Followers

Showing posts with label Ma'had Tahfiz. Show all posts
Showing posts with label Ma'had Tahfiz. Show all posts

Friday, July 12, 2019

Mikail Menang Kuiz Sains

Posted by Zie Madini | 0 comments


Sampai² je dia kat rumah (time ni bapak dia yg ambik dia balik sekolah), terus ko dia suruh Zie tutup mata. Zie tengok kedua² tangan dia ke belakang pegang something. Macam lerrrr Zie tak dapat tengok hadiah dia kat belakang dia tu. Beso mana lerrrr badan kau tu nak oi. Hahaha.

...tapi still lah Zie ikut rentak dia. Buat² tak tahu yang di dapat hadiah. Haha. Ikut gak la tutup mata dan tunggu dia habis kira..




"1...2..3! Buka mata", katanya. Terus lah emak dia "wahhhhhhhhh.... dapat hadiah anak emak". Excited Zie. Ha... yang ni memang betul excited Zie, bukan buat² excited. Hehe. So terus lah Zie tanya dia, why dia tetiba jer dapat hadiah. Ada apa² acara ke kat sekolah. sambil zie belek² hadiah dia.

...transparent file 2 keping tu, Zie mintak dari Mikail. Dengan bangganya koooo dia bagi. Haha.




Rupanya minggu tu merupakan Minggu Sains kat sekolah dia. Semua pelajar Darjah 1, dorang ada Kuiz Sains. So siapa yang dapat jawap semua betul, dapat hadiah... katanya ceritakan. Means....semua betul ler tu dia jawap...

Wah.... bangga emak nak. Serba serbi awak tu cemerlang dalam pelajaran. Harap kekalkan prestasi sampai bila².... Tahniah Mikail!




Wednesday, July 10, 2019

Minggu Orentasi Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman-Ya'kub

Posted by Zie Madini | 0 comments

Ni post throw back awal tahun 2019 ni ye. Haha. Time Mikail still di minggu orentasi di sekolah dia. Pakai seragam sekolah dia ada 2. Uniform & Jubah. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat... dorang wajib pakai Jubah. 

Then setiap Selasa dan Khamis. Dorang wajib pakai Uniform sekolah. Setiap hari Selasa, ada swimming class. dan setiap hari Sabtu, ada kelas Teakwondo. Kehadiran wajib. 





Salah satu aktiviti time minggu orentasi dorang. Buat tempat letak pensil. Cute!Lupa plak nak gmbar versi mikail buat. hihi.





Ni plak sesi belajar sambil tengok Tv pengajaran. Ada nama Ustaz dia sebut. Lupa...hehe. 




Ni plak sesi Kesenian.




First time ambil dia di sini, jemmed gilos! huhu






Menyempat dia bermain di Playground sekolah. Time budak² main ni pun, ada cikgu yang awasi. Semua pergerakkan anak murid, cikgu pantau. So takde isu buli membuli...inshaAllah. Salah satu gak sebab why zie hantar Mikail (Irfan & Mikayla pun akan Zie hantar ke sini gak, Semoga dorg lulus ujian kemasukkan), untuk elak dia dari kes buli.

Kan zaman sekarang ni semakin berleluasa je isu buli ni. Risau! Sebab tu bila dia nak masuk Tingkat 1 nanti, Zie risau...huhu. Takpe...still ada 5 tahun lebih lagi utk Zie start risau. Buat masa ni, just go with the flow, babe. hehe






Dia ni, asal Zie ambik dia balik jer, sure adaaaaaaa jer benda alah dia nak makan. Huhu. Kalau bapak dia, tak kosa bapak dia nak melayan. Haha. Zie, part makanan....tak sampai hati tak tunaikan permintaan anak. Makanan maaa...



Tuesday, July 9, 2019

Hari Pertama di Ma'had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (MATTARY)

Posted by Zie Madini | 0 comments

Ya ampunnnnn.... 6 months later weh, baru keluar entry ini. Hahaha! Awal tahun ni tadi letakkan gambar² je dulu. Penulisan, aku delayed sampai sekarang. Hahaha. Nak gak publish cerita dah basi kau. Untuk bacaan balik time Zie dah pencen nanti or dia sendiri baca time dia dah besar panjang.

Harap dia hargai penulisan emak dia ni. Berharga okay Mikail, moment ni. Ada gak bila emak dah takde nanti...if rindu kat emak, bukak ler blog mak ni or blog Mikail sendiri (ni blog Mikail Sendiri --> Mikail's Journey)... ibarat mak tengah bercerita dengan awak ye, nak. Hihi.


Okay, berbalik kepada story hari pertama dia ke Mattary. Wajib Zie sediakan sticker nama & cloth label nama untuk Mikail. Untuk label alat tulis, tilam, bantal, selimut dan baju² dia. Ramai ingat di sekolah asrama....tak lah, sekolah harian. Cuma sekolah ni sampai pukul 5:30pm. Kira seharian dia bersekolah....so ada time tido mandi bagai lah.




Budak Darjah 1 dah anak emak ni. Badan kecikkkk jer. Ye, sekolah ni sekolah swasta. Sengaja zie masukkan dia ke sekolah swasta sebab tak perlu sediakan bekal (sekolah provide makan; Breakfast, lunch & Minum petang), tak perlu bawa duit belanja (A to Z pihak sekolah uruskan).... dan reason paling utama adalah, Zie tak perlu risau di kat mana. Bermain ke or belajar sepanjang masa di berkerja. Hihi. 

Kan, bila Zie turun kerja... dia turun sekolah. Zie habis kerja, dia pun habis sekolah. So lega di situ. Tahu Masa 8 jam dia tu, dia guna khas utk belajar. Then time malam, kita kan ada untuk pantau pergerakkan dia. So belah malam, masa untuk dia berehat dan bermain. Sekolah dorang tak bagi kerja rumah unless ada kerja di kelas yang tak habis, then terpaksa siapkan di rumah belah malam.

Tapi sebolehnya cikgu² akan pastikan dorang siap di kelas so that takde ler kerja sekolah yg bawa balik. Coz pihak pengajar pun paham, dorang dah seharian belajar. Belah malam khas utk dorang rehat dan ulangkaji bacaan surah jer.



Kat tempat dorang ambil wuduk ♥ 






Fully air-cond kelas dorang. Siap ada locker untuk dorang. Jangan hairan tgk bag di letak bawah meja tu. Still baru² lagi. Dorang belum paham dan pandai tentang penggunaan locker. Haha. Sekarang semua dah terisi penuh locker tu.
Cuma buat masa ni, Zie tak benarkan Mikail tinggalkan buku² teks dan buka latihan dia dalam locker. Sebab zie belum pandai sangat nak uruskan sendiri. Maybe Darjah 4 or 5 nanti kot. Sampai dia betul² pandai uruskan sendiri...then baru zie benarkan dia letak buku teks & latihan dia dalam locker.

Buat masa ni, takpe...Zie uruskan ikut jadual. 




Di surau dorang ♥ Masa nak solat dhuha





Ni plak masa balik. Yang bestnya, ada cikgu dorang tunggu mak bapak anak murid masing² sampai. If semua dah sampai, baru cikgu balik. Tapi andai kata sampai jam 6:15pm, ada parents yang belum sampai lagi, anak murid akan cikgu hantar ke pondok polis. Then mak bapak akan ambil di situ.

Sekolah ni, Polis bantuan yg jaga. Secured sikit. Masuk keluar semua recorded. Parents semua di bagi sticker sekolah. If takde, then baru kena tahan dgn polis ambil nama bagai. Sayangnya sekolah ni hanya setakat Darja 6 je.

Cubalah ada sekolah menengah gak, kan best. Takpe....who knows soon akan dibina, kan. If tak, then mikail akan Zie apply masuk sekolah agama berasrama penuh.... haaa, this part zie risau. Sebolehnya tak nak mikail masok asrama, belum masa lagi utk dia berdikari...huhu.





Wednesday, July 3, 2019

Gambar Kelas 6 Cerdik + Tawaran Masuk Mahad Tahfiz

Posted by Zie Madini | 0 comments

Sesi bergambar bersama Cikgu² di Kelas 6 Cerdik. Cari, mana satu Mikail. Hehehe. Syukur Alhamdulillah...selama 3 tahun, tamatlah sudah sesi pembelajaran Mikail di Tadika Tahfiz. From 0 to Hero anak emak dah. Dari buta huruf, jadi cerdik pandai dah dia.

Berkat kegigihan cikgu² dia memberi didikan dan tunjuk ajar. Bukan senang okay nak mengajar budak² di tadika. Umur 4-6 tahun, umur ni ler budak² tu jenis kuat main & "tak masuk saman"...hahaha.





Alahaiii....sopan je anak emak ni senyum. Sejuk hati tau tengok muka Mikail ni. Penyejuk hati emak dan bapak ♥




Sebelum cuti sekolah bermula, pada 2.11.18.... Zie terima panggilan dari Mahad Tahfiz. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan Mikail di terima masuk untuk sesi pembelajaran Tahun 2019 bagi Darjah 1 dengan kelulusan cemerlang! Alhamdulillah.... Boleh refer di entry ini --> Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)

Zie dan husband tak push Mikail. If dapat, dapat. If tak dapat, sekolah di sekolah kerajaan yg biasa je. Tak perlu masuk sekolah private ni if dia tak dapat. Tapi bila anak lulus dengan cemerlang; dalam 200 plus anak² yg menduduki Ujian Saringan, hanya 50 orang je yg akan terpilih masuk, nak nak lagi anak ko dia antara Top 3... mak bapak mana yang tak bangga.

The best among the best. Alhamdulillah. Semoga Mikail terus kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran walaupun hakikatnya, Mikail ni jenis yg kuat main. Zie doakan agar dia sentiasa cemerlang untuk ilmu dunia dan akhirat dan sentiasa berjaya dalam kehidupan dia akan datang. InshaAllah....


Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)

Posted by Zie Madini | 0 comments



Pada 6 Oktober yang lepas, Mikail ada Ujian Sariangan untuk kemasukkan ke Ma'had Tahfiz bagi sesi pembelajaran Darjah 1. Seriously, bukan Mikail je yang nervous. Emak dia ni pun turut nervous gak taw. Walaupun cikgu² tadika tahfiz dia semua kata, dorg confident yang Mikail akan dapat sebab masa ujian Pra-Kelayakkan Ke Mattary penghujung bulan September, Mikail DID GREAT!

Still among Top 5 student di kelas yg terpandai katanya. Ni below Zie share result Ujian Pra-Kelayakkan tu.



Ni markah utk bacaan Hafazan dia. Alhamdulillah... purata markah keseluruhan untuk bacaan hafazan dia 94%...6 mata lagi untuk dapat 100% hehe. Bagi zie tersangatttttt lah okay. Zie umur cam dia dulu, uols fikir zie sepandai dia ke? Haha. Zie tak pernah pun masuk tadika. Terus ke Darjah 1 (dulu hidup susah, arwah ayah tak mampu nak masukkan anak ke tadika...syukur Zie bijak ler gak Darjah 1 dulu. haha)




Yang ni plak penilaian bacaan Iqra dan Al-Quran dia. Part ni zie tak risau sangat sebab Mikail dah masuk Al-quran, muka surat 212 dah dia. Sebab based on taklimat utk kemasukkan Ma'had dulu, murid² akan di uji bacaan Iqra je....so Pengetua tu kata, if anak² dah baca Al-Quran, no problem sudah. Benefits anak dihantar ke Tadika Tahfiz ♥
And Yes, Mikail kata masa Ujian Sariang hari tu... Ustazah Ma'had suruh dia baca Iqra je ^_^ 





Gambar sebagai kenangan dia masa dia dah besar nanti. Nervous gak dia Zie tengok. If dikenangan², kesian gak. Umur baru je 6 Tahun, tapi dah ambil ujian penting. Bukan senang nak masuk Ma'had Tahfiz ni, kekosongan hanya 75 or 100 (lupa...haha), tapi student yg mohon almost 200 orang. Ko ghase? Haha... Mana tak zie pun ikut nervous.

Sungguh sekolah swasta... huhu. Sekolah swasta ni diiktiraf kementerian pelajaran ye uols. So Darjah 6, yup... ada ujian UPSR. If nak hantar anak² ke sekolah Tahfiz, make sure yang berdaftar dan ada ujian² yg sekolah kerajaan tetapkan, UPSR, PT3 & SPM. If takde, better don't.

Sebab pelajaran duniawi pun penting sebab tu akan menjadi sumber utk dorg dptkan pekerjaan kelak. Di sekolah Ma'had ni.... dia balance. That's why pembelajaran dia full day. 7am - 5:30pm.





Cariiiii...mana satu Mikail! Hihi. Campur dengan Tadika luar sekali. Ada some of them, sekelas dengan Mikail. So zie dudukkan dia dengan budak sekelas dia. Tak dia nervous sangat. Harap dia fokus...inshaAllah.

Yang ni ujian Bertulis; BM, BI, Math & Agama (agama ni termasuk Jawi & Bahasa Arab). Mak bapak, di suruh ke ruangan Dewan Makan sekolah untuk menunggu. Habis je ujian bertulis dorang, rehat selama 30 minit. Terus tanya Mikail... camne? Okay tak soalan.

Dengan confident dia jawap .... "SENANG! Semua kamek dapat jawap"... Wahhhh anak, takut mak dengan over confident kau tu nak. InshaAllah.... mudahan semua dijawap dengan betul. Amin.




Yang plak ujian Lisan untuk BM, BI, Hafazan dan Bacaan Iqra/Quran. The moment Cikgu dia hantarkan gambar ni.... Ya ampunnn uols, terus berdebar Zie taw. Terasa debaran yg Mikail rasa. Haha. Tapi bila zie Cikgu dia bagi video masa tu, tengok reaksi last sekali Cikgu tu tepuk tangan, seems positif je tu. Hihi.

Cikgu² kelas dia berdiri depan pintu untuk bagi support so that dorg tak takut. Hanya mak bapak je tak di benarkan. Takut dorg stress aganya kot




Ni video tu ♥ 



It's a wrap! Good luck to all of them. Buat Mikail, InshaAllah.... Mak yakin Mikail akan berjaya masuk ke Ma'had. Doa seorang ibu. Kita ibu ibu ni mesti positif thinking when it comes to our children. U can do it, sayang. 



 

About Me

My Photo
Zie Madini
Salam uols. saya Zie Madini. Gadis berasal dari Kuching, Sarawak. I am a mixblooded girl. Half Malay, half iban ^_- Lahir pada tahun 12/8/1984... thats make me 31 years old skrg. Ouchhh! tua sudah...HAHA. Oh ya, dah pun married on 11/11/11. Mama kepada Muhamad Mikail, lahir pd 30.8.12
View my complete profile

Labels

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by YOUR NAME :)