Thursday, December 24, 2009

CAIRO - CITY OF THE DEAD

Salam semua, hari ini Atok akan berangkat pulang ke Malaysia setelah menghabiskan masa bercuti di bandar Kahirah ini. Semalam, Opah dengan anaknya pergi lagi sekali ke piramid untuk masuk kedalamnya. Atok tak larat nak ikut kerana ia perlu turun tangga, kemudian membongkok dan lepas tu memanjat tangga yang tinggi untuk sampai ke ruang mayat. Ditambah pula dengan lubang yang kecil, sudah tentulah Atok akan termengah-mengah. Opah cakap " Orang semua dah melawat piramid, tapi saya dah masuk dalam dia". He..he..








Opah bergambar dgn Tok Arab yang jaga pintu masuk tu!





Opah beritahu, didalamnya sungguh menakjubkan. Ketulan batu yang diatur sungguh rapi dan disusun begitu rapat sehinggakan pisau pun tidak bolih masuk diantara batu tersebut. Batu tersebut terdiri dari bungkah yang besar dan yang menghairankan bagaimana mereka membina piramid tersebut dengan ketiadaan jentera berat. Sehingga hari ini, tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana ia dibina kerana bungkah batu tersebut harus dibawa dari Luxor yang begitu jauh dari Kahirah.



Selepas melawat piramid, kami pergi makan tengah hari di sebuah restoran di kawasan Giza. Hari ini, makan tengah hari kami yang minta kerana ingin merasakan burung merpati, makanan hidangan untuk Raja Farok (Raja Mesir yang terakhir). Sedap sungguh kerana di dalam perutnya disikan dengan nasi yang berempah. Selepas itu kami melawat Pharaoh Village. Satu perkampongan orang Mesir yang hidup zaman Firaun khas diadakan untuk pelancung. Disitu kita melihatkan mereka melakunkan kehidupan seharian zaman itu.

Satu perkara yang anih di Kahirah, terdapat kawasan perkuburan yang begitu luas. Kawasan ini berhadapan dengan kubu Saladin dan disitulah Imam Shapiee dimakamkan. Yang anihnya, terdapat banyak piring stallite macam Astro diatas kuburan tersebut. Kami diberitahu, bahwa terdapat hampir 2juta orang mendiami kawasan kuburan tersebut dan piring stallite tu adalah untuk mereka melihat televisyen.

Selain dari itu, Piramid adalah merupakan kubur kepada Raja Firaun. Setiap hari pelancung melawat kuburan tersebut dan menjadi satu sumber pendapatan negara. Yang anihnya, penduduk Kahirah tidak pernah takut kepada hantu seperti negara kita bila bercerita tentang kubur. Atok diberitahu oleh pemandu pelancung, sebarang cerita yang berunsurkan hantu tidak dibenarkan ditayang di Mesir sehingga minda rakyat mereka tidak pernah tahu apa itu hantu. Oleh kerana itu, mereka tiada masaalah hidup diatas kubur.

Hari ni Atok dah sampai di Malaysia. Minggu depan, Atok kena tengok apa yang cucu-cucu Atok nak buat tahun hadapan. Rasanya dia orang nak buat filem baru dengan 42 episode lagi siri Upin dan Ipin. Setelah meeting dengan mereka, Atok akan beritahu apa yang dia orang nak buat.

Atok: Tunggu.....





SYABAS LES' COPAQUE

Semalam Atok terima e-mail dari TV9 memberitahu kejayaan filem Geng dan siri Upin dan Ipin di TV9. Wah, bangga sungguh Atok memandangkan kita semua ni bukannya ada pengalaman dalam bidang ni, maklumlah semuanya baru aje habis belajar. Atok dengan Opah pula bukan tau buat filem. Tapi boleh juga buat semua orang terhibur..he..he.. Kepada Cucu-cucu Atok di Les' Copaque, Atok ucapkan syabas dan tahun depan kita buat yang lebih baik lagi.
Semalam, kita telah menyiapkan siri Upin dan Ipin sebanyak 42 episode untuk tahun ini. Dengan itu kita telah memenuhi kontrak kita dengan TV9 dan TPI untuk tahun ini mengikut jadual. Kepada semua Cucu-cucu Atok, diucapkan syabas dan hari ni Atok bagi dia orang cuti free satu hari. Tahun ini kita telah menghasilkan animasi lebih dari 270 minit...banyak tu. Mungkin tahun depan kita buat yang lebih bagus lagi.
Syabas...selamat bercuti dan Merry Christmass and Happy New Year

Wednesday, December 23, 2009

CERITA DARI MESIR

Hari ini, 22hb Disember 2009, Atok sekeluarga dibawa melawat ke Museum Kahirah, salah satu musium yang terbesar didunia. Malng sekali tak bolih bergambar didalamnya dan kami bertuah kerana pemandu kami adalah seorang profesor yang mengajar sejarah Mesir dan sepanjang hayatnya berada di musium ini. Musium Kahirah terkenal dengan peninggalan Firaun dan yang paling diketahui umum ialah Raja Tutankhamun. Raja Tutankhamun ialah salah seorang raja Firaun yang ditemui didalam piramid di Luxor.

Ia naik takhta sewaktu berumur 9tahun dan memrintah selama 10 tahun. Ia menjadi terkenal kerana ketika ditemui, kuburnya penuh dengan barang yang berharga. Mayatnya di jadikan mummy dan kepala nya disarongkan dengan topeng emas tulin. Selepas itu dimasukkan kedalam keranda kayu yang disalut dengan emas dan diletakkan didalam keranda besar yang juga bersalut dengan emas. Keranda besar ini terdiri dari 3 buah yang berbeza besarnya. Selain dari itu, banyak barang-barang mewah juga dijumpai dalam ruang kuburnya, kerana Firaun ini percaya mereka akan menjalani kehidupan setelah kematian. Walaubagaimanapun, mummy Tutankhamun ini tiada di musium ini, tetapi mummy yang lain ada dan masih utuh lagi.


Setelah melawat Musium, Atok dibawa ke Masjid Imam Shafie. Disini terdapat kubur Imama Shafie yang terletak dibangunan bersebelahan. Imam Shafie dilahirkan di Gaza, Pelastin dan telah hidup merantau ke Mekah, Madinah dan akhirnya menetap di Mesir hingga kematiannya. Beliau merupakan pengasas mazhab Shapiee yang kita tergolong dalam mazhab tersebut.

Ini adalah makam Imam Shapiee dan ukiran tersebut dihadiahkan oleh pengikutnya dari India.


Selepas itu Atok melawat, Citedel yang merupakan kubu yang dibangunkan oh Salehuddin Al Ayubi ataupun Saladin. Kubu ini dibangunkan untuk menghalang askar salib dari menakluki Mesir. Walaubagaimanapun, kubu ini tidak pernah diserang oleh tentera salib.


Opah sempat juga ke Hard Rock Cafe untuk membeli belah.
Atok: Habis duit sebab Opah shopping.




Monday, December 21, 2009

MESIR OH MESIR





Pada 19hb Disember 2009 yg lalu, Atok, Opah dan dua anak Atok berangkat ke Kaherah, Mesir untuk melawat negara tersebut sambil bercuti. Perjalanan nya sahaja sudah begitu mencabar. Sepatutnya berangkat jam 3.15 pagi tetapi terlewat hingga pukul 7.30 pagi sebab kapal terbang rosak. Akhirnya kami sampai di Kahirah setelah teransit di Kuwait. Letih betul dibuatnya kerana perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam.






Setelah berihat semalaman, kesokan harinya kami dibawa melawat piramid. Piramid ini terletak tidak jauh dari hotel Atok menginap, kira-kira 15 km. Tempat itu dinamakan Giza District, dulunya padang pasir, tetapi sekarang telah dihuni oleh penduduk Kahirah yang telah bertambah dengan begitu pesatnya.






Terdapat tiga buah piramid dikawasan ini. Piramid adalah merupakan kubur raja Firaun dan terdapat sebuah Spinx yang menjaga Piramid tersebut. Spinx disini berbeza dari tempat lain kerana ia mempunyai muka Raja tersebut, sedangkan di tempat lain berkepala binatang. Piramid hanya ditemui oleh orang Perancis pada awal abad ke 20. Ia sebenarnya tertimbus didalam padang pasir dan digali untuk kelihatan seperti sekarang.


Atok & Opah bergambar bersama peminat tegar Upin & Ipin di Mesir. Kelihatan Spinx yang dimaksudkan.






Selepas melawat kompleks piramid, kami singgah di kedai minyak wangi. Pemiliknya adalah sepupu kepada Al Fayed taukeh Harrod di London. Apalagi, Opah pun boronglah minyak wangi.






Hari ini kami melawat Alexandaria yang terletak 200km dari Kaherah. Bandar ini terletak ditepi laut Mediteranean. Disini kami melawat istana Raja Farok, raja terakhir Mesir sebelum digulingkan oleh Presiden Jamal Abd. Nasir. Istananya terletak ditaman seluas 150 hektar. Orang ramai tidak dibenarkan masuk dan khabarnya , istana tersebut mempunyai 300 bilik.


Atok juga berkesempatan melawat makam Nabi Danial dan Lukman di Masjid Danial.
Atok rasa cukup untuk kali ini sebab letih sangat.












Wednesday, December 16, 2009

Lescopaque di MSC Kre8tif! Conference

Yuki @ Mei Mei di Kre8tif! Digital Content Conference

Pada 7 - 9 Disember 2009 telah berlangsungnya acara MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan ini dianjurkan buat pertama kali oleh pihak MDEC untuk memperkasa dan memacu pertumbuhan industri kreatif khususnya dalam bidang animasi, multimedia dan I.T. di Malaysia.

Persidangan 3 hari ini dipenuhi dengan ceramah-ceramah dari penggiat industri dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman, cara kerja, dan rahsia kejayaan mereka di dalam industri kreatif yang sedang membangun di negara ini. Beberapa tenaga kerja Les Copaque telah menghadiri beberapa bengkel dan ceramah tersebut. Ternyata ini merupakan satu pengalaman yang istimewa dan bermakna kerana kami berpeluang melihat tokoh-tokoh industri kreatif dengan lebih dekat.

Aktiviti kemuncak persidangan ini ialah Malam Anugerah Kre8tif!. Sukacita dimaklumkan bahawa Les Copaque telah memenangi 2 anugerah pada malam itu. Anugerah tersebut adalah Best Editor dan Best Music Score untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula. Tahniah diucapkan kepada Les Copaque atas kejayaan ini. Dengan penghargaan ini, kami berazam akan meningkatkan lagi mutu dan kualiti produksi akan datang.


Faiz posing bersama trophy "Best Editor" untuk filem Geng.


Yuri Wong dan Faren bersama trophy untuk "Best Music Score" untuk filem Geng.


Team Lescopaque yang menghadiri acara Kre8tif! Industry Awards Night


Monday, December 14, 2009

Upin & Ipin di Monsoon Cup Terengganu

Salam & Selamat Sejahtera!


Acara Monsoon Cup yang berlangsung di Kuala Terengganu pada tahun ini membawa sedikit kelainan di mana pihak Les' Copaque Production telah dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak. Bertempat di Ri- Yaz Heritage Resort & Spa, acara Monsoon Cup ini berlangsung dan pada masa yang sama juga, ibu-bapa sedang sibuk membuat pendaftaran untuk peraduan mewarna bagi anak-anak mereka yang khas dibawakan oleh pihak Utusan Karya dan juga Bank Rakyat

.
Kelihatan dari jauh kapal-kapal layar yang akan bertanding untuk acara Monsoon Cup

Aktiviti mewarna bermula seawal jam 9.00 pagi dan kelihatan dewan tempat aktiviti dijalankan penuh sesak dengan kanak-kanak comel yang sekitar usia 4-8 tahun yang telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai peraduan.Aktiviti mewarna dijalankan selama sekitar 1 jam dan kanak-kanak kemudiannya dikejutkan dengan kemunculan maskot-maskot yang dibawakan khas oleh penganjur. Adik-adik bertuah ini berpeluang berjumpa dengan maskot dari Bank Rakyat (Nuri), Utusan Karya (Kawan) dan akhir sekali sudah tentulah maskot Upin & Ipin yang ditunggu-tunggu.

Antara peserta comel peraduan mewarna


Ipin, Upin, Kawan dan Nuri bergabung tenaga bagi menceriakan lagi peserta-peserta peraduan mewarna.


"Yey!" itu lah ungkapan yang dijeritkan oleh adik-adik ini.Penuh semangat!


Sementara menunggu keputusan peraduan, adik-adik ini dihiburkan dengan beberapa aktiviti seperti Tarian Ayam atau lebih dikenali sebagai "Chicken Dance" yang di ketuai oleh Abang Mat (wakil dari Bank Rakyat) selaku MC pada hari itu. Bukan adik-adik sahaja yang terpaksa menari malahan maskot juga diberi peluang menunjukkan kemahiran tarian mereka.Teruja sungguh bila melihat Upin & Ipin menari!

Antara pemenang peraduan mewarna.Tahniah!!


Semasa aktiviti mewarna dijalankan, staf-staf atau pesilat-pesilat Les' Copaque juga sedang bertarung nyawa melayan kerenah peminat-peminat di luar yang tidak melepaskan peluang untuk membeli produk Original Upin & Ipin. Pelbagai produk baru telah dikeluarkan sempena musim sekolah yang akan bermula tidak lama lagi.

Acara di luar dewan.Tawar-menawar antara pembeli dan penjual.

Dari kiri: Syamil, Abg Sazali, Shima, Sarah, Arif & Amin

Berehat sebentar sebelum balik ke Shah Alam

Selesai sahaja program, kami bertolak pulang ke Shah Alam.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam kerana cuaca dan keadaan jalanraya yang rosak sekitar daerah di Terengganu. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kami selamat sampai dan tiada masaalah semasa perjalanan. Terima kasih kepada pihak Bank Rakyat dan juga Utusan Karya kerana sudi menjemput dan bekerjasama dengan kami.


Kepada peminat Upin & Ipin di Terengganu yang tidak mendapat peluang berjumpa dengan kami di acara Monsoon Cup, jangan risau kerana kami akan kembali ke "Negeri Penyu Bertelur" itu pada 19 - 20 Disember ini bertempat di Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu. Jumpa anda di sana!!

Written By : Nurul

Friday, December 11, 2009

Majalah Komik Upin & Ipin dipasaran

Pada 8 Disember 2009 yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran Majalah Komik Upin & Ipin yang diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor. Pelancaran majalah tersebut yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian, Datuk Dr Mohammed Daud sekaligus menambah satu lagi produk Upin & Ipin yang berada dipasaran. Majalah Komik Upin & Ipin ini diterbitkan oleh Nyla Sdn Bhd dan dijual dengan harga RM4.90 untuk semenanjung Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan,
Datuk Dr Mohammed Daud ketika membaca teks ucapan

Suasana ketika majlis pelancaran

Di dalam majalah ini, semua pembaca bukan sahaja dapat membaca siri Upin & Ipin dalam bentuk komik malahan ianya akan dilengkapi dengan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti serta buletin Upin & Ipin. Isu pertama ini yang telahpun berada dipasaran ini sudah boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara. Dalam isu-isu akan datang lebih banyak elemen-elemen menarik akan dimasukkan secara berperingkat. Mengikut Pn Afiza (Pengarah Pemasaran LCP) permintaan terhadap majalah Upin & Ipin sebenarnya telah lama wujud dan kini sampailah masanya ianya dipasarkan kepada semua pembaca dan peminat setia Upin & Ipin sebagai salah satu koleksi simpanan mereka.

Puan Afiza, Pengarah Pemasaran Les' Copaque Production

Datuk Dr Mohammed Daud, menandatangani
replika majalah komik Upin & Ipin

Maskot Upin & Ipin bergambar
bersama Majalah Komik Upin & Ipin

Pada majlis pelancaran tersebut, maskot Upin & Ipin juga turut membuat penampilan dan merupakan sebahagian dari gimik pelancaran. Lebih 50 orang tetamu termasuklah para wartawan, rakan-rakan dan tetamu terhormat menghadiri majlis pelancaran ini. Jadi kepada peminat-peminat setia Upin & Ipin jangan lupa untuk mendapatkan majalah terbaru ini dan segala komen atau pendapat mengenai majalah komik ini bolehlah diajukan ke majalah@upindanipin.com.my


Tuesday, December 08, 2009

Jom ke Karnival Cuti Sekolah


Jom ramai-ramai kita pakat untuk ke Karnival Cuti Sekolah yang dianjurkan oleh Media Prima. Karnival yang diadakan pada 7 - 13 Disember 2009 bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. 3 Stesen TV di bawah Media Prima iaitu TV3, NTV7 dan TV9 turut serta dalam karnival ini dengan membuka booth. Jumpa maskot Upin & Ipin di booth TV9...!!! Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua pengunjung. Turut diadakan jualan barangan original Upin & Ipin selain dapat berjumpa dengan selebriti-selebriti terkenal... Jumpa di sana...!!!

Sunday, December 06, 2009

Terima kasih Facebook Fans


Assalamualaikum semua peminat setia Upin & Ipin. Nampaknya dengan sokongan dan galakan semua peminat tidak kira berada di mana sekalipun telah menjadikan Fan's Page Upin & Ipin begitu meriah dan hangat. Dalam tempoh yang singkat sahaja jumlah fans telah meningkat sehingga lebih 360, 000 orang. Rata-rata jumlah ini berasal dari peminat di Indonesia. Terima kasih diucapkan kerana menyokong dan memastikan animasi Upin & Ipin berada di hati semua orang.

Teruskan dengan menyokong kami dengan mengikuti perkembangan terkini di Fans Page Facebook Upin & Ipin.

Thursday, December 03, 2009

Episod Upin & Ipin di laman web

Nampaknya pada musim cuti sekolah ini pasti semua peminat Upin & Ipin terutama sekali adik-adik seronok menonton episod baru siri Upin & Ipin di TV9. Episod seperti "Jejak Rembo" yang menceritakan kisah mengenai aktiviti penyiasat Upin & Ipin yang menjejak kehilangan ayam pasti seronok sekiranya dapat ditonton berulang kali. Di laman web Upin dan Ipin iaitu www.upindanipin.com.my, semua peminat boleh menonton episod penuh ini secara percuma. Sementara itu nantikan juga DVD episod ini nanti.





Terima kasih kerana menyokong Upin & Ipin. Untuk sebarang pertanyaan silalah emelkan kepada webmaster@lescopaque.com

Wednesday, December 02, 2009

Kembara ke Pulau Harta Karun!



Setelah lama peminat menanti,
Kembara ke Pulau Harta Karun Kembali lagi,
Harta karun yang dicari masih belum dijumpai,
Adakah ia berdekatan dengan gunung berapi?
Sengaja kami berteka-teki,
Siapakah disebalik topeng ini?
Nantikan jawapannya 8/12/2009 ini,
Kalau terlepas, memang rugi!

P:S/> Nantikan episod Kembara ke Pulau Harta Karun yang akan muncul tidak lama lagi... Tunggu~!

Written By : Idaman