Showing posts with label Shopping Time. Show all posts
Showing posts with label Shopping Time. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam


Beli Skechers Di Setia City Mall Shah Alam |  Assalamualaikum .. Korang pernah tak dengar pasal Skechers? Aku selama ni tak pernah pun dengar tapi dek kerana makdee yang tersayang tu. Aku dengar je cerita dia pasal Skechers ni.  Aku tak faham kenapa lah makdee aku ni semaca fanatik sangat dengan kasut jenama Skechers ni. 

Alang-alang nak ke Setia City Mall ke-esokkan harinya jadi teman lah dia cari Skechers ni kut-kut ada dekat Setia City Mall.  Memang ada pun kedai Skechers ni dekat sini.  Serbu lah pun kami ke kedai tersebut.  Skechers ni asalnya jenama daripada US dan ciri-ciri kasut ni sesuai untuk workout dan juga untuk berjalan. Untuk kategori kasut wanita terbahagi kepada 3 iaitu Lifestyle / Performance / BOBS.

Contoh Lifestyle


Contoh Performance


Contoh BOBS




Ada macam-macam jenis kasut Skechers ni antara-nya yang biasa aku dengar GORUN & GOWALK.


Yang aku pakai ni Flex 2. Ini dibawah kategori Lifestyle. Harga nya ialah dalam RM200++ 
Aku sendiri rasa selesa sangat dan ringan. Memang patutlah pun harga-nya mahal macam gini.


Yang makdee pakai ni Cali. Pun dibawah klategori Lifestyle. Yang ni size 7 makdee kata rasa macam ketat sikit. Dia order dengan kawan dia dekat US saiz 7.5 tapi macam dekat Malaysia size .5 ni takda. Kalau tak muat 7 kena lah ambil size 8 itulah perbezaan-nya. Harga yang ni RM259.00


Semua nak!! Banyak yang cantik dan boleh buat rambang mata. Tengok orang dekat belakang tu sampai duduk memilih Skechers. Dasyat! Kami cuma tahap sepah menyepah je lepas tu terlupa kasut yang pakai tadi letak dekat mana.



Last sekali beli yang ni. Yang ni new arrival jadinya takda lah discount. Macam yang dekat atas tadi tu ada 30% discount.  Bagi yang ada budget lebih nak kaki selesa berjalan. Ataupun yang kuat brzomba ke jogging ke boleh la cuba jenama Skechers ni. 

Boleh visit website mereka di : 

Saturday, November 15, 2014

[ NOVEMBER SHOPPING ] Kimono Cardigan Cantik & Murah


| Kimono Cardigan Cantik & Murah |  Selamat sampai kimono cardigan ke rumah semalam!  Aku berangan nak-kan kimono cardigan ni dah lama tapi bila mencari tak jumpa pula yang berkenan dan bila dah jumpa yang berkenan tu aku rasa mahal pula. 

 

Aku nak barang murah tapi nak dalam masa yang sama nak barang tu cantik.  Okay lah cari punya cari IG yang jual kimono ni memang susah tau.  Penat sangat-sangat nak masuk satu ke satu IG yang lain.  Then aku pun dapat ilham dengan cara search guna hash-tag # contohnya #kimonomurah .. Hah banyak pun keluar IG shop yang jual kimono cardigan ni.  Aku terus semak-semak harga, bila sebut part harga waktu ni lah kita terus dapat membezakan barang yang sama tapi harga berlainan. 

 

Ada pro and cons juga lah bila penggunaan # ni. Kebaikkan-nya ialah pembeli mudah nak jumpa IG you alls. Keburukan-kan pula ialah kalau you alls letak harga yang mahal kantoi lah dengan IG shop lain yang jual lebih murah. Pandai-pandai lah peniaga IG ye kut ye pun nak untung tu jangan mark-up melampau. 

 

Jadi IG shop yang aku beli memang terbaik. 1 nya sebab dia layan aku dengan sangat baik dekat Whatsaps.  Dalam masa yang sama aku ada whatsaps dengan IG owner yang lain, perghhh aku minta snap gambar hantar kat Whataps pastu dia suruh aku refer IG. Yes aku tau dekat IG memang dah terang tang-tang ada gambar nya TETAPI aku nak tengok material nya dalam capture yang paling dekat.  Yes aku cerewet sikit bab ni sebab aku tak suka nanti beli lain yang nak lain yang dapat. 

 

Seronok giler beli dengan UNICK_MODERNVINTAGE jadi kalau nak cari kimono cardigan boleh beli dekat sana.  Lagi satu nak bagitahu waktu aku beli ni kebetulan waktu promosi sempena IG mereka mencapai 50k followers.  Free postage tau jadi aku pun beli lah 2 pasang Kimono Cardigan RM50.00. 

 

Packing yang sangat kemas. Aku suka sangat-sangat.

 Ada FREE GIFT lagi tuh!  Ya Rabbi happy nya. 

Surprised daripada owner butik ni.  Kita doakan semoga business semakin maju ye. Nanti nak shopping lagi dan nak FREE GIFT lagi.  Yey dapat hair band pinky dengan brooch. 


Meh cuci mata sikit antara koleksi yang ada di IG mereka.  Hari ni last promosi tau boleh la jenguk sekarang.  Banyak yang dah SOLD out tau.



Ni aku punya!

Dan ini pun!

 

Tuesday, November 4, 2014

Shopping Jam Tangan Baru [ TIMEKEEPER THE MINES ]


| Shopping Jam Tangan Baru | Dua bulan lepas punya cerita ni.  Liz berjaya beli jam tangan baru dengan hasil jualan FELT PILLOW.  Bangga sangat-sangat sambil buat muka bongkak depan boss. Hehe.  Sebab boss yang teman liz beli jam dan dia juga orang yang paling kuat mengomen itu ini tak sesuai.

Liz suka jam yang berantai macam gelang sebab nak fefeling keperempuanan terlebih ayu.  Teringin sangat-sangat dah ni nak beli DKNY yang macam dekat bawah ni. Memang tahap hentak-hentak kaki dekat lantai dah masa tu.  Sebiji dalam gambar ni tau.

Sumber dari Google.

Tapi bila dah cubaan pakai 2 3 4 kali asyik kena kutuk je. Kecil hati saya sebab bos kutuk depan-depan tau.  

Boss cakap : "Pergelangan liz kecil sangat daripada jam. Macam pakai gelung rotan." 
Perghh dia kutuk DKNY sayaaaaaaaaa ke dia kutuk pergelangan tangan saya. 

Liz : "Tapiiiii bos _________ jam ni cantik."

Boss cakap : "Harga dia pun cantik jugak dah jom tengok jam Casio."

Dalam hati liz berkata ' macam lah guna duit bos ' 
Lebih kurang macam tu lah situasi masa pilih jam. Yang dialog over-over tu suka tokok tambah. Sebab belog ni antara medium yang seronok kutuk boss. Dia bukan baca belog liz pun.

Krik _________________________________ Krik ______________________________


Website - http://kimtime.my/

Sesi memilih jam tu tak sangat lama sebab liz serahkan tugasan tu pada dia. Setakat 1 2 jam dalam kedai tu kira sekejap je la kan. Haha! Ambil dan pakai dan tanggal dan pakai lagi dan tanggal lagi.

Small kan pica sebab malu pipi sebesar bola golf. Sabar ye bro di belakang, nak posing depan boss jap ni. Liz rasa dekat 5 kali juga potong tali jam dek kerana pergelangan tangan ku yang kecil.

Last sekali selfie sendiri depan cermin besar gedabak ni.  Salesman ni cakap kalau nak tahu sesuai atau tidak jam tangan tu pada tangan senang je iaitu bila pakai jam tu tayang depan cermin. Lepas tu posing-posing sikit sambil angkat tangan. Sambil-sambil tengok jam depan cermin. Dan ku turuti sahaja tips yang bro ni kasi. Mana tak lama dalam kedai jam ni.  Alhamdullilah mission mencari jam success. 

Liz beli jam Casio yang ada 3 dimensi penglihatan. Hehe. Sebenarnya tak cukup duit pula bila dah terambil jam yang ni, jadi boss tolong tambah 50 hengget. Tapi liz kasitau you alls semua tau ini rahsia, liz saja je buat tak cukup duit sebab ingatkan dapatlah hold-kan pembelian jam sementara tunggu pergelangan tangan liz membesar dan tercapai lah impian nak pakai jam DKNY tu.  Tapi ada pulek yang tukang menambah duit. Aigooo tapi sebenarnya selesa sangat pakai jam Casio ni. Sambil tengok jam terasa macam tengok boss. Hahahahahaha.

Bahagia ku bersama Jam Tangan Casio.
Lepas tu fefeling mengada sikit "setiap detik ku lihat mu(Boss) di pergelangan tanganku"


Monday, October 27, 2014

Door Gift Untuk Majlis Pertunangan Di "The Wedding Cottage"


| Door Gift Untuk Majlis Pertunangan | Assalamualaikum. Peristiwa yang dah berlaku sebulan lepas, baru hari ni liz update.  Nak update pun perlu kan masa sebenarnya. Masa yang tenang ~~~~ 

" Minta maaf sangat-sangat bagi sesiapa yang liz tak jemput untuk ke majlis ni. Liz buat majlis ringkas je. Jemput saudara mara terdekat je, bertunang pun secara tiba-tiba. Tahu-tahu dah kena bertunang."  Tahu-tahu je korang kena tipu hehehe. 

Liz belum nak bertunang lagi okay.  Rekaan semata-mata. Berdrama di hari-hari walaupun bukan di hari raya.  Liz nak cerita tempat yang liz tempah Door Gift untuk kegunaan syarikat liz. Kiranya Door Gift untuk tetamu yang datang semasa 1st Annual Dinner Company haritu. 

Liz rasa ramai sangat bakal-bakal tunangan/pengantin zaman sekarang ni suka buat research dekat pakcik google betul tak? Tak payah nak berpeluh-peluh survey sana sini. Jadi mungkin website yang liz nak kongsi kan hari ni boleh bagi idea pada semua-semua kat luar sana.  

Banyak sangat-sangat barang yang boleh menarik minat you alls semua untuk dibuat Door Gift cuma ~~~~ harganya mungkin agak lalala ~~~ hehe 


Banyak sangat benda-benda comel!!

Bayar dan bayar. Sebenarnya liz datang waktu ni cuma tinggal nak bayar lagi 50% sahaja payment.
Sebelum ni liz bincang semuanya melalui email dan by call.  Lepas tu bila liz dah decide nak benda apa, proceed dengan deposit.  Deposit pun liz buat tru online. Memang trusted lah kedai ni. So jangan risau okay. Untuk orang-orang yang busy macam liz ni, waceh! Yang macam ahli politik nak kena pergi berkempen sana sini pulak eah. Senang cerita yang memang busy lah. Hehe. Memang sesuai dihujung jari sahaja. Pilihan pun banyak.

"Haiya taukey kasi cepat lah. Hehe!" 
Macam haram dialog rekaan.

Sebelum balik. Boss ittew suruh posing macam mak nenek sakit pinggang. 
Menjadi tak? Hehe

Visit website mereka : http://www.weddingcottageonline.com



Tuesday, October 21, 2014

I Love October "New Shoes"


| I Love October "New Shoes" |  Happy Tuesday.  Hari ni liz nak kongsi kan kasut yang banyak sangat dapat pujian hihi. Sampai malu-malu kita jejalan hari ni dalam ofis. #ituauta

By the way you alls kasut ni murah je.  Liz beli sebab depa buat CLEARANCE STOCK.  Clearance okay, kiranya dah berapa tahun lah usia kasut ni sampai kan tercalon sebagai barang untuk clearance.
Biasalah dah kalau AA bawa berjalan, tak sahih dia kalau tak tinggal kan liz dekat tempat shopping. Lepas tu dia biar je liz ralit memilih sambil tu dia duduk dekat bucu dan hanya perhatikan.  Bila nampak ala-ala liz nak ke kaunter untuk membayar baru la dia datang meneman di sisi. Waceh!  Mohon jangan muntah ye tokok tambah cerita tadi.

  


Harga dia kan you alls RM18 sahaja. 
Kalau nak beli juga boleh lah Summit Subang Jaya ye. 



Friday, August 22, 2014

Hand Sock Koleksi Salmy yang sangat comel



Salam Jumaat you alls! Hari ni liz nak share pasal hand sock yang liz suka sangat-sangat pakai. Serius sangat suka. Sebenarnya 2 3 minggu sebelum raya, liz memang pulun sangat-sangat cari hand sock. Tapi dekat Instagram shop yang liz search semua biasa-biasa je. Tapi liz bukan lah suka yang luar biasa sangat pun. *Banyak nya tapi. Adeh! Kepeningan kan apa sebenarnya liz nak? Aceeli liz suka benda yang selesa simple dan sweet. 3S

Mula-mula terasa mahal. Tapi sebab hand sock ni ialah custom made tau jadi liz sangat memahaminya kenapa harga dia luar biasa sikit dari hand sock lain. Kain yang liz pakai liz tak tahu lah jenis apa tapi yang pasti tak panas dan sangat selesa walaupun tengah panas. Liz pakai ni size M. Panjangnya sampai ke atas siku. Liz beli 3 tau. 1 warna hitam pink 1 warna hitam purple dan lagi 1 warna peach. Yang liz selalu pakai ialah warna hitam pink ni sebab liz rasa mudah sangat nak meet match dengan apa-apa jenis baju.

Excited sangat tunggu sebenarnya takut tak sempat nak pakai raya. Bila dah sampai seminggu sebelum raya. Hikhik liz dah rasmi dulu pakai pegi ofis. Ramai sangat dah budak-budak dekat tempat kerja tanya mana liz beli. Masa raya hari tu pun, kawan-kawan pun duk bertanya. Okaylah kita nak kasitau lah ni. 

Korang boleh dapatkan koleksi hand sock salmy dekat Facebook Page dia. Klik tau jangan tak klik.





 Berjaya sorok pipi sikit.

Hik korang tak payah terteling sangat tengok gambar ni. Tengok hand sock sudah!

Ada macam-macam jenis lagi sebenarnya tau. Jangan lupa klik page nya ye.