Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Bersihkan Segala Sawang-Mawang Yang Ada

2 kawan yang bezz
Bismillahirrahmanirrahim...


Ingatkan dah takkan singgah potpetpotpet kat sini lagi..
Memandangkan atas sebab musabab yang tertentu, kena mulakan semula..

Bolehlah asben  baca macam dulu-dulu semula.Dia pun setuju aku aktif 'berblogging' balik..
Boleh update kisah seharian  kat sini dan dia baca aje kat sana..

*macam mana nak post ..macam mana nak buat strike-out ..haha..semua dah lupa..

Thursday, January 31, 2013

Dekat Pun Jadi lah...

10 kawan yang bezz
*entriflashback*


Dari gambar yang ada  berkepuk kat dalam external hard disk, elok lah taruk kat sini...boleh gak ditengok atau dijenguk.

Masa kejadian kebakaran (penghujung 2011) hari tu, percutian ke Langkawi cancel.*sampai la ni AirAsia tak reply pun..lebih2 lagi tentang refund :(

Nak jugak bagi anak-anak happy, jadi kitorang cari tempat yang dekat2 ajelah masa tu..


Nama aje kampung kat Melaka, tapi kali ni festaim sampai.. :)

Secara keseluruhannya : berpuas hati tapi pihak pengurusan kena baik pulih kawasan persekitaran. Takut jadi macam Bukit Cahaya Shah Alam.



seronoknya...

apartment ni aje yang ada bila tempah last minute
sesuailah untuk kami 5 orang

halwa mata

anak teruna ni yang bila pergi mana2 memang suka serve ibu abah eh..

adiq - 5 tahun masa ni

se'tangan' ngan ibu dia..

Apa Along ambil, dia pun nak...tapi tak habis..

suka nya !

ok lah ; life show

watak utama

semua watak

ngauuummm...

berani-berani lalat

Note : Cuti sekolah hujung tahun 2011

Friday, December 23, 2011

Genap Seminggu : Kebakaran Yang Ada Hikmahnya

31 kawan yang bezz
Genap seminggu insiden ni.
Alhamdulillah tak melibatkan nyawa.
Balik kerja, ambil anak-anak macam biasa di nursery lebih kurang jam 710 malam.


Along buka pintu  dan  jerit ... "ibu ! rumah ada asap...api kat dapur"
Aku dah mula panik,  ambil fire extinguisher di belakang pintu..
Allah hu akbar.. terketar-ketar sampaikan tak tercabut pin.... aku lari keluar.
Tengok keliling.. jiran yang lain;  tak balik lagi..
Aku terus ke rumah jiran selang sebuah rumah yang baru pindah
Alhamdulillah suami & ayah jiran ada
Fire extinguisher yang ada...kecik  jadi api masih tak terpadam
Mereka siram guna air sementara aku berlari  keluar lagi..
Kebetulan jiran selang dua buah rumah baru balik dari pasar malam.
Gunakan fire extinguisher jenis powder & besar...
Syukur ya Allah..api padam.


Abi sampai lebih kurang jam 7:50 malam.
Call bomba & TNB untuk pantauan.


Terima kasih tak terhingga buat Normahayuda & suami (jiran selang dua buah rumah)
Malam tu makan malam & tempat tidur kami di sediakan di rumah mereka.
InsyaAllah jasa korang berdua akan kami balas.



Lepas seminggu baru boleh kemas di bahagian dapur.
- tunggu bomba datang untuk tindakan susulan
- tunggu insurance adjuster datang evaluate kerosakan





1/2 jam lepas sampai










30 biji telur masak sepenuhnya!

baju-baju dalam almari penuh debu


dinding ruang tengah bahagian atas 


kesian dia.... penat bekerja

tak tau boleh guna ke lagi hi-fi tu.
serupa cat siling warna hitam

yang putih jadi kelabu

hantar ke dobi yang mana perlu

Dua hari lepas insiden ( Ahad )
Anak-anak hantar ke rumah emak

Minta tolong 2 orang cleaner di ofis
Buat mana yang sempat  dalam tempoh 4 jam

buat sementara..

sampai ke hari ni masih di luar..


Add caption

mungkin dari sini .

en QC in the house... hehe..

dapat staff price dari kakak.
murah !

tinggal ini aje..

semalam
seminggu berlalu.... rumah masih berbau asap...




Hari Jumaat balik lambat sebab cuti hujung minggu tu  kami sekeluarga akan ke Langkawi dari 17hb - 22 hb Disember.
Bila dah jadi macam ni... tak rasa pun nak pergi.
Kesian anak-anak.

Aku call Air Asia dan bagi tau sebab-musababnya.
Kalau ada rezeki dapatlah refund kalau tak .. ... redha ajelah..



Boleh tengok gambar-gambar yang lain di sini :-https://www.facebook.com/media/set/?set=a.338376559512930.99998.100000217659346&type=1
dan sini
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.341434519207134.100726.100000217659346&type=1






Note : mohon maaf pada kengkawan. kotak komen ditutup pada entri sebelum ni atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Thursday, October 27, 2011

20 Tahun Menanti

27 kawan yang bezz
Tak ada wanita yang tak nak anak lepas mendirikan rumahtangga. Betul tak ? Tapi lepas setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya berbelas tahun mungkin dari hendak jadi tak kisah. Tak dapat nak bayangkan  macam mana lah perasaan kecewa yang dia alami. Lebih-lebih lagi bila adik-adik yang masih terkinja-kinja semasa dia berkahwin sudah mempunyai beberapa orang anak.

Puas berubat sana-sini . Tak kira samada dengan cara tradisional atau cara moden. Asal orang sebut tempatnya, mesti sampai. Dah kuasa Allah belum nak beri, maka dia terima dengan redha. Pada awal perkahwinan berita gembira kehamilan menjadi  berita sedih selepas dia keguguran . 


Selepas 20 tahun, akhirnya terima berita gembira. Dengan hanya ke klinik untuk rawatan biasa tapi mendapat berita yang menggembirakan. Jangankan dia, semua yang dengar pun bersyukur pada Allah. Alhamdulillah.. dia telah mengandung. Usia kandungan 6 minggu. Diberi cuti sakit selama seminggu disebabkan keadaan rahim yang tidak kuat. 

Dugaan datang lagi. Pada minggu seterusnya  dia 'bleeding'. Selepas scanning &  check-up, rupanya bleeding berpunca dari 'ketumbuhan' di pintu rahim. Keputusannya hanya diketahui pada minggu hadapan.  Dia ditahan wad dan diberi injection untuk menguatkan rahim. Alhamdulillah keadaan fetus tak membimbangkan.


Semoga semuanya baik-baik sahaja. Kami sekeluarga melawat dia semalam.  Pada kawan-kawan yang membaca, diharap dapat berdoa untuk dia.  Semoga dia mendapat melahirkan dan membesarkan zuriat dia sendiri.  


Khas buat kakak aku,  Kak Ndak Azmila.  Take a good rest. Jangan buat kerja berat. No more shopping  lama-lama during sembahyang Jumaat !




Friday, June 3, 2011

Siap

25 kawan yang bezz
Luggage bag beso - Abi, Along & Angah
Beg hitam besar sikit - Aku & Adiq
Beg hitam kecik - pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, bla-bla-bla aku punya
Beg baju kotor

Semua siap !



Anak-anak dah bowing-wing di nursery
Ajak jenjalan
Kami akan berada di luar kawasan
Bertolak malam ni
Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik


Cuti sampai Khamis depan
Yeay !




Note : Sori ye kengkawan. Masa bertenet  di ofis limited. Sekarang ni dalam sebulan macam2 jenis meeting ada. 

Wednesday, June 1, 2011

Dia

26 kawan yang bezz
Tak tahu apa yang ditunggu
Rumah dah ada
Keta pun dah habis bayar
Kerja pun dah stabil
Alhamdulillah, jadi kepercayaan boss
Dah rezeki dia.


Bukan nak puji
Tapi beruntung emak dapat anak macam dia.
Kesiankan emak turun naik dari tingkat dua di BBSentul dulu
Dia beli rumah yang sekarang emak duduk di TPSemenyih
Emak nak cantikkan rumah, dia buat
Emak nak besarkan rumah..cucu ramai... dia buat
Emak nak kerusi itu, kerusi ini ...dia beli



Aku dah lama teringin makan nasi minyak dia
Kali terakhir abang dia 8 tahun lepas.
Tak sabar tunggu kesibukan buat kenduri kawen



Kejap ada gelfren, kejap tu macam tak ada
Ingatkan bila dia ada 'orang rumah'
Boleh temankan emak
Tapi bila ditanya .... "PHOBIA"
"Tengok kawan-kawan bercerai-berai, ...seram oghang " kata dia.

Ingatkan takut jadi macam dulu lagi..
macam yang pernah aku citer di entri ni pasal dia disantau dulu



Hari ni 1 June, Hari Jadi dia


"Selamat Hari Jadi buat adik ke lapan aku... Shamsul Affendi
Yang ke 31 tahun.
Semoga  segera terbuka hati untuk berkawen "



gambar atas : SA tahun lepas; kurus aje
gambar bawah : tahun ni ;emak & tiga hero (SA sibuk ke gym pulak sekarang ni)







Monday, April 25, 2011

Sebelum.. Dalam.. Dan Selepas Waktu

72 kawan yang bezz

 Sabtu permulaan cuti sekolah hari tu.
Sampai sebelum maghrib












Sesudah tu

 Terus ke tempat tujuan
Untuk tengok 'pokok berlampu'


Nasib baik ada pertunjukan binatang reptilia
Jadilah....






Note :  Ke sini sehari selepas Abi balik dari China hari tu.  Along bodek Abinya sampai berjaya.

Thursday, March 3, 2011

Main Wayang Di Rumah... OK Apa ..

27 kawan yang bezz
Orang dah berkurun tengok, baru nak tengok. Tak kisah lah . Kalau yang belum tengok tu, tekan butang aje. Tak lama pun tunggu. Jimat petrol, tol ngan parking. Paling penting jimat ongkos. Kalau keluar, takkan balik dengan tangan kosong kan ? kekekeke..... tu semua alasan untuk menyedapkan hati sebab tak tengok awal-awal...



Aku ni jenis  tak bagi anak-anak tengok citer seram ke hantu bagai. Aku ada baca jugak kat sana-sini yang citer-citer macam tu buatkan budak-budak tu rasa takut pada hantu-setanlah pulak. Lagipun, aku sendiri pun tak minat.  Hari Khamis memang tak pernah layan citer macam tu...  (peluang keemasan bila dapat layan axn, diva & afc)



Nak jadikan citer, adalah satu hari minggu lepas.  Tiga-tiga tu kat dapur. Tengah makan petang. Along jadi tukang karut ..cakap-cakap...gelak-gelak. Cakap lagi pastu adik-adik dia gelak terkekeh-kekeh.


Aku tanya citer apa yang buat dorang suka sangat  tu ?
Along jawab . Citer HKLBR...



Aik...bila pulak dia tengok ?rupanya.. kawan-kawan kat  taska bercerita. 

Adeh...kesian betul  . Orang cerita pun dia boleh jadikan cerita . Belum tengok lagi .





Sebelum ni aku tak amik pot pasal citer tu. Orang heboh sekampung tapi aku wat dono jer.
Bila ofismet bagitau bukan citer hantu-betul; tu yang Sabtu lepas layan 1st class di Astro First. Dorang siap tarik langsir, tutup pintu.  .."baru macam dalam wayang" kata Angah.  Terpaksa aku korbankan citer hindustan kat tv3.. hehe... 



Dah serupa gaya Stephen Chow lah pulak gaya citer si Mamat Khalid ni. Dua hari tu dorang bantai tengok citer tu aje. Channel lain harrem  tak pandang.  Siap panggil kawan-kawan datang.  Abi yang tak suka tengok movie pun layan sama. Memang pecah rekod !  Dia gelak-beso !...




Bila dah tengok, ada-ada aje.  Along tak habis-habis ikut gaya si Usop yang lemah gemalai masa dia bercakap. Angah pulak ikut si bomoh...tetiba terpacul aje kat mulut dia.. kehhh-kehhh-kehhh...   


Apa-apa pun citer ni memang lawak.  spontaneous !




Note : kalau tau  citer lawak, dah lama aku tengok ! 






Thursday, February 17, 2011

Aok Pandei Cakak Sini ? Kaeh Tok Pandei.... Ntah bilalah Nak Pandeinya...

25 kawan yang bezz
Kalau dulu sebelum anak bersekolah selalulah  balik ke kampong abi di Tanjung Besar, Kuala Lipis. Sekarang 2 bulan belum tentu  sekali. Lebih-lebih lagi sejak aku dah tukar tempat kerja 4 tahun lepas , kenalah rancang hari Sabtu alternate off day aku untuk balik ke kampung.



Biasalah kan bila nak balik, kenalah pastikan kerja-kerja “pemberusan“ dan “penyentalan“ setel. Tahun ni Along  dah mula basuh kasut sendiri. Aku rasa pun dah lambat suruh dia buat . Mana taknya.. dah Tahun 4! Menunggu siap rasanya macam kita pulak nak buatkan. Sampai Lencun Along main air basuh kasut!



Tahun-tahun sebelum ni abi yang bereskan.  Duty yang abi ambil tahun lepas ~ sental baju sekolah sebelum masuk ke mesin basuh masih dalam kontrak.hehe.. Berbaloi-baloi sebab memang bersihlah sangat baju-baju Along & Angah yang  kotor-bolo tu ! Aku memang surrender.. Tengah fikir  untuk bodek mintak tolong benda lain nih... 



Adeh...ke laut mana dah aku ni .... lama tak buat entri panjang lebar camni..


Sebelum bertolak Sabtu lepas singgah di tempat servis kereta dulu untuk servis rutin. Singgah lagi di Mydin Rawang sebab nak beli bahan-bahan untuk Along buat  projek Sains di Kampung. Kali ni lalu Batang Kali terus keluar di Genting Sempah. Singgah lagi untuk makan petang di Raub.


Persinggahan terakhir sebelum sampai. Ada Pekan Sehari di Pekan Benta. Jumpa Abah & Emak Abi di sana . Anak-anak aku apa lagi...bising sebab banyak sangat tempat persinggahan . Terus nak ikut aki diorang.  Jadi berdua-duaan ajelah kami... Ada benda yang nak sangat aku cari. Yang dulu ntah hilang ke mana. Aku tau gerenti ada. Si Parang Kontot tu senang untuk tebang potong pelepah pokok depan rumah. Asyik melambai-lambai mintak dipotong !




Mesti beli BAHULU kat Kg Gali Di Raub

Harga : RM12.50
Aku : Biasa RM10 kak..
Mak Long : Barang semua dah naik..
Aku : ...oooo .. (naik macam harga sebungkus gula pasir tu)


Ke sini saja dorang main
Adik kelek aje bantal tu takut tertinggal lagi



Tau apa yang diorang tengok tu ?
Along suruh Angah cari kain merah
berlari si Angah cari
Tapi Angah bawak kain biru

Mana boleh! kata Along

Macam tulah bila jarang dapt tengok kerbau depan mata

"Kalau lembu bolehlah guna kain merah tu Long, kata aku
"Tapi jangan buat macam tu..kena kejar nanti"


Adik-beradik abi

MIL aku tu baru 54 tahun tapi rambutnya dah putih.
Abi ikut genetik emak dialah kot. Tapi dia sejemput aje kat jambul.. hehe.

Tak sampai 1/2 jam bertolak dah ZZZZZZ....
Selamat sampai di rumah jam 9 malam esoknya.

Note : Dah 10 tahun kahwin, aku tak berapa nak paham lagi dialek sana. Selalu  kena gelak bila mak & adik-beradik abi berborak.



Emoticon Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

Linky's Magical


ShoutMix chat widget