Showing posts with label makan time. Show all posts
Showing posts with label makan time. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Lunch @Sushi Kings



Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua,
seperti sedia maklum, entry peram seterusnya :p 

lunch dengan rakan sekantor di sushi kings, southgate. disebabkan saya memang teringin nak makan sushi berteman, jadinya heret dema semua temankan saya makan. walhal, masuk kali ni, 3 minggu berturut-turut makan. well, what to do, sebelum ni takde sapa pun dalam keluarga saya sudi menemankan makan kat sini, asyik kena tapau je makan sorang. mana best kan..... dengan kekejaman yang ada, berjaya juga paksa ofismate dine in kat sini.

Memandangkan pukul 3 ada christmas gathering dekat HQ,  terus kitaorang plan late lunch.




lupa sudah
miso soup ke kitsune soba/udon 


Ebi Ten Don untuk budak comel :p

irodori gozen.
berbaloi kalau ambil set ni. 

sakana black pepper


saya makan yang ni je, huhuhuh... rasanya boleh percaya idok? 

kani tama maki 
dulu kala, ni la sushi yang kawan saya rekomenkan untuk tekak saya yang tak boleh terima sushi. 1st time cuba terus boleh accept walaupun ada sedikit kembang tekak masa tu... dah lama-lama, mengidam la plak. simple je but kena dengan selera anak tekak ni.


takde maknanya, saya nak makan tu je. order piri piri chicken juga. lepas tu perut sendat sebab terlebih makan. yang tak best kat outlet southgate ni, pilihan ready made sushi tak banyak sangat, kalau nak apa-apa kena order dulu. 

piri piri chicken


mereka yang sudi menemankan saya... 




lepas kenyang, moh la naik lepak kat ofis HQ. borak-borak ngan member dari project lain, yang lama sungguh tak berjumpa since masing-masing dah duduk project based. 

mula-mula masuk ofis ni seronok sebab semua project 1 opis, since last year dah berpecah-pecah ikut project based memasing. masa time gathering macam ni je boleh berborak tanya khabar. Bukan tak boleh nak hang out, tapi kesibukan membataskan untuk lepak sesama. tak suka environment macam ni. huhuhu...

Wednesday, February 13, 2013

Kafe Ipoh Station, Antique Cafe


Assalamualaikum semua....

sihat? tengah apa tu?  ke masih berehat-rehat sempena CNY ni. 

area ofis ni pun sunyi sepi je. macam kat dalam ofis ni juga, ramai yang cuti, berapa ketul je yang datang.

ok la, sambung entry basi lagi. boleh la kan, dari takde. Memang banyak draft entry yang tak publish. Banyak perkara lain yang perlu diutamakan. 

cerita depavali dan awal muharram yang lepas. bersantap kami di sini... Kafe Ipoh Station, Bukit Puchong. Kami datang sarapan dekat sini, jadinya pilihan menunya sangat limited. 

Suasana dalam kafe ni 4 bintang boleh dibagi tapi bab makan, 2 bintang je. Maklum la, tak kena dengan selesa. Ni tekak saya tau, tekak orang lain maybe sedap. orang cakap cukup la sekali mencuba. xoxo





saya nasi lemak sotong, member pula.. nasi lemak kerang dengan kopi O...


Friday, January 25, 2013

Bagang Lalang ~ Restoran Bagang Lalang Seaview


nak meroya kejap boleh? huhuhu... serius saya penat gila sekarang ni. mean setiap tahun pun memang macam ni la kalau masuk bulan satu until april. bulan yang mencabar tahap kesabaran gitu. nak nangis memang tak lalu dah. last 2 day, 12 ++ pagi baru saya balik. esok paginya subuh subuh lagi bos dah tanya update. dok pung pang pung pang ngan bos, almost lapan pagi baru selesai. lepas tu rushing gi client site, wat rescue ranger jup. takde makna sekejap weh, sampai ke petang la kat sana...

ok, back to the topik....

ni bulan lepas punya cerita. kawan dok belanja makan coz dia dapat bonus. so sebagai kawan yang baik hati, tak gitu cik aima???? dia pun belanja la kami makan. mula mula ingat nak gi Jeram but last minute tukar plan ke Bagang Lalang.

Pukul 6 lebih baru gerak dari puchong, sampai je ngam ngam masuk maghrib. solat la kita dulu sebelum makan. If sesiapa yang nak singgah sini, dun worried sebab dorang ada sediakan surau untuk kemudahan pengunjung yang datang. 1st time datang makan dekat sini. dalam fikiran dok fikir, sodap ke tidak makanan kedai ni... sekali, alhamdulillah sedap. sebab pada saya, kalau sotong goreng tepung dia sedap, yang lain memang tak berapa heran sangat. cuba makan udang ni, but not bad. fresh rasanya.

Cuma yang tak best dekat sini, servicenya ya ampun lambat gile. kalau bawak anak kecik tu, baik la tempah sesiap, bagi tau ape korang nak makan semua. tak payah la smpai sana baru nak order segala. confirm menyesal sebab super lambat. tapi tak tau la, kalau hari hari lain servicenya cepat. masa kami gi hari tu memang lambat betul.

dan satu lagi, kalau nak apa apa , terus order kat kaunter. Sebelah kaunter tu depa letak la segala udang, ikan, sotong bla bla bla semua. Kami ada tambah order, sampai ke sudah tak sampai makanan yang kami order kemudian tu. Nasib la kat situ ada jual makanan sampingan macam satay dan otak otak. sementara tunggu makanan sampai, pekena dulu otak otak. masa tu stress kot sebab dah kelaparan tahap gaban, makanan nya tak sampai sampai... tengok meja lain, order naik lemak pun kemain lama makanan tu sampai, sudahnya depa cancel je order. kesian plak tengok sebab bawa budak kan..

antara makanan yang dah selamat masuk perut hari tu;



asalnya kami nak order kerang bakar, tapi takdo plak. yang ada kerang rebus je, nasib baik sedap. wink wink

ketam goreng bercili, boleh tahan juga rasanya...

ni pun sedap, udang masam manis tak salah. curi curi makan satu, maklum la... saya ni allergic dengan seafood. nasib baik tak gatal lidah saya makan udang ni. rasa fresh...

Ikan jenahak 3 rasa... pun boleh tahan rasanya..

last one, sotong goreng tepung yang super sedap bagi tekak saya. Setakat ni, dekat tempat ni yang paling sedap yang pernah saya makan. mula mula sampai, saya ragu ragu tahap kesedapannya. bila dah rasa, rasa nak tambah lagi je.... fresh, lembut... pokoknya memang sedap bila masuk tekak. 

Tuesday, January 22, 2013

Mr. Steak House


singgah makan dekat sini lepas habis sesi habiskan duit dan cuci mata dekat JJ, Taman Equin. Kebetulan JJ card, adik pun ajak gi sini. dan kebetulannya petang tu saya dapat coupon JJ sebab menang main game kat opis. dapat juga la beli comfort shoes kat larrie.
   
opsss... sapa yang rasa nak mencuba, kedai ni dekat belakang Giant Seri Kembangan, ada deretan kedai kat situ. pandai pandai la cari. tau kedai ni pun lepas baca blog fillanie, jadinya mai la terjah kalau sapa suka western food.

not bad la rasa dia dan yang penting harga nya tak cekek darah. murah juga kalau nak dibandingkang dengan kedai lain.



antara menunya... kalau tak nampak pandai pandai la telek sampai nampak. 


adik punya, mix grilled. tak salah ada ayam, beef  dan prawn


ni tuan tanah punya, chicken grilled ajo...


adik ipar pula order ni, nasi ape tah nam nya dengan ayam... not bad la rasa dia, tapi pedas ke hangat sikit dik rasa lada sulah ke lada hitam... tak berapa ingat la pula



sapa yang tinggal area sini boleh la terjah kedai ni. tak jamin la sedap hingga menjilat jari kan... sebab tekak lain lain mar. pada saya masakan kedai ni ok ok, boleh je singgah makan kat sini lagi.


coming soon dengan entry jjcm saya yang lain.. di bagang lalang, jeram dll... babai.. assalamualaikum.


Tuesday, January 8, 2013

Makan Time ~ Embok Village @PD


Malam tahun baru kami singgah makan dekat sini. 




ermmm... nak komen jujur skit boleh?

Service sangat lambat. cuma nasib baik meja kami makanan cepat sampai kalau nak dibandingkan dengan meja orang lain. tapi untuk bungkus sampai habis kami makan, siap tunggu 30-40 minit, langsung tak nampak bayang. rupanya dorang lupa nak hantar pesanan ke dapur. sistem ke main canggih buat apa kalau order kami tak sampai dapur pun. sabar je la.. minta tambah air pun lambat gile sampai. wah hal air mineral je pun.

Menu sangat limited. sup pun takde. makanan pun tak berapa sedap bagi tekak kami. terlebih pedas kot. nasib baik sotong goreng tepung dia boleh tahan.

Harga pun tak padan dengan service dan kesedapan makanan. Kalau service tiptop dan makanan sedap, tak ralat nak bayar mahal. tak gitu??? ini pendapatan saya lar.

Memang tak rasa nak repeat datang sini... selera orang lain-lain, kemungkinan pendapat orang lain, lain pula.. tak macam komen saya. 


ok lah, need to go. nak sambung buat kerja. bye.


Thursday, December 27, 2012

Makan Time ~ Birthday Lunch @Pizza Hut


Memandangkan pilihan tempat makan, birthday boy decide makan dekat Pizza Hut aje. Jadinya berpakat la kami ke Giant Kinrara.

Kali ni order pizza Cheesy 7 dan yang biasa. ambil topping pepperoni & beef, chicken chop, hawaiian chicken dan hawaiian  supreme.



yummy meh? entah la sebab tak rasa nak makan pizza pun hari tu. cuma teringin nak makan......

Cheese Baked Meatball & Smoked Deli Wings