Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

Showing posts with label Khas. Show all posts
Showing posts with label Khas. Show all posts

March 15, 2016

Hidayah itu Anugerah paling bermakna buatmu Mizz Nina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya bukanlah mudah untuk mengikuti perkembangan sesorang itu tetapi bagi yang bernama Mizz Nina ini cukup membanggakan.
Mizz Nina, isteri kepada penyanyi Noh Hujan. Dulunya juga dia adalah seorang penyanyi. Namun tidak lama selepas berkahwin dan menunaikan haji, hidupnya bertukar 360 darjah.
Langsung tidak mahu menyanyi, berhjab dan terus hidup dalam low profile. Ya Allah, betapa begitu berharganya hidayah Allah berikan untuknya.  Lihatlah, bagaiman kehidupannya sekarang.
Walaupun sudah tidak menyanyi, rezeki Allah tidak terputus..Sekarang menjadi pengacara di TV Al Hijrah. Rezeki itu ada jika kita meyakininya. 
Buat adik Mizz Nina, teruskanlah, doakan juga kami yang masih lagi alpa ini untuk mendapat hidayah seperti itu. Dekat dengan Ya Rabb, Sang Pencipta.
Sebenarnya lintasan untuk menulis ini berlaku pada hari  Jumaat lepas iaitu pada waktu muslimin menunaikan Solat Jumaat tetapi baru hari ini ditulis.
Maafkan kakak, insan yang tidak dikenali ini menulis kisah adik Mizz Nina. Tetapi kekaguman itu yang membuatkan kakak terpanggil utnuk menulis entri ini.

September 7, 2013

Selamat Menduduki UPSR untuk semua terutama Aiman.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, sudah lama saya tidak update entri blog ini.  Mana tidaknya saya rasa agak kecewa kerana blog saya hampir-hampir menjadi mangsa dan sehingga sekarang saya rasa blog saya masih tidak pulih sepenuhnya. Kenapalah agaknya blog saya yang menjadi pilihan hati mereka?  Bersabarlah saja.
Pada 10 September hingga 12 September ini akan berlangsung peperiksaan UPSR bagi tahun 2013.  Agak gementar sedikit kerana anak sulung saya Aiman akan bersama-sama calon lain di seluruh negara akan menduduki peperiksaan ini.  Saya tengok anak saya cool saja, saya pula yang merasa sebaliknya.  Macam saya pula yang akan menduduki peperiksaan tersebut.  
Saya dan suami tidak pernah memberikan tekanan kepada Aiman untuk belajar secara paksa.  Tetapi kerja sekolah dan aktiviti yang disediakan oleh guru perlu disiapkan.  Belajarlah ikut kemampuan kerana bagi saya dan suami tidak guna memaksa anak belajar diluar kemampuannya.  Biarlah dia belajar dalam suasana "enjoy"  tetapi bermanfaat.  
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak berjaya?  Semua mahu anak-anak berjaya dengan cemerlang tetapi semangat mereka juga harus dijaga.  Cuma doa mengiringi Aiman dan semoga dipermudahkan segalanya.  Begitu juga untuk calon-calon yang lain.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti umi dan abah terima dengan hati terbuka.  Semoga menjadi pengajaran untuk peperiksaan seterusnya.  Umi, abah, kakak dan adik sayang abe.  "Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah untuk anakku menduduki peperiksaan ini dan semoga diberikan hati yang terang, ingatan yang kuat, dada yang lapang, fikiran yang tajam.  Luluskanlah dia dalam peperiksaan ini. Amiin Ya Rabbil Alamin."

February 21, 2011

Semoga cepat sembuh atau kembali kepada keadaan biasa....

Entri ni memang saya tujukan khas buat guru saya,  dalam dunia blogging.   Beliau ialah follower saya yang pertama, juga pemberi komen pertama untuk saya dan banyak saya belajar daripada beliau...Macamana beliau boleh terlihat blog saya yang tidak sepertinya ini, saya pun tidak tahu dan ianya tidak penting dan saya bersyukur adanya orang seperti beliau yang nampak hasil penulisan saya.  Tetapi dalam seminggu ini, beliau kurang aktif, saya sendiri pun tidak pasti mengapa cuma saya harapkan beliau kuat semangat, tabah dan cekal dalam apa saja yang dihadapi.  Semoga beliau dilimpahi kesihatan yang baik kerana saya pernah terbaca beliau pernah tidak sihat sebelum ini dan pernah mendapat rawatan di HUSM.   Walau apapun sentuhan blog beliau masih dinanti dan semoga kembali berblogging seperti biasa.  Sentuhan emas, bagi saya sentiasa saya nantikan dan ramai lagi pengikut setia serta pembaca setia beliau.  Marilah kita berdoa agar beliau kembali seperti biasa.  Saya  berharap beliau tidak marah dengan entri ini yang saya tujukan khas buat beliau...Walaupun hanya melalui dunia blog tetapi banyak yang saya belajar....Terima kasih tuan....