Friday, December 23, 2016

North Island - New Zealand

"TRAVELLING 
- it leaves you speechless then turns you into a storyteller"

Day 1 : (6 Julai 2016 ) : KLIA to Auckland MH 131


Ready to fly


Day 2 : (7 Julai 2016) : Auckland to Matamata (149 km) - Top Opal Holiday Park

Tiba di Auckland Airport jam 11.45 pagi. Kesejukan dan terasa bila keluar dari bangunan airport. Mula lah nak cari topi lah, nak cari glove la, nak cari wintercoat semua.. Tapi aktiviti bergambar tetap diteruskan.  Seterusnya kami bergerak ke tempat menyewa caravan. Naik Yellow Bus from airport. Free je. Berduyun-duyun la kami semua naik bas dengan bag yang berderet-deret.. eheheheh...

Control Macho sedangkan dah mula menggigil kesejukan.

Proses di tempat menyewa caravan tu tak de la lama sangat. Kami perlu mengisi dan menandatangani segala borang dan jugak mendengar penerangan tentang caravan. Ayah saja je isi nama Mummy as second driver.. Kekonon dengan harapan, kalau di penat, boleh lah Mummy drive.. tapi sepanjang masa di sana, sekalipun Mummy tak try drive... hahahahahaha. Takut.. Terasa besar sangat caravannya tu. Macam bawak lori la plak.



Berderet caravan menanti sang penyewa

En Capt yang sedia memandu kemana sahaja.

Bahagian atas pemandu

Sinki dan dapur

Bilik air. Tempat shower terlindung la pulak.

Tempat tidur 1 - bahagian atas pemandu.

Tempat tidur 2 : Bahagian penumpang @ tengah
Tempat tidur 3 : Bahagian belakang
Pada waktu siang, ketika caravan bergerak, semua katil perlu dijadikan tempat duduk. semua penumpang perlu berada ditempat duduk masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan. Hanya pada wkatu malam ketika caravan berhenti barulah tempat duduk tersebut dijadikan katil untuk tidur.

Selesai segala urusan di situ, kami pun memula kan perjalanan menjelajahi negara burung kiwi ini. Destinasi pertama adalah ke Matamata. Dari Airport, kami terus menuju ke tempat untuk kami bermalam. Walaupun kami bermalam di dalam Caravan, tapi ianya tidak boleh sesuka hati diparking di merata-rata tempat. Semua caravan perlu berada di holiday park yang disediakan pada waktu malam.

Info tentang Holiday Park : Untuk bermalam di Holiday Park kita akan dikenakan bayaran mengikut kepala. Semua Holiday Park yang kami pilih telah di booking dan diselesaikan pembayarannya lebih awal melalui agent di Malaysia. Nanti agent akan bg voucher dan kita serahkan di meja receptionist. Disebabkan ianya berbayar, maka segala kemudahan yang ada disini boleh digunakan. Ada bilik untuk memasak yang luas dan selesa. Ada bilik air yang besar dan sangat bersih. Ada bilik menonton. Ada bilik games. Ada playground. Ada bilik laundry, boleh la kalau nak basuh baju, dryer baju dan menggosok baju. 

Bilik air & tempat mandi

Bilik untuk mencuci pakaian, mengeringkan pakaian dan menggosok baju.

Kemudahan dapur untuk memasak dengan lebih selesa berbanding memasak di dalam caravan yang agak sempit.

Semua Holiday Park akan disediakan playground untuk anak anak dan jugak swimming pool. Memandangkan kami pergi time winter, maka suhu air kolamnya adalah panas.

Info tambahan : Setiap pagi sebelum memulakan perjalanan, pastikan air bersih telah ditambah, air yang telah digunakan dibuang, tangki kumbuhan dikosongkan dan dibersihkan. Disetiap Holiday Park akan disediakan satu kawasan khas untuk kita melakukan rutin-rutin tersebut.


Sampai di Top Opal Holiday Park, kami pun sediakan makanan untuk makan malam. Lepas makan, semua kekenyangan dan masa untuk berehat.

Tips membawa makanan ke New Zealand : Kami bawa dua bag penuh barang-barang makanan dari Malaysia. Sardin, Maggie, Brahim, Sharifah, Bubur segera, Mushroom soup, Jajan anak-anak, even kicap kipas udang pun kami bawak dan alhamdulillah satu pun tak kene rampas. Apa yang kami buat ialah, kami buat satu checklist untuk semua barang makanan tersebut. Kami buat dalam bentuk table, ada gambar makanan tu, ada ingredients dan ada berapa kuantiti yang kami bawak. Dan letakkan semua barang makanan tu dalam satu bag. Jangan campur-campurkan dengan baju-baju. Ini akan memudahkan pihak kastam untuk memeriksa. Bila sampai kat airport, jangan lupa declare.. Pihak kastam akan check kerana itu mmg procedure diaorg.. Bila dah puas hati, diaorg akan tampal sticker pass dan kita boleh jalan keluar dari imigresen tu dengan senyum lebar.

Top Opal Holiday Park




Day 3 : (8 Julai 2016) : Hobbiton - Matamata to Rotorua (67 km) - Rotorua Top 10 Holiday Park

Seawal pagi semua dah bangun. Punya lah bersemangat nak pergi tengok rumah rumah hobbit. Bagi peminat filem Lord of The Rings dan The Hobbit, ini adalah tempat yang wajib mereka kunjungi. Walaupun hanya tengok pintu-pintu kecik, tapi ianya tetap mengagumkan. Kat sini kita tak boleh nak pandai-pandai jalan sendiri. Memang wajib ikut pemandu pelancong. Caravan akan di parking di satu tempat. Kat situ kita akan beli tiket untuk masuk ke Hobbiton. Kemudian kita akan menaiki bas bersama sama pelancong lain, menyelusuri kawasan penggunungan yang sangat cantik untuk sampai ke The Shire - kawasan perumahan org kerdil. Sepanjang perjalanan tu kita akan mendengar tentang sejarah tempat tu dan macammana dari ladang kambing biri-biri boleh bertukar kepada kawasan perlancongan yang terkenal. 

Bas yang membawa kami ke Hobbiton





Permandangan sepanjang jalan untuk sampai ke Hobbiton



The Shire
























Selesai melawat Hobbiton, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua pulak. Sempat jugak singgah di Pak n Save untuk shopping barang-barang basah untuk masak. Hari ni kami tido di Rotorua Top 10 Holiday Park pula.

Dekat sini boleh dapatkan ayam halal.



Rotorua Top 10 Holiday Park


Day 4 : (9 Julai 2016) : Agrodome, Skyline Gondola - Rotorua to Taupo (86 km) - Lake Taupo Top 10 Holiday Park

Di Rotorua terdapat sangat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kene pandai pilih dan budget masa sendiri. Kami pun terlepas banyak tempat sebab kekangan masa. Almaklumlah, time winter kan kul 5 dah gelap dan sunyi.

Hari ni kami ke Agrodome. Ianya merupakan satu ladang ternakan yang sangat luas. Kat sini kami dapat tengok sheep show. Anak-anak sangat leka dan tekun menonton live show orang mencukur bulu kambing biri-biri. Dah abis tengok sheep show, kami dibawa menyelusuri ladang dengan menaiki traktor. Mula-mula kami ke ladang lembu dulu, bau masheemmmmm... ehehehehe... Kemudian beredar pulak ke kawasan kambing biri-biri. Dah puas di situ, dibawa pula ke kawasan ilama. Yang pasti semua binatang kat sini semuanya jinak dan bulunya sangat gebu.. ehehehe.. Seterusnya kami di bawa ke ladang buah kiwi. Kami dibenarkan untuk memetik seberapa banyak buah kiwi yang kami nak.. Wahhhh... Ini sangat-sangat menyeronokkan.. Memang satu pengalaman baru. Selalunya kalau kat Cameron Highlands tu kita boleh petik strawberry kan, so kat sini kita petik buah kiwi la pulak... Beria-ria semua memetik dan menyumbat buah kiwi tu ke dalam segala bag yang kami ada.. Jakun sungguh.. hahahahaha... Dah puas petik buah kiwi, kami dibawa ke sebuah bangunan di mana kami diberi minum jus kiwi fresh. Selain daripada jus, kami juga diberi rasa sejenis madu, tapi lupa apa nama madu tu.. sangat manis dan sedap.. Akhirnya kami dihantar balik ke tempat asal kami menaiki traktor tadi. 

Dipintu masuk
Kambing biri-biri tu redha je bulunya dicukur
Aktiviti pertama : Sheep Show


Aktiviti kedua : Bagi anak kambing susu



Aktiviti ketiga : Menjelajah ladang ladang ternakan dan tumbuhan

Haiwan pertama : LEMBU



Haiwan kedua : KAMBING BIRI-BIRI

Haiwan ketiga : ILAMA

Ilama ni pun terkejut agaknya tengok En Capt melompat

Cubaan mengorat yang tidak berjaya. Hatiku hanya untuk En Capt seorang

Ladang kiwi










Diberi penerangan berkenaan buah kiwi dan seterusnya diberi minum jus kiwi fresh.
Ketika dalam perjalanan keluar dari Agrodome, sempat plak stop n posing



Dari Agrodome, kami ke Skyline Gondola pula. Attraction utama di sini adalah The Luge. Dan kami pastinya tidak mahu melepaskan peluang mencubanya. Wahhhhhh... memang sangat syok dan dalam masa yang sama agak mencabar. Memang perlukan ketahanan tangan yang kuat untuk mengawal pergerakan luge tu. Disebabkan Rayqal kecik lagi so dia kene naik dengan Mummy. Si kakak dan si Abang dedua naik sendiri. Risau jugak mummy.. Tapi diaorg memang lasak lah.. Langsung tak de masalah nak control luga mereka walaupun ini adalah percubaan pertama. Syabassss anak anak !!!! Tak sempat nak cuba Zoom Ziplines sebab dah nak gerak ke destinasi seterusnya.


Naik gondola untuk sampai ke atas.

Track basikal lasak


















Hari pun dah semakin petang dan semakin nak gelap, kami pun meneruskan perjalanan dari Rotorua ke Taupo. Kami bermalam di Lake Taupo Top 10 Holiday Park.



Day 5 : (10 Julai 2016) : Huka Falls , Taupo Lake - Taupo to Wellington (378 km) - Wellington Top 10 Holiday Park




Hari ni kita jalan-jalan santai-santai sambil melihat air terjun dan tasik yang membiru di sekitar Taupo. Air terjun yang terkenal di sini adalah Huka Falls. Memang sangat-sangat cantik. Tak tergambar dengan kata-kata. Airnya biru kehijauan, ditambah pulak dengan buih-buih putih dari air terjun, memang tak jemu mata memandang. Gambar-gambar yang diambil pun seolah-olah dalam poskad. 

Beautiful Huka Falls









Taupo Lake pun tak kurang cantiknya. Sangat besar dan luas. Macam tak sangka itu adalah tasik. Rasa macam tak berkelip mata ni tengok keindahan tasik ditambah pulak dengan kehadiran itik-itik comel dan burung-burung yang berterbangan. Ya allah, indahnya ciptaan Mu...
Disebabkan jarak perjalanan untuk ke destinasi seterusnya agak jauh dan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam, kami perlu bergerak lebih awal. Kalau tak nanti dah gelap dan tak nampak apa-apa permandangan di kiri dan kanan jalan.










Kami bermalam di Wellington Top 10 holiday Park.

Day 6 : (11 Julai 2016) : Wellington City, Mount Victoria Lookout, Botanical Garden - Wellington to Ohakune (286 km) - Ohakune Top 10 Holiday Park

Destinasi pertama di Wellington adalah Mount Victoria Lookout. Kat atas ni kami dapat melihat keseluruhan bandar Wellington. Semput jugak nak mendaki. ehehehhee.. 





















Kemudian kami ke Botanical Garden pula untuk melihat keindahan bunga-bunga yang mekar mewangi.









Sebelum meneruskan perjalanan ke Ohakune, kami sempat singgah di Sourviner Factory di bandar Wellington untuk membeli sourniver untuk sahabat handai dan saudara mara di Malaysia. Sekadar tanda ingatan. Banyak tak banyak lah jugak kami membeli.. hahahaha.. Dan harga kat sini sangat murah berbanding sourviner di tempat-tempat lain. So boleh la beli banyak sikit kan.


Bandar Wellington






Kami pun meneruskan perjalanan dari Wellington ke Ohakune dan kami bermalam di Ohakune Top 10 Holiday Park. Tempat ni cantik dan terdapat air terjun di sebelah belakang tempat kami parking. Tapi airnya teramat sejuk. Boleh beku tangan ni.


Day 7 : (12 Julai 2016) : Ski Resort Whakapapa - Ohakune to Waitomo (166 km) - Waitomo Top 10 Holiday Park

Yeahhhh... Misi bermain snow pada hari ini. Dan juga misi berphotoshoot berbaju raya. Sanggup tau bawak baju raya semata-mata nak bergambar sakan berbaju raya berlatar belakang kan gunung-ganang yang dilitupi salji. So pagi ni kami semua sesiap pakai baju raya cantik-cantik, siap bersamping dan bersongkok dan memulakan perjalanan ke Ski Resort Whakapapa. Bila sampai di port yang strategik, kami pun berhenti dan berposing sakan. Sampai di ski resort, baru kami tukar baju biasa untuk bermain ski. Tapi disebabkan kekangan masa, kami tak main ski pun, kami just amik tiket untuk sightseeing. So dapatlah naik gondola untuk sampai ke puncak. Gondola pertama akan berhenti di pertengahan, turun dan main snow la dulu.. Kemudian naik gondola lain pulak untuk ke puncak. Sampai lah kami di ketinggian 2020m dari aras laut. Kami pun merehat-rehat kan diri menikmati keindahan permandangan sambil menghirup kopi panas di restoren yang terdapat disini.. Kami menggunakan masa yang ada sebaiknya sehingga menjadi orang yang terakhir untuk turun ke bawah. Sampai kene panggil sbb gondola dah nak stop kan operation baru memasing sibuk nak naik gondola. Kalau tak dipanggil, pasti masing-masing masih sibuk berperang snow dan jugak menggelonggorkan diri di atas snow.

Bye bye Ohakune Holiday Park

Mari mulakan perjalanan

Fefeling Che Ta jap..

Tempat yang kami nak tuju
Berhenti kejap untuk berposing
Serba biru

Puncak gunung yang diselaputi oleh salji

Merenung jauh nampak.

Dah sampai atas, tapi amik gambar dulu lah.

Gambar raya kami tahun ini...

Budak bertiga ni pun tak nak kalah.

Ok, dah salin baju maka marilah kita ke puncakkkkk

Sejukkkk

Pada ketinggian 2020 dari aras laut

Seputih salji

Jom mulakan perang salji

Family

Family

Family

Love

Love

Dah penat main salji, kita makan dulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Pemandangan ketika turun

Eh, stop lagi untuk bergambar lah

Apasal tegak semacam je ni
Abang tunjuk apa tu Bang?

Cantik pemandangan belakang tu.

Ayah & Mummy

Perjalanan kami diteruskan dari Ohakune ke Waitomo pula. Kali ni kami memilih Waitomo Top 10 Holiday Park. Ianya terletak betul-betul di sebelah Waitomo Cave. Tempat yang kami akan pergi keesokkan hari ni. 




Day 8 : (13 Julai 2016) : Waitomo Cave - Waitomo to Auckland (192 km) - Auckland North Shore Motels Holiday Park

Disebabkan tempat yang hendak kami tuju pada pagi ni hanya sekangkang kera, so tak perlu lah terkejar-kejar sangat. Dok relek-relek je dulu. Sambil menikmati kecantikan kawasan sekitar Holiday Park ni. Ianya dikelilingi oleh gunung-ganang yang menghijau. Dah puas merakamkan segala aksi, kami pun bergerak ke Waitomo Cave.


Waitomo Holiday park
Buat adegan hindustan la pulak

Fiqah - Bethrisya - Mummy



Glowworm Caves

Sementara menanti tour guide yang akan membawa kami menjelajahi gua

Hot chocolate yang menjadi kegemaran anak-anak di sini











Waitomo Cave ini adalah gua batu kapur yang terbentuk 30 lebih juta tahun dahulu katanya. Kat dalam kita boleh tengok sejenis serangga yang dipanggil "Glowworm". Ianya ala-ala kelip-kelip la. Kat sini kene ikut tour guide. Tak boleh jalan sendiri. Mula-mula kita akan dibawa masuk ke dalam gua. Guanya pun sangat cantik dan bersih. Dan terdapat banyak stalagtit dan stalagmit. Kagum sungguh. Jauh ke dalam jugak kami berjalan di dalam gua tu. Sampai di satu tempat, kami dikehendaki untuk menaiki bot. Bot tersebut dijalankan secara manual menggunakan tali yang tergantung di bahagian atas. Kami semua juga dikehendaki untuk senyap. Keadaan dalam tu memang gelap gelita sebenarnya dan hanya kelihatan 'glowworm' bersinar memenuhi segala pelusuk gua. Tersangat lah cantik. Seolah-olah langit yang dihiasi dengan ribuan bintang yang bergemerlapan di malam hari. Cuma dalam gua tu tidak dibenarkan mengambil gambar, so semua gambar-gambar ni dari CD yang dibeli di situ.

Seterusnya dari Waitomo, kami pun meneruskan perjalanan ke Auckland. Dan bermalam di Auckland North Shore Motels & Holiday Parks.

Sesuatu yang tak dijangka terjadi di Waitomo Cave sebenarnya. Kemalangan kecil yang melibatkan budak bertuah yang bernama Rayqal Malique. Dia tanpa sengaja telah terlanggar palang besi di kaunter tiket. Dia berlari lari bergurau dengan abang dan tak perasankan palang tu. Palang tu betul-betul paras batang bidung dia. Lepas dia langgar tu, terjojol benjol di batang hidung dia iaitu di antara mata. Besar jugak benjol tu, macam bola ping pong. Dia punya menangis pun sangat menakutkan. Risaunya hanya tuhan je yang tau. Takut patah ke apa kan. Cecepat dapatkan ais dan tuam hidung dia.. Makin lama, makin susut la benjol tu dan dia pun berhenti menangis. Bila sampai Malaysia, kami pun bawak dia ke KPJ untuk Xray... Ada retak sedikit tapi bukan batang hidung, tulang pipi dia. Tapi doktor kata tak perlu risau sebab nanti tulang tu akan ok sendiri. Alhamdulillah... Rayqal oh rayqal, agaknya dia nanti nak belajar kat New Zealand kot.. Sebab kan ada pepatah yang berbunyi " Tempat jatuh lagi dikenang"..... 


Day 9 : (14 Julai 2016) : Auckland War Memorial Museum - Caravan Handover - Auckland to KLIA

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi New Zealand.. Rasa tak puas pun ada. Terasa seolah banyak lagi tempat yang kami tak pergi. Semuanya indah disini. Tak ada yang tak cantik.

Sebelum pulangkan caravan, kami sempat singgah di Auckland Museum. Tersangat lah kagum dengan muzium diaorg ni. Duduk dalam ni seharian dari pagi sampai petang pun tak de masalah. Sangat-sangat best. Anak-anak pun banyak belajar kat dalam ni. Sempat lah jugak kami menonton persembahan traditional kaum Maori. Tak sah katanya kalau datang New Zealand tapi tak tengok Tarian Hakka kan....


Di hadapan bangunan muzium



Hakka Dance : Tarian tradisional masyarakat Maori























Day 10 : (15 Julai 2016) : Arrive Kuala Lumpur at 7.40 pagi.

Sebelum berlepas


Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Alhamdulillah kami semua selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah juga kerana diberi kesempatan menikmati sendiri pengalaman berharga melihat keindahan dunia ciptaan yang Maha Esa. Sesungguhnya DIA lah yang maha Agung dalam mencipta segalanya. Insyaallah jika diberi kesempatan, akan ke South Island pula di masa akan datang. Melalui pembacaan memang ramai yang kata South Island lebih cantik dari North Island. 

SOUTH ISLAND NEW ZEALAND, tunggu kami datanggggg !!!!!!!


ps : Untuk sewa caravan dan juga booking holiday park, kami berurusan dengan ahmadcaravan.com. Itinerary pun mereka boleh bg idea. Then kita ubahlah ikut kesesuaian sendiri.

0 comments:

Post a Comment