Showing posts with label Rahsia Kulit Wajah. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Kulit Wajah. Show all posts

Monday, February 04, 2013

Update : lagi Pasal Vitamin C 1000mg Plus

Salam Monday Blues everyone... malas kan nak keje ari ni.. me yang duk umah ni lagi laaa...
dah 1230 tapi masih duk depan pc tak begerak dari tadi.. masak pun belum..
kejap lagi anak dara balik.. huhuhuhu.. nasib la takde bos nak kerah².. kalo tak lagi tensen kan.. heheheheh

Ok ni me nak update sikit pasal kesan vitamin c yang me amik dalam entry ini

Vitamin C 1000mg Plus & Vitamin E



Kesan ketara pengambilan vitamin C 1000 mg Plus. Cara senyum dan pose yang sama tuk buktikan kulit menolak ketika senyum.. eyebag ternyata kurang dan kesan hitam lingkaran mata jugak kurang. belum pun abes 30 biji lg.. nak order boleh wasap lina 0172579483


Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Wednesday, January 23, 2013

Vitamin C 1000mg Plus & Vitamin E

Salam beauties.. hepi WW.. hahaha tp entry ni bukan pasal WW.. ni pasal review product yang me makan. Ingat tak dlm entry lepas me ada cakap yang me consume vitamin C?

So ni ceritanya. Me taking Vitamin C 1000mg Organic Plus - Grape Seed Extract.

Vitamin C 1000mg plus..extra etract grape seed,extra extract rose hips fruit n zinc..kandungan bahan n kesan 2x lebih cepat dan lebih baik utk kesihatan dan kecantikan kulit

Vitamin C dalam pasaran sekarang ada banyak version. Kalo yang biasa dengar 500, 1000, 2000 ada yang sampai cecah 6000 mg pun ade sebiji. Harga pulak berbeza megikut miligramnya dan ada pulak yang organic dan plus. Organic ni takde campuran.. pure vitamin c dari satu bahan.. samada ada dari serat epal, oren, grape dan pelbagai lagi.. yang plus pulak ada tambahan bahan lain selain yg pure C nya..  macam tambahan GLUTATHIONE, GRAPE SEED EXTRACT, COLLAGEN dan pelbagai lagi..

Sebelum ni  me ada amik yang 500mg organic. tapi tak bleh teruskan sbb ia menambahkan selera makan secara mendadak.. so agak kerisauan di situ me stop. hahahah ye la takut la naik balik badan.. penat² dah diet..

So sekarang me tukar ke pada VITAMIN C 1000mg Plus: GRAPE SEED EXTRACT. kerana ia ada extract biji anggur yang boleh bantu tolong cerahkan parut² serta masalah sekitar mata me. Me ada masalah eyebag dan lingakaran hitam keliling mata.. so bile mencuba vitamin ni itu harapan yg paling besar me harapkan.. hahaha.. sbb bile guna skin care secara luaran tak mampu nak baik pulih sel secara menyeluruh. kene guna something dr inner jgk. so alhamdulillah .. ia berkesan!!! di tambah me ambil Vitamin E extract grape seed jgk.. so its double!.  


Vitamin E Grape Seed


Ekceli vitamin E lebih pada pembaikan sel dan tisu kulit yang rosak. so bile amik vitamin E ia adalah 20x lebih baik dr vitamin C. Vitamin C pulak akan bertindak sangat effective bile di ambil bersama vitamin E. Ini kerana vitamin E akan membuatkan vitamin C tadi di gunakan secara menyeluruh oleh sistem badan kerana vitamin C adalah vitamin paling  cepat larut dalam cecair. Dengan Vitamin E tadi akan membuatkan vitamin C akan di serap sedikit demi sedikit dan akan tidak membazir oleh badan bila ia terlarut dan dibuang oleh pencernaan perut begitu sahaja... 



Gambar Kiri baru 2 hari makan dan gambar kanan selepas seminggu makan

Harap beautiess semua faham ye.. so bagi yang beminat nak consume dan dapatkan khidmat consultancy boleh wasap me ya.. 0172579483   
   
Lots Of Loves Kisses!
Hazlina Shahrel @ Queen Of Widelia

Thursday, August 25, 2011

BB Cream vs Basic Skin Care

Hai.. lama tak update.. huhuhu bulan puasa ni tetibe rase 'mabuk' datang balik. hehehee.. (alasan culas pose_ hikssss)..

Ada kawan-kawan tanya.. apa beza BB cream dgn skin care yang biasa mereka guna.. hurmm soklan tricks ni.. hehehehe..

Ok lah cam ni.. ikut pengalaman dan pengetahuan daku.. skin care adalah produk penjagaan WAJIB tuk memastikan kulit muka sentiasa sihat.. kenapa perlu pakai skin care??
  • First sekali.. tuk perlindungan dari cepat nampak tua!.. 
  • 2ndly of course protection dr chemical persekitaran dan juga makeup yg u ollsss pakai every day!
  • And 3rdly tuk memastikan ia mendapat zat yg cukup dan menghindarkan dari terjadinya masalah kulit.. 

Golden Horse Cosmetics

Daku plak hanya guna range ni je sejak 8 thn lalu.. dan masih lagi menggunakannya.. tak pernah rase nak tukar yg lain.. sbb produk ini amatttttt sesuai tuk sensitif skin macam daku.. malah semua parut yg singgah kat kulit muke pun cepat je hilang. terutamanya produk ini.


Ok skang.. pasal BB cream plak.. kalo ikut semua BB cream punya fungsi yang sama.. most of it dah merangkumi 5 dan keatas fungsi. dialah pelembap, dialah concealer, dialah foundation, dialah penghalang kilatan dan macam-macam lagilah.. lagi byk fungsi lagi mahal la regenya.. ye tak?? hehehhe


BB cream yang daku gunakan selepas apply skin care dan sebelum apply any produk of makeup.

So kat sini boleh di katakan.. kalo dah guna BB cream tak perlu guna skin care.
Opsss tapi pada daku tidak! skin care tetap skin care..
kenapa eh..
Macam ni.. ada sesetengah skin care punyai set² tertentu. Pulak tu ikut jenis dan masalah kulit.. Cleanser, toner, cream, scrub dan masker. so set ini yg membantu merawat kulit wajah waktu malam ketika kita tidur dan waktu siang sebagai pertahanan kulit.. BB cream plak adalah membantu kepada penghasilan makeup yg lebih licin, cantik dan sempurna.


Jadi ladiess.. pakai la skin care tak kira la apa makeup sekalipun yg uoll guna sbb bile takde 'makanan' tuk kulit nnt dia akan 'mati'.. jadikan BB cream sebagai alas makeup dan 'perisai' ke atas kulit dr terus menyerap chemical makeup yg tak di perlukan...

Ok girls.. jgn amek risiko yer,, kalo nak kelihatan cantik pastikan base / dasarnya dr sesuatu yg berkualiti. 

Wednesday, April 13, 2011

Parut .. Jeragat .. Kulit tak sekata..?

Hai ladies... kali ni nak review satu produk tuk hilangkan 'kecacatan' muke uollss yg ada masalah jeragat/pigmentasi.. parut jerawat atau kulit tak sekata..

Actually daku dah guna produk ni almost 9 years. Since lepas tamat SPM.. bile dah start bekerja baru ada duit sket nak try something new.. alhamdulillah mmg yg tebaik yg pernah di cuba..

Dalam dok guna-guna tu ada jgk le gatai-gatai pi try barangan lain tp still problem jgk.. then berbalik la guna produk ni.. so mmg tak penah pikir nak tukar lagi dah .. dan yang paling best langsung tak mengelupas kan kulit. kecerahan wajah berlaku secara semula jadi.. dan tak menyakitkan ...


Ni la produk nya.. Pearl Paste Cream.


Dan ini muke ku .. gambar ni tahun 2009. waktu ni HK baru umo 6 bulan..
Sorry la wajah sebelum tak de sebab dulu tak secanggih now nak click2 camera semudah ini kan.. tp ni la wajah ku with minima makeup.. cream ini dan bedak compact je...


dan ini lengkap bermekap..

Nak dapatkan nya..? boleh rujuk sini Widelia Store untuk pilihan.

Tapi bagi yg punya duit byk boleh la ke klinik2 kecantikan tuk dptkan laser dan sebagainya...

Wednesday, August 25, 2010

Tomato And Me!

Sebut je pasal tomato.. aku dah terliur.. haa nape? Ni nak cite ni.. Tomato ni ada 1001 kebaikan oo..



Aku mula minat makan tomato sejak umur aku 7 tahun. Mase tu stail makan tomato ku cicah garam.. sbbnya ku tak suke isi dalam tomato tu.. nak buang sayang plak.. sbb dr pengamatan dan pembacaan aku isi tu la yg berkhasiat pun.. memandangkan dia lembik dan berair macam tu maka nak telan nya amat payah siket.. so cara terbaik taruk le garam bagi masin² siket...


Terliur tak? Uhh sedapnya...

Bile menginjak dewasa.. ku dah makin boleh terima kesan perasaan makan buah tomato.. berserta isi nya sekali.. tu pun lepas termakan tomato ceri dalam salad sayur-sayuran kat KFC.. lepas rase sekali .. uhh sedap!. macam makan ceri time kecik² dulu.. alaaa pokok ceri yang berlambak tanam tepi² umah masa duk rumah panjang dulu..skang ni payah kot nak jumpe..

Sejak dari itu rutin makan tomato terus jadi hobi.. suka pulak dgn rasanya.. sedap la.. tak tau pesal.. Namun .. disebalik itu.. nak tau rahsia tak..



Tomato ni, boleh buat kulit jadi licin.. mmg ku perasan sgt.. bile seminggu tu street ku makan tomato sehari sebiji.. kulit muka time tu rase licin oo.. dan macam ada seri siket.. walaupun tak de bedak kat muka.. sungguh!.. tak tipu.. jerawat yg nak kuar pun jadi segan.. ye laa.. kulit dah licin maka dia dok la diam² tak yah kuar.. Segala white head n black head pun takde.. mmg licin.. kat idung, pipi dan dagu.. haa tu kan mmg port bakteria suke lepak..

Alhamdulillah.. bile piyed pun jerawat nasi je yang tumbuh.. tp lepas 2 ari takde dah kesannya.. dan smpi skang ku masih makan tomato.. dan smpi skang jgk.. masih lom ade kesan jerawat yg degil duk atas kulit muke ni..

Dan yang paling syok.. HK pun pantang tgk ku menguyah tomato ceri, dia pun nak join sama.. hehehe.. like mother like doter la kan.. ngeee.. (sapa yg kenal HK, mesti org tu tau HK seorang vegiterian.. huhuhuhu)

Nak check content dan khasiat dalam tomato?? meh sini ku senaraikn.. hasil dari googlelan ku..

1. Warna merah itu ialah disebabkan likopena, ia adalah sebatian semulajadi yang dapat membantu kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.

2. Antioksidan, nama lain Anti-ageing

3. Mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol
jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.

4. Tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi .

Kesan tomato pada kulit:
  • Anti-penuaan, kulit menjadi lebih muda
  • Kekedutan pada kulit dikurangkan
  • Membuangkan sel-sel kulit yang mati, digantikan dengan sel-sel yang baru
  • (ni la wajah baru nmpk cerah berseri)
  • Melindungi kulit anda dari sinaran UV, dan menjadikan nya lebih lembut
Lagi? .. google la sndr.. byk sgt kalo nak senaraikan.. hehehe..

Saturday, July 17, 2010

Nak Kulit Cantik.. Jom Baca


ermm.. korang mesti suka kan bab-bab nak cantik nih.. tipu la kalo tak tedetik lam hati korang as women teringin nak pakai lipstik.. tu ada yg tak normal la tu.. hehehe..
Kalo nak mekap tu nmpk cantik dan smooth je.. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Nak dapatkan kulit idaman, teknik penjagaan wajah yang asas korang kene la tau..

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.
2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar

a. Persediaan Kulit Wajah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah
Ingat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelumnya menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain Warna
Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

f. Awas minyak!
Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.

3) Buat Si Kulit Kering

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

Sumber : Gua.com.my



Ha.. tu serba sedikit tentang petua tuk kulit muka kelihatan segar selalu.. Tak di nafikan .. kadang² sifat malas dtg melanda kan.. aku pun sama je.. hehehe.. tp walau malas mcm mana pun paling tidak sebelum tdo muke kene pastikan bersih dr sebarang solekan.. mesti cuci muka dgn facial wash/foam seblm tdo.. kalo tidak tu yg jd pori tersumbat la pori membesar la.. whitehead ..blackhead. ... jerawat .. macam²..

Kulit ni pada waktu malam bile kita tdo .. mase tu la dia akan jadi aktif.. kelenjar² dan sel² dlm kulit akan mule berkeja.. jadi kalo korang tdo dgn muke serabut mekap.. tak cuci bersih².. haa akhirnya jadila 'tua seblom usia'..

Sebgai org pompuan .. bile tang jaga muke dan penampilan ni jgn malas.. nak nak pulak kalo dah bersuami.. haihh.. lagi kene ambik berat.. maklumla perempuan cantik dimana-mana skang nih.. laman so..sial kan belambak².. ade plak terpaut hati.. seksi la.. bersih la.. gebu la.. huhuhu bahaya tau..

Ok ok.. kadang-kadang.. tulis or cakap lebih senang dr nak melakukan nya.. aku pun kadang macam tu jgk.. tapi kene la cepat2 sedar seblum terlewat.. ye tak..

Paling tidak bile kuar umah tu pakai la bedak. calit la lipstik tu sket.. baru la ade seri bile tersenyum.. takan lisptik sebatang pun kedekut.. senyum tuk suami kan.. harus la dpt keberkatan yang maha besar..

so .. apa lagi..g la cari ilmu siket tentang penjagaan kesihatan muke korang ye..

jumpe lagi..