Showing posts with label Masakan Jawa. Show all posts
Showing posts with label Masakan Jawa. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Soto

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Taugeh takde.. ganti dengan kobis hiris pun boleh..



Dulu2 cukup malas nak masak soto. Rasa macam leceh & banyak kerja je nak masak soto. Bila dicuba sekali, rupa2nya masak soto cukup mudah. Jika ada pembantu lagi cepat boleh hidang terutama bab nak racik2 isi ayam tu je yang rasa lambat. Hehehe... Sekarang hidangan soto dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Yang penting wajib ada bergedil. Bertambah2 anak2 & suami makan. Lebih2 lagi jika soto digandingkan dengan bihun. Tapi kali ni MaDiHaA sediakan soto yang dimakan dengan nasi impit & mee kuning pula. Tukar2 selera.

Terima kasih Yatie berkongsi resepi mudah ni. Tak susah2 nak kena cari rempah soto.  MaDiHaA guna rempah sup je itupun dah cukup sedap dah. Jom masak soto...

Pinggan kahwin?? Kami memang sempoii.....


SOTO
Resepi : Yatiememories

BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

Resepi Bergedil Ayam boleh klik : SINI

Selamat mencuba!

Friday, July 10, 2015

Pecal... menu wajib di bulan Ramadhan..

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pecal ni adalah antara menu wajib muncul jika masuk bulan puasa kat rumah MaDiHaA sama macam mee bandung juga. Memang suka sangat dengan pecal. Kalau dah makan pecal tak perlu dah nak makan nasi. Kenyang sayurlah jawapnya.

Jom MaDiHaA kongsi resepi pecal ni sekali lagi. Mana tau kot ada yang teringin nak mencuba.  Tapi kalau tak ramai yang makan kat rumah tu.. baiklah beli aje sebab kalau kita buat sendiri kat rumah ni hasil yang kita dapat memang banyak.  Maklumlah.. dengan bahan2 sayurannya yang pelbagai.. walaupun kita guna serba sikit... last2 jadi banyak juga.. hehehe... Kat rumah hanya MaDiHaA & suami yang suka makan pecal ni... tp MaDiHaA tetap buat juga sebab boleh ulang2 makan sebab memang suka sesangat. Berbaloi2 buat sendiri... Dalam bahan sayuran tu ada yang MaDiHaA sendiri tak letak kali ni disebabkan malas dah nak cari sana sini dengan masa yang suntuk. Jadi MaDiHaA letak mana yang ada jelah..




PECAL
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Sayuran (kuantiti agak2 sendiri ye)
Secekak pucuk ubi ~ dicelur hingga lembut dan dipotong halus (takde stok)
6 urat kacang panjang ~ dicelur & potong 1 inci
secekak kangkong kampong ~ dicelur & hiris (takde stok)
1 biji timun ~ dihiris memanjang

2 biji telur ayam ~ direbus (optional ~ ku tak letak kali ni)
3 keping tauhu ~digoreng & potong kiub
3 keping tempe dalam daun ~dipotong kecik2 & digoreng
1 biji sedang sengkuang ~ dipotong (takde stok)

taugeh - celur kejap


Bahan Kuah
2 cawan kacang tanah ~ goreng tanpa minyak dan di kisar (MaDiHa goreng dgn minyak pasal nak cepat)
2 cm belacan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ~ 5 ketul isi cekur
10 cili kering ~ direbus (boleh juga guna 20 biji cili padi )
2 sudu besar/lebih asam jawa ~ diramas dengan air & ambil jus
5 ~ 6 sudu besar gula merah / gula putih (kuah kena manis2 sikit)

garam secukup rasa
 
Cara2 Menyediakannya

Bwg besar, bwg putih, cekur, cili padi/cili kering digoreng sekejap hingga layu.. guna minyak sikit jer.. pastu kisar halus bahan2 goreng tadi dan juga belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kacang tanah kisar dan jus air asam jawa. Tambah air hingga mendapat kepekatan yg disukai. Didihkan dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya dan bolehlah dihidangkan bersama2 sayur-sayuran tadi.


Selamat mencuba!

Friday, January 3, 2014

Ayam Ungkep lagi..

Assalamualaikum & salam Jumaat...





Memulai tahun baru 2014 dengan menghantar anak sulung ke asrama di Raub Pahang, hari kedua tahun baru pula anak2 memulakan sesi persekolahan.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Anak sulung dah masuk tingkatan 2, anak nombor dua di tahun dua & anak ke tiga (maybe bongsu la kot) masuk ke tadika 5 tahun.  Sekejap je semua anak dah bersekolah... terasa diri ini dah semakin tua.. hehehe...  Bila dah tua ni... renyah2 sikit badan cepat benar terasa penat. Hari ni barulah rasa lega sikit.. barulah ada mood nak update blog.  Tapi update resepi ulangan sajalah hari ni. Biasanya masakan berulang ni menandakan masakan yang sedap & yang dok teringat2 nak makan lagi.  Inilah dia Ayam Ungkep yang nyata memang sedap.  Nampak macam rendang.. tp yang pasti ia bukan rendang & paling best tidak menggunakan santan.  

Kalau nak merasa.. silalah cuba ye..  Memang sedap.  Thank you Dana untuk perkongsian resepinya.  Ringkas saja tapi sedap!





Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana

Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat (nak kisar pun boleh)
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
 
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

Selamat mencuba!


Thursday, December 26, 2013

Sambal Tempe, Kentang & Ikan Bilis

Assalamualaikum & selamat pagi...


Lauk berasaskan tempe ialah yang paling paling paling MaDiHaA gemar sekali. Kalau tapau atau makan nasi waktu lunch hari bekerja.. pantang nampak tempe, tak kiralah sambal tempe atau tempe goreng tepong... tanpa teragak2 memang wajib ambil.  Tak peduli uric acid tinggi kalau dah suka... den hentam saja... degil kan? Penyudahnya.. diri sendiri yang merana.. hehehe...  Sebab tu kat rumah MaDiHaA hadkan untuk masak tempe ni.  Kalau ikutkan hati memang suka sangat.  Cuma bila makan kat luar tu memang tak boleh elak bila makanan dah siap ada depan mata. hehe...

Rasanya semua orang pandai buat sambal tempe macam ni kan? Takpelah.. MaDiHaA letak sajalah resepi kat sini buat rujukan anak2 nanti.  Kakak Dini pun suka sambal tempe & kentang ni.  Sambal ni boleh dipelbagaikan.  Boleh guna cili kering kisar.  Tapi kali ni MaDiHaA masak guna campuran cili padi & cili merah.  Kasi pedas sikit baru sedap!




Sambal Tempe, Kentang & Ikan Bilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 keping tempe plastik ~ hiris kecil
2 biji kentang saiz sedang/besar ~ hiris sederhana nipis
Segengam ikan bilis yang siap dikopek
Garam, gula & perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
15 biji cili padi
4 ~ 5 biji cili merah
1 biji tomato ranum saiz besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara menyediakan
1. Goreng tempe, kentang & ikan bilis cara berasingan sehingga garing.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.  Masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
3. Masukkan tempe, kentang & ikan bilis yang digoreng & gaul rata. Angkat & hidang.

Selamat mencuba

Friday, January 18, 2013

Ayam Ungkep



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni lewat sikit bersiaran.  Nak kata sibuk sangat tak juga... bos pun tak masuk ofis sejak pagi tadi sebab hadiri seminar.  Mengadap PC sejak pagi bukan sibuk buat kerja pun sebab memang takde kerja sangat bila bos takde.  Tapi dok sibuk mencari2 resepi yang anak dara minta buatkan sebab esok kalau takde apa2 aral kami nak melawatnya di asrama buat kali pertama.  Haiii.. macam2 pulak permintaannya.. minta buatkan kuihlah, minta buatkan kek batiklah. Mujur minta ibu buat kuih yang mudah jer.. heheheee... Harap2 sempatlah dibuat malam ni sebelum bertolak esok. Pakaian pun tak kemas lagi ni...


Oklah untuk resepi hari ni nak kongsi resepi Ayam Ungkep yang dikongsi oleh Dana baru2 ni.  Kebetulan masa Dana kongsikan resepi, memang niat malam tu nak masak ayam.  Bila tengok bahan2nya semua ada kat rumah (kecuali daun kunyit) jadi teruslah di cuba.  Walau takde daun kunyit tapi rasanya tetap sedap!  Kalau letak daun kunyit mesti rasanya umpama rendang.  Mula2 hubby makan dia sangkakan rendang.  Siap cakap lagi.. abang kalau ibu masak lauk2 rendang macam ni maunya makan bertambah2. hehehe...  Kena sangatlah tu dengan selera dia kalau dah cakap macam tu.. tapi memang betul pun.. lauk ni memang sedap & kena dengan selera kami berdua..

Terima kasih banyak ye Dana berkongsi resepi dari mak Dana ni.  Resepi ni mengikut kata Dana resepi orang2 Jawa & masakan ni femes di Johor.  Yelah sebutannya tu pun lain sikit kan.. Dapat lagi satu resepi ungkep yang sedap!  Dulu pernah juga cuba satu resepi ungkep.. & memang tak mengecewakan juga.  Mintak izin letak resepi kat sini pulak ye Dana... sapa2 yang nak merasa tu.. bolehlah cuba2.. pasti tak menyesal punya...



Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana


Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
 
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...