Assalamualaikum

Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-kegembiraan:

  1. Macam biasa, sambut Raya dengan keluarga tersayang
  2. Sambut baby baru!
Jadi kali ni, persiapan dibuat lebih awal berbanding Raya tahun lepas. Kalau boleh, semua benda nak settlekan awal, supaya hujung Ramadhan nanti boleh rilek je tunggu raya & baby baru. 

Apa persiapan Raya paling awal yuyu buat?


Makeover ruang tamu

Gigih tau perempuan mengandung lapan bulan ni cat habis wall ruang tamu 💪

Kan hari tu yuyu dah join Inspi Raya Warna Raya Workshop bersama Nippon Paint kan, balik rumah tu terus tergedik-gedik laki bini nak makeover ruang tamu. Kitorang mana pernah buat apa-apa pun dengan rumah tu, paling hebat pun pernah cat meja makan :p

Jadi, macam mana? Puas hati tak?

Ya Allah, best betul cat Nippon Paint ni, kitorang plan nak cat habis terus satu ruang tamu ni nanti, kalau ada masa lebih, nak cat bilik pula. Haa. Nampak tak betapa puas hatinya dengan Nippon Paint ni. Ok lah, jom yuyu share journey sepanjang make over ruang tamu rumah


Nippon Paint Momento Textured Series
Untuk make over kali ni, yuyu menggunakan tiga jenis cat dari Nippon Paint:

  1. Nippon Paint Momento Special Effect (primer) 
  2. Nippon Paint EasyWash (NP YO 1132P Sunday Morning)
  3. Nippon Paint Momento Special Effect ( MG 157 Golden Fleece )


Sekarang, jom tengok wall ruang tamu yuyu sebelum dicantikkan dengan Nippon Paint. Seram nak tunjuk dengan korang, sebab wall yuyu sebelum ni amat mendukacitakan. Mimpi ngeri korang malam nanti :p

Rupanya, ni lah wall kami sebelum ni, siap ada cat terhakis. Tak pernah perasan pun--'


Sesi makeover bermula dengan suami uninstall segala para di dinding dan railing langsir, ubah tv kabinet, cabut wayar semua. Benda ni kacang je untuk orang laki, kan. 15minit dah siap. 


Bila semua dah selesai, kami memang tunggu buat time siang hari dan waktu anak-anak tidur. Kami pilih siang sebab lighting cantik untuk ambik video dan gambar. Sebab tu makan masa juga nak siapkan satu-satu hal mengecat ni. Anak-anak kena tidur lah, malas kang ada yang kena celup cat ha.

Langkah pertama:
Yang primer tu, suami yuyu yang settlekan kerja. Yuyu goyang kaki time ni, goyang tak goyang, aku serabut dah fikir lepas ni nak kena cat kaler kuning & special effect tu. Lulz.

Lebar wall ruang tamu untuk kami makeover ni dalam 14 kaki juga lah. Jadi, total primer yang diperlukan lebih kurang dua bekas. Untuk primer kami menggunakan Nippon Paint Momento Primer. Itu pun ada lebih sikit, boleh lah nak cat pasu kot nanti

Untuk primer, boleh buat dua layer supaya dinding yang kotor sebelum ni atau warna asal dinding sebelum ni tak nampak dah. Untuk first layer kering, dia mengambil masa lebih kurang 15minit, lepas tu boleh apply untuk second layer. Time ni kita akan tengok putih dia melepak sangat


Langkah kedua:
Keesokan harinya baru yuyu cat dengan Nippon Paint EasyWash warna Sunday Morning ni. Remember? lighting?  :p

Untuk warna solid ni, ambil masa lebih kurang sejam juga untuk yuyu habiskan satu dinding. Hello, lepas ni kalau korang malas nak cat dinding, tolong baca balik entry yuyu ni ok. Ibu sarat mengandung lapan bulan pun boleh buat kan :D

Semangat tau. Bangun pagi sebelum pergi event, dah terus cat dulu untuk first layer, baru pergi event. Untuk second layer, buat esoknya pula.

Semangat ni sampai naik tangga aku nak cat dinding rumah raya. Haha. Tak la, banyaknya suami yang tolong buatkan yang bahagian tinggi ni. Berlakon je lebih ni untuk tatapan umum. Kah!

Langkah ketiga:
Bila cat warna solid tadi dah betul kering, kita tampal masking tape pula dengan pattern tersendiri

Please make sure sebelum masking tape ditampal, cat betul-betul kering, biarkan lama sikit. Guna Nippon Paint Washi Tape, sebab kitorang terguna washi tape lain, tercabut weh! Menyesal kena tampal cat warna solid tadi balik. Sebab Nippon Paint Washi Tape dia melekat macam just nice je di cat.

Untuk pattern special effect nanti tu, korang boleh google je atau boleh tengok inspirasi Nippon Paint Momento Special Effect series di website Nippon Paint Malaysia sendiri:


Kalau idea yuyu ni, berdasarkan gambar dari Nippon Paint ni:

Sebab yuyu ada satu warna special effect saja, jadi, yuyu buatkan sikit kelainan, dia nampak border solid color juga.  


Langkah keempat:
 Dengan menggunakan Nippon Paint Momento Special Effect Golden Fleece, dan berus Nippon Paint yang khas untuk special effect, yuyu cat dengan cat criss-cross ni. Baru lah nampak effect dia kann.

Nampak kan tekstur special effect dia. Alahai. Nampak mewah terus ruang tamu ai :p

Untuk cat special effect ni pun sama macam cat sebelum ni, bila dah buat dua layers, baru nampak sangat cantik, dan warna dia bangkit betul, dah macam tampal emas 96k kat dinding. Puas hati betul. Bila cat Nippon Paint Momento Special Effect ni betul kering, baru tanggalkan Nippon Paint Washi Tape tu

Langkah kelima:
Bila dah habis tanggalkan Nippon Paint Washi Tape tu, baru kita install balik para atau kabinet tv. Ni kerja suami lah.

Time ni kami rasa macam duduk di rumah baru dah, walaupun kami cuba buat sedikit makeover di bahagian ruang tamu rumah. Betul lah orang cakap, sekali sekala kita kena buat sikit perubahan di rumah kita untuk mengembalikan 'fresh' di rumah.

Tak ada lah rasa macam duduk rumah yang hmm... entah lah nak cakap macam mana, tapi personally, makeover sikit di ruang tamu ni buatkan kami rasa happy sangat.

Lagi lah rasa excited nak raya. Hehe.

Taraaaa!


Ni lah hasil cat kami laki bini yang bukan profesionall dalam bidang mengecat. Kira ok lah kan, Cuma tunggu nak tukar langsir Raya baru saja.


Sambil tu, dan behind the scene makeover ruang tamu kami menggunakan cat dari Nippon Paint Momento, selamat menonton:

Ok, next, bilik tidur kot :p

Ada yang cakap perempuan mengandung tak boleh mengecat sebabkan bau cat sangat kuat, tapi, korang try lah cat dengan Nippon Paint, langsung tak berbau, dan senang sangat nak mengecat dengan Nippon Paint

Sebab tu yuyu volunteer untuk mengecat sendiri (dengan bantuan suami lah).



Beza banyak kann!

Puas hati betul dengan Nippon Paint Momento Special Effect Golden Fleece ni. Nampak effect dia sangat mewah. 1 bekas boleh buat satu wall sebenarnya. Banyak lagi lebih di rumah yuyu. Plan kami nak cat rak buku pula, next.

Ni haa "tentera-tentera" Nippon Paint yang banyak berjasa. Sampai comot lunyai dah :p


Jadi macam mana korang rasa? Jom lah make over sikit ruang di rumah. Bilik ke, pintu ke, pagar ke, meja makan, eh, banyak benda lah. Percayalah, dengan sikit makeover, confirm nanti rasa happy. Lagi-lagi dah nak Raya ni kan

Terima kasih sudi baca



Love,

SHARE 14 comments

Add your comment

  1. wah...cantiklah rumah yuyu raya ni ya..dinding dah tukar baju baru ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang tamu ada baju raya dah, tuan dia takdak lagi :p

      Delete
  2. wahhh gigihnya Yuyu mengecat rumah time mengandung. hati2 Yuyu, takut pulak kita tengokkk

    ReplyDelete
  3. menarik sangat! kaler memang nampak mewah sangat. terus terpancar seri rumah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Padahal, sikit je gold tu, terus nampak mewah :p

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah yuyu nak dapat baby lagi. No 3 kan?

    May Allah ease everything for you. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  5. cantik...semangat nak raya kalau ruang tamu baru ni...

    ReplyDelete
  6. cantikkknya rumah kak yuyu..rabia kenang sgt template blog kak yuyu ni..nk beli mcm mana kak yuyu?

    ReplyDelete
  7. Wah cantik sgt lps dh siap cat..nmpk mewah terus.

    Selamat berpuasa yuyu 😊

    Jom ke blog sy https://ismimaizura.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS