Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Bersalin ..ok, berpantang??

Aiceh, mentang2 dah lps lalui saat bersalin yg 'mengerikan' (bak kata hubby) tu, terus nak kuar statement "Bersalin tu ok lg, tp nak berpantang 44hari?? Adoilah..." . Heheee...Aku dah masuk day 15 dan aku rasa, adoillaah lambatnya nak jadi day 51?!! Di mana by day 51 aku dah leh enjoy cuti aku dan gaji aku (kuar jln2 dan shopping bersama anakanda2 terchenta!)!!

Berpantang? Dulu mak-mak kita, ibu mertuaku, makcik2 semua sibok bising kalau kita main lps bebas je tak ikut pantang lps dah kuar hospital....Tapi skrg, baguslaah sbb hatta org bangsa lain pun dah mula nak ikut berpantang sbb tahu dan nak dpt kebaikannya.

Tapi amalan berpantang ni, adakah pada pantang larangnya sahaja atau bilangan harinya? Rata2 pendapat kata kedua-duanya main peranan...Yer, kalau kedua-dua sekali pun kenapa mesti 40hari? 44 hari? Takleh sat2 ja ka, 20hari (kalau betul boleh, aku nak melompat dah sbb tinggal baki 5hari je lagi..hhehe), 30hari?? Dipercayai bilangan 40hari ke atas tu adalah tempoh yg cukup 'cantek' utk badan soerg wanita tu pulih dari kecederaan dalaman dan luaran serta mendapat cukup overhaul (tenaga)...Haaahaa.

Secara rumusannya, dari pembacaan aku beberapa sumber majalah, amalan berpantang ini merangkumi 5 perkara utama ini:-

1) Berurut - minimum 3 hari, maksimum ikut suka, elok2 nya 7-14 hari.
2) Bertungku - seluruh badan
3) Berbengkung
4) Menjaga pemakanan
5) Menjaga tingkah laku dan pergerakan

Kebaikan-kebaikan di sebalik 5 perkara itu :-
1) Berurut - Utk betulkan urat2, keluarkan angin dari dlm badan, memberi tenaga semula kpd badan
2) Bertungku - Utk panaskan badan, keluarkan angin dan percepatkan pengaliran keluar darah nifas
3) Berbengkung - "Lihat perutku yg ramping....", ye tidak salah lagi utk bantu kempiskan perut dgn cepat dan yg tersirat pulak, bila berbengkung jalan dah mcm minah Jepun pakai kimono so takdala buas sgt dlm pantang!
4) Jaga pemakanan - Takleh makan mkn2 yg sifatnya berbisa, gatal dan berangin utk elakkan perkara 1 hingga 3 jadi sia2 :p kalau dah buang semua angin, pi refill balik kemudiannya, so sendiri mau ingatlah!! Huhuu..
5) Jaga tingkah laku dan pergerakan- Ni sama jgklah, takleh kuar bebas sebarangan pi merendek ke berjoget ke berkaoroke kat RedBox ke! Kena dok dlm rumah..Fullstop dan pakai stokin serta sweater (sungguh gila sbb cuaca skrg sgt panas/ berkuap) sbb takmo bagi anasir2 setan dan sejuk masuk badan.

Sejauh mana kita nak iku? tanya diri sendiri sbb badan sendiri yg akan rasa akibatnya...Mungkin tak skerang, tp dipercayai 10-20 tahun lg akan rasa (sbb pengalaman makcik2 dan kakak2). Aku? Nanti laah next2 entry aku crita....Anyway, aku jugak ada nak share pasal pantang sendiri/ amik Confinement Lady (CL).



* Hari aku antar Aliah ke rumah MIL. So masa free dan tak rasa nak tido
leh le post entry2 yg byk bersarang dlm kepala otak ni! Heheee....