HALAMAN UTAMA

Memaparkan catatan dengan label Minda Pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda Pengguna. Papar semua catatan

Bil Elektrik Melambung? Sahkan Di Sini

Assalamualaikum, Anda pernah tahu berapa banyakkah penggunaan elekrik di rumah anda? Jika tidak, pernahkah anda tahu bahawa anda boleh semak penggunaan bil elektrik anda setiap bulan sehingga enam bulan lepas? Mari saya kongsikan kepada anda laman sensawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memberikan anda peluang untuk menyemak penggunaan elektrik anda sehingga enam bulan lepas.

Berikut adalah halaman TNB yang boleh dilayari untuk mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online) daripada TNB. Ini antara perkhidmatan yang telah saya gunakan setakat ini. Jadi, bagaimana mahu menggunakan perkhidmatan ini? Sila ikut langkah-langkah yang disediakan oleh pihak TNB di Pendaftaran Akaun untuk mendaftar.





Apa pun, semoga anda dapat memanfaatkan dan menilai jumlah penggunaan elektrik anda sepanjang 6 bulan lepas. Mungkin boleh dikurangkan penggunaan elektrik kepada perkara yang perlu sahaja untuk mendapatkan penjimatan dan dapat juga mengurangkan bil setiap bulan disamping dapat menyokong kepada Bumi Hijau atau pun kempen 'Go Green' yang sentiasa berlangsung sepanjang masa.




 
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rebat penjimatan daripada Saveenergy untuk mendapatkan voucer pembelian yang telah ditawarkan untuk menggalakkan penggunaan barangan yang menjimat tenaga khususnya untuk peti ais dan juga penyaman udara.

 
Empat prinsip bagaimana dapat mengurangkan bil elektrik anda:
  1. Penggunaan tenaga elektrik yang efisyen.
  2. Penggunaan peralatan elektrik secara efisyen.
  3. Penyelenggaraan peralatan elektrik yang efisyen.
  4. Teknologi yang efisyen.

cfl light bulb
Pencahayaan
Gantikan bulb anda (60W, penggunaan 4 jam/hari) dengan bulb yang jimat tenaga.
Penjimatan sebulan (RM): RM 1.11
Penjimatan setahun (RM): RM 13.37
03 ekonPenyaman Udara
Pilih penyaman udara yang mempunyai 1HP (kuasa kuda) dengan load rating 850W over one with a rating of 950W untuk 6 jam sehari.
Penjimatan sebulan (RM): RM 4.00
Penjimatan setahun (RM): RM 48.00
08 mesin
Mesin Basuh
Kurangkan muatan setiap kali basuhan kepada 3 kali muatan penuh seminggu.
Penjimatan sebulan (RM): RM 3.08
Penjimatan setahun (RM): RM 37.00
01 peti
Peti Sejuk
Tetapkan suhu pada -18 Celcius berbanding -21 Celcius.
Penjimatan sebulan (RM): RM 1.09
Penjimatan setahun (RM): RM 13.08

Pilih penyejuk beku yang menegak (Choose a chest freezer over  an upright freezer).
Penjimatan sebulan (RM): RM 4.00
Penjimatan setahun (RM): RM 48.00
02 tv
Televisyen
Penggunaan dalam keadaan standby menggunakan sehingga 100kWh setahun bersamaan dengan RM22. Jadi, jangan lupa mematikan suis uatama untuk penjimatan tenaga yang optimum.

Penjimatan sebulan (RM): RM 1.82
Penjimatan setahun (RM): RM 21.80
Source: Energy Commission

Berikut juga antara pengiraan yang boleh dijadikan panduan anda:-



Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya di sini. Isu kepenggunaan dan juga alam sekitar sentiasa diutamakan. Anda membuat pilihan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahaya Memanaskan Enjin Kenderaan Anda?

Assalamualaikum, sering kali kita dengar di Malaysia, sebelum kita gunakan kenderaan seperti kereta atau pun motosikal mesti perlu panaskan enjin sebelum bergerak beberapa minit. Mungkin ini kebiasaan atau kebanyakkan orang telah amalkan kerana menganggap ianya sesuatu yang perlu. Namun, apakah kita tahu kajian yang berkaitan dengan amalan tersebut sama ada memberikan manfaat atau pun tidak.

Perkara ini di Malaysia mungkin dianggap biasa. Tetapi, disebalik amalan ini, terdapat beberapa yang telah dibincangkan mengenai keburukkannya pada enjin kenderaan. Saya ingin kogsikan kepada para pembaca mengenai perkara ini dengan satu artikel yang dipetik dengan sedikit olahan yang saya lakukan.

Memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.


Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?


Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS 

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.


PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.


FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.



Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita kongsikan perkara yang perlu diketahui oleh semua pengguna agar kita tidak menghadapi masalah yang berkaitan dengan enjin kenderaan kita. Itulah juga pentingnya kajian dan pandangan pakar-pakar mengenai cara yang betul dalam penjagaan kenderaan.

Anda juga boleh merujuk di MITOS dan Realiti Membiarkan enjin hidup.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sumber rujukan: 

Negara di Asia dalam senarai negara terkaya dunia?

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan kepada anda senarai negara-negara yang terkaya di dunia. Dan jika diperhatikan, beberapa negara di Asia telah tersenarai sebagai antara negara terkaya di dunia berdasarkan majalah Forbes yang berpangkalan di USA. Amat beruntunglah kita berada di Asia kerana mempunyai banyak sumber bahan mentah yang amat diperlukan. Namun, ianya semua tertakluk kepada pengurusan yang bijak kerana ianya akan memberikan manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara tersebut. 

Di Asia Tenggara khususnya, Singapura dan Brunei telah tersenarai dalam negara terkaya dunia yang mana satunya tidak mempunyai bahan mentah dan satu lagi kaya dengan bahan mentah petroleum. Tetapi kedua-duanya boleh memperolehi KDNK antara yang tertinggi di dunia. Malaysia? masih belum mampu untuk menandingi negara-negara tersebut walaupun mempunyai hasil bumi yang sangat melimpah. 

Apa pun, dibawah adalah senarai negara yang terkaya di dunia.

1. Qatar negara yang menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya di dunia. Negara ketiga pengeluar gas asli dunia itu mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) $88,222 perkapita. 


2. Luxembourg berada di kedudukan ke-2 dengan KDNK $81,466 perkapita.


3. Singapura menduduki tempat ke-3 dengan KDNK sebanyak $56,694 perkapita.


4. Norway di kedudukan ke-4 dengan KDNK sebanyak $51,959 perkapita.(anggaran daripada 2009)



5. Brunei yang kaya dengan minyak berada dikedudukan ke-5 dengan KDNK $48,333 perkapita.


6. UAE menduduki tempat ke-6 yang mana mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia dengan $47,439 KDNK perkapita (anggaran daripada 2009)



7. Amerika Syarikat (AS) di kedudukan ke-7 dengan KDNK $46,860 perkapita.


8. Hong Kong di kedudukan ke-8 dengan KDNK $45,944 perkapita. Hong Kong dollar antara matawang yang diperdagangkan di dunia.


9. Switzerland di kedudukan ke-9 dengan KDNK $41,950 perkapita.


10. Netherlands di kedudukan ke-10 dengan KDNK $40.973 perkapita.


11. Australia di kedudukan ke-11 dengan KDNK $39,764 perkapita.


12. Austria di kedudukan ke-12 dengan KDNK sebanyak $39,761 perkapita, antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang tertinggi.


13. Ireland di kedudukan ke-13 dengan KDNK $39,492 perkapita.


14. Kanada di kedudukan ke-14 dengan KDNK $39,171 perkapita.


15. Kuwait di kedudukan ke-15 yang mana negara yang mempunyai simpanan minyak yang kelima terbesar dunia dan petroleumnya menyumbang kepada 95% jumlah eksportnya. KDNK Kuwait ialah sebanyak $38,775 (anggaran daripada 2009).



Sumber : http://my.news.yahoo.com/photos/the-richest-countries-in-the-world-1330405787-slideshow/richest-countries-photo-1330405440.html

Semoga maklumat ini dapat membantu anda menilai sendiri apakah perbezaan dan bagaimana negara-negara ini tersenarai dalam senarai antara yang terkaya daripada segi pengurusan negara, taraf hidup, sumber bahan mentah dan sebagainya. Mungkinkah kita berada di landasan menuju kepada antara negara yang terkaya di dunia? Fikir-fikir dan runung-renungkan bersama.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Waspada Email Tipu Menggunakan Nama 'Bank'!

Assalamualaikum, di sini saya mahu kongsikan kesinambungan artikel saya yang terdahulu yang bertajuk BAHAYA Email Palsu Guna Nama CIMB CLICKS! berkaitan email yang dikatakan dihantar oleh 'bank-bank' yang tertentu untuk kemaskini akaun bank anda! Ini semuanya adalah taktik 'phising' untuk mendapatkan maklumat akaun pengguna untuk mencuri wang anda di bank melalui online banking. Namun, saya mahu kongsikan artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia yang bertajuk "Elak Phising di Internet". sebelum itu, Perkara PENTING anda perlu tahu, tiada email akan di hantar oleh pihak bank untuk mendapatkan maklumat akaun anda dan meminta anda memberikan no TAC melalui email! Jadi, berhati-hatilah ketika mendapat email daripada bank tertentu yang meminta maklumat akaun anda.

Elak Phishing di Internet
Utusan Malaysia (1 Jan 2012)


------------------------------------(BERMULA SITUASI YANG BERLAKU)-----------------------------------------
  • Sebelum bertolak ke kampung di Malaysia Timur, Kamal membuka kotak e-melnya bagi menyemak kiriman terkini yang mungkin memerlukan tindakan pantas. 
  • Jika sudah sampai ke kampung yang tiada kemudahan Internet, memang tidak berpeluanglah dia hendak menyemak dan mengemas kini apa yang patut. 
  • E-mel daripada sebuah bank tempatan yang digunakan majikannya untuk membayar gaji menarik perhatiannya. 
  • Di kotak e-mel tertera Maybank dengan tajuk '1 urgent message'. 
  • Kamal terus klik ke kotak berkenaan, dia bimbang jika akaun banknya digantung sedangkan dia memerlukan wang ketika itu. 
  • Di dalamnya tertulis; Pelanggan yang budiman, anda dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank anda dan TAC diperlukan. 
  • Tanpa rasa curiga dan enggan masalah timbul apabila dia berurusan dengan bank, Kamal terus klik dan mengisi segala maklumat diperlukan serta memberikan nombor TAC seperti diminta. 
  • Dua hari selepas itu semasa dia ke bank untuk mengeluarkan wang, Kamal hampir terduduk apabila mendapati akaunnya hanya berbaki RM3.
------------------------------------(TAMAT SITUASI YANG BERLAKU)----------------------------------------- 

Penganalisis MyCert, CyberSecurity Malaysia, Adnan Mohd. Shukor berkata, kisah mengumpan atau phishing bagi mendapatkan maklumat peribadi pemegang akaun bank kini berleluasa bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia. Justeru tegasnya, dua perkara penting yang patut dilindungi oleh pemegang akaun adalah nama pengguna dan kata laluan. Penjenayah akan sentiasa berusaha mendapatkan nama pengguna serta kata laluan bagi menceroboh dan mencuri wang pengguna.

Biasanya mereka boleh mendapatkannya dengan meletakkan sesuatu perisian mengintip atau paling biasa menghantar e-mel mengatakan akaun pengguna perlu dikemas kini. "Jika pengguna tidak peka dan membuka pautan berkenaan, mereka akan terperangkap di dalamnya. "Mereka hanya akan sedar apabila akaun mereka tiba-tiba susut atau tinggal jumlah minimum yang diperlukan bank," katanya.

Biasanya laman web palsu ini dibina seakan-akan atau mirip dengan laman bank tempatan bagi memudahkan penipuan."Jika mangsa tidak peka dengan URL atau alamat bank mereka mungkin akan tertipu dengan mudah," katanya. Penipuan menggunakan TAC hanya berlaku jika mangsa dan penjenayah berada di dalam talian pada masa yang sama. "Penjenayah akan menggunakan nombor TAC yang dimasukkan oleh pengguna di dalam laman web palsu tanpa disedari pengguna," katanya.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, hampir semua bank telah mengambil beberapa langkah keselamatan seperti mengehadkan masa tag digunakan. Biasanya pihak berkuasa hanya akan bertindak apabila pengguna melaporkan mengenai laman web bank palsu. "Perkara ini akan memakan masa yang lama kerana pihak kami perlu menunggu masa untuk menerima laporan," katanya. Selepas menerima laporan barulah alamat URL berkenaan disenarai hitam.

Justeru pihak MyCert, CyberSecurity membangunkan perisian plug-in yang dikenali sebagai Don't Phish Me bagi membantu pengguna perbankan dalam talian. Adnan berkata, perisian yang direka berdasarkan pemadanan laman web perbankan amat mudah digunakan.

"Caranya amat mudah sama seperti memuat turun perisian lain menggunakan URL bagi 
Google Chrome:
https://chrome.google.com/webstore/detail/ekhmajimailppllbglbkopdjfenocpnl dan 
Mozilla Firefox:  
https://addons.mozilla.org/firefox/addon/dontphishme/," katanya.

Adnan berkata, apabila pengguna menerima laman web perbankan yang mencurigakan dan masih belum dilaporkan, perisian Don't Phish Me akan mengeluarkan amaran di skrin.
 
Pengguna secara automatik akan diberi amaran manakala pihak Cybersecurity akan menerima laporan secara dalam talian dalam masa yang sama. Jika pengguna memilih untuk tidak meneruskan pautan berkenaan, satu laman web mengenai Phishing akan terpapar di skrin. Tetapi jika pengguna masih mahu membuka pautan tadi, amaran akan diberikan bahawa pengguna perlu menanggung risiko sendiri.

Bagaimanapun jika pengguna teruskan hajat tadi, mereka tidak boleh memasukkan nama pengguna kerana laman berkenaan telah disekat. "Ini memudahkan bukan saja di pihak pengguna tetapi juga CyberSecurity tanpa perlu menunggu laporan pengguna," katanya. Bercerita mengenai perisian Don't Phish Me, Adnan berkata, semua bank yang beroperasi di negara ini dilindungi oleh Don't Phish Me.

Senarai bank yang dilindungi oleh Don't Phish Me:
-Maybank2u
-Cimbclicks
-Public Bank
-Bank Rakyat
-Bank Islam
-HSBC
-EON Bank
-UOB
-AMBank
-OCBC
-RHB
-Citibank
-Standard Chartered Bank
-Al Rajhi Bank
-Affin Bank
-Hong Leong Bank
-Alliance Bank

Adnan menambah, pengguna perbankan dalam talian perlu dididik mengenai keselamatan siber supaya mereka berhati-hati apabila berurusan. "Apa yang paling penting jangan dedahkan nama pengguna dan kata laluan kepada sesiapa saja dan satu lagi jangan buka laman web bank melalui pautan terutama di e-mel," katanya.
Sumber : http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2012/main/detail/2143/index.html



Jadi, antara sekuriti untuk laman web yang original atau pun yang asli kini antaranya adalah seperti berikut :-

Keselamatan untuk laman web CIMB Cliks.




Keselamatan untuk laman web Maybank2u.com.


Keselamatan untuk laman web Bank Islam.


Jadi, pastikan anda sentiasa berhati-hati, dan jangan panik apabila mendapat email keselamatan, jika tidak yakin dan ragu-ragu, sila hubungi pihak bank berkenaan untuk kepastian untuk mengelakkan anda tertipu dengan umpan sebegini rupa. 

Saya tunjukkan antara email yang sering masuk ke dalam inbox saya berkaitan dengan keselamatan bank saya. Dan telah terbukti semuanya adala 'phising' semata-mata. Di bawah antara email yang dihantar untuk memancing pengguna bank tersebut. Tetapi kadang-kala, kita tiada pun akaun bank berkenaan. Jadi berhati-hati apabila menerima email seperti di bawah: -




Semoga dapat dikongsikan bersama rakan-rakan anda dan menyedari akan kepentingan memastikan akaun bank kita sentiasa selamat.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

The 7th Muffins Usahawan Muffin Internet

Assalamualaikum, pernah dengar The 7th Muffins? setelah 5 bulan menanti hadiah daripada penaja Contest Raya Untuk Para Blogger 2011, pada 3 Februari 2012 lalu, satu bungkusan muffins telah diterima daripada POS LAJU Malaysia. Jadi, saya kongsikanlah kepada anda yang mahukan kelainan dan ingin merasa sesuatu yang lain daripada yang lain untuk mendapatkan produk daripada internet. Mungkin ada di antara anda mahu cuba membeli produk daripada internet seperti muffins ini, tetapi merasakan keraguan pada perkhidmatan mereka.

Jadi, walaupun saya bukan pembeli tetapi pemenang peraduan yang ditaja oleh The 7th Muffins, saya juga mahu kongsikan apakah perkhidmatan yang diberikan mereka. Saya juga antara yang menantikan bagaimanakah rasanya muffin tersebut daripada sehari ke sehari sehinggalah ianya dapat dihantar dengan selamatnya ke alamat rumah. Tetapi, saya rasakan, mereka inilah antara usahawan kecil-kecilan yang berjaya membuat jualan secara dalam talian daripada beribu usahawan dalam internet yang telah lama menjalankan perniagaan mereka.


Bungkusan yang saya terima pada 3 Februari 2012 daripada The 7th Muffins.

 

 Muffins yang diatur dengan baik dalam bekas tupperware.


Kek Muffins yang sedia dimakan.


Tahniah dan terima kasih kepada The 7th Muffins kerana telah mengotakan janji anda walaupun telah hampir 5 bulan menanti sekurang-kurangnya ia dapat direalisasikan walaupun penuh rintangan dalam memenuhi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Apa pun saya berpuas hati dengan penghantaran muffins ke rumah oleh anda.




Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

BAHAYA Email Palsu Guna Nama CIMB CLICKS!

Assalamualaikum, saya ingin kongsikan kepada saudara pembaca sekalian mengenai satu email yang dikatakan daripada pihak CIMB CLICKS yang biasa diterima dalam "INBOX" email kita mengenai akaun bank kita. Ini amat berbahaya untuk sesiapa yang mungkin tidak menyedari bahawa pihak BANK DI MALAYSIA tidak akan meminta maklumat peribadi melalui email. Jika ada, ianya adalah 'phising'. Perkara ini telah sekian lama berlaku dan bertahun-tahun ianya terjadi dan dihantar melalui email-email. Dan daripada semasa ke semasa, keselamatan pengguna semakin dipertingkatkan oleh pihak bank bagi menjaga keselamatan data dan maklumat peribadi pemegang akaun daripada penipuan.
Jadi, apakah itu 'phising'?

Secara ringkasnya, ia adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna seperti "Username", kata laluan, maklumat kad kredit, nombor telefon, dan maklumat yang berkaitan dengan maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan kepada pihak yang tidak dikenali. Ini boleh menyebabkan kehilangan WANG anda yang disimpan dalam akaun bank atau pun memberikan kesan kepada sistem komputer anda yang mana mereka akan memancing anda untuk memberikan maklumat tersebut.

Di bawah antara contoh email yang dihantar kepada anda secara rawak, kadang-kala anda tiada pun akaun bank tersebut.



Cuba letakkan cursor anda pada atas Nama Pengirim email tersebut. Anda akan dapati seperti di bawah ini :-




Jadi, bagaimana nak tahu bahawa link atau pun email tersebut adalah betul dan tiada penipuan? Mudah sahaja. Sila pastikan pada url tersebut terdapat https:// untuk memastikan ianya adalah secure. Sebagai contoh, laman web CIMB CLICKS yang sebenar seperti di bawah :-






Banyak lagi email berbentuk 'phising' menggunakan pelbagai nama bank-bank yang lain seperti Maybank dan sebagainya. Jadi diharapkan anda semua lebih berhati-hati dan tidak mudah membalas email tersebut dengan maklumat peribadi anda. Kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Insya-Allah, mari bersama kita elakkan penipuan di internet dan email yang berbentuk 'phising' ini. Untuk kepastian, sentiasalah telefon pusat khidmat pelanggan bank-bank yang berkaitan untuk kepastian dan keselamatan akaun anda.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Beza Network Marketing (Rangkaian Perniagaan) dengan Money Game (Skim Cepat Kaya)

Assalamualaikum, sering kali kita diajak ke mana-mana perniagaan atau pun bisnes untuk mendapatkan wang. Namun, bagi mereka yang masih belum faham dan juga kurang pendedahan mengenai perbezaan beberapa jenis perniagaan atau pun bisnes di luar sana, sememangnya kita perlu sentiasa berhati-hati dan perlu meneliti setiap perkara agar kita tidak ditipu atau pun tidak diperdaya dengan mudahnya dengan jaminan kewangan yang berterusan yang tidak masuk akal.

Namun, bukannya tiada perniagaan yang benar-benar sah disisi undang-undang, tetapi dengan lambakan perniagaan yang kadang-kala tidak pernah kita temui sebelum ini mungkin menarik kita untuk menyertai, melabur atau pun menjalankan perniagaan tersebut. Semua perkara memerlukan usaha dan juga pengorbanan untuk mendapatkan hasilnya.

Nasihat saya, kita perlu sentiasa meneliti :-
  1. Prestasi syarikat,
  2. Sokongan yang diberikan kepada syarikat tersebut,
  3. Bagaimana sistem tersebut dijalankan,
  4. Apakah produk atau pun servis yang dijual dan diberikan,
  5. Apakah mempunyai kelulusan dan juga sah disisi undang-undang.
  6. Dan lain-lain perkara yang dapat meyakinkan anda menggunakan dan menyertai syarikat tersebut.
  7. Cuba juga lihat individu yang berada dalam organisasi syarikat sama ada mempunyai autoriti dan boleh dipercayai dengan membuat sedikit homework dan kajian.


Saya berpendapat begitu agar saudara dapat berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik dan startegi yang tersebunyi dalam menarik anda untuk melabur atau membayar sejumlah wang yang besar. Jika kita yakin dan pasti, silakan dan amat dialu-alukan tetapi dengan syarat bukan mengikut nafsu kerana dijanjikan keuntungan kewangan yang lebih dan berlipat kali ganda.

Apa pun, mari saya kongsikan apakah perbezaan Rangkaian Perniagaan Yang Sah (Legitamate Network Marketing) dan juga Skim Cepat Kaya (Money Game).

PERBEZAAN RANGKAIAN PERNIAGAAN SAH DAN SKIM CEPAT KAYA

DIFFERENT BETWEEN LEGIMATE NETWOK AND ILLEGAL MONEY GAME


Bagaimanapun, terpulang kepada anda, semuanya pilihan anda. Saya sekadar berkongsikan apa yang saya rasa ingin kongsikan bersama, mungkin ini akan memberikan sedikit idea dan informasi mengenai sesuatu jenis perniagaan yang anda mahu sertai dan jalankan.

CONTOH PERNIAGAAN NETWORK MARKETING (BUKAN MLM)


Apa pun, semoga berjaya dalam setiap perniagaan yang anda usahakan. Doakan bersama-sama kita maju dalam perniagaan yang kita jalankan walaupun berbeza industri dan jenis perniagaan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang