Friday, February 7, 2025

ebook | Cinta Untukmu oleh Niku- Niku

Assalamualaikum..
Hye semua..

10 komik pendek tentang cinta yang pelbagai.. Ada satu mengenai kisah dua sahabat baik yang dah lama berkawan.. Menyangka kemunculan seorang gadis akan merosakkan hubungan mereka tapi sebaliknya pula berlaku.. Kelakar lah.. Ada tentang pasangan kekasih yang berlawan sifat namun itulah yang memakarkan cinta..

Owh ya, penulis selitkan juga bahawa dalam cinta perlu ada komunikasi demi mengelakkan salah faham.. Comel..

Sha baca pada 06.02.2025 dan selesai pada 07.02.2025..

Published January 1, 2015 by Gempak Starz

Julie's Waffel Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Produk baru dari Julie's.. Sha jumpa di Pasaraya TF.. Ini kalau makan dengan aiskrim, memang sedaplah.. Bayangkan rasa kopi wafel tu digabungkan pula dengan aiskrim vanila.. Pergh!! Mantap.. Sha makan tanpa aiskrim pun dah sedap.. Wafel kopi, minum pula air kopi.. Kegembiraan berganda jadinya.. kikiki..

Julie's Waffel Coffee (100g) - RM4.99

Ada 2 pek dalam kotak tu..

Ada 7 keping dalam setiap pek..

Premium Almond London Series

Assalamualaikum..
Hye semua..

Belum Ramadan tapi biskut raya dah mula dijual.. Sha dah lama nak cuba siri almond london ini tapi tak terjumpa seller yang bagus.. Ini kebetulan ada rakan sekerja yang jual dan siap bagi diskaun RM2.. Harga asal RM32 tapi dia jual RM30 ja.. Cuma tak cukup 1 rasa ja lah.. Almond Ruby tak ada katanya.. Tapi okay ja pada Sha.. Satu bekas ini ada 6 rasa yang pelbagai.. Sajalah kita cuba, nak beli untuk Syawal? Entahlah..

Premium Almond London Series - RM30 (19pcs)

Almond Tiramisu - Paling sedap dan menarik.. Sha suka sebab rasa tiramisu dia tu..
Almond London - Rasa klasik yang mewah dan tak dijangka.. 
Pistachio London - Rasa pistachio yang mengancam dan sedap..
Almond White Chocolate - Sha jangkakan rasa dia akan manis sebab guna coklat putih tapi sebaliknya.. Rasa dia ngam-ngam ja bila dimakan dengan biskut dan kacang badam tu..
Almond Matcha - Menarik rasa dia.. Betul-betul tak dijangka..
Pecan London - Sha tak boleh nak kata apa selain sedap.. kikiki.. 

Thursday, February 6, 2025

India | Fateh (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Fateh ini asalnya pegawai operasi khas tapi dah bersara.. Namun dia terpaksa mengeluarkan skil dia balik demi mencari seorang perempuan bernama Nimrit yang diculik.. Fateh menyiasat dengan bantuan Khushi demi menghancurkan sindiket jenayah siber yang kejam.. Memang syoklah tengok babak aksi yang dilakukan Fateh.. Smooth ja.. Hero lawan penjahat, mestilah hero menang.. Sha layan sebab ada aksi walaupun tak banyak.. 

Fateh
2025 ‧ Action/Crime/Thriller/Drama ‧ 1h 25m
Fateh Singh, an ex-special ops officer, lives a very peaceful life as a dairy farming supervisor in Punjab until a village girl Nimrit Kaur falls prey to a cybercrime syndicate headed by Raza and Satya Prakash. Joining forces with Khushi Sharma, an ethical hacker, Fateh uses their combined skills to rescue Nimrit and destroy the cybercrime syndicate.

Fox's Coffee World: Creamy Blend

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara pilihan lain bagi perisa kopi dari jenama Fox's.. Sha beli di kedai ECO.. Sebungkus ini ada 3 rasa yang berbeza.. Rasa kopi yang pelbagai dan juga unik.. Memang lain dari biasalah pilihan rasa yang ditawarkan.. Latte ada dua rasa iaitu Biscuit dan Dolce serta Tiramisu.. Menariklah pada Sha.. Sesekali kita makan gula-gula dengan rasa kopi yang pelbagai, menarik juga..

Fox's Coffee World: Creamy Blend (90g) - RM2.40

Tiramisu - 13pcs
Biscuit Latte - 15pcs
Dolce Latte - 7pcs

ebook | February (Conspiracy 365, #2) by Gabrielle Lord

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua untuk tahun 2025.. kikiki.. Perlahan betul mood membaca tahun ini.. 

Buku bertajuk February ini merupakan buku kedua dalam siri ini.. Sha terus baca buku kedua ja.. Tapi okaylah.. Masih boleh faham jalan cerita dia.. Cuma penamat dia tu tergantunglah.. Tak pasti apa jadi dekat watak utama dia.. huhuhu..

Buku ini bermula dengan Callum Ormond terperangkap dalam tin yang hampir dipenuhi minya.. Pada saat-saat akhir, Callum diselamatkan oleh Winter.. Setelah melepaskan diri dari mereka yang menculik dan hampir membunuh Callum, beliau terus bersembunyi.. Salah satu misteri yang ditinggalkan bapanya berjaya Callum selesaikan dengan bantuan Winter dan juga kawan baik beliau.. Tapi perjalanan masih panjang dan nyawa Callum sentiasa dihujung tanduk..

5 hari baru habis baca.. huhuhu

Published January 1, 2010 by Hodder Children's Books

Wednesday, February 5, 2025

Hadiah Dari Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buka peti ais, jumpa bungkusan comel ini atas telur.. Ada ja idea Imani ini.. kikiki.. Kemain comel bungkusannya.. Senyum lebar mak bila dapat kejutan macam ini..

Kemain comel tulisannya..

cute..

Isi dalam dia..

Dorkbua Lotus Chicken Drumstick Snack Hot & Spicy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makanan terakhir dari Thailand.. kikiki.. Kali ini keropok atau cracker perisa cili pedas dengan bentuk peha ayam.. Walaupun dia tulis situ pedas tapi okaylah tahap kepedasan dia.. Tak adalah melampau sangat.. Syoklah layan sebab rangup dan pedas-pedas manja..

Dorkbua Lotus Chicken Drumstick Snack Hot & Spicy (110g)

Merah warna dia.. Ada kan rupa peha ayam.. kikik

Meiji: Japanese Melon, Banana, Strawbery & Matcha Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sekadar perkongsian.. Susu ini memang Sha minta encik suami belikan saiz kecik buat rasa-rasa.. Tak adalah payah sangat nak habiskan sebab saiz dia comel ja..

Meiji Japanese - Pergh!! Sedap.. Sha suka yang ini.. Rasa manis melon tu kena snagat bila digabungkan dengan susu.. Mantap..
Meiji Banana - Susu pisang dia sedap.. Tak ada rasa pelik, memang boleh beli lagilah.. Sha suka..
Meiji Strawberry - Bolehlah.. Tak berapa kena dengan tekak Sha.. Rasa dia macam pelik sikit.. Imani yang habiskan sebab dia suka..
Meiji Zero Matcha Latte - Sesuai buat peminat matcha dan tak suka gula.. Memang rasa matcha semata.. Tak manis langsung.. Latte kan..

Tuesday, February 4, 2025

Hari Jualan Buku Sekolah Menengah & Pengambilan Beg Buku Sekolah Kebangsaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa (04.02.2025) Sha mohon cuti sebab nak uruskan bayaran buku Amani serta ambil beg buku Imani.. Sha bayar duit buku dan ambil apa yang boleh diambil untuk Amani terlebih dahulu.. Seawal jam 9 Sha dah ke sekolah menengah bersama Amani.. Selesai sudah untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan.. Minggu depan Sekolah Agama pula..

Buku aktiviti, buku tulis dan seluar suka ja yang ada.. Tanda nama, baju PJ dan baju rumah sukan ja belum dapat lagi.. 

Ini beg buku Imani.. Cantikkan.. Semua dah selesai tinggal tanda nama, seluar sukan, baju pj dan baju rumah sukan..

Sempat ambil tudung sekolah yang Sha hantar untuk jahit lencana dan tanda nama.. Upahnya RM1.50 sahaja untuk satu set tanda nama dan lencana, manakala untuk lencana sahaja RM0.70.. Kemas dan cantik jahitannya..

Sempatlah singgah Hari Hari beli baju putih 2 helai untuk Amani dan 4 helai untuk Imani.. Kemudian ke Bata beli kasut sekolah Amani sebab yang lama dah pecah dan koyak..

Ujian Holter di KPJ Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji encik suami pada 11 Disember 2024, Sha bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk buat ujian Holter.. Rujukan dari Hospital disebabkan bacaan nadi tak berapa cantik.. 

Sha buat panggilan telefon terlebih dahulu ke KPJ Rawang untuk dapatkan butiran awal mengenai tatacara dan bayaran.. Melalui panggilan telefon, Sha berjaya dapatkan maklumat mengenai bayaran konsultan dan bayaran untuk ujian holter.. Sekiranya ada keputusan ujian darah dan bacaan ecg dari Hospital, boleh bawa sekali termasuk ubat-ubatan..

Doktor di KPJ akan buat rundingan terlebih dahulu sebelum pakaikan alat untuk ujian holter.. 

Sampai jam 9.30 pagi.. Giliran ke empat jumpa doktor.. Sampai awal, kenalah tunggu sekejap sebab doktor mulakan rawatan dan rundingan jam 10.30 pagi.. Kira okaylah menunggu sebab dalam hawa dingin dan kerusi selesa.. Bayar mahalkan.. 

Selepas rundingan, doktor minta untuk pergi buat ujian darah, air kencing dan ECG.. Keputusan yang kami bawa dari Hospital dah lama sangat.. Makanya menunggulah kita.. Bawa ja kertas ini ke makmal, sebut nama dan tarikh lahir pesakit.. Pantas.. Mula-mula kena pergi makmal untuk ujian air kencing dan darah.. Lepas tu buat Echo dan pasang alat untuk ujian Holter tu..

Pakai alat tu 5 hari, Sabtu nanti pulangkan balik.. 

Bacaan darah untuk kolestrol cantik, gula ja masih tinggi.. Echo pun okay ja, cun.. Jadinya kenalah tunggu keputusan holter tu lagi dua minggu.. Bayaran untuk semua ini RM2600 lebih.. huhuhu..

Korea | The Trauma Code: Heroes on Call (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Ada juga drama macam The Fiery Priest.. Hahaha.. Perangai Dr. Baek memang luar alam betul.. Suka hati dia ja bagi gelaran dekat rakan sekerja.. Doktor Jubur lah.. Doktor Samsenglah.. Memang jenuhlah doktor pakar lain dengan perangai Doktor Baek ini.. Sudahlah baran, suka hati dia ja bila ambil tindakan.. Paling teruk nak melayan kerenah Doktor Baek ini dah tentulah Doktor Yang Jae Won yang diberi gelaran Doktor Jubur.. Doktor Baek ini terpaksa melawan pengarah lain demi memastikan dana 10 billion won yang diperuntukkan untuk Unit Trauma kekal milik Unit Trauma.. 

Menonton drama ini tak terasa lama sebab pelbagai kes trauma yang terpaksa mereka hadapi buat kita teruja menonton.. Sambil tu kita boleh bergelak ketawa tengok kegilaan doktor Baek dan pasukan dia.. Sha nak cuba cari komik dia.. kikiki..

Drama: The Trauma Code: Heroes on Call
Also Known As: Severe Trauma Center: Golden Hour, The Trauma Center: Heroes on Call, Jungjeungoesangsenteo: Goldeun Awo
Director: Lee Do Yoon
Screenwriter: Choi Tae Kang
Genres: Action, Comedy, Drama, Medical
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Jan 24, 2025
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 51 min.
Baek Gang Hyeok is a genius trauma surgeon who has performed surgeries in conflict zones around the world. He is confident in his abilities and has a bulldozer-like personality when he thinks he is doing the right thing. He begins to work at a university hospital and leads the severe trauma team there. The severe trauma team is a double-edged sword for the university hospital. This is because as the severe trauma team saves more patients, the hospital goes further in the red financially.

Besides Baek Gang Hyeok, the severe trauma team consists of Yang Jae Won, nurse Cheon Jang Mi and anesthesiologist resident Park Gyeong Won. Yang Jae Won belonged to the proctological surgery department that is led by professor Han Yu Rim, but Yang Jae Won was scouted by Baek Gang Hyeok and joined his team. Yang Jae Won becomes Baek Gang Hyeok’s first pupil. Baek Gang Hyeok turns the severe trauma team from a nominal existence to a team that actually goes out into the field and saves lives.

~~ Adapted from the web novel "Jungjeungoesangsenteo: Goldeun Awo" (중증외상센터: 골든 아워) by Hansan iga (한산이가). ~~

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com