Wednesday, May 27, 2009

Siapa Tuhan?

Since aku kerja hospital, aku nak cerita la skit ada kes kelahiran yg tak boleh survive..Ni rentetan entry Mommy Lyna psl kelahiran Fahry. Actually, lama dah cerita 3-4 bulan lps tp sibuk, aku lupa nak buat post.

Pd biasanya mmg bayi pramatang/ lahir dgn komplikasi sukar survive...Bkn biasanya sbnrnya, tetapi ayatnya adalah kebanyakan kes! Cuma kdg aku tidak suka cara doktor/ nurse bagitahu mcm tu pd kita dan bygkan kalau bagitahu pd parents..Silap2 yg takleh terima, boleh buat gempar! Psl tempoh hayat bayi itu boleh hidup...

Aku pernah ditanya, "Puan, mcmana kita nak create bla-bla-bla..utk register bayi ni? Sbb doktor kata, selalunya kes mcm ni tak hidup...1-2jam kemudian mati." Mmg aku terkedu dan aku rasa sgt marah (serta sedih). Doktor tu Tuhan ke?

Bayangkan parents bayi tu kalau dengar, sekrg bayi tu lahir bernyawa tp kita dah bayangkan bayi itu akan mati...Kebenaran mmg menyakitkan. Mungkin niat doktor dll adalah utk tidak memberi harapan palsu tetapi tidak ada ayat lainkah? Tidak bolehlah tunggu betul2 bayi tu mati baru kita ambil tindakan?

The Other Side of Putrajaya

Pemandangan tasik yg berdekatan

Haa...Teka di mana ni? Well, satu hotel resort di Putrajaya...Sungguh tak pernah tahu ada resort mcm ni, yg tahu IOI -JW Marriot tp bila tgk alamat Pullman Lakeside Putrajaya, mmg tak tahu ceruk mana! Check-check, rupanya di Presint 5 dekat PICC tu.........Okay.

Hmm...Driver India yg htr dah sengeh2 (apsal ntah), tp bila di seminar tu rupanya makna Pullman tu dlm Tamil adalah lucah. Wohooo ! Maybe org yg pilih nama resort ni taktahu...Maybe dia nak international sgt kan?! :p

Saiz pensilnya, lebih besar dari yg biasa..'Size L'


Seminar tu fruitful...Memang benefits aku dan kwn2 yg manage an IT organization/ department. Ada jgk rasa mcm dok revise syllabus PTK! hehee...apa pun, mkn yg dijamu mmg best! Q pun tak pjg sgt sbb participants less than 40 (around 35-38 kot). Konsep bistronya adalah modern kotemperari-merah putih!

Sempat lagi posing sebelum lunch


Kata bellboy tadi, rate resort ni kalau weekdays mahal leh cecah ribu tp kalau weekend, leh dpt RM199.00 je! Best gak....
Nak balik dah!


*Utk gmbr2 lain sekitar resort, sila ke fotopages aku ye !

Friday, May 22, 2009

Mengharap Keajaiban

Sebenarnya sejak Sabtu lepas aku balik buat kerja di hospital, aku tidak berapa sihat...Pening, migrain, meloya dan kerap kencing. Huh, susah nak kata pegnant sbb next period lmbt lagi!

Simptom ni berlarutan hingga pagi ini....Mungkin jugak BP rendah. Ntahlah, ada blood string pula kdg2! So semlm balik dari meeting luar, aku gie Klinik Staf. Rupanya kencing kotor, -ve pegnant! emm..Pagi ni doc.suruh dtg lagi utk repeat test. Takut jgklah infection lain dahle mcm2 wabak skrg ni!

Well, bagi org yg susah conceive...Sbnrnya di hati tu harap2 jgk ada kes 'accident' dsb mcm org lain. Teori perubatan mmg cenggini. cenggitu tapi dgn kuasa Allah berlakulah keajaiban dan keajaiban itu yg sedang kuharapkan!

Emm....Psikologi aku je kot?!

Thursday, May 21, 2009

Berapa BMI Korang?

Dulu kan aku kata aku sedang mengalami penurunan berat yg konsisten dan semakin ramai yg menegur aku kurus melidi mcm budak sekolah skrg! Uhh...Aku ingat sure lah aku ni kategori underweight dan BMI(Body Mass Index) pun rendah.

Rupanya IDAK !! Hah...Sungguh terkejut dan terkujat kan?! Aku timbang baru ni time Nurses Day, tinggi aku hanyalah 151cm (yg mana sblm ni aku perasan aku tggi skit=155cm :p) dan berat aku adalah 44.6kg! Ohh..Sungguh aku tak sangka berat aku seberat itu! BMI aku dah ideal ... Ihii. Mana idaknya, dah berbulan aku rasa makin kecik dan ringan (ingat2 dlm 40-42kg je)! Emm.. dah bersalin 2x kan, manalah nak dpt berat sebelum pegnant balik. Nonsense & berangan !!

Enough on berat yg tak berat sgt tu..Tp kenapa walapun berat, aku masih kelihatan cekeding? Berat di mana ye?!! Hubby ada jwpn nakalnya....Hmm, tahu jerlah kalau ibu BF nih. Hee...Kalau korang nak bygkan bdn aku, mcm Lisdawati skrg (dlm citer Matahari episod semlm yg dia pakai jean dan sweater belang tu)! Uhuu...Sungguh kurus lah, sikit lagi jadi Victoria Beckham. TIDAK !


Aku tak kisah BMI lah..Sebenarnya aku pentingkan rupa fizikal. Harap sgt leh nampak berisi skit! Taklah mcm pauh melayang ditiup angin.........Korang mcmana? Concern sgt ke pd BMI?

Gmbr sebelum pegnantkan Aliah
Gmbr time pegnant 34 minggu

Gmbr 2 minggu lepas


'Virtual' Award

Aku sbnrnya tak tahu kenapa aku selalu x dpt view blog My Superchild dgn penuh. Selalunya kurang gmbr dsb atau mmg formatnya begitu...Tp dia baru bagi aku award, which is aku tak nmpk pun rupa dan nama award tu! Hee..Anyway, terima kasih wak bg saya award. Ni yg ke2 aku dpt! Betul lah tu.. Sibuk (buat2) dgn H1N1 tapi kan;

PUTRAJAYA – Malaysia disahkan bebas daripada penularan tempatan bagi virus influenza A (H1N1) berikutan tiada sesiapa pun daripada orang yang ditemui dalam dua kes yang disahkan pada 15 dan 16 Mei lepas turut menerima jangkitan sehingga tamat tempoh inkubasi virus itu semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tempoh inkubasi virus itu adalah tujuh hari daripada pendedahan yang dikira dari 13 Mei lepas, iaitu tarikh kedua-dua pesakit tersebut masuk ke negara ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kesemua 222 orang yang dikuarantin di rumah kerana terdedah kepada dua pesakit itu sebelum ini akan turut dibebaskan jika tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.


Fakta tentang Mommy Lina yg saya 'kenal':-

1. Seorg ibu yg mempunyai anak bujang yg anak bujang sulungnya umur sebaya dgn Aliah dan perangai lebih kurang sama (Oct.kan?)
2. Seorg ibu yg gigih dlm usaha menyusukan anak-anaknya.
3. Seorg ibu yg berjaya mempengaruhi aku membeli beberapa produk utk menambah produksi susu :p (tak habis2 sampai skrg)
4. Seorg ibu yg bijaksana dan rajin buat homework utk blognya serta berkongsi semua ilmu itu dgn bloggers lain.
5. Antara kwn blog yg aku teringin nak jumpa tp tak jumpa2 gak (dari dia di Miri balik kejap2 ke Damansara, then dia balik Miri bersalinkan Fahry dan akhirnya balik semula sini)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:

1. Aku suka shopping, walaupun duit skit aku still manage beli apa2 dgn jumlah yg mampu (aku elakkan guna c.card ye!).
2. Aku suka memesin, menjemur dan melipat baju (tidak utk meng"iron")
3. Aku suka aktiviti lasak spt hiking, camping,snorkelling,etc.
4. Aku tidak pernah gemuk (uhh..gemuk yg org nmpk gemuk, bulat, debab dsb) walau apa jua aku mkn dan situasi yg aku lalui (setakat ni lah,masa dpn wallahualam)
5. Aku tidak tergolong dlm golongan budak scorer/ cemerlang tetapi aku kira aku ni seorg yg murah rezeki dan 'bertuah'!
6. Aku suka membawa brg jualan org tetapi tak pandai2 gak nak start business sendiri! (baikk kan...asyik 'kaya'kan org lain-bkn org lain pun, kwn2).
7. Aku kawin dgn kwn chatting YM :p hehhee!
8. Aku ni sgt suka membaca sbb tu mataku rabun cepat (pakai spek seawal 11 thn). Dulu zaman sek.rendah suka baca Enid Blyton series dan arwah bapakku sering order utkku.Tapi bila besar, dah sedikit mls dan 'tade masa' utk habiskan sebuah novel pun! Tapi minat baca tu still ada ke arah blog dan majalah2.
9. Disebabkan perasan leh jadi wartawan dan sukakan aktiviti lasak (konon nak jadi Wan Zaleha Radzi yg cantik tu), aku pernah nak apply course Mass Comm.
10. Aku tgh usaha nak tmbh berat badan dan tmbh zuriat.

Aku tak pasti org2 di bawah ni dah pernah terima award ni ke tak..So awardkan award virtual ni pd :-

1. Jari Jemari, sepupu hubby yg sgt sibuk berkursus, suka dan very committed dgn kerjanya.
2. Yaya, seorg ibu yg cute dan vogue lagikk suka shopping.
3. Beautiful Life, kwn sekolah menengah yg pakai braces waktu sekolah dan sama2 menge"tape" lagu2 best di radio 15 thn lalu.
4. Nahartinie, kwn sekolah menengah yg rajin mengupdate blognya dan aku tak tau sbnqnya hang ni P.A di gov.agency/ private firm/ GLC.
5. Me, kwn U yg di UK tu amboihh..lama sungguh ko menyepi!



Monday, May 18, 2009

Green Day

Haa...Teringat kumpulan Greenday? Huh...Sewaktu menunggu result SPM dan semasa di Matriks, aku antara penggila muzik genre underground. Greenday,OAG, dll antara group2 yg aku suka! Ahahak.....

Well, dlm satu dunia heboh dgn Influenza H1N1 yg menular aku terpaksa gak datang ke hospital ni utk tugasan yg berkaitan...Uhuu, mana nak lari kalau dah keja di hospital. Walaupun baru 1 kes, dpt dilihat kan betapa semua org jadi resah dan panik dan warga hospital sendiri mengambil langkah berwaspada mcm lah patient ni VIP mana (VIP dlm kategori tahap keseriusan wabak ini lah).

Sibuk mengemas di surau

Nasiblah aku kerja bkn direct contact dgn patient...So aku berani lah bawa Aliah dtg sama. Bila bosan2 duduk di atas yg sejuk gedik tu, aku bwk dia turun jln2 kat kolam bwh. Dia ingat ada ikan, tp hanyalah 'ikan2' (daun2) kering yg penuh! Well...She seems enjoying her 'green moment'. Baguslah, suka nature jugak !!

Muka galak menengok 'ikan'

Go green ibu ..green...

Monday, May 11, 2009

Terima Kasih

Sebenarnya agak ketandusan idea nak tulis apa..Tapi rasanya, rentetan sambutan Hari Ibu which is better than last year kena gaklah tulis. Ehhe!

Tahun ke4 menjadi ibu, walaupun tahun ke2 menyambut Hari Ibu bersama Aliah..Tahun ni alhamdulillah, aku beterima kasih atas byk org dan byk sbb.

Terima kasih kpd Allah krn mengurniakan aku 2 org zuriat yg mana ku dpt menikmati nikmat menjadi seorang ibu...

Terima kasih lagi kpd Allah krn mengurniakan rezeki susu badan utk ku besarkan anakku...

Terima kasih juga kpd hubby ku krn cuba memahami dan menyokong usaha2 ku menyusukan zuriatnya dan "home-cook" utk kami 3 beranak...

Terima kasih lagi kpd hubby krn menghadiahkan sebijik oven yg ku 'idam'kan...Hehhe, abish la lps ni kena belajar resepi membakar dan memanggang pulak!

Terima kasih kpd kuarga hubby krn beri peluang aku masak dan menjamu mereka pd tahun ini.. Hehhe, sorry la kalau resepi diberi kurang menyengat!

Terima kasih kpd kakak2 ku yg tidak lupa memesejkan ucapan..........

Abaikan pandangan atas yg kurang seksi tu :p
(mcm ada isi 4 bulan..ada, isi perut lah)

Friday, May 8, 2009

Aliah@19months

On BF
Masih penagih yg tegar ! :p Siap boleh kiss2 my nip. and say sedappp..........or Maseh (terima kasih) everytime she finish her session. So cute kan ?!!

On FM Taking
Alhamdulillah berkat doa dan 'usaha' kami, Aliah dah willing to drink her 'milo' FM (Pediasure choc.) everyday, min. twice a day (2.5-3.0 oz per drink).

On Solids
Since her dramatic changes on FM, her appetite towards food slowly shows some decrement which is quite sad to me! Tmbh2 bila diberi dia kebebasan suap sendiri...........Dia mkn lauk je! Takperlah, sekurang2nya dia masih mkn.

On Style & Fashion
Like mother, like daughter...Suka sungguh berangan belek2 baju mcm kita shopping, pilih baju yg cantik je nak pakai (cantik di mata dia lah), sibuk gak nak gesek lipstik bila tgk kita pakai, sgt teruja dgn baju, beg dan kasut baru!

On Colors and Toys
Suka menconteng, guna drawing tablet yg kitaorg beli tu...Beli jgk drawing blocks dan crayon serta baloons utk main2.

On CD
Aha...Aku mengalah lah CDkan Aliah mlm2 time tido sbb dia sng bocor. So maintain CD di siang hari sajalah! Tp kira okay jgk...Save dah dispo.3-4keping sehari.

On Words
Suka sungguh mumble2 bila nak tido dan juga time happy naik kereta.......Yg cutenya bila kuar ayat2 'Korea' yg tidak difahami.

Thursday, May 7, 2009

Kenapa Aku Tak Pakai Bibik?

Org dulu2 pakai servant/ maid/ bibik/ org gaji sbb anak ramai dan mampu...
Org skrg awal2 dulu pakai maid/ servant/bibik sbb trend, keperluan dan mampu...
Org sekarang tahun 2009 pakai bibik/ maid sbb keperluan !

Perhatikan penggunaan terms2 yg aku listkan tu.........Emm..Byk kiasannya. Sbb dulu2 org anggap pakai servant tu mcm org gaji, org suruhan kita dan sapa yg pakai org gaji tu kira golongan senanglah! Takpun sbb anak ramai........Mcm kakak aku yg cikgu, anak rapat2 and even arwah parent aku dulu pakai org gaji (tp org gaji dulu sedara2/ org Malaysia jugak, yg susah2). Terms diguna pun lain, mcm menunjukkan kasta antara org yg byr dgn org yg bekerja tu! Servant (serve majikan)...

Kemudian dlm tahun 90-an kembali maid ni in trend...Pegi jerlah mana2 rumah samada ada anak rapat2, anak lebih 2 orang ataupun golongan boss-boss mesti ada at least sorang maid ! Org masih panggil maid and servant sbb skop kerja masih sama, serve the boss and take care of the houseworks.

Setelah pelbagai kes spt diracun maid, dijampi bibik, dirompak servant, dilarikan anak oleh org gaji...Org2 kita menjadi takut, kembali kpd hantar anak ke nursery/ babysitter dan grannysitter. Tapi masih juga ada antara kita skrg yg kena amik maid atau nama glamernya bibik walaupun yg kerja tu maybe Myanmar (boeh panggil Maria :p) sbb keperluan. Yer, keperluan utk melihat rumah kemas setelah seharian otak serabut di pjbt, keperluan utk mempunyai masa yg berkualiti dgn anak (bkn 'menjerit2' dgn anak sambil sudip di tgn) dan juga keperluan utk menjadi tukang jaga rumah kalau nak pegi mana2 (bibik la kena rampok dulu kalo org masuk rmh / bibik tlg sama rampokkan? :p)....

Bagi aku, dari awal kahwin aku tak pernah sibuk nak ada bibik....Well, tipulah sbg isteri dan ibu bekerjaya tak hingin langsung ada helper di rumah! Tapi alah bisal tegal biasa...Dlm mulut merungut2 tak smpt buat itu ini sambil dukung Aliah, aku masih tegar siapkan 'semua' kerja rumah aku sendiri! Superwomankah aku? Ehhee...Tidaklah tip top sgt kerjaku. Kalau diaudit, mungkin hanya 75% je kemas! Tapi biarlah, sekurang2 nya aku puas hati........

Jadi kenapa aku tak mahu pakai bibik?
1. Aku rasa aku masih mampu handle semua sendiri dgn bantuan hubby utk kemas (hubby mmg suka bab kemas :p amik ksmptn sbb dia suka deco.) dan tlg basuh serta jemur baju (cik Pana.kan ada?).

2. Aku suka masak dgn air tanganku sendiri supaya aku leh doa2 utk hubby dan anak supaya dgr kata! (:p taklah....supaya mereka lebih syg padaku dan makanan yg masuk tu berkat dan sihat, walaupun pd hakikatnya aku mls bab dapur kecah dan berminyak).

3. Aku takut org apa2 kan anak aku!

4. Aku tak larat dah nak supervise sbb aku tahu tahap mana cerewetnya aku, dah penat dah bising dgn vendor di pjbt nanti balik rumah, tak habis2 lagi keja supervision ni!

5. Aku syg privacy kami dan duit gaji aku! (ahahhaa...)

So kalian yg lain, mcmana? Apa sbb kalian pakai/ tak pakai bibik ?

Perlukah Bercerita?

Dlm rumahtangga, mmg tidak sunyi dari masalah...Bagaimana kita atasinya, itu yg penting. Apa yg penting? (bak kata Wonderpets) kerjasama..dan OF COURSE COMMUNICATION! Kalau pun takleh cakap time hati tgh membara tu, bwk2 la bersabar dan crita pd diari/ kwn2 dulu...

Upss ! Mmg seeloknya mslh rumahtangga tidak diceritakan pd org luar tetapi kdg kita perlukan sokongan dan saranan....Jadi kwn mcmana yg boleh diharap? Bukan sebarangan tahu...Elakkan yg berlainan jenis (jantina) krn nanti boleh timbulkan fitnah dan buih2 rasa yg lain (dari simpati kpd empati kemudian kpd hati..ohh, tak sanggup!) ! Kalau pd kwn sejenis pun, cari lah yg sama2 kepala dan menghargai psgn/ rumahtangga dan anak2......Kalau dpt kwn2 yg 'hantu', silap2 mslh kecil penyelesaiannya mendukacitakan!

Teringat suara rintihan seorg anak kecil bernama Haikal dlm Sinar FM semlm...Betapa anak kecil itu menangis, rindukan ibunya yg meninggalkan rumah 3bln lalu dan bila ibunya telefon semula, ibunya turut sama menangis krn bkn niat ibunya begitu, ttp krn bapanya yg menghalang (kes cerai) ! Kasihanilah anak kecil tu....Jgn jadikan mereka mangsa mslh kita dan INGAT, HUBUNGAN ANAK JGN DIPUTUSKAN DGN IBUNYA!


Selamat Menyambut Hari Ibu
utk semua yg memegang peranan ibu!
* ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, Mr Mama, etc

Wednesday, May 6, 2009

Rajin adik rajin..

Rajin adik rajin, rajinlah membaca..
Bila besar nanti, bolehlah megajar...
Hahhaa! Akhirnya tiba juga saat aku kena baca2 semula dgn detail...Baca spt zaman campus, buka buku tebal dan nota2. Bukanlah tak pernah seat exam bila menjadi penjawat awam ni cuma dah lama dulu confirm dan last aku seat for penilaian ni 2007 utk paper Umum (soalan2 psl dasar kerjaaan dan pekeliling2) tapi tahun ni, aku kena seat utk paper Khusus pula which is direct dgn skim jwtn aku.

Heihhhhhhh..........Kalau tak kerana kwn2 same batch dah naik pangkat, tak jgk aku hegeh2 study semata2 utk naik gaji. Aku mengejar pangkatkah? Well, ada kalanya perlu juga utk buktikan kita pun setanding dan mampu ke tahap lebih tinggi.........

Sbrnnya aku kurang setuju paper Khusus ni...Betul lah ada pendapat kata penilaian ini tidak adil dan tidak perlu kerana boleh hasilkan penjawat awam yg hanya pandai baca buku, exam dan naik pangkat tetapi hakikatnya ada yg lulus tu tak terbukti memberi sumbangan besar atau benar2 buat kerja di pjbt! Huh...Kasar skit bunyinya tp betullah, sbb bila aku tgk contoh soalan alahai, mcm soalan2 pelajar U tahun 2-3!

Bhn rujukan aku..Buku2 sem.1-4.

Kan elok kalau penjawat awam skim teknikal ini diuji kemahiran, dilihat dari segi sumbangan idea dan pendapat di agensi masing2 ? Sama spt penjawat awam bagi beberapa skim perubatan.. Mana leh harap keupayaan kita yg lebih kpd hands on dan leadership ini duji semata-mata dgn soalan2 esei dan teori?

Aku ni dlm kesibukan 2-3 minggu ini, terpaksa amik cuti utk focus study....Di pjbt, mmg susah. Takkanlah nak tutup pintu, sama je nanti hp/ telefon bilik akan berdering juga! Kalau di rumah pula, aku terpaksa tunggu Aliah betul2 nyenyak tido...Baru aku leh bangun study. Tu pun kdg2 aku terlajak sampai pagi, kul 5 baru dpt bangun. Habih kuat, sehari aku dpt study dlm 4 jam! Cukupkah?