Followers

Showing posts with label Anak anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak anakku. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Cuti mengaji

Malam ni tak ngaji. Tak la nak rushing sangat nak hantar derang ni pi ngaji. Kalau tak kita yang penat terjerit jerit kat depa suruh bersiap  pi ngaji. Depa yang nak ngaji rilek wat dek  je. Tengok la tu aktiviti masing-masing. Sorang tengok movie dengan tv kecik dia tu, sorang lagi main game ( nampak searching lagu korea tadi.. ). Yang sorang lagi kat bawah tengah tengok citer TVIQ. Kat rumah derang yang konker TV. Dari pagi sampai malam tak habis habis tengok rancangan derang je. Bila  kita pulak nak tengok tv mula la bergaduh dengan derang. Apa apa pun pukul 9 nanti nak tengok citer Cinta Elysa. Best pulak citer tu. Aku follow dah separuh jalan. Dah tengok sekali nak tengok lagi.

Kakak tengah searching lagu Korea

Adik tengok citer Boboi Boy

Thursday, August 11, 2011

Hari ni aku cuti lagi gara-gara danial pulak demam. Semalam aku cek suhu dia mencecah 39.7. Terus aku masukkan ubat punggung dan basahkan badan dia dengan air walaupun dia tengah syok tido. Jadi nurse dah aku ni kat rumah. Si nabila pun malam tadi demam balik. Suhu badannya 38.4. Nabila demam dari khamis lepas on and off. Pening kepala aku dibuatnya. Nabila tak sihat lagi dah danial pulak sambung. Nabila tu aku continue ubat demam setiap 6 jam. Danial pulak kena kasi ubat demam setiap 4 jam nampaknya. Haih, entah apa la orang opis kata kan aku ni asyik cuti je. Aku bukan saje saje nak cuti. Tapi perihal anak anak takkan nak biar aje pulak. Sabor aje la...

Tuesday, July 26, 2011

Sambungan citer nabila

Entry ni aku update through iphone. X leh nk edit citer yg sedia ada tu. Nanti bila ada masa aku update ye. Just to infom uols yang mak dia marah sbb aku bg tau kat cikgu sklh agama dia. Musti la kena bgtau apa yg berlaku. X phm la mak mcm tu. Jumpa anak dia x leh. Bgtau cikgu pun x leh. Mmg dia suruh anak dia jd cmtu ke?? Menurut cikgu sklh agama tu budak tu mmg nakal pun. Mak dia kata benda kecik pun nak besar besarkan. Haih...

Nabila kena kacau kat sklh....

Adush. Mcm mcm hal la budak2 zaman sekarang ni. Hari ni aku terpaksa ambik emergency leave sebab nabila takut nak pegi sekolah. Semalam pun sama. Alkisahnya ada budak pompuan dok kacau dia kat sklh agama dan kebgsaan. Cekik dia, cubit dia, ambik duit dll. Aku rasakn budak tu jenis ganas kut. Ntah apa yg dia berkenan dengan anak aku dok kacau kacau pulak.
Smlm ptg 25/7/2011 jam 3.10 ptg aku pegi sklh nabila. Aku jumpa la budak tu time rehat. Aku cakap kat dia elok2 supaya tak kacau anak aku lagi lepas ni. Dia balik sklh ntah apa dia citer kat mak dia sampai mak dia tepon jam 8.30 mlm tu marah2 aku. Dia kata anak dia baik. Dia x prnh ajar anak dia buat mcm tu. Hr2 dia bagi anak dia duit dan dia x akn mintak duit org. Dia kata lagi ni hal budak budak. Jgn msk campur. Logik ke klw anak kita sampai dah tak nak pg sklh takkan kita nak berdiam diri. Bila kita ckp dgn dia pup dia trus letak tepon. Pastu nak tepon tepon lagi. Sorry la nak angkat.
Smlm mak budak tu hntr msg nk jumpa aku kt sklh. Fine. Jumpa la. Tgu petang nanti dia datang ke tak.

Citer terbaru ni. Tadi balik sklh agama aku cek hp anak aku. Budak pembuli tu hntr msg kt anak aku kata padan muka kau nabila. Tu la jahat sangat. Padan muka2. Ha3. Boleh ke camtu...nanti aku nk tunjuk msg tu kt cikgu. Tapi klw bapak dia dtg sekali mcm mn? Aku dah la sorang2. Bapak nabila ni pun satu. Sume benda nak suro kita settle. Dia lepas tangan sbb dia ada keje kat Kundang. Disaat saat kritikal mcm ni pun masih nak lepas tgn. Sbb tu aku selalu hangin dengan dia.

Hah ni baru blk dr sekolah. Tak puas ati betul ending citer nih. Cikgu kelas tu ntah hapa hapa. Tak dengar citer apa yg berlaku. Pemalas betul. Ambik mudah je perkara perkara mcm ni. Kita nak citer dia x nk dgr pulak.

Yg mak budak tu mcm bagus bagus je. Eii sakit ati betui. Bila aku tunjuk msg tu dia boleh ckp alah budak budak. Biasa la hantar msg gurau gurau. Ada ke. Still nak cover kesalahn anak dia tu. Tak tau la apa nak jd dgn anak dia bila besar nti.

Yg bapak budak tu ckp kita anggap je la benda ni settle. Hal budak budak. Hi...x kena kat batang idung dia boleh la dia ckp cmtu. Cuba anak dia pulak yang kena kacau.

Kesimpulannya aku mmg tak puas hati dengan apa yg berlaku hari ni. Tak puas hati dgn mak bapak budak tu dan tak puas hati dgn cikgu sekali. Sape yang ada pengalaman benda benda cmni ja yg paham. Yg x de pengalaman sekadar boleh cakap paham je la. Bukan paham yang hakiki.