Showing posts with label Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds. Show all posts
Showing posts with label Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Pertunjukan Udara TUDM Dan Thunderbirds 2009.

Hari sabtu pagi kami keluar dari rumah 10am lebih....breakfast kat restoran dulu....
Bertolak ke TUDM Subang dah 11am...sampai kat TTDI Jaya jem pulak....tetiba ternampak jet Sukhoi dah buat aksi kat udara...kami tengok dlm kete je la :-p
Masa tu hujan renyai2....doa moga tak lebat la....nasib baik hujan stop masa dah sampai kat area TUDM.
Mula2 hubby nak parking kat area kilang2...kat situ pun dah ramai ...jalan ke TUDM dah jem...tapi hubby kata lagi best kalau boleh masuk area TUDM terus....
So kami terus tuju ke TUDM. Jalan jem teruk....kami parking tepi jalan & jalan kaki masuk ke TUDM.
Dari sini la kami start berjalan ke TUDM. Hubby kata agak-agak pegi balik 3km jugak la..patut le sampai hari ni dok lenguh satu badan hehe...gambar ni masa nak balik....sebab tu jalan dah lengang....
Kat sini jugak la DSLR eynda jatuh terhempas masa baru sampai....eynda suruh Adam pegang jap sebab eynda nak dukung Hannah sambil pegang payung (masa tu hujan rintik2)...bila adam nak pass DSLR tu kat hubby, dia terlepas bag DSLR tu...ingat ok la kami tak check pun...sebab kat rumah ada terjatuh gak...maybe ni atas jalan berbatu...impact kuat....
Sampai dlm TUDM bukak je terkejut giler lense dah pecah :-(
Tak terkata apa la...nak marah Adam pun tidak....benda dah nak jadi :-(
Nasib baik bawak nikon coolpix....dapat jugak bergambar....yg bestnyer bateri pun lemah kekekeke...sempat la snap banyak gambar & video gak...
Ada jugak yg eynda snap dgn henpon...
Gambar pertama bila jejak dlm TUDM tu....
Adam mula2 tak berapa nak hepi bila sampai situ....sibuk tanya bila nak pegi muzium (????)
Apa daaa....mama dia yg terlebih seronok tengok jet :-p
Snap snap lagi....eynda sudah gemuk balik!!
Atau baju tu yg bagi eynda nampak gemuk?? Kekekeke...
Nak pilih nombor 2 tu boley tak? :-p
Adam tutup telinga...kuat le bunyi enjin jet....
Cian Hannah....melalak dia..."habih daaahhhh....habih daahhhh...habih daahhh..."
Takut kat enjin jet....sape ada kat situ kalau terdengar sora budak kecik jerit2 gitu...Hannah la tu :-p
Budak lain relaks je.....yg baby siap tido nyenyak masa jet lalu rendah ...kagum betul..:-D
Barbie tak lupa....
Ni masa dah habis show...dia dah tenang....
Suruh diaorg posing....ayah pegi tengok show dekat2....kami lari jauh skit...tapi bila ada jet lalu kena tutupkan telinga Hannah skit...kurang la takutnyer....
Show dah habis...dah lengang skit...bawak diaorg pegi dekat2 kapal terbang....
Berlatarbelakangkan jet2 yg buat show...
Adam teringin sangat nak bergambar dgn askar ni...
Terus bercita-cita nak jadi askar pulak :-D
Eynda nak snap gambar dgn krew2 thunderbirds...tapi hubby kata tu krew je...bukan pilot....
2-3 kali eynda mintak bergambar tapi hubby dok cakap itu krew je...
Oklaaaa....eynda pun takmo la kalau dgn krew....kalau dgn Tom Cruise eynda nak la...(kan tom cruise berlakon jadi pilot jet dlm citer apa ntah...) Saje je cakap gitu nak perli2 hubby hehehe...
Jeles la tu org nak bergambar dgn mat salleh yg hensem2 tu :-p
Gambar jet ada 2 keping je eynda snap dgn coolpix....kalau DSLR tu ok mesti gambar lagi jelas :-(
Video ada tapi iPhoto eynda lak buat problem....nanti2 kalau dah ok eynda letak video jet tengah terbang...
Jet dah mendarat...sebelum matikan enjin diaorg keluarkan asap kepul2....
Nak balik dah....relaks2 kejap sejukkan badan...panas sungguh kat sana...rambut panas...tudung panas....muka sunburned....tekak kering....bateri henpon & kamera pun jadi lemah sebab panas sangat kot....
Peekaboooooo.....
On the way balik ke kete...setiap pokok dia akan nyorok & sebut peekabooo....
Tak terasa pun jauh parking kete....kejap je dah sampai kat kete hehe....
Exercise.... 1.5km...
Jalan elok ada dia nak jugak jalan atas rumput....
Kesimpulannyer memang best la show tu....cuma kalau Hannah ok lagi best...lagi enjoy....teringin nak tengok LIMA pulak....tapi nanti la biar Hannah dah cerdik skit...

Friday, October 2, 2009

Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds.

** Update @ 11pm ** Esok pagi eynda & Hannah pegi jugak tengok pertunjukan udara tu...sape-sape yg nak pegi jugak tu....jumpa di sanaaaa... *wink wink*
~ dari pakcik google ~
Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang. Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat. Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM). Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009 Wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan sepanjang pertunjukan di adakan. Sumber : TUDM
Petang semalam sambil baring2 kat ruang tamu dgn anak-anak, heran pulak...mana datang jet pejuang tetiba je bising kat Shah Alam ni...
Rupanyer ada pertunjukan udara kat TUDM Subang....
Insyaallah hubby cakap esok nak bawak Adam pegi tengok. Eynda nak ikut jugak tapi boleh ke bawak Hannah ni?? Mesti bunyi bising kat sana kan....bila jet2 lalu atas bumbung kondo ni pun dah bunyi kuat sangat....
Kalau eynda & Hannah takleh ikut pun.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sila la bawak encik kamera kekekeke....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails