Monday, December 19, 2011

Mamak Roti

Teringat makanan masa kecik2, tak kisahla kat rumah atau jual kat sekolah...Sangat nostalgia dan entah ada lagi ke dak sekarang?!!


Kat Tepi Pagar Sekolah

1. Sate ikan

2. Sardine roll (balut suratkhabar)

3. Aiskrim tangkup (aiskrim roti)


Kat Rumah

1. Laksa telok kecai (mai ronda kat rumah bwk moto dgn 'lemari laksa'- mai tadah pinggan sendiri ja,dulu Rm 1.50 je sepinggan)

2. Dadih dan pulut panggang (malam2 dia mai ronda, kami adik beradik amik sampai 1 dulang besaq 20-25 mangkuk-saiz mangkuk sup nasi ayam org jual & esoknya pakcik tu akan mai balik amik mangkuk-hebat kan dia boleh igt rumah mana)

3. Pasemboq / rojak Mamak (konsep sama, bwk moto- yg ni ada lagi di sini pun)

4. Roti-jajan bwk dgn moto (ni ada lagi dan tmbh advance, Indon. bwk siap kuih muih segala..)

Friday, December 16, 2011

Bringing a Baby & 3 kids to the Cinema-What Shall I Expect?

Keep this niat for a long time...Actually, about one year plus when found myself pregnant. But then,postpone- postpone till the baby came out (ehh, mcm kuar dari oven pulak!) :p




So it is time again i guess...To make it happen! Walaa..Mcm wajib sgt kan bwk budak ke wayang! Me, myself rasanya pegi wayang mula2 sekolah rendah. Tu pun sbb my sis in law kerja bank dan tokei wayang Cathay belakang Pekan Rabu tu selalu bagi! Hehhee....Tiket free kan! Ohh..Wayang Cathay tu jadi jadi pusat makanan pulak sekarang! Bukan 1, malah 2...Hehhe, KFC dan Pizza Hut. Siap ada drive thru lagi! Eh, apasal dia tak buat tmpt wayang jugak jadi mcm wayang lebar ke?




Back to wayang thing, my sisters' daughter will be with us over the weekend...Instead of just bawak gi pool, nak pulak bwk depa p tgk wayang kasi teman Aliah! Hahaa...Actually, itu alasan je sbb sebenarnya 'memei' nak bawak Aliah! :p




Dah book, Alvin & Chipmunks tetiba rasa kot Amani melalak ke apa ke....Tapi dah pilih time yg cantik laa, time dia tido! Harap2 dia oklaa, dapat tido dgn nyaman dlm tu...Jangan dia jerit2, sambil tepok dada (konon berdebar2) cukup laa... !! Hohooo...Cakap pasal gaya Amani berdebar2 bila tgk sesuatu yg kuat/ menakutkan, sangat lawak ok?!! Tapi takleh nak describe sini...Hahaha. Just imagine laah....



So back again to tajuk ni...Please advice.

Wednesday, December 14, 2011

Perlu Ke?

Setiap org ada pattern perbelanjaannya...Adakala rasa diri tak boros, tapi nak kategorikan sbg penjimat tak jugak.

Ada orang suka semua yg besar2. Rumah besar, kereta besar, beg besar, cincin besar, laki/ suami besar..Upss,bkn badan besar tapi maybe nak yg berpangkat besar!

Bagi aku, balik kpd apa matlamat perbelanjaan jangka pendek dan jangka panjang masing2 la! Kami awal kahwin dulu dah merasa hidup cukup makan pakai ja, maksudnya takde extra la utk berlibur! Pakai kereta pun 1.000 cc sebiji je -Kenari to be specific was our 1st car dan dok apartment je..Bercuti, outing every weekend kirim salam la. Banyak belanja habis kat keperluan sahaja (serta hutang2 wajib)!

Sementelah dah pernah merasa dan terlatih hidup sederhana, jadi walapun rezeki dah bertambah alhamdulillah kami nampak lebih banyak lebihan skrg! Belanja bulanan pun flexible...Tapi ini tak bermakna kami perlu upgrade kereta dan rumah.

Alhamdulillah dek kerana keperluan keluarga (nak membesar) dan harian, kami beli rumah teres...Tu pun intermediate lot, bukan corner mahupun end lot walhal kalau nak puas hati dan tgk gaji 3 tahun dulu,memang mampu! Kereta pun, baru thn lps sahaja ambil 2nd car utk guna hari2. Itu pun Viva cute jer...Heheh.

Walaupun boleh pakai asing2, buat pe laah nak bersusah2...Kami masih pergi dan balik guna Viva je! Sangat jimat sbb jalan yg sama dan waktu kerja sama...Bila masuk queue, time jammed atau terserempak budak pejabat, memang ada jgk yg kerling tgk kereta comel kami! Sama ada mereka bajet kami sengkek atau mereka bajet kami kedekut....Heheh. Kami lebih prefer yg 2nd tu!

Ye, biarlah kedekut janji tiap2 tahun ada rezeki nak bwk anak2 bercuti naik kpl terbang :p Every weekend boleh kuar kalau rasa nak kuar....Rumah pun walau tak dpt corner, alhamdulillah jiran baik dan boleh lagi di"reno"!

Perlukah nak tunjuk2 mampu berkereta mewah , mampu dok rumah Semi-D/ Banglo tapi tiap bulan menjerut rasa-Itu ini kena potong. Mana kepuasannya? Ini pendapat aku je, tepuk kocek sendiri tanyalah bank dulu...Hehehe.

Friday, December 9, 2011

Excited...excited...excited...........

This weekend ada 2 benda baru nak masuk rumah.....Hehehe !!

Thursday, December 8, 2011

Kerja Semalam


Di pasaran!


Heheh, actually bukanlah amik cuti semata2 nak jamu mata layan Ombak Rindu....Tapi sebab urusan-urusan bank , so ambil kesempatan lah dating sekali!




Gi Wangsa Walk
sbb tadi gi Tabung Haji Selayang



Ceritanya best, aku tak ingat pernah baca tak novelnya....Tapi overall aku boleh bagi 4bintang!


Bang Eron

1. Of course tarikan utama- Pandai penerbit ye, penuh le panggung dgn anak2 dara, mak dara sampai sanggup bwk anak2 kecil masuk sekali (Tak sesuai laah....Ada adegan atas katil laa 30 minit pertama).

2. Sasa, sederhana romantik - Kena laa kot dgn watak


Puan Maya

1. Ok, sesuai - Mula2 memang le rasa tak sesuai sbb dok terbayang2 gaya dan watak dia yg biasanya moden, seksi dan sofistikated.

2. Mulus, ayu dan keibuan


Cik Lisa

1. Over acting - Kurang sesuai watak ni dgn dia, bagi Pasha Sandat ok kot (getik2 la,tp dia sesuai watak ini)

2. Watak angonis yg sederhana


Datin Azizah

1. Spt biasa - Menyampah tapi kena la wataknya tu!

2. Watak antagonis yg sederhana jugak


Lain-lain

1. Sinematografi cantik

2. Lagu membuai perasaan

3. Memang touching even lelaki pun rasa tersentuh



Keseluruhan :

1. Izzah --> Sesuai dgn MK (buang mindset anda psl dia kacukan,dsb) pelakon lain yg sesuai maybe Eira Syazira dan Norkhiriah (tapi kurang nilai komersial kot)

2. Hariz --> Sesuai juga dgn Aaron (penarik utama-sempoi, romantik), pelakon lain yg sesuai maybe Ady Putra dan Fahrin

3. Mila --> Kurang sesuai dgn Lisa (nampak over/dibuat2 - sbb dia muda kot) lebih sesuai dgn Fasha (OMG,tp kena redho Fasha sesuai watak hitam-putih,bitch tp dlm hati,ada lembuuutt) takpun Fazura.


Scenes2 Yg Boleh Dibaiki
1. Scenes berkemban - Tak berkemban pun, seksi kan kalau dah duk dpn mata?

2. Scenes jatuh time kejar Hariz - Dah gitu byk bleeding, tak miscarriage?

3. Walkie-talkie/ Set di blkg seluar MK time Lisa dtg jumpa di bendang - Aiseehmen, lain kali jgn pakai baju jarang le MK!

4. Halau keluar time guruh kilat - Mesti ke utk tjuk betapa kejamnnya mak datuk tu dan menambah syahdu? Kalau betul cuaca gitu,rasa dah mati kena petir tak sempat sampai kg...Hehehe

5. Azizah Mahzan mandi kolam - Takyah kot, tahulah nak tjuk romah org kaya tapi Datuk tu kalau curve cantik, okla jgk....Kekekeke (dlm crita ni Azizah Mahzan, Datuk gelarannya).



Next, nak bwk Aliah tgk cerita ni...

Thursday, December 1, 2011

Seronok Juga Main Benda Ni







Jgn x tau, aku lebih pandai main ini dari
Aliah sendiri :p

Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Entry Tertunggak

Sebab past few weeks agak bz (lame excuse :p) dan mood sedikit cuak, so banyaklah entry tertunggak walaupun gambar dah bertepek di FB....

1. Entry Spt Kahwin Semula
2. Entry Our Favorite Cousins
3. Entry First Time With Sand Art
4. Entry PD Pun Jadilah.....

Tunggu naa....Bila2 free sikit, hari ni pun ada meeting.

Wednesday, November 16, 2011

Penternak Berjaya

Insyallah-kalau diizinkan Allah anak kami akan jadi penternak berjaya...




Yg mana satu-yg kiri ke yg kanan? Ooh, budak yg 2 pusar tu kot...Sbb org kata bdk 2 pusar ni tangannnya sejuk! Bkn sejuk sbb pegang ais,tp menjadi la apa dia tanam/ternak sampai kami pernah terfikir pelan persaraan kami adalah Amani Goat Farm :p

But eeuwww...It's a nightmare kalau binatang yg lain diternak!!




Ohh yess...Sebenarnya si kakak manis ni dah menjadi penternak kutu!! Masalah 4-5 bln lalu,kembali....Ni sahih bdk2 ni bukak tudung sesama kwn di tadika!!!

Her first saloon treat would be soon husband kata!! Sian kakak, habisla rambut jadi mcm adik (?)






-Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 10, 2011

Ending Yg Jujur

Semua dah puas hati tgk Soffiya? Dah habis pun haa kelmarin....Bagi aku, aku puas hati la ending dia sbb bagi aku, ending dia jujur-tidak anti klimaks-tidak syok sendiri dan tidak mati tiba2 mcm sesetengah Pengarah 'cuci tangan'!!

Walaupun ada banyak babak yg mcm tak kemas dan tak berkesinambungan, sbg penonton yg tiada ilmu asas dalam filem, komen-komen aku adalah spt berikut:

Pembawaan Watak Yg Bagus
1. Ilyas
2. Fiona
3. Muiz/ Adi

Ilyas lari dari kepompong Fizo Omar yg comel :p Manakala watak Fiona juga watak antagonis yg menyedihkan di akhir cerita...Walaupun kita puas hati dia mati sbb dia jahat,tapi bila didalami memang sedih sbb puncanya hanya satu -- tamak dan cemburu. Dia kesepian!

Manakala Ilyas, jelas suami dan sahabat yg baik lagi rasional....

Pembawaan Watak Yg Sederhana
1. Soffiya
2. Kamal

Tiz mmg pelakon baik dan wataknya kuat, tapi ada banyak babak tidak menampakkan sangat ke'trauma'annya' kpd lelaki! Manakala Azhar Sulaiman sbg Kamal, mendatar sahaja kecuali episod akhir di mana dapat la juga rasa sikit kesedihan dan kekesalannya kerana kematian Fiona...

Kesimpulan
1. Cinta dan sayang, tidak sama dgn kagum dan suka.
2. Ilyas mengagumi Soffiya hingga lupa kecintaan Fiona pada dirinya.
3. Ilyas cuba mencari Soffiya dalam Fiona, sedangkan masing-masing punya kelebihan.
4. Soffiya terlalu berahsia hingga memakan diri.
5. Soffiya lost dalam perasaan hingga tidak dapat bezakan mananya cinta dan sayang.
6. Cinta dan sayang 5 tahun dulu, boleh berubah kpd perasaan lain slps suatu tempoh.
7. Cinta dan sayang, tidak mesti memiliki.
8. Kepercayaan pada anak yg dibela dari kecil, adalah lebih besar dari kecintaan pada insan yg baru dikahwini-this is fact dan sometimes kita pun tak sure mana satu,
9. Watak Muiz, Haris dan Kak Ton pelengkap.
10. Overall, 8 over 10 !!


Wednesday, November 2, 2011

WW-Seminggu 'Raya'



Mega Blocks at JJ, OU





At Ikano






Maknya pun tingin...Hehehe




Gambar time cuti Deepavali bersambung sampai Jumaat....hehehe, jln2 bawak kakak dari Kedah dan anak2 sendiri!



Monday, October 31, 2011

Macam Cari Emas....



Susah betul nak cari supply biskut ni sekarang, terutama yg jenis strawberi hazel....Semua habis atau yg tinggal coklat je !!


Seminggu dah cari....Sedap biskut ni, tak manis mcm Chipsmore. Aliah dan Amani suka buat mkn pagi !! Kat JJ OU pun habis time aku cari Jumaat hari tu, kat Cold Storage Ikea pun tade...

Sunday, October 23, 2011

Nak bagi yg palsu jer lah!

Sekarang ni kdg2 x larat layan Amani ngempeng..selalunya kalo dia dah lena, mmg dia akan lepaskan! Tp sementara nk tunggu dia lepaskan tu ada la 30-40 minit...lenguh bahu & pinggang!

So bercadang2 nak intro dia dgn pacifier ah...Aliah dulu mmg bolayan punya! Mana tau kot
Amani bleh terima....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 18, 2011

Ilmu + Amal = Manfaat

Aku kebelakangan ni ditanya Soklan Cepumas ..Camna nak bagi susu banyak?

Sbg salah seorang ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di organisasi aku dan berdasarkan pengalaman sendiri, ilmu sahaja tanpa amal tak guna...Amal sahaja tanpa ilmu, kurang berkesan. Kalau dua-dua tak ada, hentam keromom jadi sia2!

Rata2 kaum ibu yg bertanya ni adalah mcm aku juga dulu...Ehhee. Org kata menyusulah dlm pantang, bagus sbb baby dgn kita. Ye, kita pun ok nak ikut tapi ilmu tak dalami betul2! Tak kaji sekali apakah2 kemungkinan2 yg mungkin timbul dan menduga semangat kental dan niat asal tu...Pernah dengar org kata, "Nak buat baik, memang susah...Mcm2 hal!" ?Haa, mcm tu jugakla sikit sebanyak dgn ibu2 yg nak menyusu sepenuhnya dgn susu badan...

Ok, istilah menyusu dengan menyusu sepenuhnya / eksklusif pun ada beza...Ada ibu bila dia menyusu badan, dia rasa dia dah menyusu dah. Ok tak salah dia! Memang bagus kalau ada rezeki nak menyusu anak sendiri...Tapi lagiiiiiiii bagus kalau dia menyusu sepenuhnya iaitu, wpun dia berpisah dgn anak dia semasa bekerja, dia masih berusaha utk bekalkan susu badannya utk anaknya membesar! Bukan sekadar menyusu bila di rumah dan bila free....

Antara kemungkinan-kemungkinan yg patut dijangkakan semasa minggu pertama melahirkan :-
1) Susu menitis2 sahaja atau titik2
2) Puting tenggelam
3) Baby tak hisap pun, byk tido
4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung

Semua kemungkinan itu semasa mengandung perlu dah cari alternatif bagaimana nak atasi supaya tak jadi panik tetiba niat nak menyusu, tergendala....Contoh penyelesaian bagi kemungkinan-kemungkinan tersebut adalah :-

1) Susu menitik2 sahaja
Cuba urut urat belikat belakang, tuam dgn air suam di payudara, sikat urat susu ke arah aerola dan minta makcik urut urat susu.Cuba juga ambil makanan yg membantu merangsang hormon susu spt lobak putih, sawi putih, halba campur, oat, pil susu, ulam pegaga dan jantung pisang. Sebenarnya banyak lagi, kena rajin cuba sbb tak semua serasi dgn badan kita!

Minggu awal, bukan semua ibu boleh hasilkan susu yg banyak...Tapi kena ingat juga, memang 1-5 hari pertama, susu tidak akan keluar spt membuka paip air. Susu yg keluar itu wpun sikit tapi tinggi nilai khasiatnya (kolostrum) dan sesuai utk saiz perut bayi ygs sebesar biji guli.


2) Puting tenggelam
Ada alat yg boleh didapati dari hospital semasa hari pertama lagi anda di sana...Atau boleh cuba tarik perlahan2 dgn jari!

3) Baby tido saja
Kena belajar menarik perhatian dia spt menguis2 pipinya, memandikan dgn air suam...

4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung
Kena sabar dan teruskan usaha...Jgn fikir anda perlu guna susu tepung! Yakin dan percayalah susu anda itu wpun sikit, cukup utk permulaan hidup bayi anda........


Itu hanya sebahagian isu yg menduga semasa awal.....Tapi kalau sebulan masih juga gitu, janganlaah terus give up! Bagi susu tepung dan puting getah memang nampak spt penyelesaian yg mudah, tapi mana habis niat dan tekad nak menyusu sepenuhnya?

Cuba kaji dan selidik apa punca tetiba susu jadi sikit....

1) Adakah dah beri guna puting semasa dalam pantang?
2) Adakah dah diperkenalkan susu tepung?
3) Adakah kurang makan dan kurang minum?

Dari kesemua punca itu, kebanyakannya jawab ya sbb :-

1) Penat laa...Nak tido mlm2...Biar suami je bangun bancuh susu (ini takleh buat pe kalau ibu itu sdiri tak rajin- sapa kata membesarkan anak itu mudah?)
2) Susu dah sikit, nanti bayi takleh tido melalak je...Kesian....(ini pun balik kpd nawaitu laa... kalau betul niat kita, doa kita, insyallah dimudahkan)
3) Mana boleh makan byk dlm pantang, nanti tak dpt le body 34-28-36 lagi! Minum byk nanti kembang urat, geleber semua....(haai..ini pun takleh bantu, seolah2 si ibu nak jaga body sdiri je body anak ada aku kesah??).

Diet2 tu kemudian boleh tak? Anda mengandung 9 bln....Adakah dalam 9 bln tu segedebuk dpt 20kg free di badan? Tak bukan??!! Allah bagi lemak2 itu setiap bulan sikit2...So bila nak kecut balik, bglaah masa sikit (aku senang ckp le, sbb aku kecik? terpulang laa kalau sdiri dah letakkan prioriti adalah jaga body sendiri).

So sendiri fikir mana yg baik...Menyusu sepenuhnya, itu pilihan anda !


Anak2 yg dimurahkan rezeki
utk minum susu ibunya sdiri!

- Posted using Blogpress from my iPhone

Betul...Betul...Betul....

Apa sumbangan untuk negara?

SETIAP kali sebelum belanjawan negara dibentang, ia sentiasa menjadi tumpuan rakyat. Pelbagai cadangan akan dikemukakan. Sebelum pembentangan pelbagai pihak melalui persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meluahkan harapan dan permintaan tertentu dalam belanjawan yang akan dibentangkan.

Bajet 2012 yang baru dibentangkan ternyata memberi tumpuan kepada rakyat. Pelbagai golongan masyarakat mendapat manfaat, sehinggakan pesara pun tidak dilupakan.

Namun dalam keghairahan kita berharap serta minta itu dan ini, mungkin ada baik kalau kita bertanya: "Sebagai warganegara, apakah sumbangan kita kepada negara?"

Rasanya mungkin tidaklah berlebihan, selepas berharap segala macam, elok juga kita sesekali bertanya, apakah yang selama ini telah kita beri kepada negara? Sebenarnya saya mahu menuliskan: "Apakah pengorbanan kita kepada negara?" Tetapi rasanya menyebut pengorbanan itu tersangatlah besar maknanya dan mungkin tak terjangkau.

Kita semua melihat, hanya barangkali kita tidak sedar. Misalnya, rakyat minta kawasan perumahan. Satu demi satu tumbuh, sehingga taman perumahan lebih banyak daripada taman bunga.

Tetapi sebenarnya bersyukurkah kita? Longkang tersumbat depan rumah kita, panggil pihak berkuasa tempatan (PBT) kaut sampah. Taman perumahan selekeh, panggil PBT buat gotong-royong.

Yang ramai hadir gotong-royong adalah pekerja-pekerja majlis, pekerja syarikat pembersihan, anggota bomba, kakitangan Jabatan Kesihatan dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR). Bila dikira satu persatu, ternyata yang ramai adalah pekerja-pekerja bergaji ini. Orang taman atau orang kampung itu sendiri, ada masa tak sampai pun 20 peratus daripada jumlah pekerja-pekerja bergaji ini yang dalam bidang tugas mereka tak ada dicatat pun klause perlu hadir dalam gotong-royong taman perumahan atau kampung.

Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Semangat gotong-royong semakin pudar! Jadi apa yang kita beri untuk negara, selain hanya meminta-minta?

Bila ramai sedikit anggota komuniti, minta pula balai raya. Kerajaan yang tradisinya membela rakyat memenuhi permintaan. Balai raya pun tersergam. Jangankan kita ramai-ramai berpakat nenanam bunga bagi mengindahkan balai raya, menyapu sampah atau membersihkannya sebulan sekali pun mungkin jauh sekali. Belum lagi yang digunakan untuk buat ceramah kutuk mengutuk!

Saya tidak bermaksud semua kita bersikap begini. Ada juga yang bertanggungjawab dan tahu menghargai pemberian kerajaan. Tetapi ibarat sepadang kambing, biasanya lebih banyak yang hitam daripada yang putih.

Ini belum lagi kita sebut mengenai rizab jalan di depan rumah. Kalau rajin kontraktor majlis, paling tidak sebulan sekali pasti rumput dipotong. Kalau tidak tunggulah kontraktor datang potong walau lalang setinggi lutut, walau mata semak memandang.

Amat bertuah kita jadi rakyat Malaysia. Segala serba-serbi adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau kerajaan. Bila ditegur atau dinasihat, jawabnya: "Semua ini bukan kerja kita. Bukankah kita bayar cukai, cukai pintu?", tanpa sesekali kita fikir berapalah sangat cukai yang kita bayar?

Lebih menakutkan lagi apabila orang-orang yang bertanggungjawab dalam pertubuhan, komuniti atau orang-orang politik tidak berani menegur sikap komuniti yang tidak sewajarnya ini? Kenapa? Sebab kita pun sama?

Dalam kita masih menokok tambah perlu itu dan ini dalam belanjawan yang baharu sahaja dibentangkan di Parlimen, sesekali elok kita cubit diri. Patut-patutlah!

Apakah sumbangan anda kepada negara? Saya sekadar menyebut peranan membersih longkang dan rumah kita sendiri. Sebenarnya banyak yang boleh kita sumbangkan kepada negara jika kita ikhlas dan sanggup berkorban untuk negara kerana Allah SWT. Kawasan dpn rumah sdiri nak berkira..Padahal situlaah anak2 kita main, kalau nak kena Denggi nak salah PBT tak buat fogging jugak?


** Ini bukan entri auta/ bodek/ sokong mana2....

Monday, October 17, 2011

Kalau Bodoh, Belajarlah...Jgn Sombong!

Pening kepala keja dgn org mcm ini....

Tak luak pun kalau kita tanya2 org lain mcmana buat....

Satu lagi, aku cukup pantang kalau mengikut je tanpa usul periksa dgn alasan " Org lama buat mcm ni..."

Habih kalau org lama salah, ko pun salah jgk la??!! Kalau benda betul ikut, x pe...Kalau x sure, tanya2 laa boss atau org lain! Tak salah pun kan? Bukan semua org masuk keja terus pandai... Nak2 kalau tmpt baru/ organisasi yg lain naturenya dari organisasi yg ko pernah keja !!

Sunday, October 16, 2011

Adik dan kakak

Aliah time ni diarhea...Amani lak
sedap je makan chipsmore!






Ni Aliah baru baik diarhea,
ibu pulak kena...Rmh sepah!!



Ini semua dah sihat, jln2 KLCC
sempena birthday Aliah....8/10/2011 = 4 y.o

Thursday, October 13, 2011

Berebut

Walaupun dah setahun mempunyai adik, Aliah belum menunjukkan prestasi yg bagus dlm aspek sharing...She is caring with her sister tapi sharing is still a NO-NO to her. Kalau share makanan, ok je tapi share toys-ayo amaa...Pening kepala kami.



Aliah mmg kawal le mainan dia....Amani dulu2 masa tak pandai duduk dan merangkak, dia redho jerla! Tapi lps dah ligat sikit ni, membe pun nak le main mcm budak besar tapi malangnya kakak takmahu share. Time dia okay, dia walk off jerla...Tapi time dia pun cranky, dia mula laa tarik muka dan menangis! Dia menangis siap dgn memek muka tu yg tak tahan tu...Nak ketawa pun ada, kesian pun ada. Memang drama queen lah!!!




Selalunya kami memang akan pujuk Aliah la....Dan selalunya jugaklaa, tak berjaya! Hahaha.. Kalau dia bagi pun, tak redho laa sbb dia akan baling je brg tu kat Amani! Hahaa...Adoiih, tak mahunya main sama! Kalau main kejar2, golek2 biasa tak guna toys boleh pulak diaorg main sama2.....

Aissh, camna ek nak solve ni??

Monday, October 10, 2011

Masa Tua

Kita selalunya dimomokkan kalau tak kahwin,sapa nak jaga sakit demam bila dah tua...

Kita pun x tahu nasib kita masa depan,betul ke pasangan kita, anak2 kita sanggup jaga makan minum kita, kencing berak kita...

So byk- bykla berdoa moga didikan moral dan agama yg kita terapkan dpt bimbing anak2 kita moga jadi anak2 yg tahu menbalas jasa....

Paling tidak pun,aku berdoa kelak kalau aku tua dan sakit hingga x mampu urus diri, biarkan aku pergi dulu supaya x menyusahkan mereka atau jadikan mereka org yg derhaka...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 8, 2011

Di Sebalik Amalan Berpantang : Siri 2

Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis Ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar tapi perlu mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.



Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur,bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya daun pegaga , pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku (apa ni, daun meruku ke?:p)


Jenis Sayuran dan Buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor , jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga , ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis Ayam dan Burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Credit To : blogpost by Puan Jari-jemari

Di Sebalik Amalan Berpantang : Siri 1

Aku copy paste (dan edit sikit) hasil study dan research cousin hubby Puan Jari-jemari...Sbb blog dia private. Aku nak share dgn semua ibu di luar sana & sbg panduan diri sendiri di masa depan! Chewah... Mcm ada plan laak dlm masa terdekat ;) wink....Yg komen bold hitam tu pertanyaan diri sendiri dan sapa nak jawab, silakan !!



1. Urut
Seeloknya hari ke3 sbb nak bantu lancarkan urut susu....Tetapi awal2 tak perlu urut pada rahim lagi takut benang jahitan terputus. Paling lewat urut lepas 2 minggu le terutamanya yg lahir c-ser. Urut ni memang best, heaven !! Kalau boleh, tiap2 hari nak.....


2. Makanan
20 ari pertama…Saya boleh mkn ikan selar dibakar dengan sayur sawi masak air..lada hitam…tu jek!..mula2 tu sedap je….tp lama2 jemu gak..makan ikan selar yang goreng skit2..pagi mkn bakar..mlm mkn goreng..sayur dua tiga urat kangkung,dll…(kangkung boleh ke, bukan sejuk ke sbb dia sayur menjalar?) kiranya 2-3 urat je la..syarat blajar mkn skit2..tak makan lansung tak leh jugak…mkn je la skit2 sampai 44 ari..yang best nye time 20-44 ari ni dah boleh mkn sup ayam dan daging…tp time tu pantang jgn makan sotong,udang,pari..benda2 gatal la..sbb takut luka tak baik sepenuhnya lagi.

Lps 20 ari…mkn durian (takpe kot sbb panas)..air yang boleh diminum pun cuma kopi dan milo…lain2 tak boleh sbb mudarat anak..takut kembung. Kuih koswi je yg dibenarkan (kenapa kopi boleh ek-bukan ada caffein ke?)


Lps 40 ari…barula boleh bantai byk2 skit….cuma masih pantang benda2 yang berangin seperti nangka,buah2an yg sejuk, pisang, labu,…Makanan laut boleh ambil skit2 udang sekor,sotong 2 hiris…dll..sehingga 100 ari..

Lps 100 ari..dah lega..semua boleh mkn dah,termasukla belacan..cuma yg masih pantang …laksa peneng..air batu…sayur yg sejuk2 tu pun kalau nk teruskan berpantang pun lagi elok…cukup2 6 bulan..barula kalau dah berani nk mkn semuanya..bolehla…tp kalau agak2 mkn tu badan mcm tak sedap lagi..teruskan berpantang lama skit sampai rasa2 badan dah boleh terima betul2.


Bold
Peh!…lama ek berpantang?…tp inila resepi org tua lama2 kekal boleh berdiri lama dr org zaman skrg..dah tua mula terbongkok2.ada tu yang kena busung sbb lepas bersalin semua bedal.
bak kata mak zara…masa ni,boleh la mkn tu mkn ni..org tua cakap tak nak dengar…tp dah tua sok2..mula la..umur baru 50,mengadu sakit mcm org umur 80…


Yerla...Apa yg baik kita ikut jerla! Amani dah setahun = 12 bulan = 365 hari.. Aku masih amalkan 'pemakanan sihat' sementelah badan aku memang senang masuk angin...Apa yg aku jarang amik adalah :-

1) Air ais...Hanya order air ais kalau kuar dgn kwn2/ panas terik/ teringin sgt.
2) Pulut / nangka/ pisang...Hanya makan kalau org bagi/ tadak mkn lain.
3) Kopi/ teh/ air bikarbonat...Memang tak brp gemar sbb caffeine dan angin.



Friday, October 7, 2011

Betapa Bertuahnya Dia...

Kita selalu tgk rumput org lain lebih hijau....

  • Jeles tgk dia, tiap2 bulan mesti fly ke mana2 !
  • Syoknya dia ye, takyah keja makan duit husband je...
  • Eiissh, handsomenya laki dia..Mcm Aaron Aziz, husband aku??
  • Wow, husband dia lomantik laa...Beli handbag jurulatih lagi bagi besday!
  • Haa, tgk si Taha tu rajin je ke dapur tlg bini dia..Abg ni, semua harapkan saya !


Wahaa.....Ada ayat2 tu pernah terkeluar/ terdetik di fikiran? Tak de? Aku je? Oklaa, kasi chance la (aku tahu ada yg angguk senyap2/ sembunyi2) !! ;)

Tu sebenarnya ayat2 dan penyakit hati yg tak bersyukur.....Hehhee. Sebenarnya, bila kita asyik dok tgk lifestyle org lain memang tak byk, sikit penyakit hati ni akan timbul! Tambah2 kalau baca blog org tu org ni.....

Sebenarnya, apa yg org tulis/ cerita tu mestilaah yg baik2 kan??!! Boleh kira je kalau jumpa blog/ org2 yg cerita the other side of themselves dekat blog/ depan org....So kita ni dah ternganga2 laah dengar! Drooling org putih kata....Pd masa yg sama, kita lupa nikmat sendiri yg Allah turunkan pada kita.

So ingat2 la apa yg kita ada...RAJIN2 KAN LE MULUT UCAP TERIMA KASIH DSB depan pasangan kita! ;) Mcm aku sendiri, alhamdulillah dialaah pelengkap aku....Load balance utk hidup aku yg Allah ciptakan sesuai utk aku.

  • Aku malas mengemas, dia yg rajin tlgkan...
  • Aku pemboros, dia penjimat...
  • Aku cantik (ptui,,,,), dia cantik laa jugak (cantik di hati pun dah bertuah)...
  • Aku tak kreatif, dia kreatif....
  • Aku suka bercakap, dia rajin je dengar....

Hahhahaaa..........Tengok, betapa indahnya Allah dah cipta ?!!


Thursday, October 6, 2011

Konon2 Paris Hilton La Tu....






Kuikuikui....Nak tegelak le aku dgn artis2 kita ni! Nak sangat jadi kafir ke? Ke sebenarnya nak perasan Paris Hilton pegang anjing??!!

Korang cuba tgk cover URTV yg baru, ada si Killa Fairy (fairy tale) dan Marsha Londeh...Masing2 dgn gaya artis barat bersama pet kesayangan, cumanya takut kontroversi ,depa guna laa kucing jantan mana yg gemok2 !! Hehehe.....Cuba tengok dan bandingkan !!




Allah Sayangkan Kamu!

Ye, betul...Minggu lepas, Aliah cirit birit dan muntah2. Stop sekejap, aku mula batok2 dan demam 2 mlm sudah! Kemudian Aliah pulak sambung batuk....

Hari ni datang amik ubat batuk, aku pulak dilanda virus cirit birit yg sama ! Bayangkan bila cirit birit di pejabat?

La-la tu jugak dok fikir, tade ke mat salleh gila nak invent kerusi yg bersambung ke lubang jamban? Tekan punat je bila rasa nak terkucil tanpa perlu berlari2 ke ladies'......Huhuuu!!

Mulanya asal aku batok2 tu gagah juga diri ke opis...Pastu bila suara dah hilang, cakap pun terketar2 dan malu terserempak boss dgn muka yg pucat, terus terasa diri spt pembawa virus! Smlm jugak aku MC nak rehatkan badan....

Tapi hari ni dok ulang bilik air laak !! Memang le Allah suruh dok rumah diam2.............

Wednesday, October 5, 2011

Review Aqiqah cum Birthday Budak Bertuah




Ni hiasan meja makan...Siap ada
khemah, jgn tak tahu!! ;)



Cantik tak food label yg aku buat?
Ngee...Sbb takut ada org yg takleh
makan kambing kan....





Ni cakenya...Tade tema bear pun
sbb rasa mcm nak share dgn Aliah!



Amani cranky time ni (mengantuk)
so terpaksa la Aliah tlg sama ! ;)



Apa bondo la akak aku ni
nyanyi eh?



Dah petang, dah bg dia tido..
Baru teringat birthday girl tade gmbr!!




Suka dan perasan cantik...
Tp mmg cantik pun hadiah Ummi
Afzan bagi ni!!



Ehh, camni pulak ke??




Bile le org nak balik ni...
Dah ngantuk saya ni !!