Thursday, October 21, 2010

- 20102010 -

ari tu melngut kat pantai..
semalam, dengan tekadnya, ke Melaka pulak. boleh? memang boleh pun. balik sekolah rehat2 dulu, lepas tu lebih kurang jam 4, bertolak lah kitorang ke Melaka. Stadium Hang Jebat. macam apa je. kalah orang Melaka sendiri nak sambut Melaka Maju 2010.

So, cerita dengan gambar je lah ye..

baru sampai, panas2 terik..stadium kosong lagi. semangat!!
hero malaya..yg mana satu ye??

enjoy poco2...

bunga api tanda perasmian...berdentum2 bunyi eh..

lautan hijau..pelajar sekolah buat persembahan padang.
sebenarnya, pergi dengan harapan dapat la bertuah memilik rumah. haha... tak dapat rumah, yang lain pun oke.. tapi...yang ado?? tengokla yang datang stadium pun lebih 50000..uhuk2...
takpelah, takde rezeki. jalan2 pun oke. sampai kat Nilai lebih jam satu. kat sekolah pun mengantuk..huhuhhuhu....




Sunday, October 17, 2010

- gambar pilihan -

gambar2 pilihan semasa melaghuk di Pantai Bagan Lalang...

bebudak main pasir...


sotong terbang...

layan....

usha dulu part mana yg best...latar belakang, Sepang Gold Coast..

with layang2 si mamat nakal...


eh, tersesat lak menu nasi ayam di sini...

senyummm.... ;)

- bagan lalang dan nasi ayam, mn satu pilihan hati? -

heheh...tajuk tah pape...
setelah puas melaghuk kt pantai bagan lalang semalam... mood hari ni agak ok. walaupun kebosanan kesorangan di rumah di hari minggu yang panas...

sabtu,
konon-kononnya nak berjalan2 jauh. sambil2 curi masa tengok wayang. tapi cancelled. gara2 kereta terlebih dahulu dihalakan stereng nya ke pantai bagan lalang. cadangnya en.Alang nak pusing2 Sepang Gold Coast yang baru dibuka itu. tangok dalam paper macam cantik je kan. tapi memang cantik pun.. lagi2 kalau dapat masuk free.hahaha...

terus berjalan sepanjang pantai. pantainya pendek je, tapi meriah sebab semua bertumpu di satu tempat. ada potensi leh ganti PD la jugak.. mini PD. haha melalut!
jalan punya jalan, tengok2 ada geng main layang2.. kelab besar gak rasanya ni. ala layang2 yang leh control2 tu. siap kuar bunyi macam kete merempit lagi.. apa lagi! dok melayan itu jela... best! sambil tergelak2 tengok sorang mamat ni nakal duk mengacau pengunjung yg ada kat situ dengan layang2 dia. mula en.Alang berangan nak punya satu. tapi sebelum tunjuk main kt umum kena belajar bagi terer dulu...

tak jadila kaki melangkah ke panggung.. terus layan makan besar. berdua je, besar manalah sangat. masing2 tong kecik pulak tu. hahaha...

ahad.
jenguk2 peti ais, ada ayam yang ari tu saja2 beli. weee... buat nasi ayam. dah lama tak merasa nasi ayam buatan tangan sendiri. apakah???

resepi.

NASI
2 cwn beras
stok ayam
bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan (untuk ditumis)

SUP
2 ketul ayam
bawang merah, bawang putih, rempah 4 sekawan (untuk ditumis)
halia
sesuku kiub ayam Knorr
garam
air sebanyak rasa

AYAM
ayam
kicap
madu

KICAP
2 sudu kicap
setgh sudu kecil madu
stok ayam

CILI
1 biji lada besar merah
tomato
1 ulas bawang putih
stok ayam
garam
gula

CARA
1. buat stok ayam dulu, sekaligus buat sup. saya tambah kaki ayam. tumis bawang dengan rempah. masukkan ayam. masukkan air. biarkan api sampai ayam agak empuk.

2. keluarkan ayam untuk digoreng. perap ayam yang separuh empuk dengan kicap dan sesudu madu. goreng dengan api sederhana.

3. untuk nasi. tumis bawang dengan rempah. masukkan beras yang sudah dibasuh. masukkan air stok ayam secukupnya. masukkan ke dalam rice cooker. masak macam biasa.

4. untuk sup. lebihan stok yang tadi, dimasukkan sedikit serbuk lada putih. jangan banyak2. sikiiittt je. nak sedap lagi masukkan batang saderi. siap.

5. untuk kicap. campurkan kicap, madu dan sedikit stok ayam. kacau2. siap.

6. untuk sos cili. blend lada besar, bawang putih, sedikit tomato. dah blend, panaskan di atas api sederhana. masukkan sedikit stok ayam, garam dan gula secukup rasa. siap..



sudah siap.
menunggu en.Alang balik kerja. hmmm.....