Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Program Alumni

Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 27, 28, dan 29 April 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah anjuran Alumni yang mana telah dilaksanakan oleh beberapa orang daripada gaduate daripada Batch ke-6 (SPM 2010) dengan kerjasama pihak sekolah. Pihak alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini kerana telah bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya 'Di bumi bertuah ini, SBPI Selandar'. Saya difahamkan ianya adalah inisiatif sendiri yang telah digerakkan oleh Saudara Muhammad Zaki Rahman dan Saudari Asyiq Azwar dengan dibantu beberapa rakan-rakan mereka yang lain. Tahniah diucapkan kepada anda dan diharapkan usaha dan sumbangan murni anda dapat membantu dalam membentuk peribadi mulia para nuqaba' dan memastikan suasana tarbiah dan ukhuwwah dapat dikekalkan di SBPIS. Diharapkan juga para pelajar SBPI Selandar dapat mengambil peluang ini sebagai salah satu ruang untuk...

Program Interaksi Bersama Alumni 2010 (INTEL2010)

Imej
Oleh : Abu Hanifah B Zamberi Alhamdulillah, program Interaksi Bersama Alumni (INTEL 2010) telah dilangsungkan dengan jayanya selama 3 hari dari 9-11 Julai 2010. Program tahun ini dihadiri oleh lebih kurang 20 orang alumni sebagai fasilitator dari batch SPM05, SPM06 dan SPM07 yang melapangkan masa bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik-adik F5 khususnya dan F3 amnya. Program kali ini telah mendapat sokongan padu dari Ayahanda Pengetua, En.Karim B Bayok, GPK HEM sekolah, Cikgu ramli b Abdullah dan unit kaunseling yang diketuai oleh Puan Rohani. Batch SPM06 yang diketuai oleh saudara Soleh telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan menjayakan program ini. Pada hari pertama, jumaat malam sabtu, sesi ice breaking dimulakan dan pelajar-pelajar F5 dipecahkan kepada kumpulan kecil dan membuat perbincangan tetang sekolah impian. Sesi pembentangan pula diadakan selepas itu dengan abang-abang dan kakak faci sebagai juri penilai. Pada hari sabtu, riadhah pagi dilakukan dengan senaman r...

KEM KEPIMPINAN '09

KEM KEPIMPINAN ISLAM Tarikh : 9-11 November 2009 Jumaat-Ahad Tempat : Melaka Tema: The First Step to Leadership Penganjur: Alumni SBP Integrasi Selandar, Melaka MUQADDIMAH Pepatah inggeris oleh Donald H. McGannon mengatakan ‘Leadership is action, not position’ menggambarkan tanggungjawab seorang pemimpin yang besar. Secara lumrahnya individu yang cemerlang akan dihormati masyarakat sekeliling. Apatah lagi individu cemerlang tersebut merupakan seorang yang berakhlak mulia dan berdaya kepimpinan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.w.t yang bermaksud mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi oleh Allah s.w.t berbanding mukmin yang lemah, namun pada kedua-duanya terdapat kebaikan. Kekuatan merupakan suatu elemen penting dalam menjana muslim cemerlang. Kekuatan dalam skop seorang pelajar boleh didefinisikan sebagai seorang pelajar yang mempunyai akhlak yang mulia dan berdaya saing yang hebat dan sifat kepimpinan yang mantap. Maka atas dasar kesedaran itulah terilhamnya program ini. Semoga ke...

Komen dan Cadangan untuk INTEL 09

Imej
Oleh : Farid bin Aspar Di sini, saya juga ingin berkongsi kepada seluruh warga exsbpi selandar mengenai cadangan dan komentar yang telah dibuat oleh peserta program INTEL 2009. Walaupun nampak enteng, ia adalah penting untuk dijadikan panduan pada masa-masa yang akan datang. Banyak yang baik dan positif, walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikekalkan dengan mudah tanpa sebarang tindakan lanjut. Hal ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai mahasiswa tidak kira dimana anda, sama ada di dalam atau di luar negara. Di mana sahaja anda berada, anda boleh berjaya tidak kira di Universiti-universiti, Kolej-kolej, Maktab-maktab, Politeknik-politeknik, atau pun terus mencari kerjaya dengan kemahiran sendiri, itu semua adalah posisi sebenar anda di dalam masyarakat, kerana bukan mudah untuk menjadi apa yang anda inginkan. Anda juga penyumbang kepada masyarakat. Sekali sahaja anda masuk dan belajar di SBPI SELANDAR, anda adalah 'PRODUK" SBPI SELANDAR . Jadi perlulah kit...

Hasil Kajian Program Interaksi Bersama Alumni (INTEL) 2009

Imej
Oleh : Farid bin Aspar Pada 19-21 Jun 2009, telah berlangsung program Interaksi Bersama Alumni (INTEL 09) anjuran ALUMNI SBPI Selandar dengan kerjasama pihak sekolah yang kedua kalinya diadakan. Program ini yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tingkatan lima khususnya mengenai hala tuju selepas SPM. Program yang diadakan secara santai itu telah dihadiri oleh beberapa batch bekas pelajar SPM 2005, SPM 2006 dan SPM 2007. Dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang bekas pelajar telah membantu untuk menjayakan program tersebut. Program ini telah dibahagikan kepada 3 slot utama untuk pendedahan tersebut. Antaranya adalah slot mengenai hala tuju lepas SPM yang mana para pelajar didedahkan dengan pelbagai pilihan laluan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pengajian, antaranya Foundation, Matrikulasi, Asasi, Diploma, STPM, Maktab, Politeknik dan sebagainya. Slot ini juga merangkumi penerangan mengenai tajaan biasiswa dan pinjaman seperti JPA, MARA, PTPTN dan tajaan-ta...

Gambar Program Interaksi Bersama Alumni 2009 (INTEL09)

Imej
Di bawah ni ade lah beberapa gambar yg diambil oleh Bro. Ainuddin dgn kameranya. Gambar2 ni ade gak kt blog die. Jadi, kalu sesape nk gambar bersaiz besar, hubungilah ainuddin ek di blognya,http://ainuddinpk.blogspot.com/, atau emailnya, ainuddin_uddin@yahoo.com, atau mane2 sumber hubungan yg boleh didapati...huhu..layan Ni gambar yang paling aku suke...huhu...semasa explorace , Lain2 gambar,