Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

19 May 2011

Malam berpisah Mariners

Salam..

Jumaat malam yg lalu
Di Balai Cerap UTM
Kami buat eksperimen Heat transfer..
Hii..

BBQ ler..ramai2.
Aku, Epi n Fuad yg mengelola
Memang Fafa,Fifi,Fufu betul kitorang ni
Makanannye..Ayam..jgung..Mihun..Sosej..Buah Tembikai
Seorang RM10..
Fafa supply ayam..
Fifi supply mihun
Fufu supply jagung.

Malam tu..agak sedih jugak la
Malam last mkn sama2..
Lepas ni dah xjumpa..Semua da keje InsyaAllah

Hm..ade yg balik awal..klau x lg penuh gmbo ni
Hm..kelas sy ada 7 je perempuan hrp maklum
Tp yg dtng xcukup 7 sbb..biasalah kn..ade hal masing2

Bye2 korang.
Tq n sorry for everything.
Hope korng jd insan yg berjaya dunia akhirat

Bachelor of Engineering (Mechanical-Marine Technology) UTM

Salam alaik..

Oh oh..hari ni malas nk tulis thesis
Boleh x?huuhu
Tiba2 nak review post yg kt sini

Dah 6bulan berlalu..
Time has come..I 've complete my degree
Actually lum complete lg..
Sebab thesis pun xhantar lg..(Deng!)

Tp result sy untuk 4 tahun belajar telah pun diketahui
Saya berjaya dapat first class
Alhamdulillah..sngt2 bersyukur.Allah sayang saya.
Sbnrnye Allah syng setiap dr hambaNya

Teringat kata2 kakak naqibah..
Tanda kita bersyukur dengan apa yg Allah bagi ialah
dengan PENGORBANAN
Berkorban untuk jalan Allah..
Org lain ckp ianya kolot + bajet baik sngt..
Sy cakap ianya perlu..sngt perlu.
"......Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur" (As-Saba':13)

Contoh??
Kita ada duit banyak..Nikmat Allah.How to bersyukur?Korbankan harta.sedekah..
Kita ada masa banyak..Nikmat Allah juga. How to bersyukur?Korbankan masa..Luangkan masa utk pergi majlis ilmu..dekatkn diri padaNya
Kita ada kepandaian..Nikmat Allah..How to bersyukur> Korbankan kesenangan..
Share apa yg kita faham kt orang..Tolong orang lain.

Hm..ramai yg tanye how to dprt result yg best?

Saya xdelah set kn nk dpt result yg best2
Just that sy suka bila jwb dlm exam..^_^
Dan saya suka untuk siapkan kerja..

Next...cubalah jadi sibuk. Cari aktiviti2 kelab
jngn duduk dlm bilik je(macam yg skrg aku buat)
Sbb bila kita busy..kita akan hargai masa yg ada

The most important thing..carilah USRAH..
Tarbiyah diri akan mmbuat kita sntiasa tenang dan redha dalam apa jua urusan
Tipu klau saya ckp sy sntiasa tenang..
Selalu je mnangis buat PSM..buat prgrm
Tp at least kita tau kt mana nk cri ktenangan
Dengan mengingati Allah..hati akan jadi tenang.
(Arra'du:28)

USRAH buat kita faham cita2 sebenar..
Bukanlah degree yg Allah nk tengok di akhirat kelak
Allah tengok amalan kita..Usaha kita..
Maka berusahalah untuk jadi yg trbaik
Supaya kita dapat jdkn peluang menjadi yg trbaik itu
Untuk beramal dan mendekatkan manusia padaNya

Dakwah itu wajib atas semua org Islam.
(Ya Allah.bntulah aku untuk melaksanakan perintahMu yg satu ini)

InsyaAllah hati ini mampu untuk tabah dalam pengorbanan
Huu..Tabahkan hatiku Ya Allah..

Syurga dan neraka

salam to all.

Semoga iman sentiasa dipelihara..^_^

Hm..ckp psl Iman..teringat lah pergi usrah semalam

Alhamdulillah dapat lg berusrah akhir2 sem ni

Kakak naqibah: pernah x kita baca ayat Al-Quran pasal syurga neraka tp kita x rasa takut?

Aku (dalam hati): Pernah..huhu..

Kakak naqibah:
Kenapa ek? Bg akak maybe sebab ..satunye kita belum sepenuhnya percaya dengan Allah..kena refresh iman balik..coz iman =percaya..Keduanya..sebab kita xnampak dan benda tu xde bukti..so kita buat xtau je n xde perasaan tntng jaminan syurga dan balasan neraka tu...

Aku (dalam hati): Teruk beno kau ni Arifah..

_______________________________________________________________

Iman dan Islam tu sngt2 bermakna bg orang Islam kn?
And xberiman means kita belum Islam dengan sempurna
Tp...iman kita ni dah cukup ke??
Ayt syurga dan neraka baca dngn xde feeling
Sngt2 xpuas hati dngn diri sndiri

And next question is...dah betul2 Islam ke?
Islam pd nama..rmai je da ada
Yg buat Islam 24 hours??
err..susah la ye..
Sbb tu kena ada iman yg boleh push kita buat Islam

Meh la kita berusaha untuk tingkatkan iman..^_^
Matlamat kita bukan nak berjaya di dunia saje
tp berjaya di akhirat juga

Artikel kat bawah ni dpt kt...http://halaqah.net/v10/index.php?topic=48.0

Terdapat berbagai cara untuk meningkatkan keimanan. Salah satu daripadanya ialah memperbanyakkan tafakur (berfikir). Ianya hendaklah dilakukan secara sistematik dan perlu pula beristiqamah.
Kita juga perlu mengetahui cara berfikir yang sebenarnya. Jika dihayati secara mendalam, InsyaAllah ianya hanya akan dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.

PERTAMA:
Berfikir mengenai alam semesta dengan segala keanehan penciptanya.
Bayangkan betapa tersusunnya perjalanan dan peredaran segala bintang dan planet yang jumlahnya seratus juta. Saiznya pula ratusan kali ganda berbanding bumi. Semuanya terapung di angkasa raya dalam tatasuria yang Maha luas, tanpa tiang dan tanpa tali yang mengikat.

Maka berkuasa Allah s.w.t. Alangkah kerdilnya diri kita di tengah-tengah seluruh penciptaan alam semesta ini.

KEDUA:
Berfikir dan merenung mengenai kejadian diri yang berasal dari air yang hina (mani). Dengan rahmat Allah s.w.t. dijadikan manusia yang serba serbi cantik dan ajaib. Sama ada zahir atau batin ianya tersusun rapi.

Makanan yang ditelan melalui proses yang sangat seni dan sempurna. Akal pula boleh berfikir dan mengumpul maklumat. Roh pula lebih kompleks dan tidak tercapai oleh pakar sains bagaimana bentuk dan keadaannya.

KETIGA:
Berfikir mengenai kehidupan yang bermula dari alam roh, berpindah ke dalam kandungan ibu hasil percampuran benih.

Tiada siapa yang mampu menahan proses perubahan usia hingga berakhir dengan kematian. Selepas bermastautin di Barzakh, dibangkitkan pula di Mahsyar sementara menunggu hari perhitungan atau hisab atau timbangan amal. Penghujungnya ialah Neraka atau Syurga.

KEEMPAT:
Berfikir mengenai limpah kurnia Allah s.w.t. berupa segala macam nikmat yang tidak terhitung. Sama ada nikmat pada diri mahupun nikmat luar diri. Sejauh mana kita telah mensyukuri nikmat itu.

KELIMA:
Fikirkan pula mengenai ujian, cubaan dan dugaan yang Allah s.w.t. datangkan sekali sekala. Apakah kita ini tegolong dari kalangan orang yang sabar dan redha atau sebaliknya sering keluh kesah, mendongkol dan tidak senang. Sedangkan kesukaran hidup hanya sekali sekala berbanding kesenangan yang tidak pernah putus.

KEENAM:
Berfikir mengenai amalan baik. Bukan untuk dirasai banyaknya tetapi untuk disandarkan atau dikembalikan kepada Allah s.w.t.

Segala-galanya atas izin dan kekuatan yang dikurniakan Allah s.w.t. untukberlaku taat. Kemudian lupakan saja seolah-olah sebagai orang yang tidak punya amalan. Setiap kali selesai beramal, bersyukurlah kerana Allah s.w.t. mahu kita dlam keadaan taat kepadaNya. Dan berharap sajalah kepada rahmat Tuhan.

KETUJUH:
Kenang dan hitung pula dosa yang telah dilakukan. Sejauh mana telah bertaubat letakkan diri dalam merasai sentiasa berdosa. Dan tidak putus-putus memohon keampunan Allah s.w.t. Kekalkan rasa bimbang kalau Tuhan tidak ampunkan dosa kita

10 May 2011

MISI ISTIKHARAH: MINTA TOLONG TUHAN TUNJUK JALAN..SUSAH SNGT NK PILIH

salam

Saya budak Final Year

Saya tak tahu sebenarnye lecturer akan bg gred ape utk PSM saya

Sebab saya mengaku yg saya xperform untuk sem ni..

Saya cakap kat lecturer saya.."saya xlayak dapat A"

Tp saya redha..And saya akan berusaha perbaiki thesis saya

Saya nak sambung belajar...Willing to..sy xnk keje lagi

Sebab ramai yg suruh saya sambung belajar..

Mak saya..mak dia pun..

Tp ada banyak lecturer marine..saya xtau nak pilih mana

Sebab mencari supervisor adalah satu perkara yg sngt2 penting.

Bila fikir2 balik...saya suka...subjek Dr Adi, Dr Faizul, Dr Poji, Dr Jaswar

Huahua..Tp ramai yg cakap buat thesis dngn mereka ni susah..Gurr

Tp..nak sambung belajar jugak..

Pilihan yg perlu dibuat:Skop.. Lecturer..Master or PhD..Nikah sebelum belajar or selepas habis belajar..

Saya juga ada masalh lain..Saya nak pergi daurah..

Saya juga nak pergi X-Make 2011..huu..nk pergi..!

Daurah tu..majlis ilmu + bincang2 + share

Tp saya ada PSM yang xsiap..huhu

macamana ek..Hatiku berbelah bagi

Oh..banyak nye nak kena decide..Ok..harap dapt buat misi ini dnegan jayanya.

07 May 2011

Masalah datang tak henti-henti..Dah nama pun manusia..

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

salam...
Pernah tak kita ditimpa pellllbagai masalah..lepas satu ..satu..Mcm sudah jatuh ditimpa tangga then jatuh bnda lain dr atas..(Er..taik burung jatuh dari atas..).Then Pengsan..
Janganlah anggap yang hanya kita seorang je yang pernah kena or sedang diuji sebegitu. Orang lain pun sama. Hidup manusia memang ditakdirkan untuk ada MASALAH. Sengaja Allah nak uji kn? Kita ada 2 pilihan; be positive or negative..
Kalau be positive. Mesti kita akan dapat bersangka baik yg selepas ujian itu adanya ketenangan dan kemanisan. Memang..orang akan fikirkan kita ni too optimistic. But who care. Biarlah kita jadi optimis dengan usaha. Jngn jadi optimis and duduk diam tak buat apa2.
Ada orang..(diri sendiri juga) akan terlepas cakap or marah2 bila dapat masalah. Biasalah..bila marah ni syaitan senang je usik..Kita pun terlayan and mula lah nak salah kan itu salahkan ini..salah kan Allah…(Nauzubillah)..Sebabnya..benda susah siapa suka kan.?
Bersyukur lah..andai kita ditimpa masalah sekalipun…kita masih ingat Allah.. Ada orang..bila ada masalah dia mngadu kat orang lain..makhluk lain..Dah salah tau..Boleh jadi syirik..Kita ada Tuhan..maka perlulah merasakan kita ni hanya ada Allah sebagai tempat mengadu..Orang sekeliling boleh membantu, tetapi siapa yang takdirkan mereka bantu kita? Siapa yang bagi kemudahan kat orang lain untuk bantu kita? Allah jugak kan?^_^
So macamana nak bersangka baik dengan Allah?
Bila ada masalah..lekas2lah tarik nafas..feel the oxygen..Think. Where I got the air from? Who created it..Who created the breathing system..See..! Allah still loves us. Even dia bagi masalah bertimbun pun..Try to compare..
Nikmat yg Dia bg and ujian yg Dia bg..Mana lebih banyak???
Selama 22 tahun hidup, (more or less) pernah tak Dia tinggalkan kita hidup tanpa Nikmat? And think, kita ni tak da ape2 sngt ke yg boleh digunakan untuk selesaikan masalah? Memang tak boleh hadapi sangat ke? From that, kita akan rasa betapa Allah tahu keupayaan kita..Dia nak suruh kita gunakan nikmat yg Dia bg sebaiknya.
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ.....
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…...
[Al-Baqarah:286]
SEE..Siapa yg paling kenal kita? Mestilah Pencipta kita. Yakinlah..Kita mampu.Yakinlah. Dia ada untuk bantu. But then..some says dah doa but His help does not come..Yes..It does not come…yet. Suka hati Dia lah nak tolong bila..Cuba sedar diri yg kita ni just hamba. And then..fikir2 balik..perintah Dia kita takdelah patuhi on time, bila nk sesuatu dari Allah, nak cepat aje…Hm..betapa selama ni kita jadi hamba yg tak malu..
فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿١٦﴾
“ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [Arrahman:16]
Ok..sampai di sini sahaja..
Don’t stop the doa..He always be there..InsyaAllah.^_^
Semoga kita semua mendapat redhaNya..Amin.

30 April 2011

cikfafa kalau belom ade mood nak buat keje memang suka cari benda cmni..hehe

Salam Sabtu

Baaanyak kerja tapi..haigu..
*No MooD*
Oleh itu..marilah kita berangan tentang..WedDiNg..
Walaupun sebenarnye benda ni bnda yg agk melebih utk dibuat
Sebabnya actually saya tak tahu majlis saya bulan berapa
Ini semua disebabkan........

|
|
|
V

Nautica Maharani yang tak siap2..haha
I hate her..tp I loved her..dulu la..

Adalah seorang insan ni..ada dalam kapal tu
sekarang Nautica Maharanian anchoring kt Lumut.
So dia pun sedang berusaha untuk habiskan kerja wiring..
Sangat lah bnyk delay time projek ni..awal2 kata awal bulan 2..
then akhir bulan 3..then akhir bulan 4..then semalam dengarnye akhir bulan 5
Hah..terbaik lah Maharani..Sian jugak kt Mr new n warga JSE..
Entah apa masalahnya si Maharani nih.
(Ups..benda ni boleh dikhabarkan kat orang ramai ke tak ek..)

Ok..berbalik kepada task untuk berangan tadi..
Actually buka n nak berangan 100%
Sebabnya kalau xberangan..xdelah idea utk majlis
Ada ke orang terus buat one event on the spot..
Terus ada wedding theme + nice flow semua..
(Adalah..tp org kaya bolehla..aku sederhana shj..)

So dengan berangan la..idea akan datang.
And InsyaAllah dr idea tu akan ada beautiful planning
(^__^)

Tadi saya jumpa kain lace warna turqoise sebenarnye
Kat dalam almari kain kt rumah ni
Tnye mak..mak kata nnt boleh buat dress

And then fikir2 n match2 sikit (sngtla gedik aku ni)
So ce tengok gambar bwh ni..CANTEK kn..?
Gamba diculik di projectwedding.com

equal to??

Hm..Oklah
Sampai di sini sahaja entri berangan
Doakan urusan kami dipermudahkan..Amin..

A story of him..Subhanallah.

salam..

Today i terbaca artikel yg menyelitkan sebuah cerita Rasulullah..petikannya...

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada

Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan.

Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang

memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di

mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu

makan'. 'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi

makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam.

Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan

Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang

memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak

selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik

yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar

bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'. Subhanallah.

Terharu sngt dengan cerita ni..

Sangat mulia akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Selawat dan salam ke atas baginda..

24 April 2011

Mari bertenang sejenak

salam..

bulan dugaan..jadi mari menduga diri

Actually setiap hari kita diduga.

Namun kenapa minggu study week,minggu exam..minggu interview..minggu presentation lebih ramai yg sedar dirinya sedang diuji?? Tahu tak..sebenarnya ujian Allah itu selalu ada untuk kita..'kita' yang dengan ikhlas mengaku diri beriman..yg percaya dengan Allah.

"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars." (Al-Ankabut:2-3)

...SEE...

Ujian kesenangan selalu Allah bagi..tp kita selalu xnmpk..Allah bagi nikmat, Dia nak uji kita bersyukur ke tidak. Saya mengaku saya selalu kurang bersyukur. Anda bagaimana?

Mari jalani ujian kesusahan dan kesenangan dengan sabar dan solat.
Disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”

One more thing.. try to yakin and bersangka baik dengan Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kita kan dah beriman dengan Allah..^_^
Takkanlah dah beriman tp xde rasa berTuhankan Allah.

Minggu depan saya ada ujian2 :
Presentation Projek Sarjana Muda 25 minit..
Final Small Craft Technology
Ujian menahan diri dari mengingati seseorang..
Ujian nikmat masa yang perlu dibahagi dengan baik
Ujian dapatkn result yg sbnr utk PSM
Ujian mem'push' diri untuk tarbiyah + jauhkan wat dosa

Hm..Banyak kan..
Oh ye..Actually I nnt present result yg kurang benar
But adalah kebenarannya..sikit
Harap2 sy dapat jujur..Berani utk jujur..
Berani untuk menjawab dengan baik..
Hope panel terbuka hati untuk dengar dngn baik dan be considerate
Hm..dapat markah sikit takpela..
Janji apa yg saya buat diredhai Allah

[Hari Jumaat depan nak balik..wee..Dah sebulan xbalik..woo]

-Fafa-

09 April 2011

why did i...

Actually..
Why did I ,,, answer these questions in a...pathetic way??
WHy why why..

1)Introducing yourself
2)What can you contribute for the company with your degree and skill?
3)How can the company improve the quality of service with new technology?
4)How can you motivate the people under you?
5)What field will you choose if the company send you to training program?
6)Explain about the system relates to company.
7)Self potential for 10 years forward.
8) Salary.

Moral of story: When we do not want to do the job and do not have interest to achieve the objective, we cannot perform well..because clearly enough we will not prepare with our soul and our mind .

08 April 2011

lagi beberapa bulan kah??

Berkenalan sebelum berkahwin memang susah.

Sebab kena sangat2 menjaga..

Sebelum dapat 'lesen' perhubungan

Because perhubungan before nikah..banyak benda yang tak halal

Pastinya lebih indah jika buat sesuatu dalam environment yg
diberkati TUHAN

So walaupun nampak hubungan kita tidak se'mesra' hubungan orang lain,
kita perlu rasa selamat...

Sebab tidak manghabiskan nikmat percintaan sebelum pernikahan

Takut nanti kemanisan percintaan tidak dapat dirasa di alam perkahwinan

[Gamba dari Ahmad Fairus Art]

Seperti yg ditulis oleh saudara Pahrol Mohd Juoi di dalam bukunya bertajuk TENTANG CINTA (Bab 14 : Cinta Indah Selepas Nikah; ms115-127)

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang akan mengakhiri dunia romantis alam percintaan.

Jika direnungkan kembali..realiti percintaan sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan..cinta perlu dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan..ucapankan, lauhkan dan zahirkanlah melalui tindakan..tetapi semua itu hanya dibenarkan selepas kita memperolehi ‘lesen’ secara halal dan sah.

Bagi percintaan sebelum perkahwinan, ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan rasa cinta kita.Ketika inilah cinta mula dinodai oleh nafsu dan fitrah hati ( cinta dan kasih sayang ) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.
Firman Allah swt “Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya”. (Al-Jatsiah 45:23)..“ Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan” (Yusuf 12: 53).Dan bukankah pada ketika ini kita telah ‘bertuhankan’ cinta?..

Jika sebelum berkahwin banyak ‘halangan’ yang mencegah..maka halangan itu akan ‘terangkat’ sebaik sahaja ijab kabul disahkan.Berbuallah sepanjang malam hingga ke siang, sentuhlah di mana sahaja yang timbul keinginan, belailah sepanjang masa yang ada. Semua itu telah dihalalkan. Semua perlakuan itu dibolehkan bahkan diberi pahala pula.

Jika dahulu, kerlingan manja seorang wanita terhdap seorang lelaki diumpamakan ‘panah syaitan’ – yang beracun dan berdosa. Tetapi setelah dia bergelar isteri, kerlingan manja dan sayangnya kepada suami diberikan pahala.

Jika hubungan seks lelaki dan wanita sebelum berkahwin dianggap zina dan berdosa besar, tetapi selepas berkahwin ia dianggap sedekah dan berpahala..Senangkan untuk mendapat pahala..

Tetapi anehnya bagi pasangan yang bercinta secara melampaui batas hal yang sebaliknya pula berlaku. Di dalam tempoh masa yang singkat selepas perkahwinan, hubungan pasangan sudah tidak menjadi seromantik dahulu.

Dahulu sebelum berkahwin, jalan berpimpin tangan, berpeluk pinggang..seolah-olah dunia ini sangatlah sempit..selepas berkahwin, seorang berjalan di hadapan, seorang di belakang, tiada lagi kerlingan manja dan sapaan mesra..mengapa? sebab semua sudah biasa dan selalu dilakukan sebelum berkahwin..entahlah..rasanya kering sahaja..tidak lagi semanis dahulu..tidak lagi mesra..

Sesungguhnya sangat susah untuk menjaga

Mujurlah mempunyai kawan2 yang sentiasa mengajak untuk mengingati Allah

|
|
|
|
|

YaAllah..Permudahkanlah urusan ku untuk menikah..Amin

Hati yang tidak mati

Bila kita pandang orang yg buat salah..
Tapi kita tak merasai sesuatu
Berdoalah dan berusahalah
untuk refresh hati dan iman

Dengan iman..kita mengaku
Kita percaya hukum Allah
Ikuti ajaran Rasulullah
Benarkan apa yang ada dalam Alquran

Jika kita tak rasa apa2 bila ada orang buat salah???
Seperti tiada kesan iman kepada kita..
Seperti hati belum hidup sepenuhnya.
Berdoalah supaya Allah kejutkan hati-hati kita semua
Pelihara hati kita daripada kembali mati
Berusahalah untuk mendidik hati dengan jalan tarbiyah

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am:122)

Ya Allah..betapa aku bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman..Semoga aku kuat mengerjakan amar maaruf nahi munkar. Amin

06 April 2011

Flow chart hidup dunia

"Hidup di dunia banyak pancaroba.."

Lagu nasyid kn..and siapa yg xsetuju dngn ayat di atas memang lah manusia yg pelik

Manusia itu ditakdirkan untuk susah..Betul x?

Hidup ni macam perencah Maggi..secukup rasa..Semua ada..

Teringat status FB seorang sahabat...

Saya gembira, saya sedih, saya risau, saya kecewa, saya geram, saya sayu, saya rindu, saya suka, saya kagum, saya tertekan, saya pasrah, saya tawakkal. Terima kasih Pemilik hati saya. Kerana Awak, hidup saya bercorak indah ~

Indahnya ciptaan Tuhan..Subhanallah. Dengan adanya kesusahan dapatlah kita merasai netapa bernilainya setiap nikmat dan ciptaan Tuhan..Alangkah pentingnya untuk kita manjadi hamba yang bersyukur.

"Apalah sngt kesusahan jika dibandingkan dengan nikmat2 yg Allah berikan."

Ok..maybe ramai yg ckp itu hanyalah ayat penyedap hati. Sebabnya kesusahan untuk menempuh ujian still lagi dirasai even kita sedar yg ujian tu tnda kasih sayang Allah.

Tp kita kena yakin dan bersangka baik dengan Allah..Allah pencipta kita. Allah penjaga hati kita.Dan selalunya orang akan mula menghayati dan menghargai bila dia terima khimah dari sesuatu ujian...yg kekadang mengambil masa yg lama untuk dirasai.

“Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”

So....berdoalah kepada Allah.Maybe Dia kelihatan seperti tidak mengkabulkan doa dan menunaikan janji..tp pastinya akan ada kebaikan di sebalik tempoh kesukaran kita itu. Jangan lah anggap yg Allah tidak syng kt kita..Sebab dalam pada kita menghadapi kesukaran, dia still beri kita rezeki dan nikmat. Dan selepas kita melepasi kesukaran, dia beri kita kebahagiaan dan sedar tak sedar, kita menjadi lebih baik dari semalam. SWEET kan..

Jangan mengeluh..(Yes..sebenarnya memujuk hati sendiri)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al-Baqarah: 186)

15 February 2011

persembahan silat di majlis kahwin..^_^

salam alaik..

Salam...
dah lama tak menghupdate..
entahlah
entah kenapa diri ini menjadi merajuk dengan keupayaan diri sendiri
whatever it is..life must go on..cumanya memang sngt xstabil skrg
nasib baiklah ada Dia dan juga mereka

Stop the sedih2 part...
Merujuk kepada perkara di atas..
Apa kaitan antara wedding..art and movemets
|
|
|
|
|
Sebenarnya aku nak promote nih
Untuk sesiapa yang merancang majlis perkahwinannya diselitkan
"Demonstrasi Silat"
OR boleh juga untuk majlis rasmi selain majlis perkahwinan
Majlis perasmian dan sebagainya
Kelab Silat Seni Gayung UTM ada menyediakan pakej demonstrasi silat
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah klik page ini
dan hubungi person in charge di
untuk mendapatkan harga untuk pakej2 yg disediakan
Sini Ada sebahagian gambar dan video..
Boleh la tengok2..

Sekian terima kasih..^_^
(p/s:rindu pula nak berdemo)

30 January 2011

Menangislah

Salam..

Hujan berpanjangan sekarang..samalah juga dengan hujan air mataku

Sekarang tengah mood sedih..tp sedang bertabah

Sebab..ada orang lagi teruk ujian yg Allah berikan..

Anyway,,artikel di bawah copied from

http://ilalliqa.wordpress.com/2007/07/10/menangislah/

Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah.

Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada AllahOrang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).

Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukanTangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah, “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah

Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata.Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawadukTangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah

Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya.Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaranAdakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.

Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.

Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar.

Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.”

26 January 2011

Voting for CST contest

Salam..

Cikfafa ada join contest CST Production and LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR

And the voting session is STARTED until 31th January 2011.

Nak tengok post untuk contest silalah picit tikus anda kt link ni.

And if nak vote CikFafa silalah picit tikus anda kt link ni:

golek2 tikus ke bawah sampai jumpa entry no 98.pastu silalah like ..hehe.

No 98 tau!

Peserta semua hebat2 belaka and Cikfafa hope yang terbaik akan menang..InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...