Lajnah
Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) menyokong penuh
perjanjian damai yang akan mengahsilkan satu autonomi bagi rakyat
mindanao Bangsamoro. Usaha Kerajaan Malaysia yang berterusan juga untuk
membantu menjayakan rundingan tersebut juga adalah satu usaha yang baik.
Walaupun kuasa dunia seperti Amerika Syarikat
sering melabelkan MILF sebagai pengganas. Tohmahan dan andaian yang
diberikan oleh mereka terhadap kumpulan-kumpulan Islam seperti MILF,
Hamas, Ikhwan dan beberapa kumpulan Islam yang lain adalah dilihat
seolah-olah mempunyai agenda jahat yang tersirat dan tersurat.
LA
DPPM melihat perjanjian damai ini kelak akan memberi nafas baru kepada
rantau ASEAN ini bagi mewujudkan zon ekonomi dan percambahan sosio yang
sihat.. Umat Islam Mindanao sememangnya bersedia untuk berunding dengan
kerajaan Filipina sejak tercetusnya persengketaan di Wilayah tersebut.
Pelbagai gejatan senjata dan rundingan telah diadakan sebelum ini namun
segalanya menemui jalan buntu setelah pihak kerajaan Filipina dan pihak
tentera mencabulinya.
Rakyat
Mindanao yang majoritinya beragama Islam dan berasal dari rumpun Melayu
nusantara telah lama dinafikan hak mereka dalam pentadbiran. Pelbagai
usaha telah dilakukan untuk mereka mendapatkan hak mereka dalam
pemerintahan namun tidak diendahkan. Sikap ‘double standard’ kerajaan
Filipina yang terdahulu terhadap Bangsa Moro Islam ini telah berlanjutan
sejak sekian lama. Kewujudan pelbagai kumpulan Islam disana adalah satu
perkembangan yang sihat. Walaupun mereka dilihat seolah tidak bersatu
dalam method dan strategi namun misi dan visi rakyat Moro Mindanao
adalah sama iaitu untuk mendapatkan hak kesaksamaan dan keadilan
terutamanya dalam pemerintahan dan ekonomi. Setelah tidak mendapat
tempat dibumi sendiri, rakyatnya bangkit dengan senjata bagi mendapat
keadilan. Lantas Barat dan kebanyakan Negara melabelkan pejuang-pejuang
ini sebagai ‘pengganas’.
Kerajaan Malaysia juga dulu menganggap kumpulan-kumpulan Islam seperti
MILF sebagai kumpulan ekstrim yang menolak rundingan dan sebaliknya
mengiktiraf MNLF (Moro National Liberation Front/ Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro) yang akhirnya meletak senjata dan berkerjasama dengan
kerajaan Filipina. Namun akhirnya mereka tertipu apabila hanya memegang
jawatan ‘boneka’ dari Kerjaaan Filipina. MILF meneruskan perjuangan
mereka untuk mendapatkan hak dan keadilan. Barat terus menekan mereka
sebagai puak pengganas. Malangnya Negara-negara Islam juga seperti
dicucuk hidung oleh Amerika Syarikat yang melabel MILF sebagai kumpulan
pengganas.
Di Malaysia, hanya PAS yang kekal dengan pendirian sejak dulu yang mengiktiraf MILF sebagai pejuang
bagi umat Islam Mindanao . Adalah diharapkan dunia Islam yang lain juga
akan memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap perjuangan MILF
sebagai tanda kepada Kerajaan Filipina bahawa perjuangan rakyat Mindanao
melalui MILF adalah jitu dan tulin. LA DPPM berharap Autonomi yang
diberikan bukanlah autonomi kosmetik seperti mana autonomi dizaman MNLF
sewaktu Nur Misuari yang dilihat hanya dilihat hanya permainan dan janji
kosong pihak pemerintah Filipina.