Followers

 Baby Birthday Ticker Ticker
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday 5 August 2013

.: update sebelum balik beraya :.

sure sume dah tak sabar dah nak cuti panjang nak balik beraya tak kurang jugak la ngan tuan blog ni haa... 

tak de benda sangat nak cerita...


jom layan random picture ni before balik beraya
 
*

*

*

*


ni gambar teman mama yang teringin nak sahur kat mcd.. angkat dia tengah tido sampai kat mcd kemain segar bugar matanya... dia memang jenis bangun awal pun so tak heran la nak sahur skali





kemain happy dpt ikut pegi mcd :p


ni menolong papa basuh kereta kononya.... kitorang balik keje hubby nak basuh kereta aku suruh bwk bella main air sama alang2 dia pun tak mandi lagi... aman skit mamanya nak masak kat dapur... aku dtg depan tgk2 mmg dah basah kuyup anak aku dengan baju gaun nya... happy la sangat dapat main air tu









ni gambar mama paksa posing pakai baju yang dibeli siang tu, sama ngan anak2 member opis hihii sib baik beri kerjasama yang cemerlang


sekarang bila suruh senyum, senyum sambil pejam2 mata mcm ni plak entah apa pesen pun tak tau la, bella bella



 
 ni her current fav activities, ikut nenek pegi giant / tesco... she loves the trolley so much sengih jer dpt dok dalam tu..




sibuk nak menolak trolley tu diri sendiri pun tak lepas lagi nak berjalan ada hati nak tolak trolley tu...

dah pandai dah nak berkawan skrg... siap salam2 kakak tu cute sangat :)




sabtu aritu sempat la pegi pkns bawak mil... si budak baru dapat kaki ni susah betul nak kawal abes satu pkns tu dia pusing dah la org ramai bersesak2 nasib la area depan mcd tu lapang biarkan je dia lepas kat situ... abes semua org dia tegur...




tukar gelang tangan dia yang beli masa dia dua bulan dulu tu, yg tu adjustable dia dah pandai bukak berapa kali dah nak hilang nasib jumpa balik... so tukar rantai tangan ni.. ok la tak leh bukak2, pandai plak tu mama nak tgkp gambar dia ckp " mana gelang cantik.. terus pegang cam tu" :)


 balik dari pkns sampai rumah kul 5.30 sempat lagi masak nasi ayam, mmg dari mula puasa teringin nak buat tak jadi2 akhirnya buat jugak.... puas hati :) 

disebabkan ada leftover nasi ayam sos tu,  smlm plak buat popia goreng boleh la cicah ngan sos tu... ... gambar plak lupa snap, tak smpt snap dah licin 

mil n hubby puji sedap siap suruh buat n letak kat gerai mil meniaga ;p



 
okeh tu jer gambar.... bye.. see u after raya...


Tuesday 30 July 2013

.: berbuka @ restoran Insaf Jln Tar :.

last week ari khamis aku ambik cuti semata2 nak pegi shopping kat jalan TAR, kitorang dating berdua jer, Bella tinggal dengan MIL, hubby plak keje aritu kul 5 baru sampai rumah, terus gerak dari rumah, sampai KL jalan jam plak.. tapi tak la teruk sangat, aku risau dah.. naseb baik pagi tu dah siap2 buat reservation kat Restoran Insaf, hubby mmg suka sangat makan kat insaf ni, sebab dari kecik makan kat sini, kalau pegi jln TAR, jalan mimpi la ko nak mkn kat tmpt lain... mmg Insaf jugak la pilihan hati dia.... 


sampai kat insaf dalam kul 7 cam tu so tak de la menunggu lama.. org punya la ramai, sampai kena share2 meja phewww!! nak pegi basuh tangan pun susah... 

tahun ni kat Insaf diabuat siap2 per pax sorang RM20 dia bagi 

Beriani (boleh pilih ayam masak apa)
fruit juice
mineral water
buah apple
kurma
papadom, acar, kuah dal 



harga beriani pun thn ni dah RM14 setahun naik seringgit kot, rasanya masih sama mcm mula2 aku dtg sini dulu

lepas jer makan terus start misi mencari baju tema untuk hari raya pertama, dalam pada aku kononnya nak warna mint green tak de maknanya sampai situ igt senang nak cari baju ready made untuk tiga org ni sama mint green nya.. jangan harapppp!! haha

akhirnya dkt2 kul 10 baru la dpt baju tu pun tak sama color sangat.. yg hubby lite sangat, yg bella terang sangat yang aku pun lain jugak color nya... boleh la janji warna yang sama sudehhhh nak sama lain kali beli sekayu khennn...

org tak la ramai sgt sbb pegi weekdays...jumpa jer 3 baju ikut tema tu ngan baju aku utk raya kedua skali, terus balik tak larat dah nak jln

baju raya bella jer 15 pasang haha.. giler btul maknya.. tak sedar skit2 membeli  sudahnya bnyk

tak sabar dah nak cuti ni... :)

Friday 29 July 2011

.: salam ramadhan al~mubarak :.


salam ramadhan buat umat islam semua...

ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa

moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...