THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label notes. Show all posts
Showing posts with label notes. Show all posts

Thursday 22 August 2013

SELINGAN.....Shaun The Sheep - The Big Chase

Assalamualaikum 
sahabat semua.maaf teramat sangat...terlalu sibuk untuk mengupdated blog kesayangan ku ini di tambah keadaan kesihatan yang kurang memuaskan...so hari ni jom layan my feberat show wants me tension with work load...

Enjoy ya..hik hik hik...love all..:o)



Wednesday 14 August 2013

ALFATIHAH....


Alfatihah buat anakanda tersayang Muhammad Azuan Harris Bin Mohd Alias ..semoga tenang di Syurga Firdaus..mama kirimkan  Yassin dan Alfatihah buat anakanda tersayang..nyawa mama..mama sayang Along selamanya...

MUHAMMAD AZUAN HARRIS BIN MOHD ALIAS
28hb Disember 1991 - 14 Ogos 2007.

ALFATIHAH

Thursday 11 July 2013

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan buat semua rakan -rakan blogger ..pengunjungpengunjung hanimmdzain....semoga ramadhan kali ini sama sama lah kita mempertingkatkan amal ibadat..dan jangan lupa rajin rajin lah mencipta resepi resepi baru buat hidangan sekeluarga..

Wednesday 23 January 2013

KHASIAT MADU


KHASIAT MADU
BAHTERA YUBALAM
PELUANG PERNIAGAAN
PRODUK KAMI
APA ITU MADU
KHASIAT MADU
FAKTA MENARIK TENTANG MADU
HUBUNGI KAMI
LOKASI KAMI


Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri








KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI


A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.







CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Sunday 6 January 2013

5th January 2013 my 23rd Anniversary


5hb January 2013 dah 23tahun usia perkahwinan ini...ditambah dengan 10 tahun sebagai rakan sekampung..genap 33 tahun bersama....doakan semoga sehidup semati....sayang kamu sangat sangat...
Terimakasih utk segalanya......


Tuesday 1 January 2013

SELAMAT TINGGAL 2012..SELAMAT DATANG 2013


Happy new year everbody.....moga 2013 menjanjikan kebahagian dan diberi kesihatan yang baik seisi keluarga.

Anak anak dah mula bersekolah ...hari nie...Alyssa bangun awal katanya rindu kat kawan kawan...
Aiman pun ke sekolah awal nak booking meja depan...seronok kan bila ingat zaman persekolahan..

Hari ni nak kongsi percutian kami sekeluarga...because last minute cancel ke Singapore...nie tempat ganti utk anak anak.






Alyssa enjoy swimming




2 day at KL..enjoy la juga jln jln....ni baru Part 1..tunggu ada lagi cite tau.....Jalan Jalan Cari Pasal..he he he...tungguuuuuuuuuuuuuuuu...




Friday 28 September 2012

Top 10 Benefits of Carrot Juice


Safety and Health Tips – Top 10 Benefits of Carrot Juice






1.     Carrot juice contains less calories and is very beneficial for weight loss.
2.     The functioning and health of liver and digestive tract improves by the intake of carrot juice.
3.       Carrot juice contains Vitamin E which helps in preventing cancer.
4.     Aches and pains associated with aging lessen with the intake of carrot juice.
5.     A present of vitamins in carrot juice improves eye-sight and helps in bone disorders, osteoporosis etc.
6.      It contains potassium which helps against cholesterol.
7.     Carrot juice is extremely beneficial for the liver as it reduces fat and bile in the liver.
8.     The juice revitalizes and tones the skin.
9.     Carrot juice is very rich in beta-carotene which is an antioxidant and it prevents cell degeneration. The aging process is also slowed down.
10.   Carrots contain beta-carotene which is converted into Vitamin A by our body. This natural vitamin A is very good for our body.

Maybe you already knew of the health benefits of including carrots as part of your regular diet and are already regularly including carrots in your own diet and receiving all the beneficial healthy properties which they give you, maybe this lens has taught you about the health benefits of regularly eating carrots or drinking carrot juice and now that you are aware of the huge healthy properties which they contain will now be adding them as part of your regular diet so that you will reap the health benefits in the future.

Saturday 1 September 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN


Assalamualaikum...apa khabar semua rakan rakan..sepuluh jari di susun kerana dah lama benar tak mengupdated blog kesayangan ni..aduhhh..internet problem..dah try banyak kali asyik tak boleh masuk aja..mencabar keimanan betoi..bila boleh masuk pulak nak masuk gambar berjam jam..tunggu satu gambar upload makan masa 1 jam..oii  silap silap lap top terbang dok atas bumbong ni..

Sabaq sabaq mak ngah...at last siap juga mengupdated gambar bermula jam 10mlm till 5.15 pagi,,ha...punyak lah lama macam duduk zaman batu...

Semangat berkongsi kegembiraan menyambut kemerdekaan negara tersayang Malaysia ni yg terhasil rencana di bawah..jom kita tengok kemeriahan menyambutnya di Alor Setar Kedah.

Lets the photo tell the story....enjoy ya.....





thanks to them..

all the goverment bodies..teams

northern bikers


proud of u..
my hubby pun turut serta dalam acara pembarisan utk all the motor motor besar..harga motor jangan tanya....ngeri....






posmen lama dan medical teams




My sweet heart

Wednesday 22 August 2012

MERIAHNYA RAYA 2012


Assalamualaikum selamat bertemu kembali ya..hari ni dah raya ke 4..masih meriah lagi dengan rumah terbuka di sana sini..perut ya ampun dah kembali seperti biasa atau lebih luar biasa selepas berehat selama sebulan kini bila raya terpaksa berkerja overtime dek kerana makanan yg masuk luar biasa quatitinya..he he he..

Tak terlambat untuk saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir dan batin.Terimakasih juga buat pengunjung pengunjung hanimmdzain@blogspot..
macammana raya tahun nie..

Jom kita layan photo photo sepanjang 1syawal ...

 ALYSSA
 AIMAN
 BERSAMA ADIK ADIK

 ABANG SEKELUARGA
 SAUDARA MARA SEBELAH HUBBY
 ANAK ANAK SAUDARA
 MY MUM
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Tuesday 14 August 2012

ALFATIHAH





Anakanda tersayang 

MUHAMMAD AZUAN HARRIS BIN MOHD ALIAS
28hb Disember 1991 ~ 14hb August 2007


Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN 2012



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang barakah ini..doa dipanjatkan semoga kita di beri kesihatan yang baik untuk menempuh Ramadhan kali ini.  Alhamdulilah sekali lagi di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di tahun ini..

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa untuk pembaca pembaca hanimmdzain@blogspot...rajin rajin mengerjakan tarawih ya...

Jumpa lagi dengan hidangan istimewa untuk juadah berbuka esok..:)

Sunday 17 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.


1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyangdua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
OH! Islam: Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...