Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Ketua Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pemuda UMNO. Show all posts

KHAIRY DIDESAK LETAK JAWATAN

Beberapa Exco Pemuda mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan


KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.

Harakahdaily

Read More “KHAIRY DIDESAK LETAK JAWATAN”  »»

PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI DAPAT HAYAT BARU

Dua misi utama segara dan penting Pergerakan Pemuda ialah (1) untuk mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.

(2) memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan.

Kesemua Muka Baru Terajui Pemuda Umno Negeri

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khamis mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri bagi sesi 2008-2011.

Kesemua mereka merupakan muka-muka baru.

Turut dilantik ialah empat muka baru dan seorang muka lama sebagai Exco Lantikan Pemuda Umno Malaysia, kata Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri ialah:-

Mohsin Mohd Yusoff (Perlis) (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

Badrol Hisham Hashim (Kedah) (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

Norman Zahalan (Pulau Pinang) (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

Maslin Sham Razman (Perak) (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

Suhaimi Mohd Ghazali (Selangor) Ketua Pemuda bahagian Sepang)

Rizalman Datuk Mokhtar (Wilayah Persekutuan) (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

Mohd Helmi Din (Negeri Sembilan). (Ketua Pemuda bahgian Rasah)

Karim Yaacob (Melaka) (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

Mohd Fadil Muskon (Johor) (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

Abu Jimi Samat (Pahang) (Ketua Pemuda bahagian Lipis)

Bahri Baharuddin (Terengganu) (Ketua Pemuda bahagian Marang)

Anuar Safian (Kelantan) (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

Azman Ruslan (Sabah). (Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Senarai Exco Lantikan:-

Abdul Razak Abd Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)

Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)

Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)

Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)

Anis Hisham Abdul Aziz (muka lama) (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor)

BERNAMA

Exco Pemuda UMNO Malaysia SINI

Read More “PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI DAPAT HAYAT BARU”  »»

KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB

Apabila timbalan anda dipilih tetapi anda sebagai ketua dikesampingkan, apa perasaan anda? Mungkin biasa jika anda seorang yang "luar biasa". Ini mungkin salah satu kaedah "halus dan lembut" bagi menyatakan mesej " you ain't wanted, either you lead or you follow, otherwise get out of the way".

Semasa pengundian jawatan dalam pergerakan pemuda , Khairy memperolehi 304 undi berbanding jumlah perwakilan seramai 791 orang. Mukhriz pula memperolehi 232 undi manakala seorang lagi calon Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat 254 undi.

Bagaimana pula perasaan 304 perwakilan pemuda yang telah mengundi Khairy untuk jadi ketua mereka?

Datuk Razali Ibrahim yang memperolehi 417 undi untuk jawatan naib ketua pemuda dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Mungkin Khairy akan diberi peluang yang mengatasi segala bentuk peluang yang mampu kita fikirkan, yang mampu mengubat segala duka nestapa dan sekaligus mengangkat beliau ke aras yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.

Kita telah mengulas perihal Mukhriz dalam posting yang lalu.


Najib tidak mahu Khairy duduk dalam "Pasukan Baru"



KETUA Pergerakan Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang diumumkan petang tadi. Beliau satu-satunya ketua dari sayap parti itu yang tidak terpilih duduk sebaris dalam saf "Pasukan Baru" Najib.

Namun penentangnya pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung bulan lalu, Dato' Mukhriz Tun Mahathir dikutip menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membantu Dato' Mustapa Mohamed yang dipindahkan ke kementerian ini.

Paling sadis, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim turut diserap ke dalam "Pasukan Baru" Najib dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan membantu Dato' Ahmad Shabery Chik yang dipindahkan dari Kementerian Penerangan.

Ini boleh dilihat sebagai suatu "tekanan" Najib terhadap ketua pergerakan itu, Khairy yang tidak terpilih. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pergerakan itu terhadap "peminggiran" Khairy dalam "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi.

Apakah gesaan menantu Pak Lah itu sebelum ini, kononnya bersedia untuk tidak dilantik ke kabinet suatu yang ikhlas, terpaksa dibungkam sendiri Khairy apabila Najib tidak membariskannya sebagai salah seorang dari "Pasukan Baru" beliau, sedangkan Khairy adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sayap paling kanan Umno.

Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adalah dipercayai, tindakan ganjil ini akan akan menimbulkan masalah baru "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".

Sementara itu, satu lagi sayap Umno, Pergerakan Puteri diiktiraf oleh Najib apabila Ketuanya yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin disenaraikan dengan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Secara umumnya, saiz kabinet baru ini yang diistiharkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil - hanya terdiri daripada 25 portfolio dengan perubahan banyak melibatkan wakil Umno termasuk dari Sabah dan MCA serta Gerakan.

Tarmizi Mohd Jam/harakahdaily


LAPORAN BERGAMBAR BARISAN MENTERI

Read More “KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB”  »»

CHEDET BENGANG

CheDet menempelak dan tak puas hati:

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."


Umno restui dan pilih pemimpin rasuah - Mahathir


"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."

Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,"jelasnya.

Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,"katanya.

Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,"ulasnya secara sinis.

Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.

"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,"tegasnya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,"jelasnya lagi.

Dan katanya, "inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."

mks/Mohd Khalil Abdullah/harakahdaily

Read More “CHEDET BENGANG”  »»

PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN

Bertarung cara 'anak jantan', Pemuda Umno dicabar

Pemuda Umno dicabar bertarung di gelanggang sebagai 'anak jantan' bukan berselindung di belakang Sultan dalam isu membabitkan kemelut di Perak sekarang ini kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau ketika berceramah di Dataran PAS Teluk Kumbar semalam menegaskan, isu yang berlaku di Perak bukan berpunca daripada Kerajaan Pakatan Rakyat atau Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang enggan berundur daripada jawatan yang disandangnya kini sebaliknya dari tangan hitam kepimpinan Umno sendiri.

"Umno tak payah buat demontrasi kerana apa yang mereka buat memakan diri sendiri. Kita kenal muka siapa yang buat demontrasi. Mereka juga adalah perampas hak orang melayu di Pulau Pinang serta kroni yang megenepikan kontraktor yang berkebolehan, " tegasnya dengan laungan 'Kerajaan haram Perak' oleh ribuan hadirin.

Semasa isu ke mana nasib bahasa Melayu, pengguna bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik dan sebagainya ke mana suara pemuda Umno melainkan memberikan sokongan penuh terhadap idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sekarang ini idea tersebut bukan sahaja ditentang hebat oleh banyak kumpulan malahan telah wujud demontrasi untuk mengatakan bantahan terhadap idea kononnya boleh meningkatkan keupayaan anak melayu khususnya bila pelajaran itu diubah dalam bahasa Inggeris.

"Natijahnya kini semua boleh lihat apa yang berlaku bilamana pelajaran itu tidak boleh dibanggakan sebaliknya Kementerian Pelajaran terpaksa menurunkan graf terhadap pelajaran berkenaan semata-mata untuk menunjukan kejayaan yang diharapkan, " terang beliau yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Umno sebenarnya sedar diri sendiri kerana sanggup mengadai perjuangan yang dibawa oleh kumpulan veteran parti itu yang kini sudah menyebelahi Pakatan Rakyat dari segi perundangan dan perlembagaan Negeri Perak.

Berdemontrasi ala Umno itu jelas memburukkan keadaan lagi apabila terus memberi kepercayaan kepada kerajaan yang dianggap haram kerana tidak mengikut lunas-lunas perundangan sebenar dengan memberi hak kepada rakyat untuk memilih sendiri siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang boleh memainkan peranan membantu rakyat atau mempunyai kometmen yang tinggi terhadap parti yang diwakilinya.

Turut berceramah sama dalam program anjuran PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Balik Pulau itu ialah Ahli Parlimen Kuala Trengganu, Haji Wahid Endut.

Mohd Sabri Said / Harakahdaily

Read More “PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN”  »»

PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN

Bertarung cara 'anak jantan', Pemuda Umno dicabar

Pemuda Umno dicabar bertarung di gelanggang sebagai 'anak jantan' bukan berselindung di belakang Sultan dalam isu membabitkan kemelut di Perak sekarang ini kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau ketika berceramah di Dataran PAS Teluk Kumbar semalam menegaskan, isu yang berlaku di Perak bukan berpunca daripada Kerajaan Pakatan Rakyat atau Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang enggan berundur daripada jawatan yang disandangnya kini sebaliknya dari tangan hitam kepimpinan Umno sendiri.

"Umno tak payah buat demontrasi kerana apa yang mereka buat memakan diri sendiri. Kita kenal muka siapa yang buat demontrasi. Mereka juga adalah perampas hak orang melayu di Pulau Pinang serta kroni yang megenepikan kontraktor yang berkebolehan, " tegasnya dengan laungan 'Kerajaan haram Perak' oleh ribuan hadirin.

Semasa isu ke mana nasib bahasa Melayu, pengguna bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik dan sebagainya ke mana suara pemuda Umno melainkan memberikan sokongan penuh terhadap idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sekarang ini idea tersebut bukan sahaja ditentang hebat oleh banyak kumpulan malahan telah wujud demontrasi untuk mengatakan bantahan terhadap idea kononnya boleh meningkatkan keupayaan anak melayu khususnya bila pelajaran itu diubah dalam bahasa Inggeris.

"Natijahnya kini semua boleh lihat apa yang berlaku bilamana pelajaran itu tidak boleh dibanggakan sebaliknya Kementerian Pelajaran terpaksa menurunkan graf terhadap pelajaran berkenaan semata-mata untuk menunjukan kejayaan yang diharapkan, " terang beliau yang juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Negeri Pulau Pinang.

Umno sebenarnya sedar diri sendiri kerana sanggup mengadai perjuangan yang dibawa oleh kumpulan veteran parti itu yang kini sudah menyebelahi Pakatan Rakyat dari segi perundangan dan perlembagaan Negeri Perak.

Berdemontrasi ala Umno itu jelas memburukkan keadaan lagi apabila terus memberi kepercayaan kepada kerajaan yang dianggap haram kerana tidak mengikut lunas-lunas perundangan sebenar dengan memberi hak kepada rakyat untuk memilih sendiri siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang boleh memainkan peranan membantu rakyat atau mempunyai kometmen yang tinggi terhadap parti yang diwakilinya.

Turut berceramah sama dalam program anjuran PAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Balik Pulau itu ialah Ahli Parlimen Kuala Trengganu, Haji Wahid Endut.

Mohd Sabri Said / Harakahdaily

Read More “PEMUDA UMNO JANGAN BERSELINDUNG DI BELAKANG SULTAN”  »»

BAKAL KETUA PEMUDA MESTI NGAM DENGAN PRESIDEN


Awal-awal lagi sudah ada satu macam prasysrat bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan isyarat ini telahpun dinyalakan sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung pada Mac 2009. Bermulalah budaya bodek membodek setelah budaya politik wang diteruskan. Tiada kesudahannya.

Ketua Pemuda mesti serasi dengan Presiden
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno yang bakal dipilih pada Mac depan mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno dan mengelak daripada bertelagah dengan kepemimpinan tertinggi parti.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pertelagahan dan ketidakserasian Ketua Pemuda baru dengan kepemimpinan tertinggi bukan pendirian bijak yang perlu diambil ketika ini.

"Ketua Pemuda baru mesti boleh bekerjasama dengan Presiden kerana dalam keadaan sekarang Umno begitu tercabar dalam pelbagai aspek. Beliau perlu mengelak daripada sentiasa bertelagah dengan kepemimpinan, ini bukan masa yang sesuai," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud diminta mengulas saingan Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno selepas 188 Pemuda bahagian mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

Dalam saingan jawatan Ketua Pemuda Umno, Ahli Exco, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului dengan 74 pencalonan, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (52), manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (62).

Read More “BAKAL KETUA PEMUDA MESTI NGAM DENGAN PRESIDEN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com