Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pages

23 September 2014

Amna 'Afiyah..Anak Ummi...Memories of that 6 days

6 HARI..

6 hari itu sungguh perit untuk dikenangkan.

Tapi mungkin ia akan menjadi cebisan dari kenangan hidup yg xmungkin dilupakan.

mungkin peristiwanya bermula lebih awal jika ingin mengira semuanya.

Tapi 6 hari aku ditahan di Hospital Sultanah Aminah, pada waktu itulah terselit duka bertalu-talu.

8 September hari tu:
Aku sudah sihat sekejap dr demam. Actually dari 6 September badan dah mula sakit2 dan malam mesti demam. Aku sangka hanya morning sickness.Aku sedang mengandungkan adik Afiyah dalam 8 minggu. Jadi anggap demam biasa. Selain tu, aku mengalami gatal-gatal di tapak tangan dan kaki. Pedih sangat untuk berjalan dan membuat kerja. Tapi Alhamdulillah beransur baik. Kami ada appointment dengan Dr Hafetz di KPJ. Untuk confirmkan aku mengandung 2 bulan dan meminta pendapat Dr. kepada siapa kami perlu rujuk untuk detail scan.Iyela..aku punyai history anak2 agak membahayakan. Yg first meninggal  waktu lahir, yg second ada kecacatan dr lahir. So yg ketiga ni jika boleh tahu lebih awal keadaan dia lebih baik. Alhamdulillah, memang confirm aku hamil. Dr. tunjuk hearbeat baby and suggest untuk jumpa gynea kt KPJ Putri untuk screening test.

Tapi malam tu lepas tengok Afiyah badan jadi menggigil lagi, sekali dengan en. suami. Bila aku demam kali ni, memang tak dapat buat ape2. Aku hanya mampu baring.Berbeza dengan demam2 yang sebelum ni, aku buat kerja, keluar peluh dah boleh baik. 

Esoknya 9 September: Happy birthday to me. Tapi keadaan aku bertambah tak sihat. Memang tak sambut birthday hari tu. Pergi klinik Dr. hanya kasi ubat. Sebenarnya Dr ada advice suruh check darah tp aku dalam keadaan separuh sedar. Memang rasa nak pitam aje. Kami ke PICU hr tu pukul 6 ptng. Comel melihat Afiyah mencebik sebab kami dtng lewat. Oleh sebab kami berdua sakit, hanya sekejap saja berada di PICU.Selepas tukarkan pampers dan Afiyah tidur, kami bergerak ke rumah pukul 8 mlm.

11 September: 
Kami pergi melawat Afiyah seperti biasa. Cumanya, kami pergi lewat sedikit. Kami berdua memang tidak sihat pada waktu tu. Aku demam sejak dari 9 September.So minggu tu memang kami agak lambat untuk melawat Afiyah dan datang pun sekejap.Dan..entah kenapa aku bleeding waktu tu. Sebelum ni xdelah berterusan macam ni. Sampai ke PICU still bleeding tp waktu tu tak risau lg sbb kuantiti yg sedikit. Lepas isyak..bleeding lg dan nampak makin banyak. Aku pun ajak En. suami ke emergency and trauma utk scan and check. Alhamdulillah hertbeat and baby was still there. cuma Dr. minta aku buat blood test. Aku dah demam 5 hari and still tak baik2. Dr takut aku denggi. Dan keputusan darah memang menunjukkan aku positive denggi.

12 September:
Aku diminta untuk masuk ward pagi tu pukul 8am. Sedihnya..aku tak sangka teruk macam ni.Hari tu hari Jumaat, hari Isnin suami da masuk kerja tempat baru. Aku da plan macam2 utk tu. Dan teringatkan Afiyah juga. Mujur blok aku sebelah saja dengan blok Afiyah. Ahamdulillah walaupun aku sakit, aku dapat melawat Afiyah sekejap. Takut berjangkit demam dengannya.

Memang denggi aku sangat teruk. Badan hanya mampu untuk baring. Lagipun..bleeding semakin banyak. So aku perlu rehat secukupnya untuk baby dalam perut. Petang tu aku lega sedikit sbb darah dah takde. Tapi lepas mandi..darah warna coklat tukar spotting warna merah gelap. Aku sangat2 risau waktu tu. Waktu tu..memang sngt tak selesa.dengan drip di tangan..drh makin banyak..aku yg tak larat utk berdiri lama..tp aku perlu solat.so aku gagahkan juga utk solat akhir n awal waktu.Malam tu Dr. OnG scan perut..baby masih ada.Alhamdulillah.

Lepas scan, en suami bawak tengok Afiyah. Afiyah waktu tu..tidur..tp aku nampak sesuatu yg lain kt Afiyah..Dia nmpk penat. Iye.aku akui bulan ni dia da xmcm dulu. SpO2 selalu turun.Dia macam kurang usaha. Selepas Dr. Wong cakap yg paru2 dia sangat teruk, aku nampak juga perbezaan dia. walaupun kadang2 SpO2 sampai 90 lebih, tp makin lama makin kurang.Kami teruskan bagi kata2 semangat kt Afiyah..ckp yg ummi n abah tunggu Afiyah walau apa pon.

13 September:
Platlet makin kurang. Darah makin banyak, fresh blood. Nak ke mana2 pon risau sbb darah akan lebih banyak keluar. En suami bawak ke Afiyah malam tu. Sedih mengenangkan aku yg xmampu tengok Afiyah lama2.Dr. cakap masih belum gugur tp ada kemungkinan.Sebab suhu badan aku mencapai 39'C..yang memang bahaya utk baby.

14 September:
Platlet naik sedikit2. Denggi makin pulih tp lambat. Darah yang keluar hari tu bertukar ke darah ketul warna merah pekat.seperti darah period. Perut juga rasa sakit.Aku dah pasrah.En suami bwk ke Afiyah skjp petang tu sbb takut Dr OnG cari utk scan.Tapi sbnrnye malam baru nurse hantar ke Dr OnG. Dr. scan n bgtau dah xde heartbeat. So lepas ni tunggu kantung keluar sendiri. itu pun ikut kepulihan sistem badan. Sedih sangat malam tu. Esoknya en suami start kerja.Sedih mengenangkan pelbagai perkara.Tp utk sedapkan hati,,ckplah lepas ni boleh fokus kt Afiyah.Nak jaga Afiyah. Tp terfikir kalau gugur kena pantang.kena duduk rumah..xboleh tengok Afiyah.Hati sedih lagi.

15 September:
Badan demam lg. Tp denggi beransur pulih. Hr tu en. suami da start keje.So xde orang nk bawakkan jumpa Afiyah. Sedih sangat. Dan malam tu aku ditukarkan ke wad OnG. Dah jauh dengan Afiyah. Rindu sangat dengan Afiyah.

16 September:
Aku ditukarkan ke wad ICU OnG sebab ada Dr. salah baca platlet yg sebenarnya 130 dibaca 19.Lgpun temperature badan asyik tinggi je.So Dr nak pantau aku di ICU. takut aku terkena jangkitan.Tp lepas pukul 2 aku dibawa balik ke wad O&G biasa..setelah melihat aku sudah pulih dr denggi.dan setelah mereka tahu platlet sebenar. Selera makan sedikit2 kembali.tp aku dimasukkan antibiotic 4jam sekali.so hr tu pun agak terbatas utk bergerak. Darah memang makin banyk dr sebelum2nya. Perut dan punggung lenguh2. Hari tu hari kedua aku tak tengok Afiyah. En suami bgtau yang Afiyah seperti mencari2 umminya. Dan malam tu..husband ada bagi hint yang keadaan Afiyah sebenarnya kritikal. Dr. nk cuba offkan tube machine.Bagi Afiyah bergantung kpd paru2 sendiri dan ikut kemampuan dia utk bertahan. malam tu..aku doa pd Allah bg yg terbaik kt Afiyah. Sememangnya aku dah tahu Afiyah dah semakin penat utk bernafas.

17 September:
Pg tu..sayu..kantung baby da keluar. Aku dah tak mengandung lagi.Tp Dr. ckp macam ada lagi tertinggal dalam perut. Aku tunggu Dr. nak scan lg. Sedang menunggu, tak sabar rasa nak tengok Afiyah lepas dah clearkan benda dalam rahim. Denggi pun dah pulih so ringan sikit badan utk tengok Afiyah yg aku rindu.Terfikir2 apa yg en. suami ckp mlm td. Aku fikir selagi Afiyah ada,aku akan jaga dia..menyayangi dia sungguh2. Tp belum sempat Dr. scan, pukul 10 lebih pagi..en suami call supaya pergi ke PICU.Afiyah dah kritikal sngt2.Allahu...Kenapa terlalu cepat? Kenapa dalam hari yg sama?

Aku inform kt nurse yg aku kena pergi PICU waktu tu jgk.Aku berjalan laju menuju PICU. Alhamdulillah aku mampu berjalan dngn selamat. Aku sampai disambut keadaan sayu PICU hr tu.Gembira melihat Afiyah..walaupun baru 2 hari tak tengok dia. Tp..melihat keadaan Afiyah,perasaan gembira hilang. Lain sungguh berbanding Afiyah yg sebelum ni. Nurse 'Kak Mek' kejut Afiyah, bgtau ummi dia dtng. Dia suruh aku duduk dekat2 pegang tangan Afiyah.Afiyah bukak mata dan pandang aku. Tapi lepas tu..dia pejam mata dan menangis.Allah..ketika itu aku faham.. dia nak cakap dia dah nak pergi. Mungkin dia tunggu aku lama dah.Aku rasa bersalah tak jenguk dia 2 hari.Aku cium dia banyak2 kali.

Nurse dan Dr. tak explain ape2 kat aku.Mungkin mereka takut..melihat keadaan aku yg baru keguguran dan belum pulih sepenuhnya dari denggi.Kak Mek bagitau kalau atuk dan nenek dia dtng nnt kami bagi masuk. Waktu tu aku dah fhm..Afiyah dah nazak.Aku telefon mak suruh datang.aku xmampu berdepan situasi tu seorang2. En suami dah minta kebenaran dr bos utk balik awal, lepas aku bgtau keadaan Afiyah, heart rate bawah 80, SPO2 bawah 50. Mata Afiyah lama-lama da buka separuh dan tak berkelip.Afiyah dah tak genggam jari ummi dia. Abah datang dengan mak. Bacakan Yassin. Aku ckp pada Afiyah, Afiyah tunggu abah Afiyah. Abah Afiyah dtng..Dr terangkan yg Afiyah dah tak bg respond dngn machine. Dan paru2 dia makin lama xberfungsi.

Tp..lama-lama keadaan Afiyah kembali ok..SpO2 sampai 80.So pukul 2ptng, aku buat keputusan nak settlekan hal OnG aku.nak scan n boleh discaj spy lepas tu dpt berada di sisi Afiyah. Aku balik ke wad O&G untuk jumpa Dr. Dr bgtau td mereka cari aku tp aku xde.Aku terangkan anak dah tenat kt PICU. Dr. suruh tunggu lagi..lama2 aku resah.Bila en. Suami call bgtau Afiyah dah makin tenat,aku terus tinggalkan wad OnG bergegas ke PICU.Alhamdulillah aku sempat lg. Afiyah memang dah nazak waktu tu. Aku tak sangka heart rate Afiyah bleh sampai bawah 30..En. suami bgtau yang tadi da sampai 0 tp naik balik..Aku sedih. Afiyah betul2 tunggu ummi dia.

Aku menangis...Cuba untuk redha.Kesian Afiyah, ummi rasa bersalah asyik tinggalkan Afiyah..Sayu tengok en suami yang teresak2 panggil nama Afiyah.Waktu tu Afiyah kelihatan ingin rehat sepuas2nya.Dia dah penat berjuang selama ni nak duduk sama2 dengan ummi n abah dia..Tapi Afiyah kena patuh takdir Allah.Perlahan2 jantung dan paru2 Afiyah berhenti.Dr. sahkan Afiyah dah tak bernafas lagi pukul 5.05 pm. Buat pertama kali lepas sebulan..machine Afiyah di'off'. Afiyah da tak di'intubate' lagi.dan Afiyah dah tiada lg.Aku minta nurse tolong aku dukung Afiyah.Dah sebulan lebih aku tak dapat dukung Afiyah.Sekarang dapat tp Afiyah dah xbernafas lg.

Pukul 6 husband uruskan mandi jenazah..Buat kedua kali anak kami dimandikan di situ. Aku salam nurse2 di situ yg telah jaga Afiyah hampir sebulan..Aku balik ke wad OnG..Pukul 6.30 aku discan dan sisa2 adik Afiyah dibersihkan. Alhamdulillh tak perlu buat DnC, Dr. bersihkan manual sbb sisanya di hujung rahim dan boleh bersihkan manual.Dr. benarkan aku discaj pukul 8pm memahami aku nak uruskan Afiyah.Waktu tu rahim aku memang sakit dan hati sangat sedih. Tp Alhamdulillah selesai hal kesihatanku dan Allah bagi aku peluang teman Afiyah di rumah mlm tu.esok Afiyah dah dikebumikan.

Berakhirlah detik2 6 hari di Hopital.Yang sangat perit tp perlu aku ingati.

Siapa sangka detik aku sakit ialah detik Afiyah nak tinggalkan kami.Sesungguhnya kami redha,Innalillahiwainnailahirajiun.

(Hari ke 6 selepas pemergian Amna Afiyah)

21 September 2014

Amna 'Afiyah

Losing

Too much memories..even just 4 months and we never had chance to raise her at home.

Amna 'Afiyah is a fighter..but she is already tired to fight.

She is obviously love her parents more than herself.

Dia dah tiada.Pada 17 September 2014 5.05pm. Heart rate dah bawah 30 and reached 0..

Setelah berjuang dengan chronic lung disease and primary pulmonary hypertention PPHN habis-habisan.Berjuang untuk bernafas dengan sendiri sambil melawan penyakit2 tu.

Mmelihatnya nazak..Allahu..pedih rasa hati ini melihat pemergiannya.

Tapi kami redhakan. Kami sedar dia menanggung seksa selama ni.Sekarang dia dah pergi dengan tenang.

Skrg dah takde episod ke hospital nak tengok Afiyah..anak ummi n abah.xde episod melihat SpO2 Afiyah.Tukarkan lampin.berckp2 dngnnya.Skrg Afiyah da dpt cukup oksigen.Mesti dia bahagia.

Hari ni akan ke sana lagi untuk pulangkan portable oxygen supply yg dipinjamkan dr HSA.

Ya Allah..satukan kami di syurgaMu.

18 August 2014

[IBU IBU DI NICU] Amna 'Afiyah

Salam..

Mungkin telah basi jika hendak diceritakan.

Namun nak gagahkan juga untuk mengumpulkan perihal anugerah indah buat saya dan suami.

Anak kedua saya selepas Allah ambil semula yang sulung.

Lahir pada 26 Mei 2014 di KPJ Puteri JB pukul 2.25 pm.dengan berat 2.075kg. Saat mendengar tangisannya selepas selamat keluar dari rahim adalah saat yang sangat bahagia..mungkin kerana trauma dengan kejadian anak yang pertama. Kalau dulu baby yang ditunjukkan pada saya terbaring kaku..kali ini baby bergerak menangis di dada umminya.Alhamdulillah.

Mulanya ingin menamakannya Alya Balqis. Tapi..

Selepas bersalin..baby dibersihkan. Sepatutnya baby akan diserahkan pada maknya untuk menyusu. Lama saya menunggu namun nurse pun takde yang datang. Selepas 3 jam suami saya berjumpa doktor, barulah suami saya pulang.tanpa baby. Saya sebenarnya telah dapat rasa ada yang tidak kena namun sabar menunggu penjelasan suami. Saya tidak menyangka Allah akan uji kami buat kali kedua.

"Baby kita ada masalah" Itulah ayat pertama yang suami sy cakap. Masalah pernafasan. jantung atau paru-paru. Ketika ini situasi baby kritikal. dan belum didiagnosis lagi. Saya gagahkan diri untuk ke wad nurseri selepas mandi. Nak jumpa baby. Akhirnya dapat juga bertemu si dia yang di dalam perut selama 9 bulan ni.Yang saya usung ke hulu hilir..yang menjadi teman setia ketika saya memandu..ketika saya seorang2 di kolej.

Comelnye Balqis. Dapat juga merasa mcmane perasaan selepas brsalin. berbanding sebelum ini, baby terus tiada di diari hidup. Namun, saya masih tak dapat memeluk mengangkatnya..dan saya tidak sangka selepas beberapa minggu baru boleh mameluknya.

Doktor perlu transfer baby ke Hospital Sultanah Aminah untuk scan jantung. Waktu tu memang oksigen tak mencukupi untuknya. Waktu tu sebenarnya saya masih di awang-awangan..tak faham pun penjelasan doktor. Di KPJ Puteri hanya ada echo machine untuk org dewasa. Dan equipment di HSA memang lengkap. Malam tu pukul 9.30 mlm baby naik ambulans bersama abahnya dengan berbekalkan bantuan oksigen. Alhamdulillah proses transfer dimudahkan dan saya balik ke bilik tanpa baby. Call mak suruh bawa pam perah susu. Apa-apa pun..baby pasti akan susu dan saya nak sediakan yang terbaik untuknya...walaupun saya tak sangka selepas seminggu lebih baru saya dapat suskan dia dan itu pun hanya sekejap. Tanpa baby hisap.memang agak susah untuk proses penghasilan dan pengeluaran susu. Tapi saya bertekad juga malam tu. Sikit pun sikitlah. Untuk baby.

Esoknya..Alhamdulillah da boleh discaj..Tak sabar nak tengok baby setelah semalaman tidur tanpa dia..suami tidur sekatil selepas balik dr HSA. Suami xnak cerita dulu keadaannya macamana..Dia suruh tunggu esok. Saya puas menahan air mata tp xboleh..Dalam hati penuh tanda tanya. Sampai di HSA, suami bawa ke wad A4 NICU. Sebelum ni NICU memang xde dalam kamus hidup pon. Baru mengenali waktu itu dan lebih mengenali dan memahami sekarang.Neonatal Intensive Care Unit. Pusat rawatan utk special and miracle babies. kalau selama ni hanya tahu penyakit kuning baby. Tapi sekarang pelbagai lg penyakit kronik masuk dlm vocabulary. Siapa yang terpilih saja mungkin yg merasa keadaan di NICU..dan aku yg terpilih untuk berkunjung lama ke situ.

Baby terbaring atas katil di ruangan tengah. Berselirat dengan wayar.Ada 2 tong gas di sebelahnya. Tak pakai baju, hanya pampers. Lemah terbaring di situ. Ah..air mata mengalir lagi. Ada mesin oximeter yg berfungsi measure SpO2 (kandungan oksigen) baby. Yang sepatutnya 100% utk normal baby.Tapi baby saya hanya capai 80%. masa tu..Dr memang guna setting tinggi dan tunggu reaction baby pd bantuan2 yg ada..oxygen therapy, NiO2 gas, ubat kuatkan jantung noradrenalina, kuatkan saraf paru2 sildenafil..ubat2 lain..ubat tido utk elakkan baby guna tenaga. Overall..baby tenat dan Dr. tunggu macamana kekuatan dia utk survive.

Oksigen yang baby dapat tak mencukupi untuk disalurkan ke seluruh badan. Tekanan sangat tinggi di paru-paru menyebabkan oksigen kurang sampai. Ini lah kesan dari PPHN..(Persistent Pulmonary Hypertension Newborn).First time dengar n tahu ada penyakit ni..yang sebenarnya agak kritikal berbanding jantung berlubang.

Dari waktu itu terdetik untuk tukar nama kpd yg lebih sesuai.yang lebih mendoakan dia..kami nak dia cepat sihat..So kami decide untuk menamakannya Amna 'Afiyah-selamat sejahtera. InsyaAllah dengan nama ini mendapat keberkatan dan Allah makbulkan setiap yg memanggilnya 'Afiyah.Amin. tapi ramai je yg panggil dia Amna kat NICU ni..hee..takpela..

So begitulah perjalanan awal hidup Amna 'Afiyah yang hingga sekarang (3 bulan) masih di NICU..Pernah turun wad biasa 3 kali and end up kt NICU.dah nak sebulan selepas dia naik balik NICU hari tu.masih dalam keadaan paru-paru tak stabil.Sekarang ventilated lg.Tapi Dr.-Dr. amaze jugak dengan kekuatan dia bertarung utk hidup. Mungkin..dia lebih sayang ummi n abah dia dr diri dia..sebab tu dia lawan jugak kesakitan tu. Sekarang berat dia dah tambah ke 2.9kg.Alhamdulillah.

Oh..lagi satu..'Afiyah ni special sebab ada lebih satu kromosom..tp tak nampak sngt feature dia sampai Dr. pun xperasan.Gambar xde sbb kt NICU xleh amek gambar.

Diagnosis Amna 'Afiyah sekarang: Primary PPHN with closed PDA, worsening pneumonia, Laryngo Malicia Grade III, Presumed GERD, Down Syndrome.

Sama-sama doakan Amna 'Afiyah cepat sembuh dan dapat balik rumah..dan doakan juga parentsnya kuat utk jg dia. ^_^

14 August 2014

[IBU IBU DI NICU] Susu ibu yg terbaik tapi...

Tak semua ibu same nasibnye..
Ada yg lancar breastfeed journey nya..ada yg tidak.
Tak semua tips breastfeed tu menjadi.
Sbb bila Allah izinkan trjadi,trjadilah.
Jika tidak, mungkin Allah akan nampakkan hikmahnye nnt.
Ya.sy setuju breastfeed itu terbaik.tapi..
Sy melihat 'kemampuan breastfeed anak' kini..menjadi satu perkara yg dicanang2.
Dan yg sy nmpk bila xtrkawal akan jadi kebanggan..riak..
dan adakalanya merendahkan golongan yg tak berjaya dalam misi ini.

Sy tidak setuju jika ada yg slhkn si ibu jika tidak breastfeed.
Sbb ada org..buatlah mcm2 benda memng tidak mnjadi..
Dan selalunya si ibu yg xdpt nk breastfeed anak ni.
Akan diberikan komen2 negatif..'kau xminum air bnyk kot..kau xset minda kot..kau xjg mkn kot..kau xni..kau xtu'.
Atau nasihat yg tidak kena susunan dan bunyinya.
Yg sebenarnya akan memberi lebih tekanan pd si ibu..dan ini mnjadikan susu xkeluar.
Ye..dan si ibu yg memang sedia sedih bertambah sedih.

Jangan ckp semua org yg buat tips breastfeed akan berjaya.
Ada golongan yg memang susah nk breastfeed scr ekslusif.
Golongan yg mungkin terpencil dan kurang mndapat perhatian.
Golongan si ibu yg anaknya di hospital. Yang di NICU.
Yang anaknya berbulan di hospital. Yang anaknya tidak dapat minum scr normal, kerana tidak larat utk menghisap.
Tak pernah balik ke rumah.
Tak pernah hisap puting susu ibu.
Minum susu menggunakan feeding tube terus ke perut.

Ya.sy dalam golongan ini.
Dan sy da jumpa beberapa ibu yg senasib dngn sy selama sy di hospital.
Kami memang hendak berikan yg terbaik utk anak..lg2 ank kami sakit dan perlukan lebih antibodi.
Tapi kami hanya mampu berusaha yg seadanya.
Kami berusaha sungguh2 utk kumpul ebm..utk hantar ke hospital.
Tapi..lama2 susu kering juga.sebab tiada yg menghisap.tiada ransangan baby.
Kami hanya dapat sediakan ebm dalam 2 bulan pertama..
Tapi kami tetap juga brusaha utk tambahkan susu dngn pelbagai cara.
Walaupun setitik2 keluar kami perah juga.
Namun..tak menjadi juga.terpaksa kami izinkan nurse beri susu hospital.

Sy kagum dngn rakan2 sy di NICU..yg berusaha sebaik mungkin utk berikan yg trbaik utk anak.
Dan usaha kami lebih mencabar.
Sebab anak kami sakit.kami sedang dalam keadaan sedih.tp kami gembirakan hati kami utk dapat banyakkan susu.
Kami ulang alik hospital dan tak sempat nk ikut jadual pump susu dngn betul.tp kami cuba juga perah susu dlm waktu yg ada.
Kami trpaksa mendengar ckp2 org yg 'kehairanan' bila susu kami sedikit.kami sabar dan terus perah susu walau hasilnya sedikit.
Kami  cemburu bila lihat ibu2 lain dpt breastfeed anak mereka dan bandingkan hasil susu masing2.
Kami tahu ada yg kasihankan kami tapi kdng2 ayat kasihan itu menyinggung kami yg dalam situasi sensitif.

Dapat brestfeed baby itu nikmat.dan nikmat itu memang kdng2 manjadikan kita riak.maka berwaspadalah.
Susu ibu itu rezeki.rezeki itu kdng2 diberkati.ada juga yang tidak berkat.maka bersyukurlah dan doalah supaya susu kita itu berkat.
Dan sy yakin Allah Maha Adil.walaupun ada golongan yg xdpt susukan dngn susu yg mencukupi..namun..yg sikit itu mungkin lebih berkat.kerana Allah pandang usaha.bukan hasil.

^_^ kudos to 'ibu2yg menunggu anak di hospital'.

29 January 2013

Amna Safiyya

Aku menangis lagi..Teringat lagi.
Kenangan bersama Amna Safiyya Selama 41 minggu sangat indah dan sukar dilupakan.
Hasrat di hati untuk menciumnya, memeluknya, menjaganya, mendidiknya, membesarkannya tidak kesampaian. Allah ambil kembali pinjamanNya itu.
Aku ikhlaskan hatiku Ya Allah. Setiap ketentuanMu adalah Yang Terbaik. Ku yakin dengan janjiMu.

Sejak dari mengetahui kehamilanku, aku seperti tidak percaya yang aku akan menjadi ibu.
Namun, kuhargai hadiah dari Allah ini sebaik-baiknya.
Memang orang kata aku aktif bergerak ketika mengandungjan Amna.
Namun, aku berusaha bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk dirinya.
Sungguh, Amna Safiyya tidak pernah menyusahkan dan membuatku terlalu sakit.
Hanya aku yang malas kadang-kadang kerana keletihan.

Bulan ke dua kehadiran Amna Safiyya, aku seperti dibelai bak puteri.
Waktu tu, aku ke Seremban dengan bas setiap 2 minggu.
Jumpakan Amna Safiyya dengan papanya.
Bulan ketiga dan keempat, aku muntah-muntah dan kurang selera makan.
Aku tidaklah mengidam apa-apa.
Yang aku gemar hanyalah ikan masin, ikan bilis dan lauk-lauk mudah.
Anakku tidak menyusahkan.
Aku bernasib baik papa Amna dapat peluang bekerja d Johor Bahru pada waktu ini.
Aku jadi terlebih rajin untuk mengemas dan membasuh baju.
Ingat lagi aku membasuh baju dengan cucuian tngn selepas sampai dari Seremban.
Lepas tu, teringin nak makan megi kari. Safiyya..Safiyya.
Bulan keempat juga, Safiyya teman Umminya present proposal.
Alhamdulillah..Allah bantu kita kan Safiyya?

Bukan kelima. Puasa. Alhamdulillah. Anakku tidak mengsukarkan Umminya menjalankan ibadah puasa.
Dan pada ketika itu, aku sibuk menguruskan APHydro Conference.
Letihnya Allah saja yg tahu. Namun, dengan Amna Safiyya dalam kandungan, aku mendapat semangat.
Syukur, aku dapat puasa penuh. Dan Terawih juga hampir setiap hari.
Selalunya aku tertidur selepas Maghrib..keletihan. Namun, aku solat selepas Isyak.
Dan Allah mudahkan ku Solat malam..setiap kali solat malam, ku doakan Allah mudahkan
urusanku melahirkan dan mendidik anakku.
Masihku ingat tendangan Amna Safiyya tiap kali aku solat dan mengaji.
Safiyya juga tak menjadi penghalang aku membuat kuih raya.

Bulan keenam.Syawal...Aku dapat tahu jantina anakku.Perempuan.
No wonder aku sngt rajin..Suamiku mencadangkan nama Safiyya.Isteri Rasulullah katanya.
Aku ikut sahaja..tapi aku mahukan nama bermula huruf A.
Aku teringat anak Wardina Safiyya, Amna Nafeesa.
Aku telah lama kagum dengan sifat2 Amna itu, jadi kupilih Amna sebagai nama anakku.
Harap dapat menjadi anak solehah seperti Amna Nafeesa.
Maka menantilah kami, Amna Safiyya binti Alif Raizan.
Hari-hari papa Safiyya panggil namanya ketika kami video call.
Suamiku sngt teruja dengan kehadiran anak kami. malah lebih dariku.
Aku sngt bangga dngn suamiku kerana sngt tabah menahan perasaannya kini.
Bulan keenam juga, aku belikan baju dan stoking pertama untuknya di Baby Expo.
Sangat comel baju itu..tp aku yakin anakku skrg memakai baju yang jauh lebih cantik.
Pada bulan ini juga, aku membawa Amna kehulu kehilir di APHdyro.
Semangat yg kudapat dari kewujudannya membuatku bertahan dari penat lelah.

Bulan ketujuh..Mak dan abah ke Mekah menunaikan haji.
Kutitip doa untuk kesihatan dan keselamatan Safiyya..moga dia menjadi anak yg solehah.
Selama itu, aku bnyk berada di rumah. Menemani Kakda dan anak2nya.
Waktu ini, aiskrim dan coklat menjadi makanan rutinku.
Aiskrim Magnum dan Coklat Zip. Comel bila mengingatkan selera Amna Safiyya.
Bulan kelapan, kami sudah menyiapkan beg baju untuk si dia.
Waktu tu, aku selalu letih tp still berusaha menyiapkan tugasan2.
Alhamdulillah semuanya selesai.

Bulan kesembilan..debaran penantian semakin terasa.
Suamiku berulang alik Johor-Perak setiap minggu untuk memastikan keselamatanku.
Jelas di ingatanku kegembiraan dimukanya sewaktu merasa tendangan Safiyya yang semakin kuat.
Kami ke Seremban untuk berjumpa dngn ibu mertuaku yg baru balik dr Abu Dhabi.
Umi memberiku kotak besar berisi brng2 baby utk Safiyya, Baju yg dibeli di sana dan brng2 pemberian Untie Hanim. Ku ingat lagi jaket comel hadiah dr Chita.
Indahnya waktu itu, sambil aku  dan suami berangan keadaan Amna Safiyya memakainya.
Kami membeli Baby Rocker untuknya, sngt indah saat itu.
Kata suamiku, shopping terakhir barang Safiyya. Ya, hari tu kami balik pukul hmpir 11 mlm.
Semua brng keperluan Safiyya telah kami sempurnakan.
Dan sekarang semua brng2 itu trsimpan rapi. Aku pun tak tahu di mana..
Ingin sekali Ummi melihat Safiyya pakai brng2 tu,,tp Ummi terima takdir yg Allah bg yg bergnda2 lebih baik kt Safiyya.

Hari2 selepas itu, aku menanti tanda2 untuk melahirkan anakku dngn sabar.
Tetapi..aku tidak merasa apa2.
Aku sempat present proposal..Alhamdulillah. Anakku tidak menjadi penghalang untukku.
Dan aku menanti lagi..Dengan tidak menjangkakan apa-apa yg buruk akan terjadi.

Peristiwa di hospital dan kehilangan Amna Safiyya dari hidupku, mungkin akan kuceritakan kemudian.
Aku menulis untuk mengimbau kenangan indah bersama-samanya selama 41 minggu.
Aku yakin Amna Safiyya adalah anak yang terpelihara.
Seperti doaku setiap hari, ingin dia menjadi anak yg solehah, cantik, berakhlak baik.
Sekarang Allah kabulkan dengan menjadikannya bidadari syurga.

10 April 2012

wedding review:baju nikah

Salam

Nak cerita tentang..baju kahwin..^_^

Kain tu dah beli lama dah..sebab niatnye nak nikah bulan 1.
Tp Allah takdirkan nikah bulan Mac

Kain baju nikah dibeli di Jakel..Masa tu promosi untuk pengantin sbb akhir tahun kan..
Sepasang baju untuk pengantin perempuan+lace+baju pengantin lelaki+samping=RM159
So...terus la beli..
Tema?
Konon2 nak buat wrna biru purple
Tp purple yg kat situ semua xcantik
Dan ternampak warna silver
Niat di hati memang nak lari dr pink
Ramai dh org buat silver pink..memang nice tp xnak sama..nk lain

ORang jakel tu pon suggest kain lace wrna biru.
Biru tu..sngt lain n xdinafikan sngt susah cri tudungnye
Yang saya suka bila combine the 2 colours,jd wrna icy blue..kdng2 wrna light turqoise.
So wrna bju nikah ni misteri..hehe
Samping pun..Alhamdulillah ade jumpa wrna turqoise..
Kemudian poskan kain baju melayu n samping kepada si tunang..

Masa tu...konon nak buat baju kurung moden mcm biasa
Tp nye..nnt xpakai pulak if ade lace2 penuh.
So..bincang2 dngn mak n kakak2...
Putuskan nak buat jubah.^_^
And jubah n lace tu asing..xdijahit bersama
Nanti bolehla pakai jubah tu..(belum sempat pakai pon)

Masa tu..bercanggah pendapat dengan kakak..about design of the lace
Saya xnak buat design yg macam selalu tu..yg belah kt tengah tu(agak seksi)
So...inspired by one of jubah style yg dijumpai
Design potong senget!

Saya pun propose kt mak.
N hantar design kt tailor, Kak Linda
Kak Linda ni duduk Kampung Kurnia je..
hasil tangan cantik,harga pun murah^_^
Baju ni siap..awal bulan 1.
Upah jahit semua rm 80.00.(tempah baju perempuan je)
Puas hati sangat dengan jubah ni..
N tudung sy..kosong..xde manik2
Da beli manik n xsempat nk tmpl
So totally kosong
Tp xpelah..bila fikir balik kalau ade manik xpakai pulak nnt..

wedding review:17 march 2012

salam

Mood nak mengimbau saat2 bahagia.^_^

Ingat lagi...hari tu
Oleh kerana nikah pukul 9.30pg, maka kena siapkan apa yg patut seawalnya
Bangun pagi,solat n.....mcm bingung.Hari ni nak kena buat ape.
Semua kakak2 cakap pengantin xyah fikir ape2, fikir diri sendiri je
But I cannot help it.
Pagi tu...orang suruh makan roti canai pun saya xmakan
Adelah sikit makan kek span tu.
Rasa macam xkeruan
Plus with the hustle situation..all things misplaced
Saya pun duduk dalam bilik..duduk belakang almari..nangis sorang2
Entah ape2!

And waktu tu pukul 8.00 pg
Terus ambil air sembahyang n solat Dhuha
Tenang n sejuk sikit hati ini
Kemudian kakak make-up datang..
Nasib baik xde buat benda yg bukan2
Just that...mata aku jadi BIRU sbb eyeshadow tu..huhu

N tiba2 kakak2 ckp..
cepat2!Family lelaki dh smpai!Tok Kadi dah sampai!
Masa tu baru pukul 9.15pg..
Semua orang dalam bilik dah kelam kabut.
Pengantin xpakai baju nikah lg.Sirih junjung xsiap lg.All that.
Nasib baik baju jubah tu main sarung je.
Tudung pun main sarung je.
Sarung2 ape yg patut.
Addtional brooch bagai dah xsempat nak pakai.
And pengantin siap 5 minit je!
(sebab tu nampak cam selekeh)
Nasib baiklah masjid dekat je..Alhamdulillah

[Penanten selekeh]

Sampai2...........Tak de pon Tok Kadi nye
Dia boleh nikahkan org kt tempat lain dulu.
Malu je rasa tengok family alif dah tunggu.
Hoho.!
Dan majlis sarung cincin pun dibuat..(baru dapat cincin tunang)
Saya pun blur2 dah sarung bukannye nak salam mak mertua.
Nasib baik ade org ingtkn.

Setelah beberapa ketika..(lama jugakla nunggunye)
Tok Kadi nye pun sampai.Alhamdulillah.
Mode sopan n nerves pun dtng..
Dan saya pun dinikahkan dengan Alif Raizan berwalikan abah
That moment..saya rasa gembira,sedih,risau..semua ada
Tiba2 sangsi..rasa betulkah dia akan jadi suami yg baik..
And macam xberani jumpa family baru
Tapi ku gagahkan juga melawan semua perasaan negatif!
Bestnya time ni, semua kakak2 n suaminya ade.
Walaupun adik beradik lelaki xdpt ada

[biru!]

Lepas sah tu.......emm..suami nak dtng kt saya utk sarung gelang
Dalam hati dah dupdapdupdap.
Mula2 nak bagi tangan pun takut.
Rasa macam lain je kena pegang dengan lelaki.
Tp dah nikah kan?Perlu terima situasi baru.
Yang pastinya..dia pun janggal.
Membuatkan saya hormat dia n yakin dia bukan lelaki sembarangan

[tangan gemok]

Lepas tu..saya berasa janggal nak jalan n berada di sebelah dia
Nasib baiklah..cameraman panggil kami berdua n ambil2 gambar.
Lepas tu..saya n suami jalan kaki dr masjid ke rumah.
(sambil malu2)

Dari situ.........nampak keindahan takdir Allah
Bila dah jadi suami isteri..boleh je taaruf ..muaiyashah.. tafahum..takaful
Jalinkan ukhwah Lillahitaala
Jalinkan ukhwah untuk Islam
InshaAllah...jalinkan ukhwah until Jannah

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Ar-rum:21)

marriage

salam alaik

What's on your mind?

Me?

Thinking of my new life.

Being a Muslimah, wife and student

Read "Aku Terima Nikahnya" and impressed with the author's perception of marriage

'Perkahwinan:Medan memberi yang paling mulia'

Yup.if we do so.

Hope that my marriage give me chance to GIVE lillahitaala

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

30 March 2012

dua minggu sudah

Alhamdulillah.

Now focus to the fins..^_^

Mr. Husband: wait for me another 1 month.

01 February 2012

undecided flow

Salam..

Sekarang ialah waktu cuti sekolah bg budak degree
Saya selaku xdegree berasa jeles..hii..xdela..xjeles pon
Yg xbestnye,,Saya selaku student yg gnjil ni
letih nk jawab soalan..'xcuti ke?xcuti ke?'
Dulu time jd R.A pun org tnye cmtu

Cuti sem..bas xde..cafe xde..
Saya selaku penumpang setia bas berasa agk trbeban
Maka sy decide duduk di rumah
Lagipun bnyk lg 'bnda' xsetel n nak tolong mak setelkan.
Bukanlah sengaja untuk tinggal di rumah..

Duduk di rumah mengajar untuk berdisiplin n 'working life'
Mandi awal...duduk PSZ pukul 8.Dhuha pukul 9.Zuhur + Asar jemaah
Balik rumah pukul 5.15 pm..
Saya merasakan hidup lebih produktif ..tp duniawi je lah
Tak buat n dtng usrah tu RUGI besar tau.
Hope boleh buat usrah minggu ni atau minggu depan.
InsyaAllah adik2 available sekarang.

Duduk buat research..eh slh..fikir tntng research..
Membuatkn sy smakin confuse..
Bnyk UNDECIDED FLOW..utk buat simulation ni
Baru fikir criteria flow..belum buat pun lg..
Tp baguslah kn..ada jugak fikir..
drpd fikiran asyik ke 'majlis' je..

Majlis....pun undecided jgk
Undecided date..Date hari tu..telah ditunda
Allah bg ujian sikit..mungkin utk menegur kelemahan kami
Date baru..Yg tu serah pd Allah je lah..^_^
InsyaAllah..kami yakin Dia akan bg ilham tarikh tu
Semoga Dia berkati kami

So skrg boleh siapkan mana yg boleh disiapkn tnpa perlu tarikh..
Benda yg dh siap:
1. Baju nikah (icy blue+silver)----- jd warna ape nih..

2. Baju makan2...(white + pink + creamy)----ni pun wrna main campor je
3.Hantaran ...(dark blue and orange)----- ni lg la..haha..xpena dibuat org
4. Borng nikah dah siap..tinggl tunggu tarikh..undecided^_^

5.cincin nikah + gelang (fmily dia beli..hurm..xtau la mcmane)---takut je xmuat..

6. survenier fmily dia..

7.design kad kahwin..tinggl tunggu tarikh..undecided^_^

8.cadar (peachy)--Bilik peach + blue tiffany...Yg ni pun wrna pelik gak
Dan lain2...Alhamdulillah...perancangan Allah itu lebih baik..
Saya lebih bersedia sekarang (walaupun xtau bila) drpd date yg sebelumnya..
Lagipun,Allah gnti mjlis nikah dngn program yg bermakna..
(Mukhayam akhawat...n dpt hadirkan diri ke syura)
So..now...is time for doa lagi n berusaha utk buat yg trbaik
Fikirkan research..try draft paper..^_^
And lg satu..fikir mcmane mjlis yg kurang dosa..
(Nak tudung labuh..xnk over2..xnk make up tbl..nk org rasa tntram..)

Niat baik..Allah akan tolong..InsyaAllah

15 January 2012

bila hatimu mahu

Apabila saya disuap dengan bijiran2 dakwah dan tarbiyah..
Pelbagai perasaan berbaur..
Yalah..siapa yang dapat menyangkal ianya tidak memberikan kebaikan
Malah ianya memberikan kebaikan berganda

Namun.......jujurnya..
Mahu dielak..buruk diri sendiri..
Mahu ditelan..payah diri sendiri
Sememangnya manusia sering memilih jalan yang mudah
Allah pun maklumkan fakta ini dalam Al-Balad..
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.(Al-Balad:11)
Yalah..siapa yang lebih kenal manusia daripada penciptanya??

Suapan dakwah dan tarbiyah..
Dielak..buruk diri sendiri..ditelan..payah diri sendiri
Aduh..tanggungjawab seorang Muslim itu..
Menyempurnakan haq Syahadahnya...
Mempaparkan dan menyebarkan Islam.
Pastinya ramai yang terpinga-pinga
Hendak bermula dari manakah?

Kalau mahu diikutkan fitrah manusia
Pastinya telah distatikkan saja diri sendiri
Biarlah baik diri sendiri sahaja
kerana payahnya untuk tinggalkan rasa selesa
Biarlah tersimpan keislaman sendiri
Biarlah dipilih jalan yang paling mudah
Menjadi penekan butang 'share' sahaja sudah cukup

Tapi..........apalah salahnya untuk berusaha lebih sedikit
Berkorban nikmat Allah yang banyak ni...lebih sedikit
Menjadi muslimah dan mu'minah yang lebih baik sedikit
Keluar dari zon 'selesa' sedikit-sedikit
Sambil yakin yang usaha sedikit-sedikit ini lama-lama jadi bukit
Sambil percaya yang pemaksaan diri ini akan menghasilkan ikhlas
Yang sememangnya bukan janji kosong Allah yang
Maha Pencinta hambaNya

Ya..di sana ada jalannya..jika hati betul-betul mahu mencuba
Sungguh..ayat ini adalah pemujuk diri sendiri juga..
Yang masih juga liat untuk bersusah payah
Ah....sungguhlah berjaya jahiliyah memujuk jiwa
Tapi bila telah dihidangkan dengan suapan dakwah dan tarbiyah
Takkanlah kita ini mahu menjadi golongan yang tiada syukur
Bila hati betul-betul mahu mencuba..
Allah beri jalan yang sememangnya bukanlah mudah
Tapi...................sampai bila nak sekat keinginan itu??
Keinginan untuk menjadi hamba dan khalifah Allah dengan menyeluruh
Sampai bila ye......tapi...susah kan?
Ya..Tapi ada jalan yang memudahkan.percayalah!
Kita kan beriman dengan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang?
Allah pastinya membantu hambaNya dan khalifahNya yang
berusaha untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya...!

Maka di sini..ingin ku ingatkan kembali
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali berkongi keindahan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menyebarkan Islam
Bersyukurlah jika anda orangnya yang terasa ingin sekali menjadi saksi kepada Islam
Langkahlah ke usaha yang seterusnya..walaupun kelemahan diri masih menyala
Percayalah...dirimu akan mampu...
Kerana Allah takkan membiarkanmu..^_^

Penconteng
-CikFafa-

22 November 2011

ke alam baru

|insyaAllah akan bertukar status pada tahun 2012|

Actually, no preparation hantaran majlis bagai pun lagi

Sekarang ni nak siapkan iman n diri menjadi suri

Sekarang ni juga, tak nak jadikan hal itu mengganggu
kerja dakwah

So let my family do the worksss

The bride just involve at solemnization day

Boleh kah??

Whatever it is, selalu pesan pada diri

Perbanyakkan doa kepadaNya

Sentiasa refresh niat..aku seorang pendakwah dan semuanya
perlu dibuat kerana redha Allah

Walaupun tidak sesempurna dan sama kisah dengan akhawat lain,
aku juga mengimpikanBaitulMuslim yang muntij

Amin.

09 November 2011

connection

Dalam proses tengok video ni

convo in memory

Salam..

Saya dah convo dah hari tu Alhamdulillah.
Err..dah sebulan berlalu....sebenarnya.^_^
24 and 25 September 2011
Alhamdulillah..CikFafa dapat benda yang menggembirakan hati mak n abah.
Walaupun 24hb tu menyusahkan diorang jugak sebab buat OpenHouse..

Bila fikir balik......kita akan cakap xsia2 penat2 aku belajar
Tapi..cuba ingat balik..penat sngt ke kita belajar?
Penat berusaha dengan sedaya upaya?
macam tak je kan...ada je masa nak bersuka ria buat perkara ngarut2.

Maka..bersyukurlah dengan pertolonganNya

Thank u Allah coz sending me great people around me:
Parents
Lecturers
Naqibah
SMK girls (muniii..wanii..syazni..dah kerje skrg..piwit)
SMK boys (nama terpilih:che..epi..ted..fuad.bila nak jumpa lg)
Orang Lab
Usrahmate
Siblings
(susunan random)

[saya dapat dua bunga..^_^]

[Lepas ni..gamba pakai jubah dengan baby sendiri pula..InsyaAllah]

Mengasah dan mengasah

Salam..

Lama dah aku xupdate ye Muni!!

[Ok..Nak habaq la yang hidup Cik Fafa macam labih senyap sepanjang menjadi post graduate student.Er..status kat FB pun mcm dah malas nak update. YM xbukak.Kuikui..Konon2 buat perkara penting je kat internet.Tp bukak je FB tu.]

Sebenarnya..entah.Sekarang ni agak malas. Takut benda yg diperkatakan tu tak berfaedah n menjadi salah satu riak..(kot)

Sepanjang hidup menjadi postgraduate student ni, makin xpandai jaga waktu.Sebabnya, xde jadual kelas. (Kecuali 1 kelas wajib) So, Lantak la nak buat ape.Lagipun, makin bnyk kerja yg perlu dibuat. A variety of work. Sebenarnya xboleh salahkan kerja2 tu sebab benda tulah yang membuatkan kita rasa diri dan masa begitu berharga.Kerja tu yang buat kita tak rugi dek kerana masa. Sebab Allah cakap dalam surah Al-Asr, Manusia ni akan larut dalam kerugian dengan berjalannya masa. Kecuali manusia yang 'hidup', yang berpesan kepada kebenaran dan dengan kesabaran. (Doa banyak2 supaya kita dapat berjalan hari2 dengan kebenaran dan kesabaran).

So...xboleh salahkan kerja2 tu. Yang salah sebenarnya kita.Tak pandai jaga masa. Salah kita juga sebab xtau diri kita ni mampu buat kerja tu sampai tahap mana. (apa lah diri sendiri tak kenal).

So untuk hilangkan rasa bersalah pada diri sendiri, Cik Fafa cuba untuk merendahkan tahap kerugian yang ada dengan mencari kebenaran dan kesabaran. Macamana??Pergilah majlis ilmu, buatlah majlis ilmu dan sebarkan majlis ilmu.^_^

Sahabat Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah SAW menyampaikan bahwa Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): “Jika kalian melewati kebun(taman) surga maka bersenang-senanglah (di dalamnya)”, sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah kebun surga itu?”, beliau menjawab: “Perkumpulan dzikir” (HR. At Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, beliau bersabda: “Majlis-majlis ilmu”.

Al Habib Abdullah bin AlawiAl Haddad berkata:
“Ketahuilah bahwa berkumpul dengan orang yang baik (soleh) akan menanam di dalam hati kecintaan pada kebaikan dan membantunya agar mudah melakukan kebaikan itu. Sebagaimana duduk dan bergaul bersama orang yang jelek akan menanam dalam hati cinta kejelekan (maksiat) dan membuatnya mudah melakukan kejelekan itu. Siapa yang bergaul dengan suatu kaum, maka otomatis akan mencintai mereka. Dan seseorang akan dikumpulkan bersama yang dicintainya di dunia dan akhirat”.
Sekarang ni..sedang dalam proses mengasah diri yang sebenarnya kurang mahir untuk menggerakkan ilmu, juga kurang mahir untuk berpesan. Sebab tu CikFafa xpandai jaga waktu sekarang. Sekarang masih belum stabil sepenuhnya. Sebab tu perlunya sabar dalam benar.^_^So senyum and bahagialah jiwa-jiwa yang menggunakan waktunya dengan kebenaran dan kesabaran. Berkumpullah dengan orang solehah..mungkin kita rasa iman kita tak setanding dia, kita tak sebaik dia, ilmu kita tak setinggi dia, tapi siapalah yang tahu tahap ketaqwaan kita dan manusia lain macamana selain dari Allah..and penilaian Allah lebih berharga dari penilaian manusia.

PEACE....

03 June 2011

Realiti Hidup Sekarang

Salam..

Siapa yg ada kt dunia blog sure dah tau psl Adinda Evan
*Sigh*
Aku taknak lah komen psl dia je
Tp aku nk komen psl dunia remaja sekarang
Ya Allah..adakah ini yg dikatakan dunia akhir zaman..
Memang lah dunia sekarang sudah tenat
Memanglah bnyk lg tanggungjawab KITA sbg orang Islam
untuk ubah perkara ni..
Memanglah..usaha utk amar maaruf nahi munkar
kt Malaysia ni masih belum berjaya nk kwl remaja
yg still asyik dngn nikmat usia muda

Budak 14 tahun memang belum matang
Tp mereka dah mumayyiz
Dah boleh fikir baik buruk
Cumanya terkadang bebudak range umur mcm ni..
frekuensi fikiran dia xsama
Tmbh lagi bila hati belum ada chy.. nk bntu beza
yg mana betul2 baik..mana betul2 buruk

Bila fikir2 balik..aku time 14 tahun
Sama je..ada bnyk bnda bodoh yg aku buat.Sngt2 xmtng
Aku bernasib baik sbb Allah anugerahkan parents yg mngawal

BAIK semasa 14 tahun xsemestinye akan BAIK pd 24 tahun...
or 34 tahun or..bila2 yg akn dtng

Kurang BAIK semasa 14 tahun xsemestinye still kurang BAIK pd 24 tahun...
or 34 tahun or..bila2 yg akn dtng
Segalanya mungkin.
Therefore.
Kenalah doakan adik2 remaja yg terlalai ni
Dapat hidayah dr Allah..
Kita xboleh beri hidayah..tp kita boleh tolong org lain..
usaha dan doa supaya dia terbuka hati utk terima hidayah

Dunia dah berubah
Mslh time umur 14 tahun 2011 xsama dngn 14 tahun 2002.
10 tahun akan dtng pun..kita xde siapa tahu apa yg berlaku melainkan Dia!
Yang aku yakin..Islam akan naik..walaupun aku tak tau bila
Sebab itu jnji Allah

Korang bc Terfaktab.com?
Aku suka apa yg si Keram n K tulis psl ni

Quote dari Mr. K
Well, aku cuma nak korang semua tahu yang... bila korang ada anak perempuan nanti, kena la pantau dia elok-elok. Dengan siapa dia keluar, siapa pak we dia dan apa yang dia buat. Bukan anak perempuan je. Anak lelaki pun sama. Tapi utamakan anak perempuan sebab dia adalah makhluk yanglembik lemah. Pulak tu tengok-tengokkan lah cara dia berpakaian. Dan yang penting, jangan ajar dan didik anak anda seperti mana parents anda ajar dan didik anda. Sebab generasi dah berubah. Dunia dah berubah. Ya, aku dengar ni di Ikim.FM. Manusia berevolusi. Kalau zaman dulu, ayah rotan anak, anak makin patuh. Tapi zaman sekarang, ayah rotan anak, anak makin menjadi-jadi.

Apapun, sekarang ni, "Alaa standard lah tu lelaki dan perempuan pegang tangan evan kawan-kawan". Yes, sekarang ini yang berlaku dan semua tak kisah sebab dah jadi kebiasaan. Tapi, imagine masa korang dah ada anak perempuan nanti, ianya adalah zaman "Alaa standard lah tu budak umur 14 tahun dah tak ada dara sebab pernah buat seks dengan kawan-kawan. Normal la tu". Normal your head. It's not normal. It is sooooo wrong dude. Damn wrong. Dan aku tak nak anak aku lahir di zaman rosak akhlak macam tu. Jangan la anak aku lahir zaman seks antara kawan tu adalah satu kebiasaan.

Mungkin Daten Milano ni tak dapat didikan yang sempurna masa kecil. Tak pun, dia membesar dalam persekitaran yang amat sosial sebab tu lah dia boleh kenal boy beberapa hari then terus couple. Pulak tu, couple sebulan dua, dah clash. Then couple pula dengan lelaki lain. This is bad. Bad... Tapi still ada masa untuk dia bertaubat kan?

Kalau boleh, kalau nak cakap apa-apa kat dia jangan la maki sangat nak-nak kat setiap blog post, facebook dan fan page dia.

Quote dari si Keram..
Cuma aku pelik, jika kamu tidak mengenali Adinda Evans dengan lebih rapat, kejadah apakah kamu tanpa segan silu memaki dia dengan begitu bongkak ya? Kamu kenal ibu bapa dia? Kamu kenal adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kamu tahu kehidupannya 24 jam dan tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi?

Aku yakin ramai antara kamu semua akan menjawab tidak!, Tapi...

Ya, ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu dulu, biar aku habiskan penulisan ini.

Terus-terang aku beritahu kepada kalian. Usah kita terlalu emosi dalam hal ini. Usah kita berlagak menjadi ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita lihat dalam akhbar. Berfikirlah secara waras. Berfikirlah dengan seimbang. Berkatalah dengan adil. Aku tidak rasa ia merupakan sesuatu yang adil (meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul) apabila kamu memberi ulasan sebegini ;
"Woi betina, masuk nerakalah kau. Umur baru 14 tahun dah menggatal dengan lelaki. Bodoh gila. Tambah bodoh bila bangga kata diri takde dara. Kau boleh masuk neraka betina!"
Kenapa aku katakan tidak adil? Terang-terang sudah ulasan sebegini adalah ulasan orang yang terikut emosi. Orang yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan aib orang lain. Komen orang yang tak layak menjadi sebahagian masyarakat progresif. Kalau kamu rasa kamu sudah memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa. Nanti kamu perlu hanya ringankan tangan untuk memadam semula atau menarik balik. Boleh?

Atau cuba kita lihat ulasan sebegini ;
"Astaghfirullah. Adik tak tau apa itu maruah. Allah Taala menyuruh hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend adik itu bukan kekal"
Bagaimana? Ya, aku pasti kalian rasa ini adalah ulasan yang baik. Tetapi, tidak bagi aku. Aku rasa ianya juga tidak adil. Apa orang kata? Ini adalah ulasan golongan #serbanitas ya? Baiklah, aku cuma hairan. Mengapa kita perlu menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis berumur 14 tahun ya? Jika seorang gadis berumur 25 tahun, aku mungkin boleh terima dan katakan ia sebagai adil. Tapi, untuk gadis berumur 14 tahun yang masih tidak tahu dalam mengenal 'apa itu kemanisan mempunyai Tuhan dan petunjuk-Nya', ia sama sekali tidak logik. Gadis ini tidak matang dalam berkata-kata dan kehidupan, apakah kamu fikir dia akan automatik matang dengan hal ehwal keagamaan? Jadi, aku memang rasa ulasan sebegini tidak sesuai dan hanya akan mengelirukan keadaan terutama kepada gadis tersebut.

Ada ramai lagi gadis seperti Adinda Evans di luar sana. Aku yakin, dan kamu juga pasti tahu. Mendidik gadis remaja yang bersekolah bukan mudah apatah lagi di dedahkan dengan cinta. Kita tidak harus sebenarnya terlalu ketat sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek. Mengajar dengan berselirat hujah keagamaan. Kita tidak harus sebenarnya terlalu longgar sehinga berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur asing-asing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik. Menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa penting.

Jika aku mengenali Adinda Evans, akan aku katakan kepada dia ;
Minta maaflah kepada ibu dan ayah kamu. Mereka sepatutnya di dahulukan. Kamu perlu sedar yang kamu telah berbuat silap. Kamu berbuat silap kerana kamu alpa dan terlupa dengan ibu bapa. Jika Adinda tiada ibu bapa, tak mengapa. Minta maaflah kepada orang tua yang menjaga Adinda. Jangan pedulikan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak mengenal kamu sepenuhnya. Lagipun, itu juga yang kamu sering katakan sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul?
Kamu boleh bercinta. Tuhan tidak melarang percintaan. Hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan. Melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Tapi, cintailah Sang Pencipta lebih dari segalanya, kerana kamu perlu tahu Sang Pencipta sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kamu setiap masa. Kamu boleh menyintai seseorang lelaki yang kamu minat. Cuma, kamu perlu mencari cinta yang tepat. Bukan dengan lelaki yang membiarkan kamu terkapai-kapai apabila kamu mengandung, apabila kamu sudah tiada dara, dan apabila kamu berada dalam masalah yang besar.

Komen terpilih dari aku..dipost oleh Tanpa Nama:
"saya setuju 100% dengan kata-kata anda bahawa adinda ini jangan dihina dengan kata-kata nista namun saya tidak setuju 100% dengan kenyataan anda yang kurang sesuai digunakan pendekatan agama untuk menegur perbutan adinda ini.usia 14 tahun mungkin usia yang masih mentah tapi mereka sudah boleh berfikir kerana sesunggunya ajaran agama itu harus diterapkan sejak lahir lagi. tentu ada sebabnya kenapa kita umat islam diazankan sejurus selepas kita lahir bukan. tiada batas usia dalam mempelajari ilmu agama ini. dan jika dengan izin Allah, mungkin nasihat berunsur keagamaan itulah yang akan membuka hatinya untuk berubah ke arah yag lebih baik. dan sebenarnya apakah usia yang sesuai untuk memberikan pendedahan agama kepada golongan seperti adinda ini? jika ditakdirkan mereka mati sebelum usia yang sesuai itu tanpa sempat bertaubat bagaimana? apabila seorang wanita itu sudah datang haid maka semua dosanya adalah atas tanggungan sendiri biar usianya baru 14 tahun. menurut saya, tetap yang paling penting adalah menyedarkan golongan seperti ini bahawa perbuatan mereka salah kerana mereka ialah seorang muslim. saya yakin jika pengakuan berani mati ini dibuat oleh gadis remaja bukan beragama Islam, masyarakat tentu tidak seheboh ini. kita mungkin kesal hanya sekadar faktor usianya saja.tidak lebih dari itu. maka, memang seharusnya golongan adinda ini perlu dibawa kembali mengenali Islam tapi biarlah bersesuaian dengan usianya. pasti ada caranya bukan. nak seribu daya. insyaAllah dengan niat yang baik, segala urusan akan Allah permudahkan. Amin."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...