Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Tuesday, August 27, 2024

Early Birthday Gift

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cadang nak beli hujung bulan 9 sebenarnya tapi pagi Jumaat (23/08/2024) masa scroll Shopee, eh.. Ada tawaran harga baik punya.. Teruslah Sha beli.. Harga dia kalau dekat kedai memang mahallah.. Shopee pula, kedai tu saja yang bagi diskaun dan harga berbaloi.. Paling syok bila helmet ini selamat sampai pada Sabtu petang.. Memang pantas dan laju betul penghantarannya.. Berbaloilah.. Mula tu Sha risau juga sebab kedai guna pos tak berdaftar dengan shopee.. Jadi tak boleh nak ikut dimana keberadaannya.. Tahu-tahu terima mesej dari orang JNT kata dah sampai.. Lega bila dah dapat dalam tangan..

Owh ya.. Helmet ini bukan untuk Sha tapi encik suami.. Hadiah untuk ulang tahun kelahiran beliau yang akan tiba pertengahan bulan Oktober ini.. Warna dan corak tu sama dengan helmet Sha..

Givi Helmet Scudo 35.0 Draco Blcak Red (M)

Monday, August 19, 2024

Hadiah Buku & ebuku Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menerima mesej dari penulis yang berbeza.. Kesemuanya ingin menghadiahkan buku kepada Sha.. Sha juga turut menerima ebook dari penulis bernama Syaz Eym bertajuk Sampai Nanti dan ebook dari Syazni Rahim bertajuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku.. 3 dari 5 tajuk ini telah selamat Sha baca dan review.. 2 lagi bakal menyusul..

Buku yang pertama Sha terima bertajuk Kembar Bayangan oleh Sufi Abqari..

Ini pula buku dari penulis Hannah Rishas iaitu Hingga Akhir Nafasku dan Hati Yang Memanggil Namamu..

Friday, June 7, 2024

Koleksi Buku Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku-buku ini Sha tak beli pun.. Diberi orang semuanya.. Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah abang Sha turun ziarah, Abanglah belanja anak-anak buku yang dalam gambar pertama tu.. Sha pun menyelit juga.. kikiki.. Gambar yang kedua tu pula dari sepupu Sha.. Kelmarin baru berkesempatan nak membalutnya.. Lama tak balut buku banyak-banyak macam ini.. Sha guna plastik pembalut warna oren dan hitam.. Bila dah balut ini, barulah syok nak membaca..

Lari-Lari GEMPAK! oleh King Kong
XOXO oleh Axie Oh
Seni Dalam Memberi oleh SisYoujae
Maboroshi oleh Mari Okada
Koleksi Terulung Keladi oleh Keladi

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri
Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Saring Sebelum Mereng oleh Mat Rodi
Dendam Anak Jagoan oleh Aisa Linglung, Nami Cob Nobbler
Bolot oleh Asmar Shah
KL Noir: Blue by Eeleen Lee(Editor), Mama Vies, Chua Kok Yee
KL Noir: White by Amir Hafizi(editor), Nadia Khan, Foong Li Mei

Jomlah membalut..

Wednesday, April 24, 2024

Coretan 15 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita gembira hari ini.. Membaca buku bukan sahaja mendapat ilmu atau mengembara ke dunia yang tak terduga.. Malah kerana membaca, hadiah yang tak terduga pun berjaya diterima..

Pukul 11.34 pagi Sha dapat panggilan tak bernama dari Labuan.. Muskil tapi Sha angkat.. Kalau dengar suara robot, Sha cadang nak letak je.. Sekali dengar suara perempuan beri salam.. Panggilan tu rupanya dari Perpustakaan Awam Labuan.. Memaklumkan yang Sha pemenang tempat kedua untuk kategori ebook bagi bulan Jan-Mac 2024.. Hadiahnya lumayan.. Wang tunai dna juga sijil.. Pemanggil tanya Sha di mana, Sha bagi tahulah di Semenanjung.. Beliau kirimkan email rasmi untuk maklumat seterusnya..

Rezeki makanan.. Encik suami datang ambil Sha di pejabat dan bawa ke Jamuan Raya di Cawangan UMNO Slim River.. Tak ambil banyak pun, sekadar yang boleh dimakan sahaja.. Nasi tu encik suami punya.. Sha makan soto, sate, lemang dan buah tembikai.. 

Wednesday, January 10, 2024

Kejutan Istimewa di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha terima satu bungkusan besar dari pos laju.. Terkejut juga sebab rasanya memang tak ada beli apa-apa.. Bila tengok pengirim, lagilah Sha terkejut.. Terima kasih Anies untuk hadiah yang ohsem sangat-sangat.. Terus Sha pakai hari ini.. 

Rupanya hadiah ini sebab Sha antara yang tersenarai di Top 5 for December 2023 + Top 5 of the year 2023 Anies.. Nampak tak.. Punyalah lama dah tak selalu blogwalking, sampai tak perasan kawan blog umumkan top 5.. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun dah kurang jalan-jalan ke blog kawan-kawan..

Scrunchies (Imani dan cop dengan alasan rambut mak tak banyak tak sesuai pakai..), brooch dan nota comel dari Anies..

Blouse dan tudung.. Cantik sangat..

Pagi tadi sebelum ke pejabat, suruh encik suami snap dulu..

Friday, December 8, 2023

Hadiah Dari Doktor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je pejabat lepas jaga kaunter nombor, tengok ada bungkusan atas meja.. Tanya rakan sekerja, katanya dari Doktor.. Alhamdulillah.. Terima kasih doktor.. Hadiah istimewa dari beliau yang baru balik dari Umrah.. 

Bungkusan istimewa..

Sejadah dan coklat..

Cantik sejadahnya.. Warna pun lembut je..

Thursday, November 23, 2023

Hadiah Awal Dari Telco YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal YES bagi hadiah.. kikiki.. Sha terima notification ini kul 1 pagi.. Tapi bacanya kul 5 pagi.. Belum lagi sampai harijadi dah dapat hadiah.. Okaylah juga, boleh anak-anak guna untuk buat tugasan sekolah.. Ini kali kedua Sha terima data percuma dari Telco YES ini.. 10GB pun banyak juga tu.. Terima kasih YES..

Notifikasi YES pada jam 1.29 pagi bersamaan 22.11.2023.. Kemain awal baginya..

Saturday, October 7, 2023

Hadiah Teka Di Blog Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menang teka tempat percutian Anies yang seterusnya.. Sha tahu pun sebab baru singgah di Blog Anies petang semalam.. Eh!! Sha menang.. Tak sangka tekaan Sha betul.. Hadiah dari Anies sampai pada 06 Oktober 2023, petang semalam sampai.. Memang betul-betul kejutan.. Baru je baca blog Anies, hadiah pun sampai.. Terima kasih Anies.. Suka Sha bila terima kejutan begini.. Semoga Anies sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan serta dilapangkan rezeki oleh Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Makluman ini ada di entry terbaru Anies bertajuk Merhaba Türkiye..

Sementara komen Sha ini pula boleh tengok di entry Kaherah, Mesir: Masjid Al-Azhar.. 

Hadiah dari Anies..

Baju, broch dan nota dari Anies..

Terus pakai dan suruh encik suami tolong snapkan.. Memang cantik cun di badan Sha.. Pandai Anies pilihkan saiz tu.. Warna tu memang kesukaan Sha..

Wednesday, September 27, 2023

Menang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha tersenarai sebagai salah seorang pemenang di Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com.. Lepas tu Farhana ada tinggalkan komen untuk minta details Sha.. Petang lepas Sha bagi details, Farhana maklumkan ada beli kan sesuatu untuk Sha.. Semalam petang hadiahnya selamat Sha terima.. Cantik gila..

Terima kasih Farhana.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermuda semua urusan Farhana.. Aamiin..

Komen dari Farhana..

Sehelai tudung bawal yang comel dan cantik.. Lembut.. Suka Sha dengan warna dia..

Update: Lama tak pakai tudung bawal.. Yeah!! Skil masih mantap.. kikiki.. Tq Farhana, anak-anak Sha cakap, Sha muda bila pakai tudung ini.. kikiki..

Friday, September 8, 2023

Hadiah Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Shaterima dua hadia yang sangat ohsem.. Kedua-duanya buku cuma dalam bentuk yang berbeza.. Satu buku fizikal dan satu lagi ebook.. Kedua-duanya Sha hargai sebab memang kesukaan Sha.. Bertambah koleksi Sha.. Terima kasih kepada kedua-dua penulis.. Sha sangat hargai pemberian anda ini..

Bungkusan istimewa..

Sebua novel bertajuk Apartment oleh Siti Rozilah, beg comel dan keychain..

eboo2 bertajuk Menunggu Kamu oleh Ogy Yusof

Wednesday, July 12, 2023

Bungkusan Penghargaan dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam terima parcel ini dari penulis.. Memang penulis ada maklumkan nak kirimkan sedikit penghargaan kepada Sha.. Rasa bahagia sangat bila terima parcel macam ini.. Penulis yang Sha maksudkan ialah encik Salleh Kausari.. Antara buku beliau yang Sha dah baca ialah Sumpahan Ling Chi, Ophelia, Rose of Orient, Projek Cinta: Pilot, Projek Seram: Toys, Projek Seram: Gunung, Projek Seram: Pulau, Projek Thriller: Vape, Projek Thriller: Ubat, Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah & #Seramshit 1.5..

Parcel misteri..

Penanda buku, button badge, keychain dan alas cawan..

Poster karya penulis..

Monday, April 3, 2023

Parcel Istimewa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini memang mengujakan bilamana Sha terima 1 parcel dari bekas rakan sekerja.. Parcel yang berisi 2 buah novel seram.. Kami memang peminat cerita seram.. Terharu Sha sebab kedua-dua buku ini memang dalam wishlist Sha.. Sempena Ramadan ini, Sha doakan kesejahteraan beliau dan keluarga.. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan keluarga serta melapangkan dan memberi kebaikan buat beliau serta keluarga beliau.. Aamiin.. Aamiin..

Parcel istimewa..

Maxwell dan Ain oleh penulis Naim Tamdjis..

Saturday, March 4, 2023

Kejutan Istimewa Dari Blogger Anies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha terima bungkusan comel dari Blogger Anies.. Istimewa sangat kejutan yang diberi.. Terima kasih Anies untuk ingatan ini.. Buku nota comel tu Sha dah bagi pada Imani dan pemadam pen tu untuk Amani.. Kedua-duanya ucapkan terima kasih pada Anies..

Comel je bungkusannya..

Ada buku nota comel, kalender 2023 yang comel, fridge magnet dan pemadam pen..

Tuesday, January 10, 2023

Hadiah Top Komentator Dari Blogger Suria Amanda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam hadiah dari Kak Suria Amanda telah selamat Sha terima.. Sebuah novel yang menjadi kesukaan Sha.. hehehe... Bertambah lagi koleksi buku Sha.. 

Cantik berbalut.. Terima kasih Kak SA..

Tolong Jagakan Dia oleh Ateen Khalid

Saturday, January 7, 2023

Hadiah Top Commentor di Blog Syazni Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat (06.01.2023) Sha terima satu lagi kejutan dari rakan blogger..Kali ini dari blogger Syazni Rahim.. Hadiah ini sebab Sha jadi Top Commentor di Blog Syazni Rahim..   Mula tu terkejut juga terima bungkusan tanpa nama pengirim.. Mujur SR memang ada bagi no tracking, jadinya kita tahulah hadiah tu dari siapa.. hehehe.. Terima kasih SR untuk hadiah yang cantik dan istimewa ini..

Cantik sangat kotaknya..

Customade tasbih dengan nama Sha..

Tuesday, January 3, 2023

Kejutan Luar Biasa Dari Blogger Kak Farah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha terima hadiah ini perasaan teruja tu lain macam.. Besar tapi ringan.. Anak-anak sebok tanya mak beli apa.. Bila Sha cakap mak tak beli.. Ada kawan mak bagi rasanya.. Sambil memandu, Sha suruh Amani periksa nama dan alamat penghantar.. Jenuhlah anak dara tu membelek-belek.. Lepas tu, Amani cakap alamat tak adalah mak.. Yang ada nama je.. Dia sebut nama Farah.. Terus Sha berhenti dan ambil hadiah tu.. Dah boleh agak dah siapa yang bagi.. Terima kasih Kak Farah.. 

Nanti kalau dah guna, Sha review ye.. Masa entry ini disiarkan, Sha belum sempat guna lagi..

Punyalah tak sabar.. Dalam kereta buka..


Coffee Maker for coffee lover..

Ada nota dibahagian atas kotak..

Thursday, December 29, 2022

Hadiah Hari Jadi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama mengidam gadjet ini tapi tak tergerak pun nak beli sebab dia agak tak compatible dengan kaedah pembacaan Sha.. Makanya Sha berangan je lah.. Sekali hari Isnin (26.12.2022) Sha ke Subang berjumpa dengan abang ngah Sha dan dia berikan gadjet ini kepada Sha sebagai hadiah hari jadi.. Siap dengan casing dia.. 


Sha nak kena buat akaun Amazon, lepas tu pindahkan ebook yang Sha ada sebelum ini ke dalam gadjet ini.. Nantilah buat pelan-pelan.. 

Menang Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semaam dapat makluman Tahniah dari Abe Kie.. Terus Sha ke blog Abe Kie dan yeah!! Sha menang wang tunai.. Alhamdulillah.. Terima kasih Abe Kie untuk pemberian wang tunai ini.. Semoga makin murah dan dilapangkan lagi rezeki Abe Kie.. Aamiin.. Aamiin..

Boleh terjah entry Abe Kie Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022 untuk tengok nama-nama pemenang yang lain ye..

Makluman tahniah dari Abe Kie..

Alhamdulillah..

Sunday, December 4, 2022

Terima Cenderahati dari Blogger Ako

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka, ada rezeki lagi dari Blogger Ako.. Sha dipilih untuk terima cenderahati bagi bulan Oktober dan 1 lagi hadiah untuk November.. Bukan Sha je tapi ada lagi beberapa nama yang turut menerima cenderahati dari Blogger Ako.. Boleh baca di entry Ako bertajuk TOP COMMENTATORS - OCTOBER 2022 dan TOP COMMENTATORS - NOVEMBER 2022..

Bertambah seronok bila Kak ret sendiri serahkan hadiah ke tangan Sha pada siang tadi.. Kebetulan kak Ret melawat abang Uyum di Trolak tu yang menyinggah jumpa Sha.. Berjaya juga jumpa Uyum yang comel tu.. hehehe.. Malu-malu Uyum dengan Sha.. Sha pula malu-malu dengan Kak Ret.. Kikiki.. First time tau..

Comelnya Uyum..

Tak sangka tau dapat jumpa Kak Ret.. Thank you kak sebab sudi jumpa Sha.. Ada rezeki kita lepak lama sikit ye..

Merah itu menawan..

Isi dalam dia.. Terima kasih Kak Ret..

Sweet..

Hadiah Harijadi dari Telco YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Tak sangka masih terima hadiah lagi walaupun dah masuk Disember.. Kali ini dapat 10GB data percuma dari YES sempena harijadi Sha.. Suka suka.. Hehehe.. Simkad YES ini asalnya Sha tebus di Shopee dengan harga RM1 sebab nak tebus data YES hasil berbelanja di Shopee.. Tambahan pula masa tu PKP dan anak-anak kena belajar di rumah.. Memang sangat bergunalah data YES percuma tu.. Data YES tu diberikan hasil membeli belah di Shopee.. Banyak belian, banyaklah data percuma.. Maksimum 100gb dan minimum 5gb.. Sampai sekarang Shopee masih lagi berikan data YES percuma tu cumanya syarat nak tebus tu dah lainlah di YES.. Kena beli data YES dulu baru boleh tebus data YES percuma dari Shopee.. Tapi masih lagi berbaloi sebab Sha masih lagi shopping di Shopee..

Mesej memaklumkan tentang pemberian data..

Dah ada dan dah boleh guna..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com