Showing posts with label Happy Weekend. Show all posts
Showing posts with label Happy Weekend. Show all posts

Layan anak-anak di McD

Hari ini kan....ayah bangun awal pagi, then ayah kata...pagi ni kita keluar sarapan ya..seperti weekend yang sesebelum. Di sebabkan awal lagi...ayah pun sambung tidur......huhuhuhuh...terus tidur...tidur..tidur..angka sudah menunjukkan jam 12 tengahari...ibu pulak nak kejutkan ayah tak sampai hati. Sebab itu tahu ayah kepenatan...yerla malam tadi sampai rumah jam 9:15 malam, pukul 10 malam..bawa kami pergi ke rumah salah seorang saudara ayah yang buat kenduri kahwin hari semalam, tapi di sebabkan ayah masih di German tak dapatlah nak hadirkan diri. Sampai rumah pukul 12 malam....pukul 3 pagi baru ayah dapat tidur....

Awal pagi ayah bangun, ayah kata kepala mengong, mamai...apalagi ....jet lag lah tu. Mana nak sesuaikan mata dengan waktu kat sini pula, dengan 15 jam dalam flight.
Tak apalah...ibu pun terus masak untuk makan tengahari dan anak-anak pun makanlah. Lebih kurang masuk waktu Zuhur ayah bangun, lepas bersiap ayah ajak keluar makan dan tanya anak-anak nak makan apa...cepat jer la dorang jawab McD...hmmmm..bila ayah kata ok.....terus melonjak happy anak-anak ibu termasuk si Balqis yang dok ikut jer apa yang abang-abangnya buat...

Di McD.....huhuhuuh..boleh tahan ramainya orang.......sementara ibu makan. ayah melayan anak-anak di tempat permainan yang ada kat situ.....Kasihan Balqis dah lama dia tak pergi ke tempat macam tu..dia punya happy....sabar jerla...time nak balik tu dia tak mahu balik...meronta-ronta dalam dukungan ayah...tapi nasib baik bila di pujuk dia diam juga....

Waktu makanan sampai......apalah yg iyam termenung tu

Ibu dan Balqis..aikk..balqis pun termenung....
Ibu dan anak-anak...sukanya Balqis
Ayah layan anak-anak..


Sukanya Balqis dan idzham....tengoklah balqis tu...




posted under | 0 Comments

Mak Uda bercuti ke Melaka

8 December 2010 - Rabu

Jumaat, 3 December, mak uda sekeluarga datang bercuti ke Melaka dari Pahang. Cuti sekolah , inilah masanya untuk bawa anak-anak bercuti dan destinasi kali ini ialah ke Melaka. Jumaat, lebih kurang pukul 1 petang, mak uda sampai, tak pergi ke mana-mana, sebab Pak Uda penat drive berjam-jam lamanya. Kebetulan pula malam, ayah perlu menghadiri majlis .

Keesokkan harinya, selepas bersarapan, ayah membawa kita sekeluarga dan mak uda sekeluarga ke Bandar Hilir. Mendaki tangga di Kota A'Famosa, membuatkan ibu rasa cam tak cukup nafas, di tambah pula mendaki sambil mendukung Balqis.....adehhhh......., sedang elok jer turun dari A'Famosa, hujan mula turun...cepat-cepat masuk ke Bangunan Memorial, hujan bertambah lebat, ada lah lebih kurang setengah jam, kami terperangkap di situ. Bila hujan agak reda, berlari kami menuju ke Dataran Pahlawan, masuk ke dalam shopping. Di sini, di Harritage Bazaar, mak uda membeli dua helai baju dan juga beberapa barang kraftangan.

Kemudian, kami menuju ke Menara Taming Sari, anak-anak sibuk nak naik. Berhenti sekejap di kaunter tiket untuk naik Ducktour....hahahahaha..tu dia, tiket...dewasa RM38 ..tak hengat...., kanak-kanak RM22.....berapa dewasa dan berapa kanak-kanak ni.....hmmmmmm.....lupakan jerlah....

Di Menara Taming Sari, ayah dan Pak Uda tak naik. Pada mulanya ibu risau Balqis menangis bila naik dan juga takut pening, tapi alhamdulillah....semuanya ok. Idzham tak habis-habis bagitau ibu..."Ibu....bestlaaah.......seronok sangat"....Setelah itu, kami menuju ke Ayer Keroh pula untuk pergi Zoo, tapi sebelum tu kami lunch di Restoran Naiman di MITC. Sewaktu di zoo, hujan agak lebat juga, yang ibu tension tu, boleh tertinggal topi Balqis, ibu dah pegang, tapi ibu letak kejap sebab nak ambil barang lain...huhuhuhuh...kesian Balqis terpaksa berhujan...ada payung tapi berebut dengan Idzham.

Balqis dan Idzham di Dataran Pahlawan

Mak Uda sekeluarga di Kota A'Famosa

Kita bersama family mak uda









Pemandangan dari atas Menara Taming Sari



Align Center Sewaktu turun dari menara, tengok lah wajah idzham yang kegembiraan tu....


Di Zoo Melaka

Huhuhuhuhu....idzham sedang buat hal.....

Tengok idzham tu....


Mood Idzhan dah ok....sebab dapat payung

Menonton persembahan di zoo




Menunggang kuda







Bersambung....

posted under | 0 Comments

Aktiviti Hujung Minggu

8 December 2010 - Rabu

Hujung minggu lepas, Sabtu, ayah free dari kerja ayah, so ayah plan untuk bawa anak-anak ke Planeterium dan juga bowling. Seperti biasa sarapan di luar dan kemudian balik ke rumah kerana ada tetamu yang akan datang ke rumah. Lebih kurang jam 5 petang, bergerak ke pleneterium yang terletak di MITC Ayer Keroh, Melaka.






Sewaktu bermain bowling, ayah mengajar anak-anak bermain bowling.....anak-anak pulak excited sungguh nak bermain...idzham pulak merajuk sebab tak dapat main...adalah beberapa kali bagi dia baling bola, tapi bola tu agak berat, dia nak angkat pun tak larat. Ayah kata di sini...paling minimum berat bola yang ada ialah 6, kalau di tempat yang biasa ayah main, ada lagi bola yang agak ringan.

Iyyaaaahhh...lontaran dari Rafiq

Angah pula membaling bola...hayun jangan tak hayun.....hahah

Firdaus pula yang membaling bola...iyaahhh

Ayah sedang menunjuk ajar anak-anak cara yang betul.

posted under | 0 Comments

Weekend


7 Ogos 2010 - Sabtu

Setelah seminggu lebih ayah sibuk dengan tugasan...mulanya ayah ke Bandung (yang ini shopping... :) ) dan setelah itu ayah ke singapore pula, hari ini ayah membawa anak-anak keluar seperti weekend sesebelum ini. Di sebabkan esok ayah perlu ke UiTM, jadi hari ni ibu cuti memasak...apalagi sehari suntuk makan diluar lah....yerlah kebiasaanya ibu cuti memasak pada hari ahad
Jom layan gambar-gambar ......

Balqis sewaktu dalam kereta


Nampak gigi yang satu tu baru jer keluar


Dah pandai jalan pun anak ibu ni :)

Hero-hero ibu dan ayah



Tunjuk apalah tu :)



Older Posts Home

Followers


Recent Comments