Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed
Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23
Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal
1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran
kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya
http://haneefsyah.blogspot.com
Sekitar lebih 3 tahun yang lalu, abah merelakan dan
meredhakan anak untuk diambilNYA. Terasa beban yang maha berat, dan kesan
kehilangan yang amat, waktu itu. Seakannya tiada orang lain yang terpaksa
menghadapi ujian segetir itu di alam ini.
Namun sekitar pertengahan Julai tahun 2013, rupa-rupanya,
ibu-ibu dan bapa-bapa Mesir juga telah merelakan bukan seorang anak, malah
ratusan dan mungkin ribuan, dijemputNYA atas anugerah syuhada’. Sebahagiannya
juga adalah mahasiswa beberapa Universiti ternama Mesir. Hampir tidak dapat
dicatitkan senarai panjang nama-nama anak belia yang mendapat gelar syuhada
itu.
Sekadar menyebut beberapa nama, mereka telah menyerahkan
Abdul Ghani Muhammad, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, dari Universiti Al
Azhar, Solah Adil Abu Humaidah, fakulti bahasa, Universiti Asy Syuhada
(Universiti Al Azhar), Abdurrahman Al Abidin, Univerisiti Manufiyyah, Suhaib Al
Bastawisi, Abdurrahman Sami, Muhammad Usamah Muhammad At-Tabakh dan Hasan
Hamam. Perlu disebutkan, bahawa Universiti Al Azhar sahaja, telah
menyumbang lebih dari 85 orang syahid, sementara ratusan lagi tercedera dan
ditahan.
Kini ditahun 2014, senarai anak-anak Mesir yang gugur
sebagai syuhada, berterusan bertambah saban hari .
Terakhir sekitar November 2013 Al-Akh Ahmad Azam, senior
abah di UITM, dan merupakan salah seorang pimpinan gerakan pelajar Islam ketika
itu, juga terpaksa merelakan anakandanya dipanggil kembali kepangkuan Si
Pencipta, juga dalam misi untuk menjulang tinggi kalimahNYA.
Sedang di Palestin, sudah sekian lama dan sekian banyak
telah menyerahkan anak-anak belia mereka untuk agama Allah. Manakala terkini di
Syria, di Mynmar, dan di Bangladesh mereka sudah juga menyerahkan anak-anak
belia mereka untuk agama tercinta ini.
Baru abah benar-benar tersedar, bahawa disana ramai lagi jiwa-jiwa yang
terpaksa memujuk hati demi haq dan perjuangan. Terpaksa merelakan orang yang
mereka sayang demi agama dan kebenaran. Tidak mengapa anak, moga–moga kalian semuanya menepati apa
yang Allah gambarkan lewat firmannya, bermaksud :
" Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang
menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada
yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka
sedikit pun tidak merubah (janjinya) "
[Al Ahzab : 23]
Este año como cada año, nuestro tren parara en alguna estación, depende de cada uno de nosotros dejar ir a la tristezas, miedos, frustraciones, malos momentos, desamor. Agradece a cada uno de ellos.. su compañía y sus enseñanzas, aunque hayan sido dolorosas, déjalos ir, déjalos bajar de este tren. Deseo que en esta parada, a tu tren suban miles de bendiciones, sueños alcanzables, amor, abundancia, fuerza y determinación para seguir tu viaje.
ReplyDeleteHoy en mi vagón quedaran puestos desocupados y espero te sientes a mi lado para compartir junt@s este nuevo viaje. FELIZ NUEVO COMIENZO EN ESTE AÑO 2015!!!
ReplyDeleteشركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالدمام