my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan

Pine Resort Kundasang, mengubat rindu

Tahun ni kakpb  tak balik semenanjung sebab banyak urusan.  Ada hikmah rupanya. Menguruskan pertukaran  sekolah anak tu makan masa berminggu juga. Pertukaran dari negeri ke negeri dan dari daerah ke daerah. Alhamdulillah dah selesai. Kasut dengan baju je belum beli.

Oh ye.....lupa nak wish happy new  year kepada semua blogger yang dikasihi. Moga 2016 ni menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. Kakpb takde la mengharap perkara yang tidak pernah terfikir cuma minta kesihatan yang baik untuk keluarga. 

Ok terus pada isi cerita, kakpb bercuti di Kundasang hari tu. Pine Resort Kundasang ni first time pergi. Itu pun cuma ada 1 bilik kosong daripada sebelum Krismas menggoogle. Atas cadangan  Mia (blog dia suka bercuti) kakpb tertarik nak bermalam di sana. Alhamdulillah ada kosong tapi tingkat bawah. Ada famili bawa anak kecil tingkat atas, memang masak la telinga korang. Dentam dentum kaki dia melompat, berlari.....huhu....nasib baik malam tu dia tidur awal agaknya. Sunyi je.

Bilik R (rabbit) ni kakpb suka sebab menghadap ke gunung Kinabalu.  Tak jemu mata ni menatap seolah2 kakpb di atas sana melambai dari puncak gunung......
 Bilik R, Pine Resort Kundasang 

Gunung  Kinabalu  yang belum pulih sepenuhnya 

Banyak  lagi foto menarik kakpb snap tapi malu pula nak share

Sambungan setelah tertangguh 2 minggu kerana demam dan banyak urusan lain......
Pagi esoknya kakpb bangun awal nak tengok gunung Kinabalu. Sayangnya awan tebal seolah nak hujan menutup puncaknya. Nasib baik la masa mula sampai dah snap banyak.




Makan malam di Pine Resort Kundasang, simple Menu


Happy dapat bercuti di hujung2 Disember


Kami singgah di Herritage spa n Resort sekadar isi masa kerana hajat nak tengok lembu dan makan ice cream di Mesilau tak kesampaian dek terlalu ramai orang.
Ingat nak naik Resort paling atas sekali tapi tak sanggup pula. Kalau pagi2 Ok kot. Jadilah sekeping dua foto sebab dah banyak kali kami ke sini.

Pine Resort Kundasang

Banyak kenangan manis pahit kami dalam berseronok tu. Paling tak boleh lupa ketika di restoran mamak nak order roti canai. Kami tak tau ada orang lain order 50
Keping. Kalau tau baik kami makan maggi di bilik je. Suami nak cansel roti canai yang kami order sebab dah lama tunggu. Tiba datang sorang lelaki suruh mamak tu buat dulu untuk kami dengan ayat sopan dia, "buat la untuk dia dulu sebab tengok muka tak sabar je" WHAT????
Ingat kita ni kebulur sangat ke nak melantak roti canai tu? Pelik juga tetiba kena sound Macam tu. Sudah la orang semenanjung, menyampuk tak tentu pasal. Kalau ye pun nak suruh orang tu buat roti kami dulu, berbahasa la sikit.....huhu....

Berangin je kami balik pagi tu. Kalau terjumpa lepas ni memang nak tanya apa masalah dia agaknya.

Ok la.....kakpb banyak kerja ni. Jumpa lagi....

Labuan - Pantai Batu Manikar, Zoo

Salam semua, kakpb kurang sihat sikit sehari dua ni. Mungkin effect drp pemakanan satu produk yang kakpb akan share bila ada masa nanti.

Secara ringkas kakpb cerita sedikit percutian 2 hari 1 malam kami di Labuan. Memang sekejap je, lagipun hari hujan keesokkan hari ketika nak balik. Serius memang kakpb ngeri naik bot laju tak pakai life jeket, gila lah kalau tenggelam. Orang pandai berenang pun boleh tewas ditengah laut luas tu tau. Sebelum ni pernah naik, pun takde life jeket juga. 
Mungkin tak jadi masalah bagi mereka yang dah biasa. Kami ni yang tergigil-gigil nak melangkah kaki ke bot......aduhai...(rasanya life jeket ada tapi letak mana taktau pula)

Oklah, sambung kisah tadi. Naik bot laju di Menumbok, RM7.50 seorang. Perjalanan makan masa 15-20 minit sahaja. Kalau naik feri dari KK katanya 2 jam lebih? Sampai seberang, terus sewa kereta. Dapat Viva baru, RM60 (hubby tawar drp harga sebenar RM70)


 
Selepas isi minyak kereta dan isi perut yang kebulur, kami round sekitar bandar Labuan cari hotel. Ingat nak bermalam di Hotel Ambassador tapi penuh. Terpaksalah cari hotel biasa2, RM135, agak besar dengan katil queen dan single.
Kami round ikut suka hati cikgu fahmi. Sampai ke Pantai Batu Manikar. Cantik sungguh pemandangan pantai ni. Sepanjang jalan nampak bersih dan indah. Kena pula hari kerja, tak ramai melepak dipantai masa tu. 
Ada juga kami singgah di Muzium dan biasa2 je dalam tu. Seronoknya bila singgah di Taman Burung sebab anak bujang happy kat situ. Mula masuk kakpb rasa boring sangat sebab kakpb tak minat dengan burung. Aziz kata, takpelah ibu....kita ambil udara segar kat sini. Hemm....segarlah sangat dengan bau najis burung tu!!

Ada banyak gambar tapi malaslah nak upload. Paling best bila jumpa burung tiong dan burung unta. Burung tiongnya pandai cakap "assalammualaikum" "hello" "hai"....lucu betul!
Burung unta pula agak menakutkan dengan ketinggiannya. Tapi yang betina comel pulak.

Kakpb singgah di Parkson yang ada duty free tapi nampak agak mahal coklatnya. Banyak cadbury yang offer gila2. Tak sangguplah nak beli walaupun dah dihalalkan. Akhirnya kami ke One Stop Duty juga sebab lebih banyak pilihan. Beli untuk emak, kakak dan adik di KL. Untuk sendiri beli yang kita suka makan je.




 Kakpb tak cerita lebih2 sebab sebelum ni dah ada entry ke Labuan. Walaupun orang kata Labuan bandar kecil, simple, takde yang menarik.....kakpb suka juga sebab tak sesak sangat keadaannya.
Entry dulu di SINI




Kundasang ~ MH370 ~ Operation mak saudara

Assalammualaikum.....
Lamanya tak ngadap blog kakpb ni. Betul2 takde masa nak menaip melainkan di twitter dan facebook. Itu pun sekejap2 je.
Banyak peristiwa melanda dalam negara, dalam keluarga kakpb ketika itu.....8hb Mac...menyambut Hari Wanita...bercuti di Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa. Juga tidak dapat lupa hari yang sama dua peristiwa yang menyayat hati.

Pertamanya.....emak saudara kakpb operate (potong kaki) pukul 9 pagi kerana ketumbuhannya melarat tidak dapat diselamatkan. Kakpb tak dapat jelaskan lebih lanjut kerana memegang janji pada anaknya.
Sebelum itu kami sekeluarga asyik menangis kesedihan memikirkan mak saudara ni.

Tapi yang menyentuh hati bila berwhatsapp dengan anak sulung beliau yang bekerja di luar negeri.
Betapa dia tabah menghadapi dugaan ini. Katanya dia tak boleh menangis, takut mamanya makin sedih. Dan menurut cerita kakak kakpb, selepas mamanya operate 2 hari, dia balik ke Maldive bertugas. Dia pesan pada mamanya....."Ma jangan sedih, Dah 70 tahun lebih Dia pinjamkan kaki pada ma. Dia ambil sedikit je hak Dia, syukurlah ma!"
Sebelum operate kakpb ada call tapi kakpb gagal mengawal perasaan kerana kakpb rapat dengan mak saudara ni. Air mata tumpah juga. Bayangkan dulunya dia seorang yang aktif berpolitik, aktif dikedai jahit, aktif berniaga barangan kemas dll. Dialah yang bawa kereta kehulu kehilir kerana suaminya juga tak sihat.
Allah hu akbar.....Dia Maha Mengetahui hidup dan mati kami.

Oklah....kita tutup cerita mak saudara tu.
Dalam perjalanan tempohari ke Kundasang, dalam pukul 9 lebih, kakpb dapat whatsapp dari kawan mengatakan MH370 tidak sampai ke Beijing. Kakpb memang tak sempat tengok berita di internet.
Sepanjang perjalanan ke Kundasang hati tertanya2 juga, betul ke berita ni?
Sampai Herritage Hotel, terus buka tv. Sah!! memang hilang tiada khabar berita. Kakpb harap dengan doa dan solat hajat serta usaha pihak tertentu akan membuahkan hasil tidak kira samada buruk atau baik, kita terima ketentuanNya.



waktu pagi matahari terbit memang cantik, cuma gambar agak gelap dek cahaya belakang tu..
ada dialog drp sorang gadis disitu, macam ambil gambar toyol je....hehe..

Kami bermalam di Mount Kinabalu Herritage Resort & Spa tempohari. Ambil dua bilik dengan harga RM150 sebilik. Besar dan selesa. Katil bujang ada tiga, cukup sorang satu. Untuk mertua bahagian korner agak besar biliknya. Tapi sayang bilik yang mengadap ke puncak gunung dah habis.


Kami tak pergi ke kaki gunung tempat mendaki. Hanya naik tangga dan menunggu dibawah saja. Adik ipar bawa mertua keatas.




Sebelum bertolak pulang, foto dulu. Memang nyaman dan menyegarkan menginap disini.

Sekadar kenangan......2014.

Singapore

Aktiviti cuti kami tempohari di Singapore (kakpb taip laju2 ni sebab kerja banyak belum selesai).
Waktu ke sana kakpb asalnya plan nak bawa kereta adik ipar. Tapi bila fikirkan tak reti jalan sana, minta sepupu datang jemput di JB. Rumah pakngah kakpb dekat Woodland je, jadi taklah susah bagi sepupu nak ambil kami dengan kereta dia. Plan nak sehari je di Singapore tapi sepupu kata dia dah ambil cuti hari isnin, kesian punya pasal kita up 2 hari...hehe....tiket balik KL pun lambat lagi. 

Tiket dari kl ke Johor hari tu murah je, bawah dari seratus seorang. Emak kakpb ikut sekali sebab dialah pelakon utama cerita kami di Singapore...hehe...nak jumpa abang dia. 
Dipendekkan cerita, dah jumpa tu, panjang pula mereka ni berborak dari zaman askar tanah melayu hinggalah ke arwah mak dan bapak masing2. Pakngah kakpb ni masih tegap orangnya, cuma pendengaran agak kurang. Katanya dulu telinga dia bermasalah disebabkan bunyi bom meletop...bla..bla...kakpb tak dengar sangat kisah benar dia.

Kakpb tak tukar mata wang Singapore sebab memang tak plan nak kemana2 pun. Rupanya sepupu kakpb dah rancang nak bawa kami jalan2 sekitar Vivocity dengan menaiki MRT (monorel) Sentosa Express. Semua urusan matawang Singapore sepupu kakpb yang bayarkan. Malu juga sebenarnya tapi dah itu rancangan dia. 
Kami solat zohor di Masjid Temenggong Ibrahim JDT. Masih ada lagi tanah johor di Singapore rupanya. Lepas solat kami lepak kejap makan kuih Jenni (seperti pau goreng inti kacang dan pelbagai lagi) Perut tengah lapar dengan cuaca panas ketika itu, semua jadi sedap. Tapi memang sedap pada tekak kakpb.

Lepas tu kami terus ke Sentosa Waterfront Station untuk ke USS. Kakpb dah lupa harga tiket. Boleh berhenti di station Imbian dan Beach station.
Kami tak masuk dalam pun, cuma gambar diluar saja. Sebabnya memang takde plan nak pergi. Anak masing2 dah muncung sebab mereka tak tahu plan mak bapaknya. Kalau plan ke USS ke pergi awal pagi, ni dah tengahari. InsyaAllah lain kali kita pergi ye.




Kami singgah di Masjid Glam di Kampong Glam. Juga Taman Warisan dimana banyak khazanah allahyarham P. Ramlee dipamerkan. Memang leka duk dalam tu, dipasang lagu dan filem2 lama. Anak2 pun seronok.



Kami singgah juga di Marina Bay dimana terletak dengan megahnya bangunan Marina Bay Sands.


Masjid Sultan....walaupun di Singapore banyak bangunan lama, kebanyakkannya di cat semula. Kelihatan bersih dan cantik.


Foto main tangkap muat je sebab orang belakang (pelancong) tak sabar2 tunggu kita..


Maaf, dah masuk keperut baru nak bergambar. Laksa Siglap yang kami adap ni di Geylang Street. Memang sedap. Nanti kakpb nak cuba buat.


Ni pula pelik pada kakpb. Kacang Pool....makan dengan roti perancis..pun sedap. Ada telor setengah masak didalamnya.


Ni pula sup tulang merah. Sebenarnya kakpb tak tau pun rupanya daging kambing. Kakpb tak makan sangat, ambil buat syarat je. Masa ni sepupu belanja makan kat rumah. Alhamdulillah....ada lagi currypuff yang popular di Singapore sepupu kirim bawa balik KL. Sekeping boleh makan 3 orang, besar gila. Gambar lupa ambil.


Masa baru sampai, budak2 ni seronok sangat main kat sini. Rasanya di tempat kita belum ada taman permainan begini kan?


Terkial2 Aziz manjat bendalah ni. Budak2 lain yang dah biasa laju je....hehe...ibu dia kat bawah berdebar2 takut gedebuk kebawah anaknya.



Akhir sekali gambar puan blog....naaaak juga!! Maaf gambar tak tersusun kerana puan blog tak sihat, macam nak demam je badan ni.

Sekian.

Labuan

Assalammualaikum..... Cuti sekolah kami tak balik semenanjung dan Labuan ni memang dalam list percutian kami. Walaupun ramai yang kata takde apa di sini, sekurang2nya kami dah jejak dan tau bagaimana rupa Labuan.

Labuan terkenal dengan....coklat!! Sah2 kena beli coklat banyak untuk diri sendiri atau saudara mara:) Kakpb beli yang biasa2 je. Emak suka Daim. Anak pun suka yang tu juga....
Paling best, minyak wangi.....ntah ori ke tidak, tak tau pula. Kakpb beli juga sebotol kecil, untuk koleksi. Cikgu fahmi jual mahal, taknak beli pulak!!

Plan asal bukan nak pergi hari Ahad lepas. Tapi ntah macam mana, bangun pagi tu kakpb terus ajak cikgu fahmi kesana. Mood tengah baik nak jalan. Kami menaikki kereta dari KK ke Menumbok, lebih kurang 2 jam lamanya. Inilah kali pertama kakpb melalui Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan lain2 lagi. Seronok juga tengok pemandangan rumah kampong sepanjang jalan. Hilang stres teringat keluarga di Johor.

Sampai di Menumbok, kami memilih naik bot laju daripada bot penumpang biasa. Tambangnya sorang RM15, kalau bot penambang RM7 cuma masa perjalanan agak lama. Bot laju sampai cepat, kurang dari setengah jam. Waktu pergi pukul 10 pagi, ombak agak kuat jadi keadaan dalam bot seperti di hempas-hempas punggung ini.

Tiba sana perut dah menggelodak, kami cari kedai makan yang berhampiran. Sedap masakannya (sebab perut tengah lapar) Lepas tu baru plan cari hotel.
Kami menginap di Hotel Ambassador, satu malam RM118. Sebenarnya banyak hotel lain tapi sebab dah penat menapak kesana kemari. Masing-masing bawa baju sehelai dengan beg sandang kecil. Memang tak plan nak bermalam tapi sebab dah letih sangat, terpaksa juga bermalam.


Kakpb beli coklat Hersley, Ferraro Roche, Daim, Mars dan Bounty. Kinder Bueno pula untuk kawan baik Aziz, ingat kawan dia mana2 pergi. Bajet beli coklat, hotel, tambang boat dan makan-makan lebih kurang RM300, ok tak?

Kakpb tak sewa kereta walaupun murah sewanya, RM60 kancil dan RM100 untuk Vios. Lain kali mungkin nak jalan2 sekitar pulau ni. Takde yang menarik selain daripada COKLAT!!
Ok la...kakpb tak dapat nak blog walking. Dua tiga hari ni emak ada kat sini, begitu juga mak saudara, kakak, abang ipar, anak saudara......ahad ni majlis kahwin anak saudara kakpb dengan orang Sabah.


Terima kasih mereka yang sudi komen. Nanti kakpb balas kunjungan bila selesai semua hal keluarga. Jumpa lagi......

Selamat Hari Guru Cikgu Fahmi dan update cuti, Sarawak

Tiada hadiah istimewa dari kakpb untuk cikgu fahmi sempena hari guru ini. Hanya menadah tangan berdoa semoga perjuangan dia sebagai guru di Pulau Gaya akan memberi seribu rahmat kepada anak2 muridnya. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan cikgu fahmi samada kakpb kenal atau tidak. Selamat Hari Guru, bakti mu dikenang sepanjang hayat.

Terlanjur dah update ni, nak cerita pasal kami di Sarawak tempohari (sebelum balik mengundi) Kakpb bermalam di Hotel Harbour View yang berdekatan dengan sungai. Tiada breakfast, pandai-pandai kami cari makan sendiri. Sebelah dengan hotel ada restoran muslim, sedap masakannya.

Bandar Kuching bersih, jalanraya tak sibuk macam di KK. Nak kata lengang sebab cuti, tak juga sebab kami sampai pagi Jumaat.  Lepas check in hotel, terus jalan-jalan sekitar sungai. Lucunya, kami tak tau bagaimana nak panggil pakcik yang bawa bot penumpang. Lama tunggu tepi sungai. Nampak orang naik, kami pun berebut2 naik sama. Tak panas bontot, dah sampai seberang. Cari apa kat sana? Kek lapis ler....tak sah tak beli kalau datang sini kan? Alaa..kakpb tak dapat share gambar la. Entah kenapa mengong pulak streamyx hari ni....

Bercuti sehari, faham-faham je, tak dapat nak kemana. Keliling bandar cari makan, berfoto kat replika kucing, balik hotel, membuta. Malam pun kami tak turun sebab hujan. Kakpb beli keychain, fridge magnet dan kek lapis. Cerita pasal kek lapis ni, rasa sana rasa sini akhirnya beli tak sampai pun RM100. Malas nak bawa berat-berat ke KL. Beli untuk mak kakpb dan mertua. Sampai sana, potong2 makan ramai-ramai.

Jumaat kat Sarawak, sabtu dah pun kat KL. Esoknya mengundi, seharian berpanas dengan mak. Ramai2 famili kakpb, kami berdua je terpelanting tak sama dengan famili lain. Dia orang seronok ler.....naik van ramai-ramai. Dua jam lebih jugalah beratur, nasib baik kat sekolah tu ada bumbung. Emak lagi rilek, lepas memangkah, dia lepak dengan geng-geng dia. Jenoh dia menunggu kakpb.

Ok sampai sini dulu, kakpb ada tugas belum selesai. Maaf kalau blog kakpb agak berterabur. Tak sempat nak susun atur lagi. Nak ubah sana sini makan masa juga.







Kuching Sarawak

Assalammualaikum semua, kakpb sekarang di Kuching Sarawak untuk 2 hari satu malam. Asalnya 3 hari sepatutnya di sini tapi disebabkan semangat balik nak mengundi, jadilah 1 malam saja.

Gambar2 manis kami....haha...takde manisnya kalau dah bertiga, asyik dia je menyelit tengah2 jalan. Nak pimpin tangan pun susah. Kakpb belum ada peluang nak upload gambar dek kemalasan nak menyucuk usb ke laptop. Tunggulah kakpb sampai kl nanti. Bertolak tengahari ni ke sana.

Jumpa lagi.

Kuala Perlis pula:-)

Sekarang....kakpb dan keluarga berada di Kuala Perlis pula kerana menghantar adik ipar ke UITM. Tadi pagi bertolak dalam pukul 8.30 pagi, sampai pukul 4.30 pm kerana cikgu fahmi tak biasa drive ke utara. Kena berhenti call adik dia yang dah biasa area sini,  nasib baik jalanraya sini senang  dengan signboard  yang jelas.

Kakpb menginap di Hotel Putra Brasmana, dekat dengan jeti Kuala Perlis. Entah tahun bila jejak sini, dah lupa.  Esok nak jalan2 sekitar sini, Langkawi tak dapat pergi kot walau sebenarnya dalam perancangan. Insyaallah, lain kali boleh pergi.Hotel ni agak selesa tapi kecil. Nanti kakpb cerita lagi ye sebab keletihan ni. Perjalanan dari Kelantan lebih kurang 8 jam, punggung rasa kebas, pinggang lengoh dan perut berkeroncong.


Bandung part 3 - Ciwalk, Cibaduyut, Toko Tiga, Hotel Trio


Tak habis lagi cerita jalan2 Bandung ni, kalau jemu dan muak, sila tutup page ni ye. Kakpb tulis sebagai kenangan kami di sana. Oh ye, gambar2 yang di pilih ni memang banyak sangat tudung si pemakainya sama je....hehe....tudung bawak 3 helai tapi yang sesuai dengan semua baju adalah 2 helai. Konon nak beli kat Bandung, dah pilih2 tak berkenan pulak. Akhirnya pakai je la yang mana ada tu...

Kisah bersambung jalan2 dan makan tengahari di Ciwalk. Punyalah ramai orang bersantai di sini. Kiranya ni tempat orang2 yang high class kot. Macam KLCC, agaknya la....kakpb pun jarang melepak KLCC tu. Kami makan di sini, Restoran Radja Kejil, 175 ribu, order nasi berlauk apa tah....masak dengan cili padi yang di potong2. Apa tak pedasnya? cikgu fahmi berpeluh2....kena pulak order air spesial kat situ, coklat berherba halia......haha...lagi la menganga kepedasan!!

Ni di Cibaduyut, banyak kasut cantik2 dan murah tapi tak larat la nak belek semuanya.

Lepas2 makan (dengar suara2 pelanggan tak puas hati servis kat situ, slow gila) jalan2 cuci mata setiap kedai barangan kasut, tas tangan dan lain2 lagi. Jalan saja laa......tak rancang membeli apa-apa. Teman anak bujang main Segway (mcm dlm gambar tu) 30 ribu rupiah. Seronok katanya......ibu duduk saja tumpang happy. Lepas beli makan malam (roti boy pun ada sini) kami balik dengan menapak je. Jalan dalam 15 minit dah sampai hotel.

Aktiviti esoknya, kami ke Cibaduyut, Kartika Sari..... di Cibaduyut katanya banyak kasut yang murah2 tapi kami cuma intai dan keluar, intai dan keluar. Tak berminat pula nak membeli. Kasut memang cantik tapi dalam otak cikgu fahmi cuma nak cari seluar jeans saja.


Di Kartika Sari, kakpb beli kek lapis 4 ketul, 2 kotak kuih kering dan sedikit kuih muih untuk sarapan pagi (saje je beli, pada hal dah sarapan di hotel) Sedap juga kuih-kuih mereka. Kopak poket RM200 beli kek. Nak menjimbit lagi satu hal. Rupanya mereka boleh kotakkan kek tu untuk naik kapalterbang tapi kami tak tahu. Bila tengok kat airport, senang je orang jimbit kalau dah di kotak. Lain kali boleh buat macam tu.
Di Toko Tiga, macam biasa la, seluar jeans pilihan cikgu fahmi. Kakpb pandang dan tolong angguk serta geleng.... kalau tak suka. Insyaallah ada rezeki datang lagi, turn kakpb pula beli jeans. Harga boleh tahan tapi masih murah berbanding di tempat kita, original pula tu. Orang kita je yang meramaikan dalam kedai.

Selesai shopping, terus pergi makan nasi padang bersama supir kami. Ada hidangan seperti telor ikan, kakpb pun hulur kat anak bujang sebab dia memang suka sangat. Bila makan, katanya.....kenapa lain telor ikan ni ibu? alah.....makan je laaa....macam tak biasa makan telor ikan pulak. Bila time nak bayar tu, terdengar pekerja tu sebut, otak (bukan telor ikan) hahaha....anak bujang kakpb terkejut berok. Patut ler lain rasanya, macam tauhu. Hemm....merasa jugalah otak lembu!!

Sepanjang jalan, ada saja show dari kera-kera yang telah di ajar untuk mendapatkan wang. Kesian kakpb tengok, walaupun dia binatang dan di jaga baik tapi dia berkerja lebih dari tuannya. Ada bawa motor, bawa tongkat, pakai spec tengah panas, bentang sejadah dan sembahyang. Memang melucukan.


 Kami pindah ke Hotel Trio setelah dua malam di Cihampelas. Walau agak mahal sedikit dari Cihampelas, hotel ni lebih selesa dan besar. Orang kata boleh main kejar-kejar dalam bilik. Penat bershopping, lepak dari tengahari hingga petang. Ingat nak keluar ke Pasar Baru lagi tapi hujan lebat sangat. Tunggu esoknya.


Lain kali kakpb nak stay je sini, senang nak ke Pasar Baru dan tempat-tempat lain.

Esoknya sebelum balik (flight pukul 1 ptg) kami ke Pasar Baru lagi. Cari kain lace kiriman anak saudara kakpb. Seawal 7.30 pagi kami dah melepak depan pasar. Buka kedai pukul 8 pagi, berkeliling cari money changer sebab duit tak cukup nak beli kain. Rugi rasanya kalau tukar duit di sini.

Kakpb jumpa satu kedai India dalam pasar ni. Mulanya nak beli kain lace saja. Kemudian cikgu fahmi nak kain ela untuk buat baju melayu dia (raya tahun depan punya). Lepas tu melarat pulak, cari emak dan kakak kakpb punya. Tak selesai lagi sebab cikgu fahmi kata, baik beli sekali kakpb punya kain untuk raya, sedondon warnanya dengan dia. Bila di kira2 balik, wang rupiah ngak cukup, bayar dengan ringgit Malaysia pula. Nasib baik dia terima kad debit. Selesai. Tinggal duit pak supir dan tax di airport 225 ribu rupiah untuk 3 orang.

Penerbangan delay satu jam lebih. Dalam pada menunggu tu, sempat berkenalan dengan orang Bandung yang berkerja di tempat kita. Berbungkus bangkis bawa barang dari kampong, dengan kerepeknya.....cikgu fahmi kan peramah, dialah yang rajin bersoal jawab. Kakpb tolong sengih dan sampuk sikit2.

Selesai sudah percutian kami di Bandung, macam tak bercuti je sebab balik tu rasa badan letih sangat. Kaki lengoh tak usah cakap, hingga sekarang ni masih terasa. Bagaimana pun kakpb rasa nak pergi lagi untuk shopping baju.....wah...cikgu fahmi bersedia tau, ongkosnya!!

Penang, Perak dan seterusnya ke....

Kakpb cuma nak share gambar ketika bercuti di Penang tempohari. Hari pertama di Hotel Bayview dan esoknya dua malam di Holiday Inn. Pagi sebelum check out, kakpb bawa anak bujang mandi swimming pool, kakpb tengok je, tak mandi pun. Sebelum tu kakpb suruh dia tunggang kuda dulu tepi pantai, RM30 (sebelum tu dia charge RM40) Dapatlah dia merasa duduk atas kuda, terhenjut-henjut....kakpb tumpang happy je.


di Bayview hotel, Batu Feringgi

Gambar di atas tu, selain hotel, kami makan di restoran Line Clear yang popular di Penang. Tengok pada papantanda dia tu, dah ramai artis yang datang makan. Rasanya pernah keluar di tv. Mulanya anak kakpb tak pandai nak order nasi kandar. Dia nampak nasi beriani, dia terasa nak makan. Tapi lauknya telor masin dan daging.....hehe...lantak la...


Paling best kami makan 'roti canai banjir', memang terkenang2 dan terasa2 kesedapannya. Nama restoran, Roti Canai Jalan Argyll. Cuma kakpb tak snap foto lauk2 kari ayam, daging merah dan parpu.


Ini juga kali pertama kakpb makan mee udang ketam di Tambun. Memang sedap tapi jenuhlah nak mengabiskan udang tu. Kakpb pula bukan peminat ketam. Makan pun sebab orang belanja.

Selepas pulang dari Penang, kakpb ke Perak pula dengan menaiki ETS (keretapi laju). Kami pergi berempat, emak kakpb ikut sekali. Saja bawa dia jalan rumah saudara belah cikgu fahmi. Kami bermalam satu malam saja kerana esoknya (hari ini) kakpb menginap di Tune Hotel Lcct. Kali ni nak jalan jauh sikit.

Selesa sangat, lepas ni boleh guna perkhidmatan ni lagi...kami ambil tiket pergi dan balik sekali sebab takut kehabisan, maklumlah ketika itu perayaan Deepavali. Emak pun nampak happy.
 
Oklah, kakpb minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak balas kunjungan ketika ini. Selepas habis jelajah cuti2 sekolah ni, insyaallah kakpb akan jengah juga blog kawan-kawan. Jangan kecil hati ye....kakpb saaaaaayang semua!!
 
nota kakpb: update blog dari Tune Hotel, cekik darah betul hotel ni...
kalau tak kerana nak pergi sana, memang taknak bermalam kat sini..