Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Monday, November 10, 2008

Gambar Hongkong



Ni la 2 gambar kesukaan aku semasa bercuti di Hongkong...gambar yang senget dengan mickey & minie mouse 2 saja je aku tak edit sebab tak nak hilang keaslian dia...sebab gambar ni sungguh special...comel tak...

Wednesday, October 08, 2008

Bercuti Ke Hongkong


Hari ini bertolak ke Hongkong pukul 6.45 selama 5 hari doakan semuanya selamat...amin...

Friday, August 08, 2008

Gold Coast Day 3

Hari ketiga pergi ke Movie World...

Wednesday, August 06, 2008

Bandung Trip

Tepat pukul 12.30 waktu Bandung aku dan kawan-kawan sampai ke Bandung...Cuaca di Bandung 25c agak dingin jika di bandingkan di Kuala Lumpur...setelah melepasi pemeriksaan kastam kami terus mengambil teksi ke hotel yang kami tempah berhampiran Jalan Cihampelas Bandung..hanya mengambil masa 10minit kalau tak jem..sampai di hotel check in rehat sekejap kami terus ke pasar baru untuk aktiviti pertama kami...dekat pasar baru banyak menjual kain-kain pasang, tudung, telekung dan banyak lagi hasil tangan penduduk Bandung...hampir 5 jam bershopping di pasar baru kami ke Valley untuk makan malam di sana kita boleh melihat permandangan bandung dari jauh..

Hari kedua kami ke Tangkuban Perahu untuk melihat permandangan yang cantik dan gunung berapi..tengahari kami kami membuat aktiviti yang ditunggu oleh semua orang iaitu bershopping ke gedung-gedung Factory Outlet...penat sangat dan rambang mata...malam ke Jean Street dan Chiwalk untuk sambung aktiviti shopping di Bandung...masa sangat terhad jadi
kami gunakan masa yang ada sebab esok dah nak balik so kami ambil kesempatan untuk membeli barang-barang yang masih tak cukup untuk dibawa ke Malaysia...Esok Balikkkkk....

Monday, July 28, 2008

Gold Coast Day 2

Sorry kawan-kawan lama dah aku tak uplode pasal percutian aku ke Gold Coast...Ok uplode dulu la pictures aku kat Gold Coast untuk hari kedua..ceritanya kemudian..hari kedua aku pergi ke theme park Dreamworld..

Bandung Aku Datang lagi....

Tak sabar nak tunggu hari sabtu ni, aku nak ke bandung lagi...kali ni hubby tak ikut pergi ngan kawan-kawan je...doakan semoga aku selamat bercuti dengan amannya...

Tuesday, June 24, 2008

Gold Coast Day 1

Gold Coast terletak di Wilayah Queensland iaitu bandar ke 6 terbesar di Australia, gold coast juga di kenali sebagai landasan emas kerana ia mampu menarik ramai pelancong datang ke Gold Coast. Seramai 3.3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menikmati keindahan bandar dan pantainya yang tersegam indah setiap tahun. Gold Coast merupakan juga syurga bagi yang berminat pada sukan air. Ok pada pukul 7.30 pagi waktu Gold Coast aku tiba di lapangan terbang antarabangsa Gold Coast. Tepat pukul 8.30 pagi aku dibawa ke hotel yang telah aku tempah melalui internet. Hampir 45 minit dari airport ke hotel aku yang terletak di Surfer Paradise. Sampai di hotel pukul 9.30 pagi aku terus check in alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Sampai di bilik letak bag, aku basuh muka dan terus tidur kepenatan setelah hampir 8 jam didalam flight maklum la mana lena tidur dalam flight. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari aku baru bangun. Lepas mandi aku dan hubby bersiap untuk memulakan aktiviti pertama.
Sebenarnya aktiviti yang pertama kami buat ialah mencari kedai makanan. Tak susah nak cari makanan halal dekat area hotel aku ni untuk lunch hari pertama aku hanya makan Kebab di kedai Pak Arab yang telah lama menjadi warga Australia. Harga kebab dan air coke untuk satu set hanya 11.00 dollar. Selepas makan aku dan hubby berjalan sekeliling Surfer Paradise. Selepas puas aku pusing-pusing aku jumpa kiosk yang memberi perkhidmatan pertanyaan tentang akitiviti di Gold Coast dan banyaklah info yang aku dapat dan map tempat yang patut aku lawati di Gold Coast.
Ok untuk hari pertama ni aku hanya membuat aktiviti yang ringkas-ringkas je maklum la dah petang kat sini pukul 5 lebih dah gelap dah so aku mulakan dengan menempah tiket menaiki Aquaduck. Aquaduck ialah sebuah bus yang berbentuk itik yang boleh dinaiki dijalan raya dan boleh dibawa kedalam air. Harga tiket Aquaduck ialah 32 dollar seorang. Selama 1 jam aku dibawa mengelilingi bandar gold coast dan melihat rumah - rumah orang kaya - kaya di gold coast. Memang seronok dapat melihat rumah - rumah orang kaya dan pemandangan yang cantik.
Selepas menaiki Aquaduck selama 1 jam aku pun jalan - jalan di persisiran pantai yang cantik dan biru, hari pun sudah gelap aku pun lepak- lepak dengan hubby di tepi pantai sambil melihat gelagat orang yang ada disitu kat sini ramai pelancong dari serata dunia so aku rasa tak janggal la lepak kat sini sebab mereka pon macam aku ambil masa berehat serta menjamu mata!! malam pula aku hanya jalan - jalan cari makan di sebuah kedai yang menjual makanan melayu di depan hotel aku dan seterusnya melihat keindahan malam di bandar gold coast...malam makin sejuk sehinggakan aku sendiri pon tak tahan sejuk...ok nanti aku sambung dengan hari kedua di gold coast.








* Ok pada sapa yang nak bercadang nak pergi gold coast aku boleh tolong sebab aku ada 3 set map dan info yang boleh membantu pada sapa - sapa yang nak ke sana, tapi sapa dulu dia dapat sebab ada 3 set je ni. Sapa - sapa yang berminat emailkan alamat aku akan poskan ok.

Sunday, April 27, 2008

Esok Malam

Mulai esok malam aku akan terbang ke gold coast selama 7 hari untuk percutian tahun ini bersama hubby bagi menyambut wedding anniversary kami berdua. Ok pada kawan-kawan yang singgah di blog ini satu je pesanan aku tolong la bagi makan kat Samad tu ye kesian dia nanti dia lapar...doa kan aku dan hubby selamat pergi dan selamat balik.

Sunday, April 20, 2008

Memori Pulau Tioman


Tioman is the biggest and most impressive island at the east coast. There is a brisk jungle covers a ridge on the west section of the island, which ends at the idyllic location of a beautiful palm fringed beach. Tioman offers a wide range of activities for visitors: snorkeling in crystal clear water, discover the beautiful underwater world when you go diving, or just laze on the beach while you work on that tan. Also, there is a jungle on the island that is just begging to be explored. The dense forest is a habitat for many kinds of flora and fauna.
Tioman was discovered as a holiday destination quite some time ago. It was the setting for the supposedly mythical magical island of Bali Hai from the 1958 Hollywood movie 'South Pacific'. In the 70s the Time magazine selected Tioman as one of the world's most beautiful islands.Tioman is still rated as one of the world's most beautiful islands. It presents itself as a paradise island in the tropics. But sometimes you have to search for this paradise off the beaten track.

Friday, March 14, 2008

Ahkirnya....




Semalam comfirm aku dan hubby akan ke GOLD COAST pada hujung bulan April ni hingga awal bulan Mei iaitu aku akan bertolak pada 28/4/08 malam sehingga 4/5/08. Ceritanya begini hajat aku hendak ke Hongkong pada 20/03/08 sebenarnya tapi aku surf la laman web airasia tengok-tengok ada promotion untuk ke GOLD COAST hanya RM0.00 jadi aku ambil la peluang untuk menempah dengan seberapa segera.Dengan hanya RM1800 aku dapat tiket untuk 2 orang, aku hanya akan menempah hotel dan aktiviti sahaja selepas ini. Akhirnya aku dapat juga cari destinasi untuk aku bercuti untuk tahun ini....GOLD COAST tungguuuuu aku datang insyallah...doakan semoga semuanya berjalan lancar...ada sapa boleh bagi informasi tentang GOLD COAST tak...

Thursday, February 28, 2008

Bandung Yang Dingin

me & ju
hubby dekat kawah putih

mendaki sebelum sampai ke kawah putih
Tangkuban Perahu

Bandung adalah bandar ke 3 terbesar di indonesia dan di kenali juga sebangai Paris Of Jawa ianya kerana dibandung terdapat tempat membeli belah yang banyak barangan yang boleh kita shopping seperti kasut kulit, kain - kain, baju dan jean yang berjenama kalau di shopping komplek beratusan ribu pun ada. Dengan dikelilingi gunung ganang yang menghijau menjadikan tempatnya sejuk dan dingin. Tempat-tempat yang menarik di Bandung adalah kolam air panas Ciater, Air terjun Maribaya, Tangkuban Perahu dan Kawah putih.
Ok ni Lagenda tempatan gunung Tangkuban Perahu yang aku ambil di wikipedia:-
The name translates roughly to "upturning of (a) boat" or "upturned boat" in Sundanese, referring to the local legend of its creation. The story tells of "Dayang Sumbi", a beauty who lived in West Java. She cast away her son "Sangkuriang" for disobedience, and in her sadness was granted the power of eternal youth by the gods. After many years in exile, Sangkuriang decided to return to his home, long after the two had forgotten and failed to recognize each other. Sangkuriang fell in love with Dayang Sumbi and planned to marry her, only for Dayang Sumbi to recognize his birthmark just as he was about to go hunting. In order to prevent the marriage from taking place, Dayang Sumbi asked Sangkuriang to (1) build a dam on the river Citarum and (2) build a large boat to cross the river, both before the sunrise. Sangkuriang meditated and summoned mythical ogre-like creatures - buta hejo or green giant(s)- to do his bidding. Dayang Sumbi saw that the tasks were almost completed and called on her workers to spread red silk cloths east of the city, to give the impression of impending sunrise. Sangkuriang was fooled, and upon believing that he had failed, kicked the dam and the unfinished boat, resulting in severe flooding and the creation of Tangkuban perahu from the hull of the boat.


panas sangat ni..letak tangan habis..

pandangan gunung berapi yang lama tak aktif

dekat hotel holiday inn bandung



my friend ju

hubby dan ultraman

dekat pasar baru

hubby bergambar dengan beca me kocok

me makan kat tepi sawah padi

hubby

me & hubby

Aku pergi ke Bandung ni tak lama 3 hari 2 malam je aku rasa tak cukup untuk aku shopping. Holiday Inn Bandung memang menjanjikan keselesaan yang anda akan rasa puas hati. Bandung pasti aku akan datang lagi.