Pages

Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Bila Zahid mahu tunaikan janji?



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tiada sebarang siasatan dibuat terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim, biarpun telah ada laporan polis dibuat.

Kit Siang berkata Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Dr Mashitah pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Berapa banyak 24 jam yang diperlukan Zahid sebelum polis dapat bertindak terhadap beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Mashitah?

"48 jam, 96 jam, 240 jam atau 480 jam.

"Saya mahu bertemu dengan Zahid menjelang tamat tempoh 480 jam pada 18 Disember untuk mengetahui kenapa Menteri Dalam Negeri gagal menepati janjinya bahawa pihak polis akan memulakan siasatan dalam jangka masa 24 jam sesuatu laporan dibuat terhadap seseorang individu berkaitan isu sensitif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wednesday, August 27, 2014

PAS Selangor yakin pimpinan PR mampu duduk semeja

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin dengan pengalaman serta jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang akan membolehkan mereka duduk semeja dan bersepakat bagi menyenaraikan nama-nama calon Menteri Besar secara bersama, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Menurutnya, diharapkan kemelut ini dapat segera sampai kepenghujungnya supaya harapan rakyat kepada PR untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat terus bersinar terang.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua namauntuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Juga dengan perkenan Tuanku agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik,” katanya melalui status Facebook.
Jelasnya, titah Sultan Selangor itu mengambarkan bahawa kemelut Menteri Besar Selangor sudah sampai ke episod penyudah yang bakal mengembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Wednesday, May 21, 2014

Siapa kata Dyana lawan hudud?

Mana punya mamat sudah memandai-mandai sebar khabar kononnya Dyana Sofya lawan hudud. Konon Dyana bukan Muslim sejati, ternoda Islam dan imannya kerana melawan perintah Tuhan supaya berhukum dengan hukum Al-Quran. Kalau boleh mahu saja dikafirkan Dyana kerana dakwaan penolakannya terhadap hudud itu.
Dengan sekelip mata aura ‘awek cun’ Dyana mendung seketika dan anak gadis calon DAP Teluk Intan itu hilang kerlipannya. Hanya kerana dituduh melawan kehendak Tuhan dan dihakimi sekalian umat penyokong UMNO yang dengan tiba-tiba menjadi pembela hukum hudud.

Sunday, December 1, 2013

Kucing Kurap: Jeff Ooi Mohon Maaf Secara Terbuka

GEORGE TOWN, 1 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan gelaran 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 16 Nov lepas.



Beliau membuat permohonan maaf itu pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang yang berlangsung di sini Ahad setelah digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa menyampaikan ucapan pada konvensyen itu.

Sejurus selepas Karpal Singh selesai berucap, Ooi tiba-tiba berdiri dan berkata beliau dengan ikhlas membuat permohonan maaf kerana telah melukakan hati beberapa pihak.

"Saya akan ikut apa sahaja yang diminta Karpal Singh, 'the Lead Tiger said dan the Little Tiger will follow" (Bapak Harimau suruh, Anak Harimau ikut sajalah)," katanya.

Ooi kemudiannya bersalaman dengan Karpal Singh dan disambut dengan tepukan dan sorakan daripada 659 perwakilan yang hadir pada konvensyen bertemakan 'Terus Meneraju, Mendakap Masa Depan' itu.

Saturday, November 30, 2013

'Anak Muda dan Masa Depan Politik Negara'



Wacana Anak Muda Malaysia (WAMM)
'Anak Muda dan Masa Depan Politik Negara'
Panel :
1) YB Nurul Izzah Anwar, MP Lembah Pantai (PKR)
2) Sdr Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Malaysia
3) YB Dr Ong Kian Ming, MP Serdang (DAP)

Tarikh : 2 Disember 2013, Isnin
Masa : 8 malam
Tempat : Auditorium KL-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
             (Berhadapan Hentian Monorail Jalan Maharajalela KL)

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai

Friday, September 13, 2013

Lim Guan Eng buat laporan polis

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.
Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".
Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.
"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.
@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Tuesday, June 25, 2013

Titah Tuanku iktiraf golongan muda


Titah Tuanku iktiraf golongan muda
KUALA LUMPUR, 25 JUN: Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyifatkan titah Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang memfokuskan kepada peranan anak muda merupakan perkara paling menarik untuk dibahas dalam Dewan Rakyat kelak.

Menurut beliau, titah Tuanku agar Ahli Dewan Rakyat meningkatkan kerja dalam membina modal insan dan tenaga mahir merupakan saranan supaya golongan muda diberi pengiktirafan sewajarnya.

“Titah Tuanku yang menyentuh mengenai peranan anak muda saya kira merupakan bukti kekurangan atau kegagalan negara dalam mengiktiraf peranan mereka.


Tuesday, May 7, 2013

Azmin Ali: Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

Monday, April 29, 2013

UMNO hasut Melayu


7-Day Countdown to 13GE Polling Day – DAP membantah Berita Harian, akhbar kawalan UMNO-BN, yang menghasut orang Melayu supaya membenci DAP dan kaum-kaum lain di Malaysia
UMNO hasut Melayu
DAP membantah Berita Harian, akhbar kawalan UMNO-BN, yang menghasut orang Melayu supaya membenci DAP dan kaum-kaum lain di Malaysia. Fitnah yang mereka lemparkan semakin tidak masuk akal, malah menghina daya pemikiran orang Melayu.

Fitnah terbaru datang daripada Berita Harian edisi Ahad hari ini 28 April 2013 dalam satu komentar yang ditulis oleh seorang yang bernama Mahfar Ali. Tajuk rencana itu sahaja sudah menunjukkan sikap hipokrit dan pembohongan media kawalan UMNO-BN tersebut. Tajuk “Pertahan prinsip kesederhanaan, tolak ekstremisme” cuba berselindung di sebalik kebencian penulis kepada perpaduan antara kaum yang dianjurkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Thursday, April 18, 2013

4 bekas ahli DAP tanding calon Bebas di NS

Logo parti DAP
Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
    
Fernandez berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenanginya dalam PRU lalu selepas menewaskan calon BN, Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.
    
"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuatkuasa semalam," katanya dalam satu sidang media di Seremban hari ini.

 Teresa Kok & Ronnie Liu Gugur dari senarai calon

Saturday, April 6, 2013

PRU-13: Parlimen Seputeh, Teresa Kok besar kemungkinan digugurkan

exco kanan Selangor Teresa Kok
DAP mungkin menukar barisan calonnya dalam di Kuala Lumpur dan Selangor yang bakal menyaksikan exco kanan Selangor Teresa Kok terpaksa melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya.

Beliau sekarang penyandang kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur yang dimenangi pada 1999 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara di Selangor yang dirampas dari BN pada 2008.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Kok diminta menumpukan perhatian di Selangor dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN

Datuk Abdul Ghani Othman sedia hadapi Lim Kit Siang


MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-13: SEPINTAS LALU
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
JOHOR BAHRU: Spekulasi mengatakan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), YB Lim Kit Siang, mungkin tidak mempunyai laluan mudah seperti yang beliau jangkakan di Gelang Patah.

Beberapa pemimpin Umno negeri telah mengambil langkah dengan meminta Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, bersemuka dengan YB Lim.

Difahamkan Datuk Abdul Ghani telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau tidak keberatan menawarkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah.

Anggota parti bersetuju bahawa Menteri Besar popular di kalangan orang Cina dan mempunyai peluang baik memenangi kerusi itu, yang mempunyai 53 peratus pengundi Cina, 34 peratus Melayu dan 13 peratus India.
Semuanya kerana sehelai kertas

Wednesday, January 23, 2013

Bakar Bible satu cadangan “bodoh”


Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar berpendapat cadangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk “bakar Bible demi penyedaran” adalah satu cadangan paling bodoh dan tidak masuk akal.

Menurut beliau, tindakan Ibrahim itu adalah satu perbuatan yang berbahaya terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Dia sudah melampau, kenapa pihak berkuasa tidak mengambil ambil tindakan ke atas Ibrahim

“Kalau isu yang sama dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), sudah tentu mereka sudah diambil tindakan,” ujar beliau.

Katanya, kenyataan Ibrahim mengenai isu kalimah Allah itu sengaja dimainkan untuk mengelirukan masyarakat negara ini demi kepentingan politik.

Tuesday, November 6, 2012

DAP akui saingan sengit di Selangor dalam PRU kelak


saya sokong pakatan rakyat
KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjangka saingan sengit di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan mengakui "kempen perkauman" yang dilaksana pembangkang di negeri itu, Barisan Nasional (BN), mendapat tarikan masyarakat Melayu di luar bandar.
Sentimen itu ditunjukkan ketika Konvensyen DAP Selangor kelmarin.
Berbeza daripada kebiasaannya tema mengkritik BN dalam setiap majlis Pakatan Rakyat (PR), suasana di Kompleks Sukan Kelana Jaya dilihat lebih menjurus kepada pemimpin DAP menyeru ahlinya bersedia menghadapi pertempuran politik paling sengit dalam sejarah Malaysia.
Ditemui selepas konvensyen itu, pengerusi DAP Selangor, Cik Teresa Kok, dan timbalan beliau, Encik Tony Pua, berkata ujian terbesar PR, yang turut dianggotai DAP, ialah menawan kawasan pedalaman yang majoriti penduduknya orang Melayu dan 'deposit tetap' undi bagi Umno.

Friday, October 12, 2012

Semah, mai sat.. Cina DAP kata laki engkau tak serius


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara masih belum dibentangkan di Parlimen meskipun sudah dua minggu belanjawan selesai dibahas.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, langkah melewatkan pembentangan laporan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak langsung tidak serius dalam usahanya memerangi korupsi.

“Bagaimana rakyat boleh yakin dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk benar-benar memerangi rasuah,” soalnya sambil memetik cadangan Pemandu supaya laporan Ketua Audit Negara dibentang secara berkala sebanyak tiga kali setahun yang langsung tidak dilaksanakan.

Tuesday, October 9, 2012

Penulis cerpen salahkan Utusan, mohon maaf pada Teresa Kok


 Teresa Kok
Penulis cerpen ‘Politik Baru YBJ’, Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana kontroversi berbaur fitnah yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008 yang lalu.

Menurut Chamil yang juga Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, beliau kesal apabila cerpen yang disiarkan telah dieksploitasi akhbar milik UMNO tersebut.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok dan semua yang terlibat.”

“Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak professional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya. Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu.” demikian ujar Chamil.

Menurut Peguam Zalil Mohd Mess yang mewakili Chamil, bahan artikel itu telah diubah oleh Mingguan Malaysia edisi hujung minggu Utusan Malaysia tersebut tanpa persetujuan penulis.

Tuesday, September 11, 2012

Ng Yen Yen, tolong dengar baik-baik apa Guan Eng cakap.


Ng yen yen tolong dengar apa Lim guan eng cakap
RAUB, 10 SEPTEMBER: Rakyat Pahang diseru supaya menumbangkan kerajaan UMNO-BN negeri ini demi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mereka terjamin.

Menyentuh isu serius perlombongan menggunakan bahan kimia sianida di Raub dan kilang pemprosesan nadir bumi oleh LYNAS di Kuantan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada cara lain selain melakukan perubahan.

“Kalau tidak ada perubahan kerajaan, syarikat gali emas menggunakan sianida oleh RAGM (Raub Australian Gold Mining sdn. Bhd) akan terus beroperasi. Kini, rakyat di Raub sudah bersuara untuk menghentikan penggunaan bahan kimia tersebut.

Tuesday, September 4, 2012

UMNO-BN kaut untung jadi broker jual tanah


GEORGE TOWN: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.
lim guan eng DAP
Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi. Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

Friday, August 10, 2012

Dr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam

Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.

"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.

"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.

Saturday, July 7, 2012

Chua Soi Lek, musang hilang ekor

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: “Tiada siapa yang mahu ekornya dipotong dan menjadi seperti Chua Soi Lek, musang tanpa ekor”. Demikian kecaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek berhubung fitnah keji yang dilemparkan terhadap beliau serta ahli keluarganya.

Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya hari ini menyifatkan tindakan Presiden MCA itu seperti musang kehilangan ekor kerana percubaan untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat telah  gagal .

Beliau seterusnya mencabar Chua supaya mengulang fitnah tersebut di khalayak umum, termasuk semasa debat yang akan diadakan pada Ahad ini (8 Julai) bagi membolehkan ia dibawa ke mahkamah.  

Posting Terkini