Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Friday, September 30, 2011

Alat Jam 18 pcs (SOLD)

Dah lama tak posting apa-apa cerita. Jam baru pun tak ada nak cerita. Selongkar laci jumpa benda kat bawah ni. Boleh le lepas gian nak posting. Benda ni pun beza sikit dengan alat jam yang pernah aku jual. Boleh le buat cerita sebaris dua ayat.

 Ini pertama kali aku jumpa set alat jam yang ada teropong ni sekali. Boleh le nak baca ayat-ayat cinta pada movement jam.

 Semua sekali ada 18 peralatan. Yang hitam kat atas tu alat untuk buka spring bar pada lug.

Boleh rujuk posting terdahulu untuk maklumat tentang beberapa alat penting yang peminat/pengumpul jam perlu ada.




Monday, September 5, 2011

Polishing Cloths

Rujukan boleh dicari di google, kalau ada masa nanti saya cari linknya.

 Selepas guna, simpan semula dalam foil packet, boleh diguna berulangkali. Rujuk arahan penggunaan.

Arahan penggunaan mesti dibaca dengan betul, cuba dulu pada jam-jam yang tak berapa disayangi atau jam rosak. Jangan guna untuk bahagian jam dengan brushed finishing. Penggunaan adalah atas tanggungjawab sendiri.

Kandungannya terdiri daripada dua helai kain yang mengandungi bahan aktif untuk menggilap.

Tidak digalakkan untuk jam yang gold plated, baca arahan penggunaan.



Untuk menambahkan ilmu boleh baca disini....
http://www.paneristi.com/archives/reviewcomp/tide/index.html
http://blog.breitlingsource.com/2008/12/28/your-watch-polishing-arsenal-polished-finishes/
dan jangan lupa baca daripada saudara Asmar di http://duniajam.blogspot.com/.

Selamat mencuba, anda tidak akan rugi.
Sold : Kamal, Mahfuz, Misman,Razif

Wednesday, August 24, 2011

TALI ZULU 3 RING 22mm - JAMES BOND

 3 Ring - bentuk bujur, itulah zulu namanya, berbeza dengan nato.

 Saya dapatkan skema warna vintage bond, lihat posting sebelum ini. Warna hitam, merah dan hijau (olive green)

 Dijamin kemas ditangan, tangan yang kecil pun boleh pakai. 13 lubang...
 Bahagian belakang, lihat posting tali nato untuk bezakan bahagian belakang.
 Mudah cara pakai, senang cara guna.....

 Sangat mudah untuk memakainya...siapa yang ada banyak diver dengan lug 22mm, belilah satu atau dua, pelbagaikan tali jam anda.

Bahan; nylon bermutu tinggi, berbeza dengan tali nato hitam atau hijau seperti di side bar di sebelah.

 Dua variasi zulu 3 ring 22mm: hitam dan hitam/kelabu

 Yang ini lubangnya lebih daripada cukup untuk pergelangan  tangan kecil

Yang ini bukan untuk dijual, hanya nak iklan...
OUT OF STOCK
Ditawarkan dengan harga RM65. - Jika berminat SMS saya. 
2 Sold
ZULU 3 RING  22mm warna HITAM -  (Sold) Terima kasih kepada Bro dari Kajang.

SPRING BAR (SOLD OUT)

 Saiz 12 -28mm


Spring bar dan pin penyambung bracelet



Tak sama seperti set spring bar dalam posting yang lepas.

RM22 dengan pos biasa

 Sold : Shaffid,Kamal,Tazali, Qamarul Khair.

Saturday, August 20, 2011

TALI NATO HIJAU DAN HITAM 20MM & 22MM (RM32)



Aksesori wajib untuk pemilik jam-jam diver seiko, citizen, orient dsbnya dengan lug 20mm atau 22mm

 Citizen dengan tali nato hitam paling sesuai.

6309 boleh dipakai dengan mana-mana tali nato. Nampak lebih gagah berbanding dengan pakai bracelet.

 Dua warna yang mesti ada bagi peminat jam diver.

 7002  7001 dengan tali nato hijau
 6309 729A dengan tali  nato hijau

Nelson dengan tali nato hitam

 Nato 22 mm pada seiko 7002. Cara pemasangan yang mudah. Sebaik-baiknya dengan fat spring bar bagi seiko diver.

nato 20mm pada citizen. Warna hijau lebih military look. 



Tali nato baru (tanpa jam)  RM32 setiap satu dengan pos biasa. Beli dua jimat kos pos.

Nato black 20mm (available) 
Nato black 22mm (available)
Nato green 20mm (out of stock)
Nato green 22 mm (out of stock)
Nato green 18mm (available) RM39.00

Tuesday, July 12, 2011

Puncher

Minat terhadap jam menyebabkan adakala kita bertindak diluar batasan. Bagi aku yang bertangan kecil ini, bila memakai starp kulit, jam selalu tergelincir. Maka aku perlu menebuk satu lubang baru. Aku mencari puncher yang kecil, tetapi sukar. Yang ada diinternet tak mahal, tetapi bila campur kos penghantaran, ianya merugikan. Akhir aku beli yang ini, kalau yang murah seperti aku punya ni, kurang daripada RM20. Isteri aku diam tak terkata. Alat ini besar, jika nak tau besar mana click gambar.Jadi kita mesti bijak  mengelak, dengan mengatakan ianya boleh digunakan untuk menebuk lubang pada tali pinggang aku atau anak-anak sebab aku ada 2 anak lelaki. Adakah ini WIS?

Sunday, July 10, 2011

Cara buka casing jam lebih mudah


Cara seperti di atas dapat mengelakkan calar-calar semasa membuka casing jenis screw. Kadangkala  ianya terguris dengan dalam yang boleh mengakibatkan jiwa kita juga terguris. Dengan menggunakan bola ini, kita hanya menekan bola pada casing dan putarkan seperti biasa. Kalau rasa ketat, kuat sedikit tenaga semasa menekan bola dan memutar casing jam. Untuk menutup semula casing jam juga boleh gunakan bola. Kemudian pastikan casing jam telah benar-benar ketat.

Sesuai untuk dibawa ketika membeli jam lama. Kalau nak buka jam lebih mudah dan dapat mengelak risiko mencalarkan jam yang hendak dibeli.

Sesuai juga untuk peminat jam amatur seperti saya....

Cara lain buka casing jam jenis screw

Saya ada satu alat iaitu bola warna kuning untuk buka casing jam. Mungkin tuan-tuan pernah mendengar atau melihat alat ini, tapi kat malaya tak pernah jumpa lagi orang jual. Kalau mahu, saya nak jual satu biji. Barang baru dan baik punya.

                                                                      Bola ajaib



alat untuk meniup habuk yang melekat kat movement, dail etc


RM16 siap pos laju setiap satu


Dust blower 5 SOLD

Wednesday, April 6, 2011

ALAT BUKA JAM UNTUK DIJUAL

For Sale  16 pieces watch tool. 




                Finishingnya tak kemas. Tapi tak menjejaskan 
      fungsinya. Click gambar untuk paparan lebih jelas.


              Alat paling utama mesti ada
Barang baru
RM52.00 termasuk pos laju
Contack/sms :0194618285
6 SOLD


out of stock

posting lama :http://jammasa.blogspot.com/2011/02/alat-main-jam.html