Hi There,

Latest Posts
Assalamualaikum..
And hai..very good morning to all.. 😄


Actually last two weeks aku just search-search godek sana godek sini tengok movie apa yang best dekat wayang sekarang nie since dah lama giler tak buang masa and duit pergi tengok wayang kan.
So after baca a few reviews dari para blogger sekalian and mr.google punya sipnosis and tak dilupakan juga kepada encik youtube punya trailer, last decide nak tengok movie thailand  BAD GENIUS.

So awal-awal planning tu macam-macam masalah muncul before nak  pergi tengok movie tue. First my Visa Checkout tak boleh guna (tak tahu lah apa masalahnya kan) *guna Visa Checkout sebab boleh dapat tiket RM6, then Hong Leong Connect punya tiket RM9 pun dah habis quota. Last bayar je lah harga tiket yang sebenar. Hahaha. Kind of kecewa sikit. *Orang kedekut macam aku memang macam tu perangai, kalau boleh nak cari yang murah jer. Hohoho.





 My Sipnosis

Movie Bad Genius nie berkenaan dengan perbezaan darjat orang kaya which not so genius and orang sederhana a.k.a tak mampu miliki apa yang dihajatkan but got their brain, means pandai lah. So movie nie berkisar kan macam mana orang kaya boleh beli brain orang pandai nie. So orang pandai nie menggunakan their brain untuk develop skill how they going to cheat in exam untuk membalas balik jasa orang kaya yang pandai menyediakan duit untuk meniru dalam exam. Faham tak sipnosis dia? Kalau tak faham kena lah tengok full movie. Heeee



My Review

Even aku tak kenal pelakon movie nie but can said here they are gorgeous and handsome, my first review, oppss!! Second, sound movie nie macam korang tengok cerita hantu, serius tak tipu. Boleh buat jantung korang bergetar beb and cara dia garap suntingan kamera untuk fokus kan sesuatu tu memang terbaik beb. Ishk, tak tahu langsung pun pasal suntingan-suntingan nie, ini just from my point of view ok. Last jalan cerita dia, korang pernah tengok tak movie english ke hindustan ke yang buat movie tentang planning nak rompak bank semua tu kan, haaaaaa..cerita dia ala-ala macam tu lah, perbezaan dia cuma ini cerita buat planning nak meniru dalam exam. Hahaha. 
So, I give 7.5 out of 10.



Bad Genius Trailer

 
 (sumber dari encik youtube)


Ok, that's all..sayonara.
Bye.


Assalamualaikum

Hi there..

Sedar tak sedar or sengaja tak nak sedarkan diri, well we now dah masuk bulan kemerdekaan dah. Tinggal lagi lebih kurang 4 bulan saja lagi 2017 akan berlalu. Korang rasa still awal ke untuk 2018?? So saja nak tahu, apa yang exactly bermain di fikiran korang semua bila terfikir tak lama lagi nak masuk tahun 2018?









Well, saja nak berkongsi my thought sebab bila aku fikir 2018 jer aku rasa OMG! hahaha. Rasa sangat you allssss tau.. First thing yang aku fikir is cepatnya masa berlalu. Aku rasa macam tahun 2017 nie tahun yang tak aktif langsung bagi aku. Rasa hari-hari aku buat benda yang sama. Damn!!!! Kalau nak cerita pasal hal perasaan nie sampai malam kang la korang baca post nie. Kihkihkih. So kita leave kan dulu hal hati and perasaan ni. Harharhar 😋

Second. Bab ni aku aci potong jari lah korang pun mesti fikir/risau juga kan. Bila tahun meningkat ni, means umur kita pun meningkat kan. Tak gitu???? Ini yang paling aku takut sekali selain takut bila memikirkan saat-saat kematian. For me, bila dah masuk 20-an dulu tak ada lah rasa sangat hal-hal umur naik ke turun ke, but since sekarang aku dah.. 20+++++ aku dah naik gerun. Mana tak nya, kawan-kawan aku dah beranak-pinak dah, but aku still kat sini single mingle je lagi, tunggu nak jadi presiden ahli kelab single dunia jer belum lagi. Waaaaaaaaaaa!!!! 😖

Ketiga. Kau fikir tahun depan kau kena buat something new untuk diri and hidup kau. Well ini biasa awal-awal tahun atau malam 31 December tu kau akan fefeling sorang-sorang duk atas katil ambil diari buat bucket list azam untuk tahun depan. End up kau foward kan balik azam tahun tu untuk next year (siapa yang selalu buat macam nie pls put you hand up 🙋). Bukan nak cakap siapa-siapa pun sebab that things always happened to me, last-last boleh hafal dah azam setiap tahun (sebab azam yang sama ja).


HAHAHA (gelak sorang-sorang). Thats all rasanya.
Just nak sharing my thought.. So korang ada terfikir like me tak?? 
Seriously, I'm really nervous to face another year. OMG!!! 
Ok..Bye!


Assalamualaikum..hai semua.

Well, macam mana dengan puasa korang? Penuh ke tak penuh nie. Eh eh eh. Ehem! Heeee. Actually aku tunggu lama giler kot nak update drama nie. Tunggu apa? Tunggu masa kelapangan ler. Tolong faham ek walaupun kadang-kadang tu aku buat-buat tak ada masa Hewwww.

Dulu aku pernah update drama Ji Chang Wook yang pernah berlakon dengan Yoona kan Well sila la baca review tu di sini. But now, he comeebaaaccck again. OMG!! Tapi macam biasa lah aku tak sempat nak tengok lagi walaupun sekarang dah masuk episode ke 20 dah. Hahaha. Tak apa nanti akak buat marathon ok, biar sampai tercungap baru taaauuuu. 

So Ji Chang Wook dengar khabar cerita ( khabar jer? al-maklumlah akak kan tak tengok lagi drama nie), this time dia bawa watak comedy romantic gitu which is very different dengan drama-drama yang dia berlakon before this. Ohh, tak sabar nya akak nak tengok. Sebab akak boleh tau?? Kawan akak selalu sangat tweet kat twitter pasal cerita tu. Eh? Sempat pula kau usha twitter kan! Huh.

This time si mamat hensem nie, oppsss! berlakon dengan Nam Ji Hyun (pernah berlakon drama Shopaholic Louis dengan Seo In Guk). Kawan akak tu tweet macam diaorang nie sweet-sweet gitu, but dont know since akak tak tengok lagi. Ok, kalau korang dah tengok jangan lupa tolong comment akak ok!



Simple Sipnosis

Khabarnya mengatakan bahawa Ji Chang Wook nie dia kerja dekat bahagian justice department gitu, lepas tu si girl nie jadi intern lah dekat department tu, girl ni juga macam pandai lah taekwando semua bagai. So, diaorang kena bekerja sama untuk menyelesaikan misteri tentang satu kes nie yang melibatkan pembunuh yang amnesia. Aikkk? Cerita dia macam ala-ala kena pegang pistol jugak ker macam mana??

Cerita dia dalam 40 episode ok! Terkejut mak tau! Actually if tak silap, cerita nie satu episode only setengah jam jer, so kalau tolak bahagi tambah darap semua lebih kurang 20 episode jer. Dia SBS punya drama and tayangan dia setiap Rabu ang Khamis. And latest episode punya ranking dekat korea is nombor 7 (ikut asianwiki punya info lah kan).



Ini gambar photoshoot untuk drama nie. Wow! Nampak macam sesuai jer. 
Cute jer akak rasa. 


Trailer



Actually kan korang boleh youtube jer. Semua dah ada kat sana, and kalau nak tengok yang full episode and preview setiap episode pun dah ada. Haha..aku malas sebenarnya nak cari and letak kat sini bebanyak. Sorry!!

That's all from me. Cuba-cuba lah ek tengok drama nie. Aku nanti buat marathon jer kot. Tak sempat lagi buat masa nie nak layan drama nie. 😞

Adiosss..jangan lupa puasa tau!!
Salam Ramadhan.
Byeeeee


Assalamuaikaikum.. and hi. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat Islam seluruh dunia.

Well, hari ini dah masuk 7 Ramadhan dah kan.. cepat saja masa berlalu. And of course after a while tak update blog. Hahaha. Just nak kongsikan perasaan sedih, why? Yelaa, bom sana, bom sini sekarang nie dah tak kira tempat dah. Negara tu aman ke tak aman ker, bom tetap bom dah sekarang nie. Di tempat awam and apatah lagi apabila melibatkan orang islam nie kan. Allahu... 

But that's not a point. Akak nak kongsi sikit pengalaman akak pertama dalam seumur hidup nie yang terjadi. First of all, puasa kali nie akak tak ada berpuasa dengan family. But tak kisah lah sebab time study dulu pun sama gak. But yang lain nya puasa kali nie, berbuka sorang-sorang je depan tv pula tu. Hahaha. Ayat nak touching jer kan. Sahur apatah lagi, depan laptop pula. Hahaha. 

Puasa kali nie lain macam sikit. Apasal? Seminggu sebelum puasa tu akak demam seminggu ok. Cuti lah apalagi kan and part yang paling best sebab 1 puasa boleh puasa dekat rumah sebab ambil cuti berkepuk. Hahaha. Sorry boss. Rasa macam demam hari tu, hanya Allah saja yang tahu. Ini pun still terbatuk-batuk and hingus meleleh-leleh lagi seperti budak hingusan. Eh??? Hahaha.

Part yang paling mencabar sekali bila berbuka puasa jer tak lalu sangat nak makan. Kalau beli nasi tu separuh jer habis. Pagi esok bangun jer mesti terus ke toilet. Sama gak time bersahur, sampai office mesti kena pergi toilet juga, seakan-akan perut nie menolak semua makanan yang masuk. And sorry kalau bunyi nya tak senonoh sikit, but bila masuk toilet jer semua yang keluar cair jer. oppsss! 

Tak nak fikir yang bukan-bukan just positif kan mind ler kan cakap this is ujian right menghapuskan dosa-dosa kecil yang dalam tak sedar banyak pula dosanya. Hahahaha. 

Well, that's all untuk this entry. Sebab kalut tulis entry time rehat kat office so entry pun tak leh karang panjang-panjang.

 

Adiosss..
Salam Ramadhan
Semoga dapat menjalani ibadah puasa hendaknya..



Assalamualaikum..hello there..hi hi hi hi (muka excited lama tak berbloging)

its been a while kan aku tak update apa-apa dalam blog nie kan. Alasan??? TAK ADA! Hahaha. Tolong jangan kecam akak. 





So tolong tengok tajuk post please.. Apa korang buat hujung minggu? So for me, hujung minggu jer mesti kena buat aktiviti nie. Kira macam sehari tu tak ada buat kerja lain dah, dari pagi sampai ke petang kadang-kadang tu sampai ke malam pun ada. Just start aktiviti nie pun dalam bulan febuari nie jer. Apa yang aku buat? Well................................................................................................
Aktiviti hujung minggu ialah melawat adik bongsu dekat asrama. Okey, tolong jangan kecam sekali lagi. Al-maklumlah dah nama nya pun bongsu kan. Jealous ok! Setiap minggu ok! Bongsu tak pernah berjauhan dengan family kan. Pasrah je lah dengan kehendak mak ayah tiap-tiap minggu pergi melawat bongsu. See..kakak yang baik lagi *mata ke atas.

Kesimpulan yang paling baik boleh aku simpulkan dekat sini, every week hari sabtu jer mesti punya pergi Perlis jumpa si Bongsu. Dah balik jumpa bongsu tu kadang-kadang singgah kejap kampung dah alang-alang satu jalan jer kan. Tengok! Cucu yang baik gituuuuu..angkat bakul eh angkat diri masuk bakul eh betul ke peribahasa nie (abaikan je lah malas fikir). 



Bukti 1st. Bawa bongsu outing beli kasut sekolah baru. Daaaaaa


Bukti 2nd, kekonon surprise kan bongsu sebab cakap ngan bongsu that week kiteorang tak pergi jumpa dia. 


Extra picture, pengganti bongsu dekat rumah. Budak NakNak. 


Okey..Done!! Byeeee
Adioosssssssss



Assalamualaikum..and hai.. SELAMAT TAHUN BARU semua. Semoga tahun baru ini akan membawa ke arah satu perubahan kebaikan. Yelaaa..mesti lah semua nak jadi baik kan. To those yang tetiba rasa nak buat jahat tu, cepat-cepatlah istighfar banyak-banyak iye. Heeee. 

Well untuk first post tahun baru nie, akak ada a few tips kecantikan lah untuk korang. Akak tak ada lah pandai sangat bab-bab nak cantik nie, sebab akak pun bukan cantik pun. Kalau mak mentua tengok tu cakap so-so saja orang nya. Ooppsss!

Akak memang ada satu masalah since sekolah menengah lagi, which is mulut akak nie akan sentiasa kering jer memanjang. Kadang-kadang tu sampai menggelupas teruk. Air yang akak minum hari-hari pergi mana pun tak tahu. So bila start study dekat U baru rasa nak pakai lipbalm, tapi kejap saja dah kering balik, lipbalm nie kena rajin letak dekat bibir kan. Masalahnya akak nie tak ada lah rajin pun, kalau pakai lipbalm pagi, pagi esok pula la jawabnya baru pakai balik. Hewwwww

So, after tue timbul lah kesedaran sikit bila dah mula berjinak-jinak pakai lipstick. Tengok orang lain pakai lipstick macam alahai cantiknya, akak pakai lipstick tapi bibir pecah-pecah. Lalat tengok pun tak sampai hati nak hinggap. After that, akak ada lah baca beberapa majalah kan pasal hal nie, so ada lah a few tips yang akak amalkan sampai sekarang. Jom ikut akak...







Ubat Gigi

Ini paling senang korang boleh cari kat rumah. Kalau tak jumpa kat rumah, haaaaa..tak tahu lah nak cakap macam mana. Tutup mulut, tanya sama gigi lah jawab nya. hewhewhewhew. Apa yang korang kena buat? Just sapukan ubat gigi kat bibir for a few minit time tengah mandi tu (seelok-elok nya 3 minit lah). Sapu ubat gigi nie boleh membantu memerahkan bibir dan juga boleh membantu membuang kesan lipstick yang still melekat kat bibir korang. Trust me! Akak dah try buat, and it actually help me a lot and very easy. Tambah-tambah lagi kalau korang ada event nak kena attend, this tips will help you. Tak percaya? Try lah, tak rugi pun. 😉

Madu

Kalau guna madu pun ok. Akak pernah buat lah a few time jer, pastu akak dah tak buat sebab dia macam melekit kat mulut pastu akak jilat la bibir apa lagi, ending dia dah tak ada apun yang melekat. Heee,,ini pun senang jer cara nak guna. Just sapukan jer kat bibir korang for 15 minit kemudian bilas. BILAS! kalau tak nanti jadi habuan lebah la mulut korang, tak pasal-pasal dapat bibir terlebih mungil. huuuuuuuuuuuuuuu

Daun Sirih

Ini memang betul-betul tradisional nie. Tapi khasiat darun sirih nie sangat mujarab sebab dia membantu melembapkan bibir. Jadi tak salah pun kalau korang nak cuba. How? Ambil dalam tiga helai sirih dan tumbuk sampai lumat. Pastu bila korang tumbuk tu dia keluar air kan? haaaaa, ambil air and sapu kat bibir korang pada waktu malam or before going to sleep. Ini memang mujarab (bak kata my nenek lah).

Halia

What actually halia a.k.a ginger can do? Mai akak nak story. Halia nie sesangat membantu mereka-mereka yang hadapi masalah bibir pucat terutama. Dengan pengamalan secara berkala, ianya membantu memerahkan semula bibir korang menjadi seperti delima ala-ala jambu gitu. Nice kan!
But how? Well, mula-mula korang ambil seketul halia and tumbuk sehingga hancur. Perah airnya and campurkan dengan kuning telur ayam kampung and makan setiap pagi dan malam. Weird kan caranya? This is traditional girls, nak cantik tak?


Kunyit

Last but not least, using kunyit is one of the way untuk mendapatkan bibir kemerah-merahan gitu. Eh tolong beri perhatian di sini, bukan  serbuk kunyit yang warna kuning mak korang guna untuk peram dengan ikan sebelum digoreng tu tau. No No No! Ini kunyit yang korang ambil direct dekat pokok or boleh jer beli dekat pasar. Caranya, kupas kulit kunyit tu, cuci dulu sampai bersih-bersih, then parut ataupun tumbuk and campurkan dengan santan kelapa pekat. Last, haaa letak lah kat bibir korang dan biarkan beberapa lama yang korang mahu. Boleh juga dipakai setiap hari.


Hope, ianya membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah bibir nie (including me)
That's all
Selamat Mencuba


Assalamualaikum..and hallo. Yeah! Just tinggal a few days jer lagi kan nak melangkah ker tahun baru. Nervous? Gembira? Sedih? Hahaha. Yang penting istiqamah dan terus mengharapkan satu perubahan ke arah kebaikan. InsyaAllah..

So sebagai permulaan nya, akak start dengan join this segmen bloglist. hahaha. Thanks adik Zafirah Nazri jemput akak. So jom ler kita..reramai memeriahkan segmen nie. 



So lastly, have fun menuggu saat-saat umur terakhir sebelum melangkah ke umur baru. 
Hahaha

Adiossss





Asslamualaikum and hallo.. perghhh lama gila tak update blog nie kan, padahal banyak ja lagi draft yang tak habis karang. Hahaha.

Anyway, this time aku terpanggil untuk buat post nie is because one of my favorite malaysia artis yang aku minat dia since umur dia berbelas-belas lagi. To me, she is good talented singer! suara dia boleh meremang bulu roma. Siapa lagi kalau bukan Shila Amzah. I'm too proud of her, macam mana dia bawa diri dia sehingga ke China. Superb!! 





So, tak nak bebel banyak-banyak, just layaaaannn jer video sumber youtube bawah nie ok.
Adiosss



Well, Assalamualaikum and hi there.. Today, nak straight to the point jer. Tak ada dah mukadimah semua bagai (aceeeehhwah). Continue, end of this year there are another drama yang pendapat aku akan beri impak yang terbaik lah. Kalau tengok trailer dia pun dah macam OMG! Can't wait nya nak tengok! Ok, to those yang tak layan pun drama-drama korea nie please don't read my post yang ini. Yang lain okey. Nganganganga.

Goblin nie ditayangkan start 2 Disember 2016, ada lebih kurang 16 episode total. This drama pengganti kepada drama The K2 untuk channel TVN. To those yang memang ada tonton The Heirs, Descendant of the Sun and Secret Garden, Haaa..penulis yang sama yang tulis skrip untuk drama nie juga. So kalau tengok drama-drama yang penulis nie buat skrip dulu, kind of meletup juga kan. So, can't wait nak tengok yang ini pula!





Simple Sipnosis

Drama nie about a man yang jadi Goblin yang dah beratus-ratus tahun hidup and need a bride untuk mengakhirkan immortal life dia. So Goblin nie hidup dengan mengingati setiap insan yang mati sambil searching bride dia. Selain goblin, Grim Reaper yang amnesia pun ada dalam drama nie. Berlainan dengan goblin, grim reaper nie tak boleh ingat langsung tentang macam mana dia boleh jadi grim reaper and life dia yang dulu. Genre for this drama more to fantasy and romance, yelaah since dia kena cari bride kan, so ada lah romance-romance dia kat situ.

Barisan Actor/Actress and seangkatan 

Barisan pelakon dia, pergghhh!! Waiting for their chemistry of course. 


Gong Yoo as Kim Shin or Goblin

Ok, I know. Mesti korang macam "owh dia ke yang berlakon". Yup! That's why la korang kena tengok ok. Movie korea yang meletup-letup tahun ini Train to Busan, also peminat tegar drama korean, korang mungkin ingat kan antara drama yang pernah dia berlakon Coffee Prince and Big. Kalau tak silap aku kan, last drama dia berlakon cerita Big tu lah. Penulis drama goblin nie pun dah beberapa kali invite Gong Yoo untuk berlakon drama dia termasuklah Descendant of the Sun untuk watak Song Joongki but dah 4kali dia tolak sebab Gong Yoo nie cakap dia fobia dengan drama, that's why la dia banyak muncul untuk filem jer. Then, untuk kali kelima nie, dia accept juga watak dalam drama nie. Nice choice anyway! kan kan kan? hope so.


Kim Go Eun as Ji Eun Tak

Untuk this girl pula, aku kenal dia dari drama Cheese in Trap (Ok, aku memang peminat tegar drama korea nie, so jangan kata apa-apa. Layankan saja). Dalam drama nie dia bawa watak high school student yang dah di tahun akhir dah. Tak pasti pula she is goblin bride atau pun tak. Tapi Goblin pernah selamatkan dia lah. So, dia ada keistimewaan boleh nampak and communicate dengan benda-benda halus gitu.


Lee Dong Wook as Wang Yeo or Grim Reaper

Lee Dong Wook oppa! Sapa ingat drama My Girl yang pernah meletup kebabom dulu tue. Not sure lah, but time tue aku still kat sekolah menengah. Such a memory. Dalam drama nie dia jadi grim reaper, aku rasa sesuai saannggaatt. I love his face yang macam mesra alam tu. So dia macam berkongsi satu rumah lah dengan si goblin nie, but they not a friends or anything. Macam musuh-musuh but still help each other gitu. So korang boleh bayangkan tak apa yang akan jadi kalau goblin dengan grim reaper satu rumah? Hahaha. Not sure either..



Yoo In Na as Kim Sun (Sunny)

Yoo In Na nie kalau korang ingat dia ada berlakon dalam Secret Garden as housemate kepada Ha Ji Won. Mata ke atas lagi. Dalam drama nie pula, dia macam ada something dengan grim reaper. Boleh bayangkan tak dia and grim reaper? Scary dowwhhh..grim reaper pula tu. Hahaha. Dia juga bos sexy plus cantik gitu kepada Ji Eun Tak yang kerja part time dekat kedai nasi ayam dia.  


Yook Sung Jae as Yoo Duk Hwa

Yook Sung Jae real life dia as an k-pop idol. Tak silap ahli group btob kot kan. But dalam cerita nie dia jadi nephew kepada si goblin. Not nephew betul lah macam nephew angkat gitu tapi disebabkan ahli keluarga dia beberapa generasi sebelum nie berkhidmat untuk goblin nie, so dia continue je lah. But for this generation punya, si Yoo Duk Hwa nie more kepada trouble maker kepada goblin and mischievous gitu. Nak tahu apa dia buat? Kena tengok lah kan, since aku pun tak menyabar nak tengok drama nie. Hahaha.



Trailer

Tengok trailer nie je pun, aku dah macam "omg!"



Aku harap sangat drama nie will have jalan cerita yang tak membosankan.
Hopefully sangat!
And can't wait nak tengok drama nie sampai habis.

Ok..that's all
Sayonara.












Assalamualaikum..and hi there. Well tengok post title. what the la kannn. Hahaha. Ada akak kisah nya? *mata ke atas gitu. So happy birthday in advance to myself. Hahaha. So sesiapa yang bakal menyambut kelahiranya bulan December nie, happy birthday in advance toooo to all of you. Kihkihkihkih. Over I nie tau.

Okey, why advance birthday gift? where? when? Well actually dah lama dah aku memikir untuk dapatkan a new handbag for myself. So aku pun menabung lah. Tak banyak pun menabung just told myself kalau ada note warna hijau dalam purse, aku kena pejam mata jugak and masuk kan dalam tabung. With that baru boleh beri barang yang engkau nak kan. Tapi bila sampai hujung-hujung bulan tu sehinggit jer akak masuk kan. Ceh!! Sampai bila nak banyak.





Then hari tue aku pun kira-kira lah duit tabung aku kan. Okey, fine asma bag mana yang kau nak. Nak bag mahal-mahal kena menabung lagi. So suddenly terfikir "Owh next month my birthday, okey kalau macam tue, hari birthday aku tu keluarkan duit tabung and pergi beli handbag. So boleh lah jadi birthday gift untuk diri sendiri kan". Tak tahu malu betul. Beli hadiah untuk diri sendiri. Hahaha. And i believe some of u pun macam tue jugak kan. Heeeee. Mengaku cepat.

Next month baru pergi beli handbag, tapi tangan nie dah menggatal google semua web yang ada jual handbag. Terfikir lagi kalau beli online pun menarik jugak. Okey dah..teringat plak i.g member aku yang memang dah canang kata dia jual bag. Semua jenis ada, kau nak Bonia, Calvin Klein and lain-lain boleh jer cari situ. But not original one, based on gred. But okey lah kan, mana lah aku nak celup duit beli yang original punya. Dah galak usha-usha i.g dia, so aku ada lah terminat dengan satu handbag nie jenama calvien klien. Dah canang habis dah kat family aku yang aku nak beli bag tu. Tapi tak ada lah aku whatsapp kan member aku tu lagi. Kononnya nak tunggu lah sampai awal bulan disember nanti baru tanya member aku tu. 

Nak dijadikan cerita last sunday aku pergi makan kenduri rumah kawan aku nie dekat Jeniang. Alang-alang tu terus kejap pergi Sungai Petani and singgah minum air favorite aku kat Amanjaya Mall Sungai Petani (nanti aku update dekat review food untuk bulan november minuman apakah yang aku minum sampai sanggup ke Sungai Petani). So dah habbis lepak kejap, kaki nie gatal berjalan menuju ke satu kedai handbag yang aku suka pergi time study situ dulu. 

Owh damn! Mata aku dah tertatap ke arah satu bag yang warna hijau zamrud. So aku memang cari handbag yang besar sikit and sesuai untuk casual wear jer, since casual punya handbag yang aku ada just muat handphone and purse jer. So tanya lah mereka-mereka yang pergi kenduri sekali dengan aku tue. Apa lagi naik tanduk tiga belas hasut aku suruh beli bag tue. Ceh! tak boleh harap langsung. Penghasut tegar. Last-last memang aku beli in advance terus ah. Balik rumah dengan purse kosong jer lah hari tue. hahaha. 



Seee...Balik jer terus gantung tempat bag. 👜👀
Tertarik pula dengan warna maroon nie. Terus grab jer. 

So, tak ada masalah pun, just topup balik je lah duit yang aku simpan ke dalam purse. Seee! But puas kot bila buat macam nie, menabung untuk buy something. Yang penting disiplin itu saaanngaaatt penting. Kalau korang nak tahu puas or tak, just try tengok menyimpan duit untuk membeli barang yang korang suka. Jangan pula simpan tak sampai sebulan then suddenly korek tabung sebab dah kering poket. NO NO NO ye kawan-kawan semua! 😨


Okey..tu jer nak story
Baiiii


Assalamualaikum and hi..good morning. Well its being a while kan. So how are you? Heee. Me having headache sebab memikirkan banyak benda sangat (benda tak perlu fikir pun fikir juga *biasalah perempuan. huahuahua)

Hari tue aku dah pernah update actually pasal cerita K2 disini. Tapi time tue drama nie baru nak start tayang dekat korea. So, sekarang nak buat review lah pasal drama nie after berminggu aku menunggu sehingga ke episode akhir tauuu. Sejujurnya aku macam dissapointed sikit untuk drama nie since aku suka gileeerr lah kan dengan actor dia tue. 







Kamera/Suntingan or whatever
Apa yang membuat kan aku keciwa kan is kenapa entah aku rasa kamera dia macam shaking almost all the time. Ker memang diaorang guna teknik macam tue? Art kata kan *i did not know anything about art. Then, ada part untuk peralihan dari satu babak ker satu babak yang lain which is aku rasa not so smoothly, tetiba jer terus cut and keluar babak lain. First time aku tengok babak yang jadi macam tue aku dah "what the hikkkssss" lah kan, tapi still juga terjadi a few yang macam tu jugak. So malas fikir abaikan jer.


Skrip 
Ermmmm..bagi aku skrip yang diaorang gunakan kind of berat sikit nak faham. Or memang aku nie yang jenis lambat faham since drama nie drama politik kan and most of the part bila ada adegan bercakap pasal politik i felt so borinnnggg. And tak ada juga skrip-skrip yang lawak ringan yang korang boleh gelak walaupun simple, and skrip romance yang korang boleh rasa "alaaaa..sweetnya" gitu.


Adegan
For me, ini adalah one of drama korea yang tak banyak adegan-adegan cintan cintun and i love the fact. Most of adegan dalam nie adalah action. So akak likeee gitu. Tambah-tambah lagi melibatkan actor yang akak minat kan. Ngeeee. Hampir 70% dalam drama nie action. To those yang nak cintan cintun or komedi drama, this should not be your choice. There also part yang buat korang tersentuh hati bila tengok. Ada satu part nie Anna melawat K2 yang kena tembak at the same time dia terpaksa lepaskan K2 (malas cerita panjang, tengok sendiri 👇)





Actor/Actress
Fisrt of course I bagi clapsss lah kat Ji Chang Wook sebabnya most of action scene dalam drama nie, dia buat sendiri. Ko terbang ker, ko fight ker most of them tak guna pelagak ngeri pun and akak pun likeee lagi. Then, aku puji lah lakonan Yoona dalam drama nie especially time dia sedih, memang nampak menjadi berbanding drama dia sebelum nie. Choi Yoo Jin watak antagonist dalam cerita nie memang tabik spring la aku kasi, terbaik! Dengan mata, mimik muka dia. Such a great actress. 



Choi Yoo Jin (Nama dalam watak)






Kesimpulannya, out of ten, I give seven for this drama.

Adiooosss..

Assalamualaikum..hallo. how are you doing? I hope all in a good shape. I means sihat-sihat semua ya.

Well yesterday i went to hospital. Yeah because i'm having backache yang sangat-sangat sakit. Dah hampir 3 tahun okey sakit nya. But not berterusan la.. kadang-kadang jer. At last! I went. Selepas beratus-ratus orang suruh pergi hospital buat check out. Ok tipu! Tak sampai beratus pun. Kau ingat kau artis?

Reason why aku tak nak sangat pergi buat check out kat hospital? Walaupun dari luar nampak aku nie calm, cool and acah-acah berani macam tu padahal tak tahu aku nie penakut. Takut nak hadapi kenyataan. Bayangkan kalau tetiba aku pergi check and then suddenly doctor cakap aku ada kanser ker, penyakit-penyakit kronik ker macam mana? Yup i know itu semua dugaan and ajal maut semua di tangan Allah. But aku tak boleh bayangkan if that happen to me. Dah la hari-hari pun buat dosa. Ngaaaa.😂

Okey, back to hari aku pergi hospital. Aku pergi juga sebab malam sebelum nya tue tahap sakit yang aku baring angkat kaki ke atas. Sakit derrrr. Pejam mata pergi je la. Aku pergi hospital kerajaan harap maklum. Dah daftar semua, aku masuk la jumpa doctor cakap lah aku sakit semua. Dia cakap sebab urat. Pastu aku cakap lagi yang aku letih semua bagai kan. Last-last dia suruh aku pergi test kencing manis. What the heck! Sepanjang hidup aku ini first time aku cek kencing manis tau tak.

Time tengah tunggu giliran aku untuk test kan, macam-macam aku fikir. Macam mana kalau aku betul-betul ada kencing manis. Kena kawal makan, tak boleh makan tak tentu pasal dah. Forget everything! Omg! Can i live like that? Time tu rasa macam nak cabut lari pun ada jugak. hahaha. Okey jangan la gelak. I know. Ridiculous jer semua fikiran macam nie. 

Lepas aku test kencing manis tu, aku masuk balik jumpa doctor tadi. Aku pun bebel la sakit aku nie bla bla bla bla and bla lagi. Last sekali dia hantar aku pergi buat fisio jer. Haa..ambik kau! Since aku ambil ubat farmasi dia dah tak nak kasi aku ubat lain dah. Just datang untuk fisio jer nanti. Dah habis tu aku pun tanya la doktor tu. "So macam mana dengan kencing manis saya?". Doktor tu boleh gelak dekat aku. Pastu dia tanya aku, breakfast tak pagi nie. Aku cakap la siap makan nasi goreng lagi. Rupanya kencing manis aku dalam 3.1 which means low sugar dalam badan aku nie. Kalau normal tu dalam 4-5 mcm tu. Since aku dah makan but still rendah means memang gula dalam badan aku rendah. Mungkin sebab tu aku macam tak ada tenaga sangat kot kan. Hahaha.





Part yang paling best aku mati-mati ingatkan 3.1 tu dah tinggi. Normal gula dalam badan should be zero la kan. Hahahaha. Nampak tak jahil nya aku bab-bab kesihatan nie. Heeewwwww.



okey tue jer yang nak cerita..baiiii