Showing posts with label Me n Myself. Show all posts
Showing posts with label Me n Myself. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

PANTANG

salam,
hari ni nak cerita pasal pantang.
Pantang kali ni agak koboi..bukan agak lagi rasanya
memang koboi
versi pantang sendiri memang tak lekat disiplin
memang mak saya ada datang tapi kejap je
kebetulan adik ipar saya pun tgh tunggu hari
takut tak de org nak jaga anak sedara saya si adam tu
lagipun kali ni saya rasa saya dah boleh urus diri
so saya kata kat ma saya pi lah teman adik ipar saya
saya ok.

berurut pun 3 hari je,
mandi air daun2 seminggu(sgt suka, rasa wangi dan segar je)
bertungku on off
stokin almost 40 hari
berbengkung almost 40 hari
berparam..tak langsung!Huhu
makan minum..oklah terkawal. ikan n sayur je
jamu?lps confident baby tak de kuning baru saya makan
keluar rumah? byk kali-pergi cucuk, check kuning aleesya, p rumah mak mertua,
p beli mesin basuh(time ni la plak nak rosak pun!), pi pusing2 tapi tak kuar kereta...
jauh beza dgn pantang yg dua tu dulu, almaklumla dulu pantang balik kampung..
jejak tanah pun tak, sidai kain pun tak.
ikutkan en majdi dia tak kisah kalau nak balik kampung
dia ok je nak jaga e-in dan hani
tapi tu la, sedihlah nak berjauhan, haha
tawakal je la. alhamdulillah saya rasa sihat cuma tak rasa segar cam habis pantang dulu2



60 hari..sempat raya. Sudah belasah pelbagai benda, yang sejuk2,pedas, masam je tak lagi..okla kan..tak dela berani sgt nk try..jadi apa2 iols yg rasa, bukan uols..
berat dah back to normal (thanx to fully bf) tapi sbb mmg sblm pregnant pun gemsss so xdela tetiba jadik sekeping dok?okla..mls dah nk pikir..
tu je..bai!

Thursday, July 19, 2012

Kisah Hamil Cahaya Mata ke 3

Assalamualaikum...Fuh.. lama betul saya bercuti..lebih lama dari cuti pantang 3 bulan..dari beranak dua hingga beranak tiga..nasib tak tunggu cucu je baru sambung blog! hehe..

Kalau nak cerita bab hilang mood nak berblog memang tak habis..silap2 boleh padam balik mood nak update kali ni. Tak sangka blog saya yang tak seberapa ni pun ada juga yang sudi membacanya..terima kasih. Maaflah kalau buat anda ternanti atau tertanya2 apa cerita terkini yang mengarut dari saya ni..hehe. Tuan blog kena sampuk dek hantu malas blog..hehe

Okla, seperti title yang tertaip di atas, saya nak kongsi kisah kehamilan dan kelahiran cahaya mata kami yang ketiga. Lama menanti, 7 tahun. Tapi yang betul2 nanti rasanya 2-3 tahun lepas kot...sebab jarak E-in dan Hani 22 bulan je so memang plan anak ke 3 lambat sketla, at least 3-4 years, plus minus E-in pula merupakan anak istimewa kami jadi kami fikir kami perlu fokus kepada E-in dulu. Namun selepas 3-4 tahun memang saya sudah bersedia utk menimang cahaya mata seterusnya, teringin nak cium bau bayi baru lahir, teringin nak menyusukan anak setelah gagal menyusukan sepenuhnya Hani dan E-in, teringin nak dukung anak kecil...tapi Allah S.W.T juga Maha Mengetahui. Kami akur...

Seperti yang lepas2, bila saya hamil, biasanya saya boleh agak. Saya boleh rasakan. Ini sangat mudah kerana saya jenis yang datang bulan yang tetap kalau lewat pun hanya sehari atau dua hari...jadi bila lewat bbrp hari hingga hampir seminggu, tambah pula simptom seperti badan terasa panas seperti nak-demam-tapi-tak-sangat, tekak perit, badan sperti lemah2, nak tertidur...hmm..masa untuk membeli pregnancy test!!

Yup! seperti yang diduga...2 line muncul, tunjuk pada cik abe. Tersenyum dia. Time2 tu jugak ajak saya pi klinik!! Excited seperti mengandung anak sulung...bukan!Lebih dari tu saya rasa...umpama pasangan yang lama berkahwin, tak dapat anak, bertahun2 mencuba dan akhirnya membuahkan hasil!! Seronok betul cik abe. Cuma saya je kata, tak pe la nnt kita pi lah bang..skang penat sgt, tak larat nak bangun.

Akhirnya ambik masa jugalah baru saya p klinik. Saya pun tak nak tangguh lama2 sebab pernah dgr pengalaman rakan sekerja yang dia hampir hilang nyawa kerana kehamilan ektopik (luar rahim). Nauzubillah.Setelah disahkan oleh doktor dan dari mesin scan saya sudah hamil 9 minggu ketika itu. Due date 12 July 2012. Seperti biasa saya dibekalkan asid folik dan sedikit vitamin serta ubat-ubatan.

Maka setelah dgn rasminya saya sah hamil, kesan dr psikologi dan emosi kononnya "saya-dah-hamil", "I'm-pregnant"...segala muntah, pening, cramp di kawasan abdomen, sindrom-tak-leh-bau, tak-leh-tgk-itu-ini datang bertamu. Padahal sblm2 tu rileks je...dan penangan kali ini memang paling teruk berbanding sebelum ini. Psiko betul la.

Syukur semua sindrom tak best tu bermula pada hari last day before cuti sekolah akhir tahun. Jadi hari Jumaat, hari terakhir sesi persekolahan tahun 2011 itu saya ambik cuti rehat. Nak ambik mc, nak p klinik pun tak leh nak bangun dah. terpaksa pohon budi bicara pihak pentadbir untuk ambik cuti rehat tanpa isi borang dahulu..isnin dlm cuti sekolah itu baru saya mengadap Penolong Kanan, isi borang mohon cuti. Hehehe...!

Jadi cuti akhir tahun 2011 adalah cuti yang paling tak best sekali kerana hari2 saya byk sy habiskan terbaring di atas katil dan di singki. Saya sebenarnya bukan jenis cepat mengalah kalau saya sakit, selalunya kalau setakat sikit2 saya gagahkan jugak p kerja, gagahkan juga buat kerja rumah tapi kali ini memang saya kalah...kalah dgn mabuk yang datang. Walaupun saya cuba untuk alihkan perhatian dari memikirkan sgt perihal mabuk tapi saya akan berakhir di singki juga...MUNTAH dan MUNTAH!

Bab muntah , angin, sakit kepala, pandangan terasa berpinar dan berpusing2 satu hal, tapi ada lagi pakej lain...tak leh bau certain things pun ada juga...tak boleh bau anak2 dan cik abe sendiri even diorang dah mandi pakai wangi2 pun. Malah bau sabun mandi, bedak, minyak rambut n minyak wangi yg biasa diorang pki pun tak boleh. Memang saya cuba tahan tapi perasaan nk termuntah tu dtg sendiri, menyucuk2 di tekak mau keluar..even muntah angin dan air je. Berapa banyak jenis sabun mandi, bedak dan minyak wangi tukar jenama lain sbb asyik tak kena sahaja dgn hidung ni. Kadang saya masuk bilik air yang lepas diorang mandi pun saya boleh termuntah bila bau sabun or syampoo yang diorang pakai tak berkenan.

Kali ni jugak saya merasa tak bole dengan bau menumis bawang dan cili boh/kering. Ada sekali saya cuba masak ikan masak merah..huhu..masa masak sy tahan lagi. Tapi lepas masak saya cepat2 mandi, siap syampu rambut, scrub muka badan semua. Tapi punyala sensitif hidung ni, baju yang saya pakai semasa saya menumis, yang saya sudah letak dalam bakul kain untuk basuh tu boleh lagi saya tercium bau tumisan tu!! huhu..muntah lagi..memang lembik sungguh. Terasa bau bawang tu busuk sangat!!

Bab makan mmg xlalu...kadang teringin itu ini, cik abe pun belila..tapi bila cik abe bwk masuk je dlm rumah terus terasa tak nak! nak muntah! Kadang saya tahan juga, cuba makan sbb kesian sgt dekat cik abe yang dah beli..tapi mkn dua tiga suap mmg terus ke singki la jawabnya.

Jadi sepjg cuti saya berkurung dalam rumah smpi satu ketika saya rasa saya mabuk sbb asyik terkurung dalam rumah, nak ajak cik abe berjalan2 saya kesian kat dia sbb dia penat balik kerja walaupun dia ajak..bukan utk pergi mall ke apa...tak teringin pun ke mall..tgk jerawat kat muka org n tgk org lain berpeluh pun saya dah fening......just pusing2 dengan kereta. Ambik angin luar. Hari cuti okla...itu pun petang2 skit. Kalau hari kerja adalah dua tiga kali sepjg cuti sekolah tu..sbbnya sy kesian kat cik abe..cik abe plak kesian sama saya...terima kasihla Yang...awak layan anak2 n kemas rumah pun saya dah syukur..so kena ada timbang rasa sketla. Abang pun bukannya robot..

Alhamdulillah ada hikmahnya juga saya alami mabuk ini ketika cuti..at least saya boleh berehat dirumah, at least saya tak MC memanjang dan menyusahkan orang lain. Menyusahkan cik abe aje..hehe. Memang ada doktor bekalkan ubat tahan muntah, angin dan sakit kepala semua tu tapi saya tak nak makan banyak sangat ubat2 ni. Semua tu bukan tak de side effect..so bertahan dan bersabar sahajalah sementara hormon nak stable tu. Seingat saya, saya makan ubat2 tu adalah dalam tiga kali...ubat tahan muntah dan angin. Kali pertama sewaktu nak balik kampung masa cuti sekolah, kali kedua semasa hari keluar result PMR (almaklumlah saya cikgu yang mengurus result PMR, ambik, edar dan buat analisis semua) dan last sekali semasa nak pi Penang ikut family cik abe bercuti di sana masa CNY. Tak sanggup nak muntah2 time dalam perjalanan n time handle kerja.

Bila start persekolahan..alhamdulillah saya sudah hampir tiada mabuk2 lagi. Time ni bermulalah diari Sang Bedal..hehe. Bayangkan up n down tak selera nak mkn, badan lemah almost 2 months..bila dah stable tu macam kemaruk sangat nak mkn itu ini. Bila dah boleh makan maka angin2 dalam badan pun kurang, so kuranglah perasaan menyucuk2 tekak nak termuntah tu. Walaupun saya still lagi tak tahan dgn bau dan sesetgh perkara tapi happy sangat2 sebab saya boleh p kerja dan menjalankan tanggungjawab lain2 yang dah lama saya tak buat.

Perjalanan hamil selepas itu semuanya mudah.. saya boleh memandu ke tempat kerja hinggalah ke hari terakhir sebelum saya bersalin, MC pun hanya sekali. Memang adalah sakit2 badan bila trimester akhir tu, penat, sakit pinggang, lenguh kaki, cramp semua tu tapi sekurang2nya saya tidak loya..tidak ada episod muntah yang memualkan. Yang penting I berselera makan walaupun badan penat!!! :P

Sebut bab makan banyak betul yang mengidam..tapi nasiblah semunya yang senang nak dapat dan carik..antaranya tetiap hari nak minum air kelapa. Nasib baik sempat balik kampung merasa air kelapa yang Abah tanam. Memang sedap yang amat...memang tak samalah yang jual kat KL even beli yang sebijik2 tu. Isi dia memang lemak manis, lembut..cair di mulut. Kalau tak dapat tu, lepas bersalin lambat lagilah nak boleh minum. Air kelapa kena pantang setahun kan? HuhU.... Bab naik badan tak payah nak ceritala....naik 20 kg vleh? Terbaek punya rekod. Kali ni memang mencecah 77.5kg?? Pengsanlah nak turun balik...tak tau la berjaya ke tak...pasrah je la.

Semasa kandungan hingga 7 bulan saya boleh lagi pakai baju kurung tapi bila masuk 8-9 bulan saya sudah tak mampu dah nak pki baju kurung..terpaksa beli gaun mengandung..selesa di perut.Oh sebut bab baju hamil...Ya Allah!! Tension betul. Orang seperti saya ni jenis rendang payah betul nak cari baju mengandung. Baju mengandung yang dulu2 jangan ditanya. Habis dah saya sedekah kat orang. Penat pi sana sini. Habis mall n butik saya jelajah. Susah mau berjumpa yang menepati rasa.

Jumpa yang fesyennya cantik dan moden tak de lengan pulak...bolehlah pakai cardigan tu tapi cuaca kat negara kita ni bukan macam kat Korea, saya pulak bukan kerja dalam aircond, kerja sambil berdiri, turun naik tangga..dan percayalah time pregant badan cepat2 berpeluh dan panas lebih dari biasa. Pergh nak pakai berlapis2 lagi? Huh..mau kalau time kelas tengahari, kipas dlm kelas lak ala2 hidup-segan-mati-tak-mau..ada lak students yang tanya soklan bodoh..mau mak buyung jadik naga!!!

Tak tau la kenapa dengan baju-baju mengandung di butik sekarang...kadang harga mahal beratus2 tapi design macam untuk makcik2 jek. Bunga besar2, berbelang2 besar. Huh! Dah jumpa yang cantik, kain pulak jarang atau jenis tak cukup kain. Kalau yang tutup aurat plak saiz untuk mak2 yang petit! Huwaaa! Kadang ada pulak kain terlampau tebal, yang berkilat2 la. Haiyoo...susahnya mau cari yang boleh tutup aurat, panjang baju bawah paras pinggul, berlengan panjang, kain yang selesa dan tak jarang.

Bila jumpa yang tutup aurat pula, design alamakkkkk tersangat sadis pulak, jahitan tak kemas, benang terkeluar sana sini..time tu gak terasa nak bukak butik baju mengandung(haha! komplen banyak, dah badan gemuk mmg payah nak carik baju pregnant tak nak ngaku!;P). Susah nak jumpa design yang moden dan menutup aurat serta sedikit longgar. Tak suka betul tengok ibu2 hamil yang pakai ketat2 ni..yelah semua part mengembangkan..mengandung tak bermaksud kita leh lari dari menutup aurat tu..saya yang perempuan pun malu nak tengok..haiyaaa..smpi pusat pun nampak.

Oww...nak tengok gambar saya time pregnant?? Nah! Haha..eksklusif ni tau!!




Dua gambar di atas ambil masa kandungan 8 bulan. Masa ni cik abe bawak p bercuti 3 hari 2 malam di Grand Lexis. Sangat tembam membuyung!

Masa pregnant Hani tak de pun gambar..masa mengandungkan E-in adalah tapi bukan gambar sorang2, gambar family. Tu pun sebab adik ipar kahwin..kalau tak memang tak de. Kali ni ambiklah..cik abe kata tanda kenangan. Nanti anak2 tanya tak de langsung bukti umi pregnant. Haha. Entahlah memang tak suka betul tgk gambar saya muka boolat tak hengat!:P

Minggu2 akhir kehamilan...sempat lagi sambut mother's day dengan family cik abe di TGIF, Pavillion.

Dekat2 nak bersalin saya ditimpa satu perasaan iaitu sayu sgt bila tengok E-in. Kenapa entah....perasaan ni sama masa saya mengandungkan E-in dulu..rasa sayu tengok Hani. Terfikir macam diorang tak puas lagi bermanja..masa Hani dulu logikla sebab beza 22 bulan je tapi E-in dah 7 tahun dah cik abe kata..haha. entahla. Emo terlebih je time tu. Cik abe marah E-in pun saya yang sedih.

E-in pulak malam2 kalau time tidur mesti nak datang tidur dekat saya even sebelum tu dia tidur kat tilam dia dah. Tengah malam mesti cari umi, ayah dia la kena mengalah pi tidur kat tilam E-in..hahaha. Kadang time balik kerja dah ambik E-in, petang2 sure dia datang nk beriba...huhu. E-in dah 35 kilo dah yang oii..perut umi pun dah sarat. tapi saya bagi jugakla. Rasa sayu dan kesian. hihi..kenapa yek? Ibu2 rasa tak cam tu?

Wednesday, January 25, 2012

Salam Semua...part II

Alamak malunya...Siap bersalam part II bagai...almaklumla konon lepas last entry nekad nak berbelog tapi dek kerana kekangan masa( yerr la sgt kan padahal selama ni kerja kau duk melepek depan tv smpi body pun dah serupa tong gasss!!!), tak dapatla nak update.

Tapi percayalah (PerCAyAalahhhhh... Mood: nyanyi lagu ct, ok stop! Suara mcm nak minta pelempang baik stop!!!)...... Niat nak berbelog tak pernah pudar..sll capai ipad nak menulis tapi.....mood tetiba je bleh hilang begitu sahaja..pastu tutup balik, bukak google, main games...bla bla....

Agaknya blog pun dah bertukar format n ada benda baru selama saya hibernate ni kan.. Tgkla klu rajin saya study tapi klu tak sy belasah je la.... Yang nak baca n jenguk blog saya ni pun xpasti ada ke tak....silap2 aku cakap sensorang kat sini!!!! Tapiiiiii....ada aku kesah? masalahnya.......ADA!!! Takut ada tuduh aku ni saiko jerrr.....syok sensoranggggg....ngeeeee ;D

Apa saya nak cerita yeks sepanjang tempoh hibernate ni yeks? Ok cerita pasal perkembangan terbaru kitorang je la dulu..( tetiba terasa cam buat statement artis gitu!) Pang sekalikkk!!!!

1. Saya sekarang pregnant anak ketiga..alhamdulillah! Due early July...sah akan ambik cuti 3 bulan. Tak bajet nak beranak ramai kannnnn....lagipun kali ni saya berhajat nak bagi fully BF......insyallah...kalau boleh biar sampai dua tahun. Nanti klu rajin buat satu entry pasal pregnancy kali ni. Boleh gak jadik kenangan...

2. E in dah bersekolah. Bukan sekolah rendah biasa....dan bukan juga sek pend khas....saya hantar dia ke sekolah khas swasta...Sbb kat situ saya nampak ciri ciri keselamatan dan apa yang saya perlukan utk anak saya ada. Biarla berbayar pun, tambah bayar therapist dua org utk kat rumah pulak...tak pe nak...rezeki yg selalu dapat ni pun utk kamu juga.

Dah tu je la saya boleh bagitau...lain2 tak de apa sgt....rutin biasa je.










Wednesday, March 24, 2010

tak sibuk tapi....

Malas nak update...byk benda yang berlaku tapi bukan yang sedih2 ...alhamdulillah semua yang indah2 belaka tapi tak de mood nak update...tgklah esok lusa kot mood ada mariiiii...hehe



Thursday, March 4, 2010

Petua masakan sedap

Petuanya senang aja....kena rajin masak untuk suami, terutamanya anak2. Apa yang saya nak bagitau kat sini bukan pasal bila rajin masak, masakan kita akan jadik sedap. Of coursela cooking skills akan bertambahkan tapi yang saya maksudkan di sini....rajin2lah masak untuk anak sebab bila besar nanti dia akan ingat, akan rindu dengan masakan mak dia walaupun masakan mak dia mungkin tak sedap di lidah orang lain.

Tak guna carik duit dapat puluh2 ribu tiap bulan pun kalau anak asyik terbiar malah dlm setahun pun susah nak merasa walau sekali masakan ibu. Anak kecil bukan tahu nilai wang ringgit tapi mereka tahu menilai kasih sayang, perhatian dari kita, dan salah satu cara kita sampaikan rasa sayang kita adalah melalui masakan. Tanyalah sesiapa saja pun...susah nak jumpa setakat ni yang cakap masakan mak dia tak sedap!! Seeee....walaupun mungkin masakan kita simple, biasa, mungkin juga tak sesedap masakan hotel atau restoran mewah!! Tak mengapa. Kita bukan chef ternama, tapi kita chef di hati anak dan suami! Mungkin kalau kita masak tak sedap mereka beri komen, kita ubah cara, dan akhirnya masakan kita akan jadi yang tersedap di hati mereka, kerana kita memasak dgn penuh rasa ikhlas dan kasih sayang.

Hihi..macam poyo je saya ni kan..macamlah rajin masak sangat tapi taklah malas smpi masak nasi pun teragak2. Ok saya mengaku saya tak masak hari2. Ada hari yang saya balik pukul 5 saya tak masak. Hujung minggu pun tgklah kalau tak rancang ke mana, blehla masak2. Dulu masa ada anak kecik, balik kerja terus ambik anak. Masa Hani kecik2 dulu dia tersangatlah clingy...huhu..nak angkat baju pun dia menangis sekuat2nya sampai biru bibir mulut. Jadi untuk masak2 pada waktu itu sangatlah tak tenteram jiwa..last2 tutup api..tutup dapur..order kat kedai saja!! Hehehe...

Kemudian E-in pulak jenis active yang pantang terlepas pandang..jadi aktiviti memasak teramatlah jaranggggg!! Tapi bila perkahwinan ini menginjak usia 8 thn..saya rasa sudah tiba masanya saya berubah. Lagipun sekarang ni lepas waktu kerja saya pulang dulu ke rumah tanpa ambik E-in, Hani pula di sekolah jadi saya bebas untuk memasak tanpa sebarang gangguan. Bonus kalau jam 2.45pm dah ada kat rumah....tapi jaranggggggggggggla. Paling dlm pukul 4 lebih..kalau sukan drag smpi 5 lebih. So balik lambat no masak2, balik awal masak2!! Yaiayyy...at least dlm seminggu 7 hari tu adalah 3-5 kali dapurku berasap(eheks..tu nak bangga..org lain hari2 masak..eheh)!!

Masakan apa yang saya masak? Huhu..I'll go for simple2 punya resipi! Ada satu yang berkuah, sayur dan satu lagi mungkin bergoreng. Cukuplah untuk perut 4 beranak. Simple tapi Hani tetap cakap "Umi masak paling sedap ni dalam dunia!!!"(siap dgn intonasi yang membanggakan).. :D ...kan betul pun saya cakap! Tak sedap kat korang takpe yang penting anak saya kata SEDAP! Ahaks!

stimlime3

Senangin yang distim limaukan..tgk tu..kan best masak sendiri..beli kat kedai lum tentu lagik ikan tu mata bling2!! ^-^

Resepi untuk Azie:

Bancuh secawan air dgn 2 ulas bwg putih(cincang halus), 2 ruas halia (racik), 2 biji asam boi, garam gula secukupnya (kena balancekan garam gula tu betul..baru sedap..gula dlm 2-3 sudu gakla..tapi tak manis pun at the end)

Tuang atas ikan, letaklah serai. Kemudian kukus lebih kurang 15 minit.
Dah hampir masak baru tuang perahan 2 limau, daun limau purut, letak tomato, cili yang dipotong (cili nak letak awal2 pun bleh..nak cincang lagik sedap..akak potong kasar2 takut pedas anak nak mkn). Kukus lagi dlm 2-3 minit.
Dah masak tutup api, hias dgn buah limau yang dipotong nipis, tabur daun ketumbar. Siap!

bakchoya


telurdadar

Hidangan sampingan...Bak Choy ikan masin, telur dadar (rupa tak cun tak pe)....!!!


Alah masak simple pun tak pe uols! Yang penting korang masak! (err tapi klu jenis anak2 dan suami uols jenis mkn memilih..tak mkn simple2..kira nasib uols la labu! ahaks). Semoga semua rajin masuk dapur dan sediakan masakan yang terSEDAP dihati keluarga kita!

P/S: Sangat respek okeh dgn ibu yang masak tetiap hari...Syabbas inspector shahab mom!

Friday, February 26, 2010

Dia dah balik...

Cik abe dah balik dr outstation! Sukee..! Rindu! Walaupun dia pi tak lama..3 hari je..Eheh..umi ngengada! ;P Entahlah bila dia tak de depan mata rasa lama sgt masa berjalan..huhu! Oleh itu saya sgt respect to those yang berjauhan dgn suami berbulan2, bertahun2.. Kalau saya tak taula....Nak kata sampai takleh hidup tu takdelah..Saya bukan jenis mcm anak manja pun yang nak kena semua benda suami yg buat...Tapi mungkin kehidupan sedikit susah...Alhamdulillah he always with me! Cuma kekadang kena pi outstation...tak pela dah kerja..kang tak kerja nak makan apa..Manusia makan nasi..bukan mkn pasir or makan cinta semata2!! :P

Cik abe pi Langkawi..bestnya..lama dah tak pi...last time sy pi masa tu Hani kecik sgt..8 bulan kot. Pi beramai2 disponsor oleh FIL. Teringin jugak nak pi lagi..tapi cik abe kata tunggulah habis musim panas ni..dia pi sana pun nak turun kereta pun tak tahan panas!! Kalau Kl panas skang ni....kat pulau sana lagilah panas...!! Disebabkan itu cik abe belikan kami buah tangan!! Yaiyyy!!

Masa nak pi dia adalah tanya..nak apa? Entahlah saya tak tau nak apa..tak ada keinginan sbb terasa mcm nak bad mood je tgk dia packing barang!! So dia belilah ikut keinginan dia...lagipun program dia full..tak de masa free sgt........cam biasalah...pi sana sure beli coklat (i'm not a fan of chocholate), t-shirt kat anak2 dan untuk saya...jeng...jeng...
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Saya tak harap dia belikan perfume ni since dia baru je belikan saya perfume....baru sesgt....tapi hari tu masa pi beli beg kat KLCC i ada try sampel perfume ni..dan sy sgt suka.....dia pun suka...tak sangka dia ada hajat belikan utk saya...hihi...thanx sayang! I love the smell of both perfume!! Sememangnya dia pandai pilih perfume......ye..selama ni semua perfume saya dia yang beli.....errr...agak2 dia pay attention tak kalau sy buat 2 berkenan kat beg..? eheh..nak kena pelempang ni..beri betis nak peha...!!

Thursday, February 18, 2010

Erkk tercekik!

Lapar punya pasal dah tercekik tulang ikan huhuuuu..
Nasib baik petua org dulu2 suh telan nasi kepal menjadik..
Kalu tak mesti seksa nak telan liur!!

Faktor kelaparan :
Mangsa tidak sempat mkn atau minum seteguk air dari pagi hingga jam 7 mlm okeH! Jadik bila balik penat..plus singgah kedai, bwk anak pi gunting rambut, balik terus masuk dapur masak2lagi..(wlpun simple tapi penat okeh! Satu hari duk berdiri!).... jadi bila dah siap tu..mkn dlm keadaan yang sgtlah lapar tahap mengigil!

Tuesday, February 2, 2010

02022010


8 tahun lepas kami di ijabkabulkan..pada tarikh ini..
kini kami masih lagi bersama ditemani dua cahayamata..
Alhamdulillah saya merasa bahagia....

Suami saya adalah hadiah tak ternilai dari Allah untuk saya..
DIA kurniakan insan yang boleh memahami dan menyayangi saya..
menerima baik dan buruk saya...
Terima kasih tuhan...





Terima kasih abang...wangi...annis suka sgt..!! :)


Friday, January 29, 2010

Tak berapa sihat tapi byk agenda!!

Dua hari lepas tekak perit, kering..
Saya tau itu petanda nak SELSEMAAAAAAA!!
Hari ini, Jumaat....meleleh2 ayaq hidung..aktif goblet cell aku produce mucus!!!
Nasib baik hari ni Jumaat balik awal plus tak byk jadual...
Nak bercakap pun tak larat. Mata pun berair2...huhu..paham ka situasi saya???

Hari ni cik abe cuti smpi Isnin..
Ingat tak projek bilik Hani?? Jadi ambik kesempatan untuk settlekan masa ni..

Hari ni nak kemas bilik tu..transfer brg2 sblm cat...
Nak pi JJ beli cadar baru, nak pi Nilai beli dan jahit langsir for her room..

Nak pi beli cat..
Besok nak cat2..bla..bla..kemas2 balik...byknya kerjaaaaaaaa!!! huargh!
Tak lupa bwk balik kerja sekolah yang berlambak2..
Tu belum buku nota budak2 yang aku lom settle lagi..

Sekarang hidung saya gatal merenyam2, bengkak dan ayaq hidung meleleh.....euwwww!!

Thursday, January 14, 2010

Apa dah jadi?

Apa dah jadi dgn facebook...ke something wrong dgn my lappy???
Bila bukak je my fb keluar ayat je dlm satu baris...semua dlm satu baris..
segala profile, gambar semua tiada...tapi bila i bukak lain2 homepage ok je..
facebook je..something wrong dgn server facebook ka??? Ada sesapa yang jadik mcm ni tak???
huhu..dah 2 hari tak bertanya kabar kepochi pasal member2....xbest!

Skang saya busy sesgt..tetiap hari balik almost at five!! Lom kira
yang berbundle2 bawak balik kerja kat rumah...tapi tak buat pun..buat balik je lebih..
Badan dah letihla...malam pukul 9 saya dah ngantuk.
kat sekolah ke sana sini memanjat tangga dr stu bulding ke building yg lain..
tak mcm org kat office duk dlm aircond kat atas kerusi empuk..takpe tu no hal leh exercise, kurengkan lemak! Semalam jadual penuh pastu sambung meeting pastu sambung Kokurikulum..
Dua hari ada meeting+koku balik lambat..semlm masa koku Per. Sains kena jaga taman herba (i skang dah jadik tukang kebun okehhh!!)

Taman Herba yang ntah apa2..byk pokok dah mati
suruh buat balik..aku dah tgn 'panas', jenis tanam pokok je mampus..serius!
kalau siram cam ne pun sure mampus jugak pokok tu...
Tapi yang aku menyampah suruh buat balik duit budget rm700 je!
Mana nak beli pokok, pastu suruh buat label prospek (yg tulih nama spesies, kegunaan pokok..bla..bla...), nak kena beli pasu, baja, pastu kalau sesetengah pokok herba tu off course la kena ada mcm bangsal bertutup dgn jaring hitam tu...kalau tak layu habisla pokok..semua tu pki DUIT!! Bukan bayor pki rumput..bebudak persatuan tu pun kalau buat kerja bukan free..
skit2 "cikgu belanja!"..tak bagi kan depa buat lambat2...kesian pun ye..aduhla..

Skang ni apa2 pun, depa suh guna duit poket sendirik! Suruh pki duit elaun.
Gaji ciput makin ciput. Kalau org tak paham kadang cakap "ala sedekah je la..tu pun nak berkira..". Bikin aku hangin je dgr. Wei, kalau sedekah skit2 tak pe gak tapi kalau main ratus2 sebulan, tak jadi sedekah ikhlas dah. Bayangkan la kalau sehari je p/stat kat bebudak koman2 10-15 henggit..tu belum kalau nak buat fail, beli marker, beli dakwat marker, beli kertas A4, beli dakwat printer semua tu..thn ni tambah lagi kena pikir pasal taman herba tu plak..adakah kena keluar duit poket lagik?? ni bukan pki duit elaun dah..kire dah pki duit minyak, duit sekolah anak..makan minum i dah ni...wahhh!! Gerammm!! Tapi.....Sabor je la mokcik!

P/S: Sesapa ada terlebih duit tu meh derma kat projek Taman Herba sekolah i....

Friday, January 8, 2010

Microwave or Oven


Hehe..oven saya dah bagi my mom..
tgh pikir nak beli yang baru
tapi m/wave ke oven?
kalau beli m/wave cantik ke klu nak buat kek?
nanti kalau tetiba rajin nak bakar biskut tak best jugak kalau tak de oven..
tapi m/wave bleh panaskan apa2 dgn cepat...akak suka.
Nak beli dedua tak de tempat nak letak..
Kecuali sambung skit kat dapur belakang tu adalah tempat..lambat lagilah plan tu..
So mana kena beli dulu yeks?? what you say?
Oven/microwave jenis apa yang bagus yer??
Buah Berangan: Bestnya kalau rumah i ada built in oven mcm Nigella Lawson tu...hmm!!


Thursday, January 7, 2010

Bebudak Sekolah

Separuh hari bersama budak2 sekolah yang pelbagai ragam kadang2 boleh buat kita pening, letih, suka, marah, geram, berkecil hati atau bahagia. Macam2 rasa yang ada. Satu yang saya perhatikan pelajar sekarang memang tiada segan silu dengan cikgu. Kadang bercakap seperti kawan. Apakah ibubapa sekarang kurang mendidik?Kurang menegur? Terlalu mencari harta sampai terlupa mendidik anak supaya menghormati guru/orang yang lebih tua.

Saya kesal bila ada orang pandang rendah kerja cikgu. Saya tahu kerja macam kami ini tidak bergaji besar. Hidup pada taraf sederhana. Kereta mampu milik pun biasanya yang berjenama nasional. Tidak seperti mereka2 yang bekerja dgn syarikat swasta yang lebih bergaya mewah. Namun saya tak kisah semua tu sebab saya rasa wang bukan segalanya. Memang kita perlu duit tapi kita bukan hamba duit. Bagi saya, bila kita sudah menjadi hamba duit, di mana duit mengawal minda kita, maka sedikit demi sedikit sikap seperti menunjuk2, berbangga diri, merasakan hanya diri kita sahaja yang sempurna, harta kita sahaja yang berkualiti, berjenama, hebat dan mula memandang rendah akan kehidupan orang lain. Semuanya negatif.

Baru sahaja pagi tadi saya berdepan dgn kejadian yang secara tidak langsung membuktikan masyarakat kita menganggap guru seperti kuli. Bila ingat2 balik naik geram pun ada. Pagi tadi ada seorang pelajar perempuan yang mungkin tingkatan 4 atau 5 sibuk mencari guru bertugas. Katanya mahu ke klinik. Saya dan rakan heran juga, kenapa pelajar ini mahu ke klinik sedangkan muka tersengih2, boleh berjalan dgn baik, laju pulak tu. Muka pun tidak kelihatan seperti orang sakit. Bila di soal rupanya dia ada appoinment untuk check up darah jadi nak suruh cikgu hantar pergi klinik!!! Kami kat situ rasa berangin semacam je bila dengar.

Mak Bapak apakah ini? Sejak bila kerja cikgu bertukar menjadi DRIVER pelajar????!!!! Kalau kes pengsan atau kemalangan di sekolah itu lain cerita. Tapi ini appoiment!! Senang hati je mak bapak dia suruh cikgu hantar!! Macam itu kerja cikgu pulak! Betapa masyarakat tak reti menghormati bidang tugas kami!! Ini bukan sekali dua berlaku..banyak kali! Kadang anak sudah demam dari rumah tapi disuruh datang ke sekolah kemudian siap pesan "nnt sampai sekolah, suruh cikgu bawak pergi klinik!". Kemudian lagi best balik klinik mintak pulak tolong hantar ke rumah!! Waduh!Waduh! Habis tak mengajar cikgu hari tu.

Sungguh saya terasa terganggu dengan kejadian sebegini. Terasa diperlekeh2kan. Senang2 je orag anggap kami seperti pengasuh budak. Bukan nak berkira duit minyak kereta, masa yang langsung tidak termaktub dlm pekeliling untuk membuat tuntutan wang tapi minta hormat dan fahami tugas kami. Nescaya kalau anda tahu menghormati kami maka insyaallah anak anda juga akan berkat dan taat pada guru.

Saya sangat berharap kepada sesiapa jua yang membaca blog ini jika ada anak bersekolah, akan ada anak suatu hari nanti, atau ada anak yang masih belum bersekolah tapi bakal menjejakkan kaki ke sekolah jua satu hari nanti janganlah menyerahkan segala tanggungjawab kepada kami. Memang mereka anak didik kami tapi mereka tetap anak2 tuan2 dan puan2. Jangan lari dari tanggungjawab sendiri.

Sunday, January 3, 2010

Kenapa Kaum Wanita Cepat Tua??[PART 1]

Wah tajuk entry yang sudah lama saya nak kemukan..Lupakan dulu hari orientasi di sekolah Hani. Belum ada mood mahu upload gambar. Kenapa kaum wanita cepat tua??Banyak sebab...saya tak pandai nak memberi fakta serta hujah2 yang bernas sebab saya bukan ahli psikologi wanita, juga tak pandai nak berkata-kata dgn indah serta membuat ayat2 yang mankjubkan kerana saya dulu masa sekolah bukan pemidato. Sekarang pun nampak microphone pun saya ketaq lutut cik oii! Jadi saya hanya akan mengutarakan tajuk ini berdasarkan pengalaman sendiri dan setengahnya dari pengalaman rakan sekerja (eheh...nampak sgt salah satu topik hangat di bilik guru/kantin ialah hal suami...ish2x! ;p).

Pendapat Pertama: Kepenatan bekerja di pejabat dan tanggungjawab di rumah.

Memang tak dapat dinafikanlah. Orang perempuan sekarang ramai yang sudah bekerja. Tidak seperti org zaman dulu yang kebanyakannya duduk di dapur sahaja (padahal bukan main lagi mengemas dari depa ke belakang rumah...last2 ckp kat dapur jek!). Tak habis dgn ke sana ke mari tak kiralah dlm pejabat atau di luar...balik sahaja bila bukak pintu, dalam kepala sudah set mahu memasak, angkat kain, mandikan anak, hidang makanan...bla..bla...Kadang tak sempat bukak baju kerja sudah masuk dapur.

Sambil masuk dapur belum kira lagi kalau ada anak kecil yang merengek mahukan susu, bergaduh dgn yang lebih tua berebut mainan, yang terber*k perlu di salin lampin. Saya jamin jarang ada kaum lelaki yang masuk saja rumah terus dah terfikir tentang kerja2 rumah yang perlu selesaikan serta bergegas buat itu ini. Kebanyakannya saya rasa dlm minda mereka hanya balik rumah, mandi, makan yang tersedia dihidang, rehat dan menonton tv. Mungkin ada jugalah yang balik rumah kemudian masak tapi tak ramai. Biasanya bila masuk je rumah perkara pertama yang dia akan buat ialah berbaring di sofa/katil seketika sebelum mandi manda...betul tak??

Pendapat kedua : Wanita lebih banyak berfikir.

Bukan saya bermaksud orang lelaki tak byk fikir. Mereka berfikir juga tapi more on their work, right? Tapi kita, kerja+rumahtangga+anak2. Semua dalam satu kepala. Sebagai contoh, kalaulah kita nak balik kampung, kadang2-3 minggu kita sudah fikirkan tentangperkara yang perlu diselesaikan. Kalau saya mungkin saya fikirkan berapa kali hujung minggu yang ada sebelum saya balik kampung. Katalah ada 3 kali, so saya kena rancang, minggu mana yang saya kena settlekan bil, minggu mana perlu saya kemas rumah, minggu mana yang saya kena beli barang untuk buat bekal. Ini semua supaya kita bekerja dengan lebih ekonomi.

Satu lagi contoh mudah, bagi yang tinggal di rumah rumah dua tingkat turun naik tangga adalah perkara yang memenatkan. Bila sudah berada di tingkat atas, katakan saya mahu turun ke bawah..sebelum turun selalunya saya akan tengok mana yang nak di bawak turun, baju kotor ke, sampah ke, botol susu e-in yang hendak di basuh ke atau alat mainan yang mungkin diperlukan oleh E-in, atau bantal busuknya yang akan diperlukan jika mahu tidur di tingkat bawah........see, siap fikir kemungkinan2 yg ada lagi. Encik suami sungguh rileks turun naik tangga 3-4 kali pun belum tentu nak buat semua ini melainkan di suruh....huhu!

Pendapat 3 : Kaum wanita lebih cepat marah berbanding lelaki.

Eheh! Ini bukan marah sebab PMS ye. Ini marah mungkin kerana sukar mendapat kerjasama dalam urusan mengurus rumah tangga dari suami dan anak2. Kadang bila minta tolong, si anak mungkin memberi pelbagai alasan, si suami pula seperti pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali berjalan tapi ada juga yang tak bergerak2 langsung walaupun diketuk dgn hammer besi sekalipun. Apatah lagi jika tiada pembantu.

Urusan rumah harus dipikul seorang. Tiada tangan yang boleh membantu kerja tanpa di suruh. Bukan sekali tetapi akan lebih sakit hati berulam jantung jika berkali2 di suruh pun belum tentu buat...argghhhh! Akhirnya bila sudah masuk kali ke3-4 minta pertolongan, maka lebih banyak perkataan sampingan yang meluru keluar, nada pun mungkin sedikit berbeza dan raut muka juga mungkin errr...sedikit masam? Lebih parah lagi bila pertolongan yang diperlukan dlm kadar segera tetapi dibuat2 'cool'. Huhu....end up kita akan dikatakan kuat membebel...haihhh!!

Ini baru 3 sebab, entry sudah jadi panjang berjela. Saya bukan mahu berkira atau mahu menyatakan org perempuan bagus lelaki tak bagus. Bukan. Bukan juga untuk membuka pekung di dada kerana tidak semua yang saya kongsikan di atas mengenai suami saya. Niat saya untuk mendedahkan realiti sebahagian kaum Hawa (read:sebahagian!). Mana tahu ada kaum Adam yang membaca. Mungkin lepas ini boleh faham kenapa isteri saya cepat marah? kenapa isteri saya berwajah pucat keletihan sedangkan sama2 bekerja? Kenapa isteri saya suka membebel?..kenapa dan kenapa?

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru

pic source : google

Alhamdulillah tuhan lanjutkan usia kita..dan telah mengurniakan kesihatan dan rezeki yang murah tahun 2009..amin.

Saya menyambut tahun baru dgn secawan kopi pekat...anak2 dah tidur setelah kekenyangan makan di SEAFOOD PUTRAJAYA. First time pergi sana, kalau nak bagi rating tu 4/10 je. Order tomyam seafood, lemon chicken, ikan kod gorang, lala tumis apa ntah pastu sayur kangkung belacan =RM 170.00. Baik aku pi Seoul Garden ke..Tony ROma's ke..makan kat Chilli's pun tak sebanyak tu....kalau byr sebanyak tu pun berbaloi..mmg sedap + big portion!




Nasib baik Hani makan berselera sbb dia mmg suka Lala..biarpun aku rasa lala tu tak sedap pun..Plus! Hani kata dia suka mkn temapat yang bersih pastu ada aircond! Dey!! E-in pun mentang2 ikan kod...makanlah plak..sebelum ni jaranggggggggggle tak nak mkn ikan bagilah kerapu ke, siakap ke, mmg tak layan..Ceh..ikan ober-the-c jugak di pilih..serius selera E-in mmg selera mahal...mak apaknya selera kg je.....Ntahla E-in ikan kod tadi bukan sedap pun dia masak..mcm goreng kicap je...Sedap lagik ikan kod yang dibuat masak lemak masa mkn dgn Tok dulu....Takpela...lepas ni tak pi dah. Not my taste!! Haha...baik pi Village View je la..lagi sedap+murah.

Hari ni kejut cik abe pi kerja, pastu dia ckp dia cuti...nak buat surprise katanya tak bagitau saya dia ambik cuti. Surprise cuti. Ingatkan surprise nak bawak kami pi mana2..rupanya surprise cuti semata2...haha. Hasilnya kami terbongkang duk kat rumah. Ceh! Romantiknyala sur-per-rise ni ye bang?! ;P Mlm je keluar mkn pastu pusing2 Putrajaya and now terbongkang balik depan tv tgk citer Jepun. Konon nak tunggu tahun baru...pastu nak tunggu gerhana bulan pukul 1.17 pagi karang..iyolah tu! ;P Gerhana dlm mimpi je la....

Oklah dah makin lama makin mengarut sebab i pun tak de idea sebenarnya. Just nak ucap Selamat Tahun Baru tapi cam biasa...i melalut lagi..tak apa..jgn menc*rut sudah!Tak baik untuk kesihatan. Hehe...Semoga murah rezeki, panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..amin!

Tuesday, December 29, 2009

Benda2 yang boleh buat aku hangin! (Part 1)

Pernyataan masalah :

Kerja yang part org lain perlu buat tapi masih nak call2 aku..call kalau tanya camna nak buat tak pe la..ni call suruh datang buat..sedangkan aku dah settle semuanya!!!

Contoh situasi :

Ada budak kelas aku 2009 nak pindah sekolah dlm masa cuti..ok..pastu dia nak segala dokumen mcm buku kesihatan, buku kemajuan..bla..bla..Jadi perlu beurusan dgn pejabat....Tapi bleh plak umat manusia kat situ srh budak tu call aku..Kata suruh ambik sendiri dgn guru kelas sedangkan aku dah serah semua kepada pejabat...

Ini semua kerja malas, kau malas nak ambik kunci pastu ambik benda tu dlm bilik kaunselor..Pastu kau srh aku yang duduk kat rumah datang semata2 untuk bukak bilik tu ..Sedangkan kunci dah sah2 kat depan mata...sendi2 at ur pelvic area mu mmg malas bergerak...Bangunla wei.....nanti coccyx kau sakit klu duk lama2...(kang dah kuar bahasa biologi aku!). Kau tak kesian ke srh parents budak tu tunggu lama aku nak bersiap, dtg jauh2 dr rumah sedangkan benda tu dah ada dekat dgn kau..

Kalau mcm tu buat apa kau suruh semua cekgi serah dokumen student sebelum cuti...Buat perangkap habuk dlm bilik dokumen ke????Baik aku bawak balik rumah pastu suruh budak dtg ambik kat rumah aku..Jimat minyak kereta aku..benci aku..

Sekarang aku paham apa itu yang dimaksudkan dgn KARENAH BIROKRASI..Kerana adanya org2 MALAS inilah menyebabkan orang lain jadik susah..Benda yang tahu dikatakan tak tahu...maknanya kau sanggup buat BODOH..Paham ke? Aku kalau depa call kot nak tanya ada apa2 yang depa tak reti nak buat ke...aku tak kisah..aku sedia berkhidmat..berbaloi gak aku drive 40km pergi balik...tapi kalau benda yang aku dah settle dan tersangat remeh..aduyai!!!...Lemah aku dgn manusia2 mcm ni....

Aku rasa nak pi hambur botol cili je kat muka...ni semua tak lain tak bukan...MALAS!!! Tau cukup masa nak punch balik..dtg buat kerja berkira..pastu kite yang berpelajaran ni...kita yang klu nak kire pangkat lagik tinggi dari dia...bukan main terpaksa menunduk semata2 nak srh depa buat kerja yg memang pun kerja depa..nak mintak photostat mcm nak mintak tangguh hutang dgn along je...Muka pun kelat je...muka tak bleh blah..menyampah aku tgk!!Masa ni la setan kat kepala aku mula membisik "hmm mmg patutla dia kerja cam ni!"

P/S: Jangan salah paham (tgh i mare2 ni jgn u all nak buat salah paham..buat masa lain bleh? :P)Aku bukan berkira sgt pasal pangkat darjah wang ringgit..aku bleh kawan dgn semua org..yang penting kau tu hormat aku..aku pun hormat kau..ada paham?? :(

Sunday, December 27, 2009

Mengidam lagi..

I suka tau buat kenyataan kontroversi...
Tapi skang saya teringin nak mkn benda2 mcm ni...
Sedapnya....

paddington2



paddington 3


Azam baru? Owh sama je..jadi lebih baik.
Bukak tahun baru ni saya tak de baju kurung baru..
tiada kasut baru..
tiada alat solek baru...
tiada tudung baru...
tiada make up baru..
tiada beg baru...

Tak macam tahun2 sudah..selalunya saya buat baru bila nak masuk thn baru..
konon nak bagi semangat skit sblm start keja selepas lama bercuti..
Tapi ntahla..kali ni rasa malas..malas..nak pi shopping pun malas..
tapi bila tgk baju masa nak pi kerja semua buruk2ss...
NTahla...sbb bila nak shopping rasa mcm rugi je buat baju saiz gemuk ni..
ntah..ntah..malas..malasssssssssss!!

Thursday, December 24, 2009

Bangga.

AMARAN : ENTRY KURANG GAMBAR YANG MEMBORINGKAN SERTA PANJANG BERJELA TAPI I PUNYA BLOG I PUNYA SUKA LA KAN? ;P
Fuh...sakit pinggang bagi result kat budak kelas tadi. Secara keseluruhan untuk 3 kelas yang aku ajar, considering yang bebudak sekolah aku yang bukan dikategori excellent sbb yang excellent tak sampai 5% pun, lebih kepada sederhana lemah, maka hari ini, aku sbg seorang cikgu merasa syukur, bangga dan puas hatilah dgn pencapaian students aku.

Mungkin bagi cikgu kat sekolah yang studentnya tak payah diketuk sgt sibuk kira berapa ramai yang tak dapat A (sbb ramai sgt A so depa tak heran dgn A), tapi di sekolah aku, kami sibuk kira berapa A dan berapa yang E. Sekolah yang studentnya excellent target brp byk student straight A tapi sekolah sederhana target brp peratus students yg LULUS. Sekolah excellent cikgu depa tak heran dah dgn bilangan lulus sbb confirm bebudak depa lulus. Sori..mukadimah terpanjang plak sbb nak korang paham kenapa I berbangga hari ni. Nanti kang korang baca ni mana tau la kan....dlm hati ckp "ala..tu pun nak bangga, sekolah si anu tu berlambak sains dia A". Suruh puji pun tidak juga. Tapi suruh paham. Agar korang tak berdosa ngutuk i kat depan laptop!! Hihi!

Aku ajar 3 kelas, 3 Bestari, 3 Dedikasi dan 3 Kemas. Aku jadik cikgu kelas 3B. Sekolah tu ada 3 aliran ikut subjek KH (elektrik, pertanian, perdagangan/ert). So kelas 3B merupakan kelas kedua kalau ikut streaming dlm aliran Elektrik (i'm not sure..betul tak depa panggil elektrik..tapi yg penting depa belajar elektrikla..). 3D plak kelas sederhana n 3K kelas student lemah yang kebanyakannya dtg sekolah untuk berhibur sambil mencari pasangan hidup walaupun muka tak berapa kacak dan berminyak2.

3 Bestari (41 students)

Walaupun di kire kelas ke2 dlm aliran diorang but most of them mmg jauhlah bezanya kalau nak banding dgn budak kelas 3A. Kebanyakan jenis yang selalu dapat markah 40-60% mcm tu. Cuma beza dia dr kelas yang lebih lemah ialah depa jenis mudah dgr kata. Sekali aku ugut je or kasi tabligh depa cepat insaf w/pun kejap. Most of them kalau aku pesan wat kerja sekolah, depa buat. Kalau aku tegur pun depa cepat2 diam. Bila ajar dan tanya balik jenis cepat pick upla jugak, boleh jawab soalan dgn betul cuma silap depa ni jenis tak sayang dan tak hargai dgn kebijaksanaan yang Tuhan dah bagi kat diorang. Jenis malas nak buat ulangkaji dan tak berhati2 bila jawab soklan biarpun dah diberi tips!!

Kerja sekolah kena bagi kalau tak, kat rumah benda lain dibutnya. Adalah yang bermasalah dlm kelas ini tapi tak ramai dan aku masih boleh kawal. Depa sgt lah hormat+gerun dgn aku..hihi. Tapi aku sayang depa sbb sblm ni aku pernah ajar budak cha alif nun ya ramai, yang jenis along, kalu tak puas hati pancit tayar/gores keta cikgu tu. Maka bila dapat jadik kakak angkat (tak hingin aku nak bahasakan aku mak yer..i mude jelita lagikk!) depa setahun, aku amatlah bersyukur dapat budak yang senang aku nak mintak tolong, senang ajar, senang nak handle, kebersihan kelas terjaga..semualah!


P051009_09.06

Sayang korang tau...panggil I Princess Annis lagikkkkk!! muahhsss!! ;)

Secara keseluruhan 19 org A, 20 org B dan 1 C untuk subjek sains. Yang dapat C tu mmg agak unexpected sbb selama ni dia tak pernah fail. Memang dia juga tak excellent tapi biasanya result PMR lebih tinggi dari exam sekolah. So aku target at least utk PMR dia dpt B ke atas sbb selama ni sll score C, mungkin nasib tak menyebelahi dia. Apapun saya sgt puas hati bila tgk ramai A. Ada sorang student tu dapat 7B 1A..dan yang A tu sains..mana akak tak bangga kan?? ;)

P051009_09.09

P051009_09.11

Oppss..saya berselipar jamban ketika itu..kasut ada lam bilik guru. Terlupa nak salin masa masuk kelas ;P

Aku jarang nak ambik gambar dgn student sbb aku tak berjiwa kecikguan yang penyayang sgt kot...haha. Ambik pakai hp je. Ni pun last day sblm PMR. Masa susun meja. Nampak tu rotan besau kat tangan. Hehehe...Actually not mine....Aku tak pakai rotan pun..masa kemas kelas tu terjumpa. Rotan cikgu disiplin yang tertinggal kot.

3 Dedikasi (46 students)

Kelas ni pulak walaupun kategori sederhana tapi bisingnya kalah pasar kat Chow Kit. Mmg aku dah banyak kali hilang sabar. Larang kejap senyap, pastu bising balik. Diorang tak bodoh tapi suka jadik bodoh. Geram sangat. Bukan aku je yang selalu lose kontrol tapi cikgu lain pun sama. Semua cikgu yang ngajar kelas ni mmg komplen kelas ni bising, banyak mulut. Yang bisingnya bukan pompuan tetapi lelaki. Time mengajar kelas diorang aku selalu hilang suara. Mengajar kena menjerit..kalau tak tenggelam suara u!

Ada je modal depa nak bercakap. Kalau bercakap tu keluar duit emas kat aku tak pa gak. Ni buat pencemaran bunyi je lebih. Tapi masa hari Mohon Restu, kebetulan aku tak pi dewan..budak lelaki satu kelas mai mintak ampun. Ada yang menangis, cakap"banyak2 cikgu yang ajar, cikgulah yang ajar saya boleh paham tapi saya silap sbb sy tak balik ulangkaji..skrg baru sy rasa menyesal, Bila nak tidur terpikir apa yg cikgu ckp".

Kelas ni kalau peksa, separuh fail...w/pun mcm2 aku bagi tips, tunjuk video, buat simulation, teknik menjawab tapi depa akan ulang kesalahan yang sama. Sebabnya...depa sibuk bercakap dan tak pay attention dlm kelas!! Nasib baik result tadi adalah 5 orang dpt A, pastu semua lulus...huh lega!

3 Kemas (42 students)

Huhu..kelas ni lah kelas yang paling fening sekali.........dgn masalah disiplin, dtg sekolah tak bwk apa, kes terlebih ajar, ponteng, mls buat kerja, menyanyi je dlm kelas, lebih suka bincang topik bab seks je walaupun sunat pun lom kering! Lebih suka terlompat2 dlm kelas sbb terlebih supply karbohidrat serta amat berminat mencari pasangan hidup dari belajar serta bakal menjadi 'lawyer' nnt sbb byk je idea dia nak menjawab kalau aku ckp/tegur apa2.

Kalau tunggu kat makmal, mau setengah jam baru sampai w/pun jarak kelas diorang dgn makmal dua tempik aje9depa suka buat rondaan serta tawaf dlm sekolah...praktis nak jadi guard pak Aji). Terpaksalah aku jemput depa kat kelas. Buku nota mcm belacan. Kasi kerja sekolah tak pernah nak buat. Kalau cubit pun dah kebal dah sgt diorang. Ultraman pun ada masa jadik lemah (time lampu merah kat dada tu kelip2)..tapi depa adalah jenis Joker dlm citer Batman citporahver tu. Byk akal ke jalan yang gelap berbanding ke tempat terang...huhu...Memang kalau duk lama2 leh darah tinggi aku!

Peksa sekolah paling tinggi pun sorang lulus. Pastu yang lain lebih suka benor huruf E. Time bagi balik paper exam pun depa sikit pun tak teruja mcm aku dulu masa nak tau markah. Bagilah soalan yang pernah kita buat latihan pun diorang lebih suka membiarkan kertas peksa diorang suci murni dari ternoda..duh! muliyaaanya korang!

Nak peksa PMR sorang pun tak dtg mintak maaf ke, pohon restu ke..siap tererempak dgn aku leh mintak pinjam pen lagik. Suka hatilah..korang mcm2 mana pun, tak pernah cikgu tak masuk kelas korang, cikgu tetap ajar, tetap semangat..sama mcm cikgu ajar kelas B dan D. Biarlah korang tak hargai pun. Biarlah kertas photostat yang pki duit cikgu tu korang tak pandang pun. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Cikgu nak cari rezeki yang halal untuk anak2 cikgu.

Apapun banding kelas lain yang buat saya bangga sbb hanya 3 org je tak lulus...!! Wehooooo!! yang lain lulus...sorang yang tak lulus tu pun yang mmg dah dibuang sekolah sbb sll ponteng.

.

.

.

.

.

So overall....hanya 3 org je budak yang i ajar tak lulus. Oklah tu. Rasanya dah bagi all out dah.

Alhamdulillah! :)

Satisfaction of being a teacher has been paid! Thank you guys!

Bukan duit..bukan harta yang saya mahukan balasan...result peksa tu yang cikgu harap!

Cikgu tak dapat bonus lebih pun kalau korang semua score A tapi lebih pada kepuasan diri!

(^c^)


Apa nak di kata?

Jap lagi kena pi sekolah. Hari ini budak ambik result PMR. Cam ne la result diorang nnt. Aku dah cuba yang terbaik terpulangla kat diorang plak. Sekarang yang tgh pikir ni apa aku nak respon kat budak kelas aku masa bagi result nnt.

Kalau yang lulus cemerlang tu senang citer..ckp "tahniah..teruskan usaha utk SPM nnt!"..tapi kalau yang gagal? Kalau yang jenis terima je tak pe..tapi yang nangis tu..seriously aku tak tau nak ckp apa klu berdepan dgn org yang menangis ni...takkan nak cakap "tu la masa cikgu suh belajar sibuk nak main, bercakap. Bila tegur, sengih2. Skang rasakan..tu la degil sgt. Kecik2 tak nak *&&%%&&^!"....tak nak? err....takkanlah aku sanggup nak kata cam tu. Tapi aku jugak bukan jenis skema nak pujuk2 dgn kata2 yang ala2 berhemah ni..

Kalau budak kelas lemah lain citer..thn lepas tak de yang nangis pun psl depa sendiri mcm tak kisah pun result depa. Yang dtg ambik pun setengah je..pastu ada yang smpi skang tak ambik2..hihi! Tapi thn ni sbb aku pegang kelas kedua terror maka mereka lain emosinya. Huhu..fuh jgnla ada yang nangis...!!

P/S:Jap lagi bwk tisu sekotak~!



Thursday, December 17, 2009

Peha Ayam

Benci tgk my thigh, my legs, my waist yang sgtlah berisi. How come u all lemak boleh buat port kat situ??Susah mak nak carik seluar tau!. Kaki dahla pendek. Jeans sekarang ni pun satu hal semua jenis lower cut supaya si pemakai bleh menayangkan brand sp*nd#r dan back cleavage yang ada. Benci betul tgk org pki jeans mcm tu. Sumpah kalau i kurus pun tak teringin nak pki jeans yang keji begitu!! Geli!!

Ok back tu masalah berpeha drumstick dan berpinggul lebar...huhu. Sungguh tepu dan degil tahap gaban. Kalau boleh disedut dgn straw dah lama buat. Giller tebal!! Kalah buku teks sejarah or Addmath! Benci! Jeles tgk org yang siap ada gap lagik! Kaum perempuan ada paham ka???

Nak ke gym satu pikir duit..sayang woo...hampir dah kami laki bini pi join member tapi bila pikir balik...ntah ada masa nak pi ke tidak..kalau pi pun sure kena pi asing pasalnya..kat mana nak tinggal E-in? My MIL? Cukuplah dia dah jaga time saya kerja.

Adalah i buat research sket kat youtube tgk senaman utk kecikkan lower part. Try dah buat..huhu baru sekali dah menderita! Harap aku rajin cuba..ada banyak video...u all leh cari lagi..Ni antara yang saya jumpa. Bagus utk menghilangkan lemak kat inner thigh!


Selamat bersenam! Semoga peha ayam KFCku ini boleh bertukar menjadi peha budak SNSD! Ahaks! Akak jeles dik!





Monday, December 14, 2009

......dalam kepala saya...

Saya tak ada mood utk berblog..
kadang rasa nk stop je berblog sbbnya saya rasa blog ni tak de org baca w/pun mmg tujuan saya buat blog sekadar utk syok sendirik, meluahkan perasaan sedih gembira duka selain nak buat kenang2an...nak tulih diari aku rasa bukan tahap umor aku sesuai nak berdiari ni...I'm not a teenager anymore la...huhu..next year dah bertukar nombor plat depan dah pun..huhu..

Saya tak de mood bila tgk cermin...Ini kes biasa...mek anese vs cermin!
Lemak saya mmg tepu! Dah berbulan diet tapi skit pun lemak sy tak terhakis! Sadis!

Saya tak de mood nak buat kerja rumah..tak de mood mengemas...
Kenapalah saya ni selalu malas? Masak pun macam kena paksa...

Saya tension bila pikir masalah E-in yang tersangat aktif sekarang ni..Kadang smpi out of control! Saya benci dgn perkataan SABAR sbb sy dah muak dgr... Jaga kanak2 istimewa yang hyperaktif mmg mencabar minda, perasaan, iman..semualah..!! ;( Tangan cepat je mencubit tampar(w/pun selalu rasa bersalah tapi repeatative behaviour E-in mmg blh buat sy hilang sabar!). Menjerit mcm Tarzan jelmaan gorilla gila naik minyak mmg dah selalu sgt!

Saya juga benci bila org tanya autisme ni mcm mana..so bila cerita..bla..bla..pok..pek..pok..pek..responnya "ala biasala tu budak nakal..anak i lelaki pun nakal jugak, tapi i tak pernah nak naik tangan". Oh please la.. jgn kau banding dgn anak kau yang sempurna tu...kalau org tak alami, tak tgk korang takkan paham kenapa saya cepat nak marah, tension, berair muka kelat....Dtgla sini ambik E-in ...sila jaga seminggu....kalau dlm masa seminggu u all boleh sabar dgn barang dlm rumah yang rosak dan tak bertukar jadik raksasa gorgon yang kaler hijau lumut mmg tabikla. My mom yang kerjanya cikgu tadika pun surrender!

Sekarang timing dia siang hari tak mo tidur w/pun puas sy cuba menidurkannya...last2 sy yg tertlelap(sbb tak cukup tidur n rehat) seminit dua tapi akan terbangun dlm keadaan terkejut sbb takut dia buat benda2 bahaya....sungguh me'migrain'kan kepala sbb terkejut mcm tu..mmg tk bagus utk kesihatan...dah lepas Asar baru nak tidur, kali ini dihalang pun tak guna. So bila biar tidur, pukul 10-11 mlm dia berjagasmpi ke pagi esok...dan sudah tentu sy akan jadik mcm Zombie keesokkannya!!!..
Saya/husband tak boleh tidur kalau dia tak tidur sbb takut dia main benda bahaya....w/pun segala precaution kami dah buat.......simpan semua barang2 yang berbahaya, kunci toilet...tapi anything can happen maa.....!!

Saya mls nak jawab soklan "anak kau yang second dah besar thn depan dah masuk 5 thn dah...bila lagi kau nak beranak?". Aduh! 5 thn bagi budak Autisme mcm E-in ni umpama ada anak umor 1 1/2 thn! Jgnlah banding dgn budak umor lima tahun yang normal yang sudah petah berkata2, bertanya itu ini, paham arahan, tahu waktu tidur dan makan, tak pakai lampin, tak menyusu botol, boleh mkn minum sendiri, boleh di suruh itu ini, pham perkataan jangan, tak boleh buat, tahu mana bahaya mana tak semua tu......bla..bla...

Ingat saya nak dua org anak je ke? Saya nak lebih dari tu la.....tapi tak de lah banyak sgt..4-5 org pun sudah baik..tapi kita merancang..tuhan yang menentukan. Saya ditakdirkan ada anak istimewa yang memerlukan perhatian yang double triple extra, mana mungkin saya menimang lagi cahaya mata yang lainb dlm masa terdekat ini. Hani pun kadang saya rasa dia kurang dapat perhatian. Alhamdulillah dia seorang anak yang baik, pandai berdikari dan tidak menyusahkan. Kalau apa2 dia suka buat sendiri, kalau tak boleh baru mintak tolong saya or hubby. Dia faham umi kena jaga E-in. Terima kasih Tuhan.

Banyak kali saya bagi tau En. Majdi..'kalaulah E-in tidak begini, maybe saya dah ada tiga anak now ni, or mungkin next year dah boleh plan another one'. Sebab itulah saya kadang jadi heran kalau ada org yang tak nak anak ramai..nak sorang dua je, sedangkan anak2 semua normal, berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan...kalau saya di tempat mereka..angka dua itu bukan pilihan. Saya tak nak bila dah tua kesunyian.Saya tgk FIL saya meriah dgn anak2 dan cucu2. SERONOK!

Tapi apakan daya belum masa yang sesuai utk saya menimang anak lagi dlm waktu sekarang ni. Selagi E-in belum boleh berdikari, boleh bercakap, boleh communicate dan faham, tahu yang mana bahaya dan tidak, selagi itu saya merancang utk tidak menambah anggota baru... tapi kalau ditakdirkan saya mengandung sy terima. Cuma seboleh mungkin dlm tempoh ini kami cuba utk plan dulu. Tengok perkembangan E-in mcm mana.

Saya tidak menyesal atau marah kerana dianugerah anak istimewa ini, yang saya doa ialah semoga E-in akan berubah menjadi seperti kanak2 sebaya dgnnya. Biarpun tidak sesempurna yang lain tapi sekurang-kurangnya dia mampu berdikari tanpa menyusahkan sesiapa kelak.

Byk benda saya fikir. Risiko kalau saya mengandung lagi sekali utk berulang pun ada. W/pun semua ini kuasa Tuhan tapi saya minta Tuhan jauhkan. Cukuplah dgn E-in sorang w/pun saya tahu Syurga jaminan utk insan begini tapi saya tak rasa saya mempunyai kekuatan dan kesabaran utk menjaganya. Saya juga fikir bila dah nak start hantar dia ke tadika/sekolah khas yang memerlukan saya utk ambil cuti tanpa gaji sbb saya bimbang nak biar naik bas/van sendiri. Banyak sgt okey nak kena fikir!

Sekarang saya sudah penat, letih dan akhirnya badan saya jadik sakit. Perasaan pun sakit. Mak saya pun kesian tgk muka pucat tak terurus saya. Saya mahu rehat tapi saya tak boleh.....!!!!! :(

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers