Showing posts with label mad about cake. Show all posts
Showing posts with label mad about cake. Show all posts

Thursday, April 12, 2018

BISKUT RAYA DARI MAD ABOUT CAKE DAN COOKISS MOST WANTED 2018

KOLEKSI BISKUT RAYA MAD ABOUT CAKE 2018

Kami tampilkan 14 jenis biskut yang bakal menjadi pilihan ibu-ibu mertua sempena kedatangan Syawal nanti.
Setelah lebih SEPULUH tahun kami di dalam industri pembuatan biskut, koleksi tahun ini adalah resepi-resepi yang telah terbukti antara yang terbaik.
Apa yang lebih mudah adalah, balang raya boleh terus letak atas meja tanpa perlu menukar bekas. EFISYEN
Tempahan kini dibuka sehingga tarikh diberitahu kelak.
Anda dinasihatkan Mula membuat tempahan mulai dari sekarang kerana kami tidak mahu anda berputih mata seperti sebelum ini.

Baiklah berikut adalah seleksi biskut raya keluaran Mad About Cake dan Cookies Most Wanted:

Seleksi terbaik Satu Dekad dari kami Mad About Cake Menampilkan:


BUTTER COOKIES
Biskut butter yang dalam tak kita sedar habis sebalang makan. Rasa yang mudah dan mengimbau kenangan sewaktu kecil.


• Raya 60pcs RM35
• Silinder 30pcs RM25


NUTLESS CHOCOLATE CHIP
Demi memenuhi permintaan ramai, MAC menghasilkan biskut khas buat pengemar coklat chip tanpa kacang/badam. Kini Alergic bukan lagi satu alasan untuk anda tidak mencuba. 


• Raya 65pcs RM35
• Silinder 25pcs RM25


TART COKLAT
• Raya 65pcs RM35

• Silinder 25pcs RM25
Satu lagi seleksi tart yang wajib ada diatas meja anda. Peminat tegar tart dan coklat ini khas buat anda


CORNFLAKES CUSTARD
Buat peminat tegar cornflakes ini satu kemestian. Ranggup dan penuh rasa emping jagung.Tidak banyak campuran bahan kerana saya percaya ramai hantu-hantu cornflakes seperti kami di luar sana yang menhargai keranguoan emping jagung itu sendiri.nyums


• Raya 40pcs RM33
• Silinder 25pcs RM25


CORNUTS
Campuran berasaskan Jagung dan kacang salut. Sesuai dijadikan snek ringan ketika bersama keluarga mahupun tetamu. 


• Raya 280gm RM21
• Silinder 190gm RM15


BISKUT KACANG TUMBUK
Biskut kacang yang diinspirasikan daripada biskut Mazola. Diolah mengikut citarasa tersendiri.


• Raya 75PCS RM33
• Silinder 48pcs RM25


LUNA ALMOND
Biskut coklat berbadam. Crunchy dan tidak terlalu manis. Bitter sweet membuatkan anda terkenang kisah kisah lalu sambil makan biskut.


• Raya 60pcs RM30
• Silinder 25pcs RM25


NUTELLA TART
Sebut sahaja NUTELLA siapa yang tidak suka. Dari sekecil-kecil anak hingga yang dewasa pasti terliur. Tart unik yang wajib berada diatas meja anda. Maaf sebalang sahaja tidak cukup. Jangan bilang abang x payung.


• Raya 65pcs RM35
• Silinder 25pcs RM25


OATS & RAISIN 
Pilihan Healthy

Signature cookies kami. Mengandungi pelbagai jenis bahan seperti Oats, Kismis, Cornflakes, Badam dan Coklat.
WAJIB DAPATKAN

• Raya 40pcs RM35
• Silinder 25pcs RM25


OREO SHORTBREAD
Biskut shortbread yang rapuh dan Oreo crunch. Perfect match. Antara biskut yang menjadi pilihan untuk ibu bapa. Si kecil mana tak suka oreo kan?


• Raya 65pcs RM33
• Silinder 33pcs RM25


PANDAN BUTTER
Biskut perisa pandan khas buat mereka yang mengemari biskut yang cair di dalam mulut. Ini adalah antara biskut terlaris tahun lalu.


• Raya 60pcs RM30
• Silinder 30pcs RM25


SUJEE BADAM
Biskut tradisi turun temurun yang di gemari oleh semua orang termasuk yang dewasa. Mengunakan minyak sapi dan Badam kisar. Biskut ini memang idaman atas meja.


• Raya 50pcs RM35
• Silinder 25pcs RM25


SUMPIAH
Sumpahan udang kering.

Popiah udang kering pedas yang Kurang berminyak dan pasti tak boleh berhenti makan.

• Raya 350gm RM28
• Silinder 190gm RM18

.
.

DAN ORANG KATA SIMPAN THE BEST LAST SEKALI.

 
TART NENAS
Ya Allah biskut tart nenas ini memang hantu segala hantu. Sepanjang kami berniaga di Weekend Bazaar The Curve tart ini telah mengumpul peminat yang tersendiri. Sekali beli dan rasa pasti mereka akan ulang lagi. Atas sebab itu TEMPAHAN Untuk tart nenas akan ditutup lebih awal bagi menjaga Kualiti dan mutu. 


• Raya 42pcs RM35.00

Untuk tempahan atau agen berhampiran sila hubungi kami di:
0378873150
0193255471
0173587388

"Jangan lambat-lambat nanti tak dapat


BERIKUT ADALAH CONTOH BALANG SIZE M








TEMPAHAN KINI DIBUKA.


MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Wednesday, November 16, 2016

KEK HANDBAG PERTAMA -Buruk malu nak tunjuk. Evolusi kek Mad About Cake

Salam Semua pengikut Mad About Cake
EVOLUSI KEK HANDBAG 

MAD ABOUT CAKE  


Kami bermula pada sekitar 2008, dimana sewaktu itu fondant bukanlah sesuatu yang biasa bagi kami. 
Bermula dengan membuat kek Chocolate fudge salut dengan Cream Ganache yang time tu senget, tidak kemas dan comot. Kenangan semua itu.

Kami mula buat kek2 hantaran, kek birthday. Perlahan-lahan belajar
dan praktikkan setiap pengalaman.

Ok handbag pertama yang kami buat adalah 
dibawah ini.
Kelakar kan, tapi time dapat order ni memang x berani nak buat sebab tak biasa.
Tapi atas sebab kawan2 minta buatkan 
tak tahu mana datang keberanian untuk ambil order ni.

Ingat lagi time buat ni dari pagi sampai ke malam. Walaupun tengok rasa macam nak buang tapi time tu rasa hasil yang ni dah cukup cantik. Bangga gila.
Sebab time tu kek fondant tak secanggih sekarang. 
Kek ni deliver kat Marriot KL mengusung ke lobby ada pengunjung tengok2, puji2 lagi bangga. Tak tahu lah kalau dalam hati diaorg mengata haha.

Time tu mmg x tanya feedback sebab segan dan malu. Kurang percaya pada diri.

Disember 2008- Kelakarkan

Sehari demi sehari. Dapat lagi tempahan kek2 handbag.
Kami belajar improve setiap kali buat.
Buat research. Buat kajian. 
Belajar kenal fondant dan design.

September 2009

Bila fondant dah menjadi sahabat, kita tahu luar dalam, kelebihan dan kelemahan dia
Secara semula jadi benda ni berlaku. 
Segalanya menjadi mudah.
Alhamdulillah

Handbag Ogos 2009

Kalau dihimpun semua gambar kek handbag kami dari mula sehingga 2016 
memang totally berbeza.

Ini yang dinamakan pembelajaran dan pengalaman yang tak boleh dibeli.
Priceless
 
Antara handbag kegemaran kami


KINI 2016 

November 2016

Alhamdulillah kami bersyukur dengan apa yang telah
kami lalui hampir 10 tahun ini menjadi batu asas buat kami.

Untuk menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar 
sesuatu yang tidak pernah kami terfikir.

Kami melakukan apa yang kami MINAT
dan menukarnya kepada KERJAYA


Jangan pernah putus asa
dan sentiasalah bersikap positif.

Jangan pernah berhenti untuk belajar.
Ilmu adalah harta buat kita.


Kepada anda yang berminat untuk mempelajari teknik dan rahsia pembuatan KEK HANDBAG
Boleh sertai kelas yang kami anjurkan.
Semoga perkongsian kami semasa kelas mampu 
MENAMBAH NILAI HIDUP ANDA

Sekiranya kek anda biasa-biasa sebelum ini, tukarkan ia menjadi LUAR BIASA.
Sebelum itu tukar diri kita kepada YANG LEBIH LUAR BIASA

Tu dia ayat macam pakar motivasi.
Salam semua.

XOXO Abang Pembuat Kek Handbag
MadAboutCake- Cake Artist and Designer

KELAS KEK 3D HANDBAG DARI NAIB JUARA HERO OVEN TV3 & PEMBUAT KEK ISTANA AMYRA ROSLI & AMAR BAHRIN

MadAboutCake- Cake Artist and Designer
JOHOR BAHRU

Alhamdulillah, dah lihat hasil kerja Cake Artist MAD ABOUT CAKE untuk majlis perkahwinan AMAR BAHRIN & AMYRA ROSLI?

Kini Buat anda yang berminat untuk mempelajari teknik pembuatan kek 3D Handbag,
Rebutlah peluang ini. Kami bawakan Head Cake Artist MAC dan Naib Juara Hero Oven TV3
Zam Akmal Abd Halim
khas ke Johor Bahru untuk kelas HANDS ON Handbag ini.


Anda akan mempelajari cara pembuatan menggunakan REAL CAKE.
Pelbagai teknik dan rahsia bakal dikongsikan bersama anda.

Detail adalah seperti dibawah:
Yuran:RM450.00
17 Disember 2016
HANDS ON dan REAL CAKE
Makan Minum disediakan oleh MAC.

Note positif:
Harga Jual bagi sebiji Kek handbag sebegini RM390.00++
Kepada anda yang berminat untuk menjadi pembuat kek Handbag segera daftarkan diri 
anda sebelum terlepas. 


Early Bird: (18 Nov-1 Dis 2016) RM390.00
(2Dis-14Dis 2016) Rebate RM100/pair bagi setiap yang datang berpasangan.

EXTRA: Basic asas menggunakan AIRBRUSH.
Kepada yang berminat/ sebarang pertanyaan sila 
Whatsap detail anda ke:
0123845590 atau 0173587388

Sunday, November 13, 2016

KEK PERKAHWINAN AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHRIN #amyramar

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Kek perkahwinan- Resepsi Amyra Rosli dan Amar Bahrin
Premiera Hotel
12 November 2016

Berkonsep kan perkahwinan penuh magis Fairytale. 


Kek bertemakan Castle ini mengambil masa selama 6 hari untuk disiapkan. Bermula dari asas sehinggalah sentuhan terakhir.

Kami menggunakan lebih dari 50kg Aising Sugar yang diimport khas untuk menyaluti kek ini.



Berkolabrasi bersama pereka Fesyen terkenal Rizman Ruzaini menjadikan ia salah satu kek Perkahwinan termahal dan teristimewa pernah kami hasilkan.


Diketuai oleh Senior Cake Artist MAD ABOUT CAKE
Zam Akmal Abd Halim yang merupakan Naib Juara Hero Oven TV3.
Ia dibantu oleh #MACCREW Chef Wan Noor Zamran, Mohd Faizul Izuan, Syahirah, Mohd Faiz, Fahmi dan turut dibantu pelajar praktikal daripada FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA. 

Segala perincian dibuat dengan teliti dalam memastikan hasil akhir yang diingini.
Bermula daripada hari Isnin sehinggalah hari Majlis
kek ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Alhamdulillah berkat kerjasama berkumpulan kek ini akhirnya berjaya tiba di Dewan dan menjadi kek paling Penuh istimewa di dalam hidup Amyra Rosli dan pasangannya Amar Bahrin.

"Detail yang terdapat pada kek Amyramar"

"Chef Wan Noor Zamran sedang melakukan Final Touch untuk kek"

Kek dihiasi dengan kilauan batu-batu Swaroski yang ditambah pada saat akhir bagi elemen kejutan.
Perjalanan dari PJ-KL menjadi perjalanan yang paling lama bagi kami.
Selalu hanya 20min menjadi kepada 45-1jam dalam memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku kepada kek semasa perjalanan ke hotel.
Alhamdulillah 



"Antara barisan MACCREW yang terlibat"

Terima kasih semua yang menjayakan impian kek perkahwinan 
#amyramar

Majlis resepsi berjalan penuh gilang gemilang.
Dan kami berbangga dengan apa yang telah kami hasilkan.
Banyak yang perlu kami pelajari dan Terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus-putus.
Andalah sumber ilham kami.

Kepada pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli
kami dari MAD ABOUT CAKE
mengucapkan selamat pengantin baru dan stay cute.
Kekal ke Jannah.

Jom saksikan video semasa cake cutting ceremony.


Salam penuh kemanisan 
Dari kami Warga 
MAD ABOUT CAKE

Lawati laman instagram kami di madaboutcake_official
untuk gambar2 terbaru.

Sign Off


Adverstisment