau nak kuarkan sedikit peluh, trekking pun boleh. Lam 2 jam lebih sampai lerr ke puncak. Relax2 kat Bukit Larut amek gambar apa yang patut sbelum turun gi Bandar Taiping untuk santap. Santap di Taiping Lake Garden yang indah permai.


blarut41



Pas santap… leh ler take a last tour kat Bandar Taiping. Nak shopping tanda ingatan ke..

Pastu… Selamat Tinggal Taiping… Jumpa lagi…

Amacam?? Agak menarik tour kali ni kan .. Pe lagi.. register la cepat. Details as follows

DATE : 27-28 DEC 2008 (SAT & SUN)

3-4 JAN 2009 (SAT & SUN)

(FRIDAY ( 26/1/09 ) NITE MUST GATHER IN TAIPING)

VENUE : TAIPING & YG SEWAKTU DGNNYE..

COST : RM 250.00 PER PERSON (harga semasa)

INCLUSIVE OF:

1. ACCOMODATION + MEALS

2. SEAFOOD FEAST

3. TOUR GUIDE FEES & TRANSPORTATION AT BIRD SANCTUARY & BUKIT LARUT

Tepon : Belle 016-2171146 @ drop la komen i contact kemudian.

Nov 17, 2008

Air Terjun Batu Berangkai

Penah pergi ke Air terjun Batu Berangkai di Kampar Perak ?. Best tempatnya. Airnya sejuk dan jernih. Kalau dari Ipoh cuma 45minit, dari KL tu korang kuor la exit tapah n the tuju ke pekan Kampar. Nak sampai ke tempat ni susah skit sebab anda kena la buat pendakian bukit yang tak berapa tinggi. Keadaan jalannya paham2 je la, jalan kampung cuma ada satu line je.

Zaman aku sekolah dulu ni la tempat aku menghabiskan masa sewaktu tunggu kelas tiusyen.


n1328451661_134211_3816

n1328451661_134212_4104

DSC_0083

DSC_0091




n1328451661_134216_5291