Showing posts with label Studio Life. Show all posts
Showing posts with label Studio Life. Show all posts

Thursday, January 06, 2011

Semangat Tahun Baru!

Kalau adik-adik semua nak tahu semangat abang-abang dan kakak-kakak semua di Les' Copaque ni sangat berkobar-kobar sempena tahun baru ni. Kalau pada musim lepas, mereka semua yang bekerja di dalam produksi Upin & Ipin ini telah pun menghasilkan 42 episod Upin & Ipin yang memang menarik dan best. Tahun ini pula khabarnya, episod-episod yang bakal dihasilkan akan lebih kelakar dan menarik. Nak tahu apa yang menarik kenalah tunggu tayangannya nanti. Tapi sekarang ni mari kita lihat aksi-aksi abang dan kakak di Les' Copaque sedang berbincang mengikut department masing-masing untuk musim baru ni.

Razuri bersemangat di dalam sesi
perbincangan bersama
team Rendering

Macam tu rupanya sasaran Razuri

Iskandar, antara ahli team Rendering

Abang Razuri ataupun Ee ni seperti yang sedia maklum ialah ketua di dalam department Rendering. Department Rendering inilah yang ditugaskan untuk me 'warna' setiap imej di dalam siri Upin & Ipin. Nampak bersemangat betul Abang Ee di dalam mengetuai pasukannya. Apalah agaknya yang diperbincangkan tu, bersemangat semacam je nampaknya. Erm, tapi apa-apapun mestilah nak tingkatkan lagi kualiti. Betul tak?

Tidak ketinggalan juga department Compositing yang begitu semangat dengan penambahan beberapa ahli baru. Department ini yang diterajui oleh Safrizan sangat penting bagi memastikan final output siri Upin & Ipin berada di dalam kualiti yang optimum. Gambar yang semua orang sedang duduk di lantai tu pula ialah gambar candid semasa proses perbincangan Head Of Department (HOD) dan team scriptwriter. Dengan begitu santai sekali, masing-masing berkongsi idea-idea baru yang bakal digunakan untuk musim ke 5 ini nanti. Ha, "Jarjit" bagi idea apa tu? Nampak macam dia seorang je yang teruja. Apa-apapun ,setelah idea-idea ini ditapis dan diperbaiki pasukan animatorlah yang bertanggung jawab untuk menghidupkan idea tersebut ke dalam bentuk animasi.


Saf menunjukkan carta dan jadual

Antara shot pada musim lepas
yang menjadi benchmark

Perbincangan santai untuk idea baru
Shafiq (Jarjit) dengan idea barunya
Antara wajah baru yang di dalam
keluarga production


Rupanya, pada masa yang sama pasukan Animator juga sedang rancak berbincang. Yela, untuk mengekalkan kualiti animasi macam Upin & Ipin ni bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, pada awal tahun macam ini lah setiap ketua di dalam pasukan Animator memberi sasaran serta gambaran bentuk animasi yang ingin dihasilkan. Diakhir berbincangan, nampaknya masing-masing telah bersemangat untuk menghasilkan yang terbaik. Nampak gaya macam dalam parlimen pula dah.

Ashraf salah seorang ketua
department Animation memberi kata semangat


"Kita Boleh Buat!" mungkin itu yang disorakkan

Sebenarnya banyak lagi department di dalam Les' Copaque yang sedang giat merancang dan mengatur perancangan baru. Tidak lupa juga Atok Ranggi & Opah yang sering berkongsi idea dan jalan cerita yang ingin diketengahkan untuk musim baru ini. Dengar kata Opah pada waktu lapang memang gemar menulis skrip bukan saja untuk siri Upin & Ipin malahan untuk projek terkini yang bakal diterbitkan nanti. Rajin betul Opah ye. Atok Ranggi pula ataupun Tn Hj Burhanuddin pada tahun ini juga sudah bersiap sedia dengan gadget terkininya seperti Apple Mac Book Air, Ipad dan Blackberrynya. Pada penutup tahun lepas, Tn Haji begitu sibuk dengan business meeting, interview dan sering menerima awards. Kita doakan tahun baru ini, Tn Haji dan Les' Copaque akan lebih berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan di antarabangsa.

Atok dan Opah juga ada idea baru
Kak Ijan dan Nisa, juga bersemangat untuk
melihat Upin & Ipin lebih berjaya tahun ini




Tuesday, August 24, 2010

Berbuka Puasa di Saujana lagi

Buat 2 tahun berturut-turut nampaknya Les' Copaque Production memilih untuk berbuka puasa bersama-sama di Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Suasananya yang tenang ditambahkan boleh hidangan makanannya yang sedap, lokasi berbuka puasa ini menjadi pilihan hati. Menu yang sudah terbayang-bayang dan menjadi buruan ramai orang sudah tentulah kambing golek. Dengar kata kambing golek memang menjadi menu utama yang mendapat sambutan setiap hari oleh tetamu di sini. Seawal 6 petang, kebanyakkan keluarga Les' Copaque Production sudahpun mula berkumpul di tepi kolam renang yang juga kawasan untuk berbuka puasa di Saujana.

Persembahan Ghazal menghiburkan
sementara menanti azan berbuka puasa

Satay daging dan ayam
antara menu pilihan

Pelbagai menu makanan lain

Kak Ijan dan Nisa bersedia
untuk berbuka puasa

Dengan penambahan keluarga Les' Copaque pada tahun ini dan tetamu jemputan, tempahan berbuka dari Les' Copaque sahaja sudah memenuhi sebahagian dari ruang berbuka puasa. Dengan masing-masing berpakaian baju melayu ataupun baju kurung, suasana berbuka puasa kelihatan sungguh meriah. Sementara menantikan azan maghrib, masing-masing bergambar dengan berlatar belakangkan hiasan landscape Saujana Hotel yang cantik. Pada tahun ini juga kami bertuah kerana wakil penaja utama iaitu TM dan penaja bersama iaitu Wyeth juga turut memeriahkan majlis berbuka puasa.
Asyiela dan Ida Shaheera
berpakaian sedondon

Sesi bergambar
Acap, Ros, Hawa, Ayu dan suami Kevin ketika mengambil makanan
Lapar betul nampaknya Wafi

Ice dan Fila teruja ketika bergambar

Juan & Aran seronok nampaknya

Selain dari menjamu selera dengan hidangan yang lazat, kemuncakan malam berbuka puasa ialah cabutan bertuah. Cabutan bertuah yang telah di sediakan lebih awal ini, menawarkan pelbagai hadiah termasuklah seperti barangan komputer, makanan, hamper serta Sony Playstation PSP. Memang bertuah kepada yang mereka yang memenangi hadiah yang ditawarkan. Dahla kenyang dapat makan, dapat hadiah lagi tu. Apa sekali pun semua keluarga LC Groups iaitu Les' Copaque Production, LC Merchandising, Geng's Corner, LCGDI dan Bruang Filem amat berterima kasih dengan penganjuran majlis berbuka puasa ini. Terima kasih kepada bos besar iaitu Tn Hj Burhanuddin kerana menaja majlis ini. Mungkin tahun depan kita boleh berbuka ditempat lain pula.

Salah satu dari 10 meja
Para pelakon suara kecil yang
juga memeriahkan majlis berbuka

Sedap nampaknya

Antara pemenang ketika cabutan bertuah


Monday, July 26, 2010

Liga Juara UIFA

Ingatkan dah selesai World Cup, demam bola sepak pun selesai di Les' Copaque Production. Tetapi nampaknya tidak sama sekali. Berbekalkan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan berkobar-kobar, semua pemain futsal Les' Copaque bersiap sedia untuk satu lagi Liga Juara UIFA yang sungguh sengit dan mencabar ini. Semangat dari World Cup yang lepas seolah-olah membakar jiwa mereka untuk bersaing dan seterusnya menjuari Liga Juara UIFA. Jadi apa lagi, mari kita lihat aksi perlawanan dan siapakah yang menang pada malam itu.

Perlawanan futsal di
Seksyen 7, Shah Alam

Maiz & Aien ketika mengatur
perlawanan pasukan

Malam yang mendebarkan ini dilangsungkan di Seksyen 7, Shah Alam. Setiap pasukan berlawan secara bersilih ganti dengan pasukan yang lain selama 7 minit bagi setiap pusingan. Situasi perlawanannya tak ubah seperti perlawanan akhir World Cup. Permainan yang rancak dan pantas ini membuatkan penyokong-penyokong yang diimport dari LCP juga tidak boleh duduk diam walaupun mereka tidak menyokong mana-mana pasukanpun sebenarnya.

Team Kuning dengan
semangat berkobar-kobarZaid pun semangat bermain

Wah, ramainya penyokong

Setelah hampir 2 jam bertanding, akhirnya keputusan perlawanan memang seperti yang telah dijangkakan. Pasukan merah yang diketui oleh kapten Afiq menyapu bersih pasukan yang lain. Pasukan ini akhirnya berjaya memenangi piala pusingan ditempah sendiri oleh kapten Afiq. Walaupun pasukan yang lain kalah, tetapi memang seronok dapat melihat bakat-bakat muda ini bertanding futsal selain dari tiap-tiap hari membuat animasi. Yang penting semangat kesukanan dan berpasukan. Lepas ni bolehlah lawan team lain pula.

Team Biru pemenang bulanan (Mei)

Tahniah team Merah yang
menjuarai UIFA kali iniKeng Sun antara ahli pasukan merah

Semua pemain bergambar sebagai
kenang-kenangan



Wednesday, July 21, 2010

Suatu Hari Mail di Les' Copaque

2 Singgit, 2 Singgit!. Ha, macam itulah laungan dialog Mail di dalam siri Upin & Ipin. Sekarang ni, Mail ataupun nama pelakon asalnya Hasrul ini sudah ada ramai peminat. Tak kira adik-adik ataupun yang dah dewasa, pasti ada yang meminati watak Mail. Tapi tahu tak, Mail datang ke Studio Les' Copaque setiap minggu untuk proses rakaman suara. Memang rajin Mail ni. Walaupun sesi rakamannya hanya mengambil masa yang pendek tetapi Mail tetap gemar menghabiskan masa di Studio. Setelah dikaji sebabnya, rupanya Mail ni sangat suka bermain di Studio dan mengacau abang dan kakak ketika membuat kerja.

Mail memang suka meluangkan
masa di Studio Les' Copaque

Mail ketika di department animation

Mail ni amat mudah bergaul dengan abang dan kakak di Les' Copaque. Dia boleh pergi ke mana-mana saja department dan melihat apa yang abang dan kakak ni sedang buat. Ha, macam gambar di atas ni, sempat pula dia memberi idea kepada Jam bagaimana watak Mail patut di animasikan. Jam pun layan sajalah karenah si Mail ni. Selain tu, Mail juga rapat dengan kakak-kakak di sini terutama sekali yang juga merupakan pelakon suara. Contohnya seperti Ida Rahayu yang merupakan pelakon suara watak Oopet dan Fizi ini.

Bersama Ida Rahayu di Layout Department

Mail bersama Yuki pula di
Rendering Department
Sedang bergembira di Music
Department bersama Faren

Tak puas dengan itu, abis Yukipun dikacau oleh Mail. Yuki, pelakon suara Mei Mei yang sedang sibuk didepartment Rendering ini kadang kala sempat juga melayan dan bergurau dengan Mail. Ditambah pula memang bermacam-macam alat permainan yang sedia ada di studio seperti pistol Nerf Gun dan permainan lain menjadi sumber inspirasi kepada Mail. Dari Rendering, Mail cuba pula mencari ilham dengan bermain muzik dengan Faren di Music Department. Entah, lagu apa yang mereka main agaknya kerana nampak begitu menyeronokkan.

Namun begitu tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Mail. Yelah, Mailkan ni artis. Jadi sekali sekala ke studio memberi peluang kepada mereka untuk bergambar bersama-sama. Tak kira siapapun yang bergambar dengannya, pasti Mail dengan sporting memberikan senyuman terbaik.

Mail bersama Abang dan Kakak
dari
Department Rendering
Mail di Studio Rakaman
Bersama Zaki yang bertugas
menjaga
rakaman suara

Sudah penat bermain, akhirnya Mail menyinggah pula ke studio rakaman suara untuk melihat sekiranya ada dialog untuk direkodnya. Pada kebiasaanya, Zakilah yang menjaga dan menguruskan proses rakaman suara ni. Mail ni pada kebiasaanya boleh dikatakan cepat menghabiskan dialog yang diberi kerana dia sudah biasa dengan watak Mail yang dibawa. Kalau sesi rakaman habis awal, dapatlah dia mengacau Zaki pula. Tapi, pada hari tersebut Mail bernasib malang kerana rupanya Kak Ros pula yang akan menjalankan sesi rakaman. Habislah, Mail kena marah dengan Kak Ros sebab menganggu sesi rakamannya. Garang betul Kak Ros ni.

Garangnya Kak Ros!


Monday, July 19, 2010

Pertunangan Faiz & Salina

Dua tiga bunga ditaman, Dipilih-pilih berkenan dihati,
Berkenan dengan si cantik rupawan, Moga-moga sehidup semati.

Begitulah beberapa rangkap pantun yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan perasaan pasangan ini selepas selesai ditunangkan di dalam satu majlis pertunangan yang cukup bermakna. Sama cantik sama lawa, pasangan yang dimaksudkan ialah Faiz dan Salina. Mereka berdua yang merupakan krew produksi Upin & Ipin memilih untuk melanjutkan perhubungan mereka ke peringkat yang seterusnya. Mudah-mudahan masjid yang bakal didirikan mereka berkekalan dan segala persiapannya dipermudahkan. Majlis pertunangan ini telah dilangsungkan bulan lepas di rumah keluarga Salina yang telah di Kota Damansara.

Tanda "Assalamualaikum" penyeri
pintu rumah majlis


Wakil pasangan lelaki ketika
sesi perbincangan

Faiz merupakan Pengarah Seni Les' Copaque Production dan merupakan antara tulang belakang produksi dan telah bersama-sama Les' Copaque sejak dari awal pembikinan filem Geng. Manakala Salina pula, merupakan seorang juru-animasi dan telah bersama-sama menghasilkan siri animasi Upin & Ipin sejak setahun yang lalu. Hubungan mereka yang secara umumnya telah diketahui oleh semua rakan setugas direstui semua pihak. Sokongan oleh staff Les' Copaque sendiri terhadap majlis ini bermula seawal pagi untuk persiapan rombongan dan hantaran baik untuk kedua-dua belah pihak. Ramai juga staff Les' Copaque yang sama-sama memberi sokongan pada majlis tersebut.


Faiz ketika mendengar perbincangan
Salina menarik nafas lega
baik selepas majlis selesai


Rombongan pasangan lelaki yang berasal dari Batu Pahat ini bersama-sama bertukar hantaran sebaik sahaja perbincangan mengenai tarikh persandingan mereka selesai. Majlis yang diadakan serba sederhana ini berjalan sangat lancar dan teratur. Wajah keceriaan jelas terpapar pada wajah pasangan ini. Apabila selesai saja majlis, masing-masing sudah tidak sabar bergambar dengan bakal pengantin ini.

Salina bergambar bersama kawan karib

Bersama beberapa orang kawan
dari Les' Copaque

Bergambar bersama keluarga baru
Salina & Faiz bakal pengantin 2011

Tahniah diucapkan kepada Faiz & Salina dan kami dari Les' Copaque sudah tidak sabar ingin makan nasi minyak. Semoga persiapan majlis nanti berjalan dengan lancar dan kami sebagai rakan-rakan akan sentiasa memberi sokongan.