Halaman

Catatan Terkini...

iaryylr kini sedang mencari majalah, buku, komik, lencana besi, pin lama dan sebagainya untuk dibuat koleksi, juga sesuatu barang yang sealiran dengan kandungan blog ini seperti barangan souvenir, botol, gelas dan lain-lain, Segala cadangan, peluang, maklumat, sumbangan, tawaran amatlah dihargai. Buat waktu ini iaryylr boleh dihubungi melalui iaryylrcollection@gmail.com atau PM di FB.
"
kita kongsi-kongsi informasi hobi,
berpeluang bersama realisasi koleksi
"
Mencari 100 tahun Nestle di sisimu....
Хоби - собирање антиквитети

".........biar hobi berbicara..."
:)

Syoknya tengok Antique Roadshow di TV,

Undian Anda Amat Di Hargai!

Memaparkan catatan dengan label dulang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dulang. Papar semua catatan

Dulang Kit Kat

Dulang Kit Kat September 2013
Kali ini, pasti ramai peminat dan kolektor yang telah
memiliki dulang tin Kit Kat yang begitu menarik.
Hendak  diguna dulang Kit Kat atau hendak disimpan?
terpulanglah pada pemiliknya, mana tahu ada peminat tegar
atau kaki coklat hendak menjadikan dulang Kit Kat
sebagai hadiah atau sebagai dulang hantaran?.

ADROID KIT KAT

Dulang KIT KAT

Nak mengumpul apa ya? mencari idea hobi ideal?
Hobi yang menguntungkan tidak semestinya
mengambil masa yang lama. Anda boleh dapatkan
serta-merta seperti mengumpul souvenir Kit-Kat.
Menguntungkan tidak semestinya di nilai dengan
pulangan wang ringgit, tetapi nilai semasa dan
sebagainya jika apa yang di tawarkan di luar kebiasaan.
Mengapa Kit-Kat? apa sahaja pun boleh sebenarnya
asal ada minat, cuma dengan produk Kit-Kat, dapat
di perhatikan sering menawarkan cenderamata.
Pada tahun ini sahaja, terdapat lebih dari 9 souvenir
dengan pembelian produk Kit Kat terpilih seperti 3
corak mug Kit Kat, earphone Kit Kat, beg Kit Kat,
4 corak bekas Kit Kat Raya, sampul duit Raya Kit Kat,
dan yang terkini pula dulang Kit Kat. Itu tidak termasuk
pek bungkusan yang sering bertukar dan pengiklanan
yang boleh di kumpulkan. Terdapat juga souvenir
tambahan seperti fridge magnet dan mungkin
apa sahaja sewaktu promosi di jalankan.

Mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja nanti,
jumlah souvenir Kit Kat anda dalam koleksi
adalah di luar jangkaan, siapa tahu?

Untuk melihat dulang ini dengan lebih jelas dan
juga koleksi Kit Kat yang lain,
jom kita berkunjung ke blog .... Bro Spallan



Koleksi Kit Kat Malaysia

Dulang Minyak Cap Kapak

Dulang Minyak Cap Kapak Dan Minyak Bunga Merah
dengan gambar Taj Mahal yang indah... .
- Tin Tray -

Dulang Minyak Cap Kapak

TIN TRAY KALENDAR MINYAK ANGIN CAP KAPAK
THE AXE BRAND UNIVERSAL OIL
Metal Tin Calendar
Dulang Minyak Cap Kapak
Dulang kalendar ini iaryylr dapat dari sebuah kedai lama.
Walau kedai ini telah di korek kolektor dan pelari, namun
masih ada yang tertinggal atau barang yang tidak menjadi
pilihan. Perasaan beli barang dari penjual, kedai terpakai,
kedai antik adalah tidak sama dengan mencari dan membeli
dari pemilik kedai yang kadangkala meragui kunjungan
dan permintaan orang yang tidak dikenali, Sabar sajalah bila
 pemilik kedai menjadi seorang wartawan atau Inspektor
Sahab. Kerja lebih mudah bila terdapat pemilik kedai yang
sememangnya mengumpul barang-barang souvenir atau
lama untuk dijual di sudut kedai.

- CAP KAPAK -

Dulang Kalendar Minyak Cap Kapak

Minyak Cap Kapak
Dulang Kalendar Minyak Cap Kapak

Dulang Enamel Buat Kenduri

Kenangan Makan Nasi Ambeng
Rasa nak cari Nasi Ambeng buat juadah berbuka....

Dulang Kalendar Minyak Cap Kapak

Dulang Kalendar yang terakhir ke ini?
Minyak Kapak dan Minyak Bunga Merah
Dapat percuma dari kedai lama.

Dulang Nescafe 1 Sip 1 Smile

Dulang Nescafe
Gantung saja atas pintu bilik.

TIN TRAY KALENDAR MINYAK CAP KAPAK

TIN TRAY KALENDAR MINYAK ANGIN CAP KAPAK
Kalendar Dulang ini saya dapat pada bulan 12 tahun 2010.
Banyak yang terlepas kerana menurut nyoya kedai ianya
banyak sudah ditimbang dikedai besi buruk.... hu hu hu!.

DULANG TEMBAGA 'RING BRAND'

Dulang Tembaga 'Rings Brand'
Dulang ini 'made in Hong Kong'. Berada dalam simpanan lebih
15 tahun. Dulang ini boleh dijadikan hiasan atau apa saja.
Saya kurang menjaganya sebab itu kondisinya kurang baik.
Dulang ini ada beberapa jenis, tetapi tidak tahu kemana perginya.
Ayah dapat dari pemberian majikan, tidak tahulah majikannya
sudah simpan berapa lama... .

Hobbies and Collectibles

Komen Dan Pandangan Terkini

Recent Comments Widget
Hobi dan Koleksi diseluruh dunia....
பொழுதுபோக்கு டான் தொகுக்க - Hobby & coleção
Hobby e da collezione - Хобби и коллекционные
งานอดิเรกและของสะสม - 취미 및 소장 - Hobby & Sammlerstück
hobbies et collectiones - χόμπι και συλλογές
收藏嗜好 - 收藏嗜好 - हॉबी संग्रह - هواية والتحصي
Sở thích & Bộ sưu tập - Hobi & Koleksiyon - هابی و مجموعه
Hobby & Koleksi -хоби и колекција
loisirs et collections - Hobbys und Sammlungen
hobby's en verzamelingen - Hobby's en Verzamelobjecten
Hobbies and Collectibles

DRAMATIVITI
Hobbies and Collectibles
Semua foto di dalam entri blog https://hobby-collection.blogspot.com adalah hak milik iaryylr iaryylr @ https://hobby-collection.blogspot.com, kecuali yang dinyatakan sumbernya.