Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Terubuk Masin Goreng Cili Api

Al-kisah terjadinya masak ni sebab, saja nak bagi pedas sket sebab selalunya goreng macam bese takpun, goreng bawang besa, cili besa & gaul2 kan... La ni, wat lain sket la, ikut selera tekak hehe.... Lagipun senang jer, cuma terpulang samada nak pedas giler atau tak.... Hehe

TERUBUK MASIN GORENG CILI API
SUMBER : Diri Sendiri

Ikan terubuk masin - selepas di rendam, hiris kecik/nipis
Cili api - ska ati nak byk mana, tumbuk
Bawang merah - ska ati nak byk mana, hiriskan

CARA :
1. Mula2, goreng bawang, buat macam bawang goreng. Ketepikan.
2. Goreng pula ikan masin hingga masak. Angkat & ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis cili api hingga masak, api jangan terlalu kuat, bila dah masak, matikan api. Masukkan ikan & bawang goreng, gaul rata, angkat...

Tuesday, December 28, 2010

Ikan Bilis Kicap

IKAN BILIS KICAP
RESEPI ASAL : Diri Sendiri

1 mangkuk ikan bilis
4 biji bawang merah
Sedikit cili benggala merah, hijau & kuning - hiris
Beberapa biji tomato cari - tak perlu belah
Kicap secukupnya
Serbuk Knorr pasti sedap sket

CARA :
1. Ikan bilis di goreng hingga rangup kendian asingkan dalam pinggan.
2. Goreng pula bawang merah hingga kekuningan, cili benggala, kacau.
3. Masukkan kicap, serbuk Knorr & ikan bilis.
4. Kacau rata, tak perlu buh garam, kendian angkat.



Friday, November 20, 2009

Gulai Tempoyak Sardin

GULAI TEMPOYAK SARDIN
RESEPI ASAL : My Mum

1 tin sardin yang besar cap Ayam Brand
1/2 inci kunyit hidup
25 biji cili api
1 senduk gulai tempoyak
Daun kesum
Timun ladang / terung kampung
Garam & sedikit gula
Air secukupnya untuk kuah - jgn terlalu cair

CARA :
1. Tumbuk kunyit sampai hancur, kemudian tumbuk cili sampai hancur.
2. Masukkan kuah sardin dalam periuk, pastu, masukkan cili yg telah di tumbuk, tempoyak & daun kesum, serta air umtuk kuah. Kacau.
3. Pastu, jerang sampai mendidih, masukkan garam & gula, masukkan isi ikan sardin, biarkan dalam 2, 3 minit kemudian, matikan api.




Sambal Ikan Ahmad Idham

SAMBAL IKAN
RESEPI ASAL : Ahmad Idham

1 ekor ikan - kerapu/tenggiri/kembung
* gaulkan dengan garam kunyit kemudian goreng & angkat

4 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bwang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 batang serai - diketuk
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 sebduk gulai cili kering blender
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap

CARA :
1. Tumiskan bahan yang di tumbuk.
2. Masukkan cili, lada hitam, sos cili, serai & juga kicap.
3. Gaul rata, sesuaikan rasa, kemudian tuang kuah atas ikan yang telah di goreng tadi.



Wednesday, August 5, 2009

Ikan Percik

Biasanya ikan percik wane putih kan kuah dia, tapi kitaorang suka pedas sket, so tambah cili kering sket.. Ni menu kegemaran adik Soda..

IKAN PERCIK
RESEPI ASAL : Mak Cik Zah Kelantan

2 ekor ikan kembung besar - dibakar/digoreng
2 cawan santan pekat
1 senduk cili kering blender
1 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
Garam & gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK :
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah

CARA :
1. Masukkan santan dalam periuk, pastu masukkan semua bahan tadi & kacau sampai pekat.
2. Perasakan kuah, pastu letakkan ikan dalam pinggan.
3. Siramkan kuah ke atas ikan.. Suda.. Hehe


Friday, July 24, 2009

Masak Asam Rebus


MASAK ASAM REBUS
RESEPI ASAL : My Mum

Bahan Tumbuk :
3 biji bawang merah
1 inci belacan
1/2 biji kunyit hidup

1 ekor ikan kembung - potong dua
6 biji bendi
1 senduk cili kering blender
1 keping asam keping
Daun kesum secukupnya
Air secukupnya untuk kuah

CARA :
1. Masukkan ikan dalam periuk, masukkan asam keping, daun kesum, cili kering, air secukupnya untuk kuah.
2. Masukkan juga bahan yang di tumbuk, kacau rata.
3. Kemudian, jerangkan atas api, bila dah gelegak, masukkan garam & juga bendi.
4. Pastu, rasakan garamnya, tutup api.

Tuesday, July 14, 2009

Ikan Kembung Belah Belakang

IKAN KEMBUNG BELAH BELAKANG
RESEPI ASAL : My Mum

3 ekor ikan kembung yang besar
Sedikit serbuk kunyit
Jarum & juga benang secukupnya

Bahan A :
20 biji cili api
3 biji cili merah - buang biji
4 biji bawang merah
2 batang serai - hiris nipis
Garam secukup rasa

Bahan B :
1 1/2 biji air limau nipis
3 sudu kecil gula


CARA :
1. Tumbuk Bahan A hingga lumat.
2. Kemudian, gaulkan bahan yang ditumbuk dengan Bahan B. Rasa garam & gulanya.
3. Untuk ikan pula, keluarkan perutnya melalui leher ikan. Jangan belah perutnya (cabut jer). Kemudian belah belakang ikan dari kepala sampai ekornya.
4. Kemudian, gaulkan ikan dengan garam & juga serbuk kunyit. *** Jangan terlalu masin, sebab sambal ikan tadi dah masin. Masukkan sambal ke dalamnya.
5. Pastu, jahitkan jarang2 belakang ikan dengan benang (benang yg ada jarum la... Hehe) supaya apabila kita goreng ikan tu, isinya tidak terkeluar.
6. Seterusnya, bolehla digoreng ikan tu hingga masak.

Wednesday, May 20, 2009

Asam Pedas Mak Andak

ASAM PEDAS MAK ANDAK
RESEPI ASAL : Mak Andak

4 biji bawang merah
3 biji bwg putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci belacan
** seme bahan ni blender

1 ekor ikan bawal - potong dua
1 inci lengkuas - diketuk
5 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa sedikit cair
Air secukupnya untuk kuah
Garam & gula
2 senduk gulai lada kering mesen
2 biji tomato
10 biji bendi
Beberapa tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan -belah dua
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Semua bahan blender di atas campurkan dengan cili kering yang telah di mesin. Gaul rata.
2. Pastu, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan pes tersebut.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Air untuk kuah.
4. Masukkan daun kesum, lengkuas, daun limau purut & bunag kantan
5. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan bendi dulu, biarkan sekejap. Kemudian, baru masukkan tomato, garam & gula secukup rasa.

* Kalau nak kuah pekat, biarkan kuah mereneh lama sket erk.. Tak pun air untuk kuah tuh jgn byk sangat..

Ikan Bawal Sweet & Sour

Huhu.. Gambo tak berapa nak menarik.. Tertarik, coz guna camera npon.. Camera rasmi, abah bawak lak gi Inspection... Huhu...

IKAN BAWAL SWEET & SOUR
RESEPI ASAL : My Mum


1 ekor ikan bawal
3 biji bawang putih - dadu
Sedikit air tepung jagung
Sedikit air untuk kuah
Sedikit daun bawang
garam & gula secukup rasa

BAHAN A :
3/4 cawan sos tomato
1/2 tin nenas kiub - buang airnya
2 biji tomato - dadu kasar
1 sudu besar cuka makan
1 biji cili merah - dipotong
1 biji bawang besar - potong bulat
1/2 kiub pati ayam
Sedikit daun sup
Sedikit lada sulah

CARA :
1. Pertama sekali, perapkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam & lada sulah. Time nak goreng, pedapkan ikan dengan tepung beras, kemudian goreng hingga garing.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang putih, hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan kesemua BAHAN A. Masukkan sedikit air, air bancuhan tepung jagung serta garam & gula secukup rasa.
4. Bila rasa dah ok, tutup api & siram atas ikan.. Taburkan daun bawang di atasnya.

Wednesday, March 25, 2009

Masak Kicap Ikan Bilis

Haaa.. Ni masakan pebret adik Cik Soda. Dia suka sangat makan ni... Hehe... Simple jek cara nak watnyer...

MASAK KICAP IKAN BILIS
RESEPI ASAL : My Mum

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
12 biji cili padi - hiris
Sedikit kicap

CARA :
1. Selepas ikan bilis dicuci bersih, toskan kemudian goreng hingga rangup.
2. Pastu, masukkan dalam mangkuk.
3. Goreng pula bawang besar, kemudian masukkan cili padi, kacau sebentar.
4. Pastu, masukkan ikan bilis tadi, masukkan kicap sedikit, gaul rata.
5. Tak perlu letak garam yer, ikan bilis & kicap dah masin. Pastu, bolehla matikan api.

* Kalo tak nak letak cili padi, boleh masukkan lada besar yg warna merah/hijau/boleh juga gantikan dengan lada sulah yer..

Wednesday, March 18, 2009

Ikan Bawal 3 Rasa

Hehe... Lawak jek tatahias masakan ni. Belasah je la Labu.. Itu jek yang ada, hehe...

IKAN BAWAL 3 RASA
RESEPI ASAL : Gabungan Beberapa Respi

1 ekor ikan bawal
2 biji bwg putih - tumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto - jika suka

BAHAN A (Utk Ikan)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu lada sulah

BAHAN B (Bahan Blender)
1 inci halia
2 biji tomato masak
3 biji cili merah
20 biji cili padi - nak lebih atau kurang terpulang

BAHAN C (Bahan Sos)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu bear sos ikan

CARA :
1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan sedikit garam, gaulkan pula dengan BAHAN A.
2. Pastu, gorengkan ikan hingga masak/garing. Kemudian, asingkan.
3. Tumiskan pula bwg putih hingga wangi. Kemudian, masukkan BAHAN B. Kacau sekali-sekala supaya tak hangit. Masak sampai cili dia garing/seperti dlm gambar di bawah ni...

4. Seterusnya, bila cili dah garing, masukkan pula BAHAN C. Kacau rata, seperti dlm gambar di bawah ni..5. Masukkan garam & gula secukup rasa, sedikit jek ajinomoto (jgn byk2)... Bila sudah sesuaikan rasanya, bolehlah matikan api. Kemudian tuang kuah atas ikan.

Saturday, February 21, 2009

Ikan Keli Salai Masak Lemak


Ada permintaan dari Cek Lawa nak ikan keli salai masak lemak.. Disebabkan Cik Soda tidak gemar makan ikan itu maka Cik Soda cuba mencari dan dapatkannya dari Mat Gebu.. Hehe... Semoga Cek Lawa berpuas hati.. Hehe...

BAHAN UTAMA

2 ekor ikan keli sungai
1 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam - lumur pada ikan
4 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kunyit
10 biji limau kasturi - perah jusnya
1 bijii kelapa - parut

BAHAN TUMBUK HALUS
1/2 cawan cili padi - guna yang hijau
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar

CARA :
1. Siang ikan keli sungai, cuci bersih & lumur serbuk kunyit & sedikit garam. Panggang hingga garing, angkat dan ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1.. Tuang lagi 1 1/2 cawan air, ramas & perah untuk santan no.2, ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk lumat, serai & santan no.2.. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang tadi dan biar mendidih.
Tuang santan no.1 & masukkan bunga kunyit.
3. Bila mendidih, tuang jus limau kasturi. Kacau rata. rasa kuahnya, jika kurang garam boleh tambah. Biar masak 2-3 minit & bolehlah matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat & ulam-ulaman...

Resepi Asal : En. Mat Gebu
Gambar : Saji Online

Friday, January 30, 2009

Keropok Lekor


KEROPOK LEKOR
RESEPI ASAL : Mek De Tganu

1 cawan isi ikan selayang - siang & buang tulangnya
1/2 cawan tepung sagu
Sedikit garam

CARA :
1. Tumbuk isi ikan, tepung & garam hingga hancur.
2. Bila dah hancur, bancuh sedikit dengan air sejuk (air peti).
3. Taburkan sedikit tepung ke atas tempat yang hendak di golekkan keropok,
supaya ia tak melekit.
4. Gentelkan keropok sebesar ibu jari sepanjang 3 inci. Bila semuanya siap dgentel, didihkan air dalam periuk, masukkan keropok & rebus hingga keropok itu timbul.
5. Angkat keropok yang sudah timbul, letak dalam satu bekas, gaulkan minyak.
6. Kemudian, boleh lah dgoreng seperti biasa.

SOS KEROPOK
1/2 mangkuk cili kering blender
1/2 mangkuk asam jawa - cair
1 buku Gula Melaka
Garam secukup rasa

CARA :
1. Satukan bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga kuah mendidih.
3. Jika kurang manis, tambahkan lagi gula secukup rasa.

Wednesday, January 21, 2009

Ikan Bakar Berkelapa


IKAN BAKAR BERKELAPA
RESEPI ASAL : Chef Iskandar

3 ekor ikan kembong - sebaiknya guna ikan talapia
3 helai daun kunyit / boleh guna daun pisang

BAHAN A :
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - agak2 jek

BAHAN B :
3 biji bwg merah - tumbuk
2 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar cili kering blender
3 sudu besar serbuk cili
1 helai daun kunyit - hiris

CARA :
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul ikan dengan BAHAN A.
2. Kemudian, gaulkan pula ikan dengan semua BAHAN B, bila semuanya sebati pada ikan, balutkan ikan dengan daun kunyit, bakar hingga masak.

* Boleh dbakar di dalam kuali, dengan syarat sapu minyak pada daun kunyit sebelum membalut ikan, letakkan juga sedikit minyak ke dalam kuali supaya ikan tidak melekat.

Monday, January 19, 2009

Ikan Siakap Kukus


IKAN SIAKAP KUKUS
RESEPI ASAL : My Mum

1 ekor ikan siakap
4 biji bwg putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 tin cendawan butang - hiris
1 ikat daun sup & daun bawang - hiris kasar
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah - hiris (atau kalau nak padas guna beberapa biji cili padi hiris)
Sedikit lada sulah/pepper sarawak

CARA :
1. Bersihkan ikan, cuci bersih2 dengan garam kasar, asam jawa & air beras. Selepas dcuci bersih, gaulkan ikan dengan garam secukup rasa.
2. Kemudian, gaulkan ikan dengan pepper, taucu, sos tiram & minyak bijan.
3. Dalam pinggan/loyang pengukus, taburkan pula bwg putih, cili, daun sup, daun bwg, cendawan butang. Kemudian letakkan ikan ke dalam pinggan/loyang.
4. Selepas itu, taburkan lagi lebihan bwg putih, cili, daun sup, daun bwg, cendawan butang ke atas ikan.
5. Kukus ikan hingga masak.

Tuesday, January 6, 2009

Kari Ikan Mak



--> --> -->
Setiap orang, memang tahu memasak kari ikan, tapi dsini resepi kari ikan saya mungkin agak berbeza sedikit bahan2 nya dari resepi kari ikan anda..

KARI IKAN MAK
RESEPI ASAL : My Mum

4 potong ikan tenggiri - saiz kecil
1/2 biji kelapa - gaul dengan 1 sudu besar asam jawa semasa memerah santan
1/2 tangkai daun sup
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar rempah ketumbar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil jintan putih - tumbuk
2 biji tomato - belah 4
8 biji bendi


BAHAN A :
2 biji bwg merah - tumbuk
1 biji bwg putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 sudu besar cili kering blender
1 sudu besar serbuk cili
*gaulkan semua bahan ni dengan sedikit air


BAHAN B :
3 biji bwg merah - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
CARA :
1. Tumiskan bahan B hingga wangi. Kemudian, masukkan rempah kari & rempah ketumbar. Kacau rata, kemudian masukkan bahan A serta tomato puri.
2. Bila minyak naik, masukkan santan (cair pun takpe)
3. Bila kuah mendidih, masukkan jintan putih yang telah dtumbuk tadi, masukkan ikan.
4. Masukkan garam, bila ikan sudah hampir masak, masukkan bendi.
5. Kemudian, masukkan pula tomato & sesuaikan rasanya (jika nak tambah garam)
6. Perlahankan api, supaya kuah mereneh hingga timbul minyak dan kuah menjadi sedikit pekat.
7. Setelah itu, tutupkan api dan masukkan daun sup.

Wednesday, December 31, 2008

Ikan Kembong Rebus Goreng Cili Api

IKAN KEMBONG REBUS GORENG CILI API
RESEPI ASAL : My Mum

3 ekor ikan kembong rebus - samada dbeli/dwat sendiri
25 biji cili api - dtumbuk bersama garam
8 biji bwg merah - hiris halus
4 biji bwg putih - hiris halus
garam secukup rasa

CARA :
1. Pertama sekali goreng ikan kembong rebus. Selepas dangkat, ketepikan(Jangan terlalu garing nanti keras)
2. Kemudian, goreng bwg putih. Bila keperangan angkat & ketepikan.
3. Goreng pula bwg merah hingga hampir garing, selepas itu terus masukkan cili api yang dtumbuk & dkacau rata. Bila cili hampir garing, masukkan bwg putih serta ikan ke dalam kuali.
4. Gaul hingga rata, matikan api & boleh lah dihidang.

CARA WAT IKAN KEMBONG REBUS..

1. Jika ikan ada 3 ekor, bersihkan kemudian rebus ikan tadi bersama 3 keping asam keping, sedikit garam .
2. Rebus hingga air mendidih & ikan pun masak.

Ikan Bakar Dengan Air Asam


IKAN BAKAR DENGAN AIR ASAM
RESEPI ASAL : My Mum

4 ekor ikan kembong - dibakar / digoreng
* Bakar / Goreng tanpa garam & kunyit. (Jika nak letak sket garam pun boleh)

AIR ASAM :
1 biji buah tomato - di potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu kasar
20 biji cili api - potong dadu
2 sudu besar kerisik
1 inci belacan (belacan mukah/bintulu... sedap)
1 mangkuk air asam jawa - sederhana pekat
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

CARA :
Gaulkan semua bahan ini, dan sesuaikan rasanya (garam & gula), kemudian boleh la dihidang.