It's You!

Showing posts with label Art. Show all posts
Showing posts with label Art. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Photoriffic!

Salam,

Photograph by Patricia Almeida
Umbrella Sky Project, the city of Águeda, Portugal

Photograph by Ryan Gsell 
A LAKE IN THE MOUNTAINS, Bachalpsee or Bachse is a lake with an area of 8.06 ha (19.9 acres) close to the First (a minor summit below the Schwarzhorn which can be reached with a cable car) and above Grindelwald in the Bernese Oberland (Bernese highlands) of Switzerland


Photograph by THIERRY COHEN
What the Night Sky Would Look Like If Cities Went Dark

Photograph by Robert Wallace 
SHIPWRECK BEACH Located on the coast of Zakynthos, Greece



Nota kaki : Paling suka gambar cities went dark tu. Kalau dulu, masa kat kampung kecik-kecik, suka tengok langit waktu malam sebab nampak banyak bintang. Dulu mana ada lampu jalan semua so bila keadaan gelap, kita boleh nampak lebih banyak bintang. Sekarang, kampung pun dah jadi bandar. Lampu jalan raya pun boleh nampak dari dalam kampung so susah nak tengok bintang lagi kecuali black out hehe..


Saturday, February 16, 2013

Awesome Street Art

Salam,

Layan Street Art pulak ya...








Nota kaki : Selalu rasa cemburu dengan mereka yang kreatif ini. 

Monday, February 4, 2013

Sayur! Sayur!


Salam,

Best tengok hasil artis ini. Beliau menggunakan buah-buahan, sayur-sayuran, sumber daging dan tenusu untuk menghasilkan karyanya. 

Nama artis ini ialah Carl Warner. Banyak karyanya yang digunakan untuk iklan di kaca tv luar negara atau iklan-iklan di dalam media cetak. Sesungguhnya kalau nak berkarya itu, guna bahan apa-apa pun boleh janji kreativiti itu ada.

Cuba kira, berapa banyak sayur yang ada dalam gambar ni? Hehehe

Guna roti pun boleh buat masterpiece!

Bawang putih pun boleh mak jah oii


Ni contoh iklan yang gunakan karya beliau

Tengok tu...gigih kan?


Sumber gambar daripada carlwarner.com


Wednesday, January 30, 2013

Kerasnya Batu Batan

Salam,

Hari ni kita tengok batu-batan la pulak...

Strombolicchio, Aeolian Islands, Italy terbentuk daripada magma gunung berapi


Svartifoss, Skaftafell National Park, Iceland. Diberi nama Black Fall kerana batu basaltic hitam yang mengelilinginya.


Meteora, Greece. Bayangkan nak mendaki ke kuil tu...gila semput mak!


Te Hoho Rock, Coromandel Peninsula, New Zealand

Wulingyuan, Hunan, China, nampak macam tergantung kan. Dengar katanya, ia menjadi inspirasi kepada penerbit filem Avatar untuk mencipta lanskap dalam filem Avatar.


Friday, January 25, 2013

Jumaat Yang Sejuk

Salam,

Mood bercuti tapi saya tak cuti sebab tak ada rancangan nak ke mana-mana. Pagi tadi tumpang MIL ke tempat kerja. Malas pulak nak pandu "mini cooper" ke tempat kerja. Hujan turun daripada malam semalam, sepanjang jalan basah. Nasib baik keluar awal, ada dua kemalangan di sepanjang jalan dan satu insiden jalan banjir menyebabkan perjalanan jadi lambat.

Sampai ofis ramai yang tak ada. Kebanyakkannya bercuti dan pergi berjalan-jalan. Belum tiba waktu cuti untuk saya. Insha Allah Raya Cina baru ada plan nak jalan jauh..hehe...mood...EXCITED!

Pagi ni semua kerja-kerja major dah selesai so hari ni kerja saya ialah menyiapkan daun-daun untuk Mind Tree saya dan kerja-kerja mengira dan mengkelaskan komen/cadangan pengunjung. Kerja yang memerlukan mata  yang tajam dan gunting yang tajam huhu...

Gunting-gunting...ikat-ikat...letak


Rehat tengahari ni lebih panjang daripada biasa so nak siapkan projek kraf terbaru saya. Nanti-nanti saya cerita. Cuaca di luar sejuk, di dalam ofis pun sejuk...dah pakai sweater pun masih sejuk. Kalau kat rumah dah tidur dah kot? Hahaha....

On the go project




Friday, January 18, 2013

Its An Art

Salam,

Cuba teka






Apa ni?






Agak-agak boleh teka tak?
Kalau tak boleh...saya bagitau












Ini ialah


RGB Colorspace ATLAS
Dihasilkan oleh Tauba Auerbach

Ia merupakan atlas cetakan warna RGB yang paling mungkin ada 
Boleh bayangkan berapa banyak warna yang ada?
Yang ini mungkin baru sedikit yang manusia boleh tangkap
Mesti ada lagi warna yang mata kita tak dapat tafsirkan dan zahirkan semula
Tapi tabik la kat designer/artis ni.




Keindahan Alam

Salam,

Lama dah tak tempek gambar-gambar menarik dalam blog ni. Nah saya share beberapa keping gambar menarik tahun 2012. Semuanya sangat menarik dan mempunyai cerita yang tersendiri. Enjoy!

Gambar Aurora Australialis ini dirakam oleh Andre Kuipers seorang angkasawan Belanda. Beliau banyak merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang berada di angkasa sehingga July 2012.


Yang ni gambar sekumpulan "Devil Ray" dirakam oleh jurugambar Florian Schulz di Laut Cortezz di perairan Mexico pada tahun 2009. Gambar ini memenangi  "2010 Environmental Photographer of the Year awards" bagi kategori Underwater World oleh National Geographic.


NASA telah merakamkan gambar badai matahari atau Colossal Coronal Mass Ejection pada 31 Ogos 2012. Subhanallah.

Hujan Meteor Perseid yang terjadi pada 11 - 13 Ogos 2012. Gambar ini dirakam oleh David Kingham di Snowy Range, Wyoming.


Gambar Beachy Head Chalk Cliff, England dirakamkan oleh jurugambar Rhys Davies. Ia adalah tebing batu kapur tetinggi di Britain dengan ketinggian 162 meter di atas paras laut. Cantik kan?







Thursday, January 10, 2013

Nak satu boleh?

Salam,

Bayangkan anak-anak perempuan kita dapat hadiah ini daripada orang yang disayang. Mesti rasa excited dan happy je mereka. Ini yang dikatakan kasih atuk dan nenek!

Daripada sebuah kabinet tv yang tidak digunakan lagi, kepada kitchen cabinet yang comel ini. Kalau Yani & Yana dapat, mesti diorang suka giler. Bahkan mama dan abang-abang pun nak tumpang main sama. Hehehe....






 


Boleh klik kat blog Giggleberry Creations untuk membaca dan melihat banyak lagi gambar yang menarik. Suka betul saya tengok kabinet dapur ni. Rasa macam nak satu je..hehe

Thursday, December 27, 2012

Cantik

Salam,

Lama tak post tentang art...
Layan gambar-gambar ni
Dilukis menggunakan water color
Nampak real sangat
Suka tengok
Artisnya ialah Steve Hanks
Amazing!













Tuesday, December 11, 2012

What Lies Beneath

Salam,

Bayangkan
Apa yang ada di bawah sana
Bukan seperti yang sentiasa kita gambarkan

Bayangkan 
Sesuatu yang indah
Sesuatu yang mengejutkan
Ada di bawah sana

Wishing Well by Marcus Aurelius

Octopus Isle by PSHoudini

Titanic Serpent by Blackdragon5151



Worth1000 is the top creative contest site in the world. Every day we run lots of creative competitions of all types, including Effects contests (otherwise known as photochop or photoshop contests), photography contests, illustration contests, writing contests and more forms of multimedia. Companies can even use our contests for logo design! Browse through thousands of our stunning original entries or consider entering a contest and ask yourself what many have asked before you: Are you worthy?


Nota kaki : Kalau dah kreatif tu, macam-macam boleh buat...


Saturday, December 8, 2012

Awesome Photos!

Salam,

138 orang penerjun membuat terjunan berbentuk kepingan salji di Ottawa. Mereka mencuba selama tiga hari dan membuat 15 cubaan sebelum dapat seperti di gambar.

NASA dapat menangkap gambar planet Zuhrah (Venus) melintas di hadapan matahari. Sebelum ini kejadian ini berlaku pada tahun 2004 dan hanya akan berlaku lagi pada tahun 2117 dan 2125. Subhanallah...bayangkan kalau bumi sedekat itu dengan matahari...

Kejadian yang dipanggil "supermoon" berlaku apabila bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi. Waktu tu, bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Annular Eclipse berlaku apabila matahari dan bulan berada pada garisan selari tetapi oleh kerana saiz bulan kecil, matahari akan kelihatan sangat bercahaya seperti di dalam gambar di atas. Menarik kan?

 Sumber daripada buzzfeed

Sunday, December 2, 2012

Siapa Mereka?

Salam,

Cuti-cuti.
Meh tengok, berapa ramai personaliti terkenal dunia yang korang kenal dalam gambar ni?

Klik untuk tumbesaran yang sihat

Sumber gambar daripada funatiq.com


Saturday, December 1, 2012

Bijak...Bijak!

Salam,

Hari ni cuma nak kongsi beberapa gambar iklan yang sangat bijak dan kreatif. Macamana la mereka berfikir untuk menghasilkan iklan yang nampak simple tapi impaknya besar? Cekidaut!

Iklan Oreo ni siap dengan idea bagaimana kita nak gunakan lebihan serdak biskut tu...


Cian miaw tu jadi lint roller hehehe

Ni betul-betul tajam ni..

Rasa ngeri plak nak naik bas kalau macam ni punya iklan


Tu la...tak minut Ovaltine...kan dah tak sampai!


Well said!



Sumber dan gambar yang lagi banyak di SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...