Monday, June 2, 2014

Happy 34 Birthday To Me.

Syukur alhamdulillah kerana berpeluang menyambutnya bersama insan yang tersayang. Abang sekali lagi berjaya menjadikan hari istimewa ini sesuatu yang amat indah. Dia bersama bebudak kapal dia merancang menyambut hari jadi Mummy di Banafee JB... Thank you Sayang, for this wonderful birthday experience. You never failed to make my heart melt. I love u more than everything Sayang.





Sunday, April 13, 2014

40 hari Pemergianmu

Begitu pantasnya masa berlalu. Dalam tidak sedar, 40 hari sudah engkau meninggalkan kami. Semakin lama engkau pergi, semakin tebal rasa rindu itu di kalbu. Semoga dikau tenang di sana. Disisi Yang Maha Esa. Ketahuilah olehmu, dikau tidak kan pernah mati dalam doa-doa kami. Kehadiranmu sentiasa dirasai di dalam hati kami.. Kenangan bersamamu sentiasa mengisi hari-hari kami... Sesungguhnya kami bersyukur di anugerahkan seorang lelaki yang terhebat dalam hidup kami,. Terima kasih untuk segalanya Abah...





Friday, April 11, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Rezeki Allah tu datang dalam pelbagai rupa.. Dan ianya datang kadang kadang tanpa diduga.. Alhamdulillah, rezeki teacher Zurena dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013.. Syukur alhamdulillah... Terima kasih pada panel pemilihan yg diketuai oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Samian Sawiyo...

Dalam gembira ada sedih. Bilamana tidak dapat berkongsi kegembiraan ini dengan Abah. Tiada lagi kedengaran suara Abah mengucapkan tahniah... Sedangkan menjadi seorang pendidik adalah demi untuk memenuhkan hasrat dan impian Abah... Abah kata, anak perempuan tak ramai, sorang dah jadi secretary.. Ena jadilah cikgu.. Pompuan senang kalau jadi cikgu. Nanti banyak masa dgn anak anak...

Demi Abah, angan-angan menjadi seorang Peguam dipadamkan.

Demi Abah, api semangat untuk mendidik anak bangsa dinyala.

Demi Abah, segulung Ijazah Pendidikan digengam.

Demi Abah, gelaran CIKGU akan dibawa hingga ke akhir hayat.

Terima kasih ABAH kerana menjadikan Ena sebagaimana sekarang. Jasamu tidak dapat kubalas... Dirimu tidak pernah akan mati di setiap doa-doaku...






Thursday, March 20, 2014

Happy 6th birthday Rayyan

Happy 6th birthday Rayyan. I love u so much. You are a wonderful gift from God. 


1) Celebrate di Villa Warisan JB sempena dengan Majlis Perkahwinan Kak Nadiah.

Kek Ironman


Si birthday Boy

2) Celebrate di Tadika Qdees 
Kek Minion

Bersama kawannya yang berkongsi tarikh lahir yang sama.


Thursday, March 6, 2014

Abah

Lelaki terhebat dalam hidup kami adik beradik akhirnya pergi menghadap Ilahi pada tanggal 4 Mac 2014. Dalam ketidaksediaan menghadapi kehilangan, namun kami redha. Kami tau tentunya dia lebih baik kehidupannya di sana nanti. Kami sayangkan dia, tapi Tuhan lebih sayangkannya..


Kronologi pemergian Abah....

Abah demam dah lama dan dia hanya ke klinik mendapatkan rawatan. Namun pada petang 12 Feb, dia mengadu sesak nafas dan amat sukar untuk bernafas. Menjadi satu satunya anak yang tinggal di Muar, Mummy pun terus menghantar Abah ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah atas arahan Abang Piah. Abah sebenarnya sangat jarang nak ke hospital, tapi mungkin kerana tidak tertanggung sakitnya itu, dia yg bersungguh minta dihantar ke hospital pd petang itu. Semua adik beradik pun terus pulang ke Muar untuk melihat keadaan Abah. Dalam kesakitan, masih lagi sempat berkata, "Abah ni susahkan korang je kan. Susah susah je nak kene balik Muar". Abah.... dikau tidak pernah menyusahkan kami... Ketika diwad pada mlm itu abah kelihatan sihat. Dan pada keesokkan paginya pun keadaan dia semakin baik. Dah mula bertanya bila dia boleh baik sebab dia dah ok.... Namun, pada sebelah malam, tiba-tiba dia diserang sesak nafas sekali lagi... Paru-paru dia gagal mengepam udara ke jantung dengan baik kerana telah dijangkiti kuman. Pada malam itu jugak Abah ditempatkan di ICU. Hanya doa kami iringi agar dia kuat.

Pada awal dia di ICU dia masih lagi sedar dan tetap cuba bercakap walaupun sukar.. Dia masih lagi sempat menulis "BALIK" yang menggambarkan dia nak sangat balik ke rumah dan mungkin tak tahan tinggal lama-lama di hospital... In shaallah Abah, kami akan cuba buat yang terbaik untuk Abah ... Tapi bila keadaan dia tak stabil kerana terlalu asyik meronta-ronta mencabut segala wayar yang di sambung di badannya, doktor terpaksa memberinya ubat dan tidurkan dia.. Maka sejak itu lah, dia berada dalam keadaan koma... Doktor pun dah beberapa kali memanggil kami adik-beradik bagi menerangkan keadaan Abah. Abang Piah, yang juga merupakan seorang doktor juga sanggup meninggalkan kerjanya yang sememangnya banyak di Hospital Ampang bagi menunggu Abah di Muar. Mungkin ilmu kedoktoran yang dia ada, membuatkan dia tahu sesuatu yang sememangnya kami tidak tahu... Namun, dia seringkali mengingatkan kami supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

Bila melihatkan keadaan Abah yang masih tiada perubahan ketika di ICU Hospital Muar, dan setelah berbincang dengan doktor doktor di situ, kami adik beradik bersetuju untuk memindahkan Abah ke Hospital Selayang dimana Kak Molly bekerja. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kami berharap abah mendapat rawatan malahan layanan yang lebih baik.

Namun, takdir Tuhan menentukan segalanya. Telah tertulis yang Abah akan meninggalkan kami. Sehebat mana pun dunia perubatan, tetap tidak boleh menandingi kekuasaan Yang Maha Esa. Dari malam 3/3/2014, Abang Piah dan Kak Molly dah bagitau yang keadaan Abah semakin merosot. Dan sejak dari pagi 4/3/2014, kami adik beradik bergilir gilir masuk ke bilik ICU untuk menemai Abah. Mak tetap setia disisi Abah dengan alunan ayat-ayat suci al-quran. Maka pada petang 4/3/2014, perlahan-lahan Abah meninggalkan kami... Dikelilingi oleh kelapan-lapan anaknya... Sejak dari awal mata tidak lepas memandang nombor di mesin yang disambungkan ke badan Abah... Semakin lama semakin menurun nombor yang tertera sehinggalah mesin itu berhenti pada angka 0, maka kami sedar, yang Abah telah tiada. Abah telah pergi. Pergi yang tidak akan kembali... Air mata memang tidak dapat dibendung.. Esakan tidak lagi dapat disembunyikan. Saat itu terasa dunia amat kelam, sekelam hati ini..  Dalam tangisan, kami redhakan pemergiaan nya.. Terima kasih Abah.. Terima kasih kerana menjadi Abah terhebat buat kami adik beradik. Kami sayang Abah.... Damai lah dikau disana.... 

Saat Abah mula mula di masukkan ke hospital


Detik perpisahan abadi


Perjalanan terakhir seorang lelaki

AL FATIHAH buat ABAH

11.10.1935 - 04.03.2014