Nuffnang Ad

Showing posts with label school break. Show all posts
Showing posts with label school break. Show all posts

Tuesday, 12 December 2017

Aktiviti Hujung Minggu


Aktiviti berhujung minggu selalunya duduk rumah ajelah sice cuti sekolah ni agak malas nak keluar sebenarnya, merata tempat ramai orang so kalau keluarkan pergi HERO untuk beli barang bsah nak masak ajelah.

Beli pun tak banyak, cukup setakat untuk masa 2-3 hari ajelah cos adalah masa nak dapatkan barang yang fresh sikit kalau beli awal pagi di HERO.

Breakfast rajin ambil telur dulu sebelum makan benda lain, bagi tenaga sikit la.

Kalau Ahad, kemana lagi kalau tak ke padang bola la untuk beberapa tournament yang masih belum habis lagi ni.

Selalunya, habis bola aje terus balik makan di luarlah. Adakalanya makan mamak tapi kalau teringin nak makan nasi Melayu, singgah terus di Kantin Asam Pedas di Ukay Perdana, terangkat kuah asam pedasnya, ambik set bawal goreng dan juga daging tetel, memang sedap.

Cuti sekolah, rambut pun still kena kemas dan pendek. Serabutlah tengok rambut panjang-panjang macam tak terurus aje.

Makan malam selalunya I ambil fruits aje. Stok buah kena ada sentiasa kat rumah but for now, dragonfruit adalah buah pilihan.

Since cuti sekolah, game semua dikeluarkan baliklah, tapi main game pun kena berpada-pada, cukup 2 jam satu hari, then kena cari aktiviti lain like baca buku cerita or tengok silibus untuk tahun depan, buat persediaan awal sikit.

Tuesday, 13 June 2017

Aktiviti cuti sekolah

Cuti sekolah ni banyak betul masa berpuasa di rumah, so I pun habiskan masa masak untuk berbuka dan juga menyiapkan semua homework anak-anak yang bertimbun. Ryan pun ada homework juga, antaranya kena buat alat bantu mengajar sifir 1-12 dalam apa bentuk pun. So kita pilih bentuk pizza ajelah senang.

As for Danish yang akan menduduki UPSR tahun ini, setiap subjek ada homework yang kena buat. Satu subjek satu buku, so pagi-pagi dalam pukul 8am dah mula mengadap buku and buat revision juga.


Kalau ada yang mengajak moreh di luar, barulah kita pergi. Kalau tak, memang Daddy Jack malas la nak melayan.

Selain dari memantau homework anak-anak, kena jugaklah mengemas rumah sikit-sikit. Mana boleh duduk saja aje. Suka betul jugakan Enjo ni yang we all beli dari Adelaide, sangat memudahkan kerja rumah dari atas ke bawah.

Bila time Jumaat, kirimkan aje pada sesiapa yang solat di masjid. Selalunya I hantar, pastu ada yang tolong ambikkan.

Sunday, 2 April 2017

District 21

Pertama kali menjejakkan diri ke District 21 cos ada team  building di sana bersama rakan sekerja. Sampai-sampai seawal pagi terus mencari kedai makan for breakfast dulu.

Selalu dengar cerita aje, kali ni dah sampai dah pun. Macam jakun la juga tengok the interior, boleh ke tak buat semua aktiviti ni.

I bab ketinggian memang tahap dewa punya penakutnya. Tahun lepas pergi Skytrex, tahap nak muntah bila buat semua aktiviti, tapi bila dah selsesai...leganya.

Setengah hari aje disini, lepas tu semua boleh bersantai-santai, mana yang belum puas main, main sampai lebam.

Nanti nak bawa the boys datang ke sini, try buat aktiviti lasak jugak. Tunggu Danish habis UPSR la kut, baru boleh enjoy and relax sikit. Sekarang ni semua tengah busy dengan aktiviti bola, sukan dan juga extra class.


Friday, 24 March 2017

Cuti-cuti sekolah

Cuti sekolah tak kemana pun, duduk rumah ajelah. So kita masak and makan ajelah. Danish pun busy dengan extra class from Monday till Thursday (830am - 4pm) so kita pun sama jugak la tak bergerak ke mana-mana.

Masa time rajin, kita pun buatlah Laksa Johor, tahu dah remehnya macamana tapi disebabkan teringin nak makan, so kita pun kenalah buat juga.

Breakfast pun simple ajelah, kalau asyik makan roti canai aje, mana nak larat

Makan lunch pun kadang-kadang lauk yang simple aje, tak larat nak masak berat-berat especially bila hari panas berdenting, rasa berkuap duduk lama-lama kat dapur.

Dah lepas masak semua, kasi kemas lemari handbag dan juga baju-baju. Baru tersedar ada beberapa handbags yang basih belum digunakan, pastu terpikir bilalah masa membelinya. Ni masa duduk kat Adelaide ni, asal sale aje gatal membeli.

Kalau dah petang-petang tu, anak-anak pun sibuk tanya petang makan apa? So mencarilah dalam pantry apa yang boleh dibuat untuk minum petang.

Taraaaa, jadilah Kuih Lapis, kegemaran Ryan


Kadang tu, kalau dah bosan makan dirumah, kita pergilah juga makan di luar sekali sekala, kasi dapur berehat juga.

Petang Isnin and Rabu as usual la, training bola di padang sampai pukul 8. I pun ambil kesempatan la berjogging keliling padang.

Kalau Ayah ajak makan luar, barulah dapat join. Selalu tak dapat join sebab hari sekolah.

Kalau Ayah selalu nak ke Hadramawt, Jalan Ampang, makan Nasi Arab

Bangun pagi selalunya sesi mengemas rumah dulu sebelum anak-anak bangun. Kalau dah bangun, mana nak mengemasnya sebab sibuk nak makan memang tak ada masa nak kemas especially living hall.

Sekarang ni I pun terjebak sama kalau pergi mana-mana shopping mall, masuk kedai sukan nak tengok pants and tshirt untuk bersukan.


Kadang kala, kalau rajin berjalan makan la di KLCC, samada di Little Penang, ataupun Madam Kwans. Antara tempat makan yang anak-anak suka makan.

Tak bermakna makan di tempat-tempat mewah aje, sesekali makan di gerai pun best juga. Suka lagi makan masakan Thai di gerai-gerai berbanding makan di restoran cos harga murah and banyak pilihan malahan sedap pulak tu.

Sunday, 19 February 2017

Johor Causeway Tournament - Balik KL



Dah 3 hari 2 malam we all berkampung di JB so tibalah masa nak balik KL balik. Banyakkk sangat benda yang nak dibuat especially nak sediakan kelangkapan barangan sekolah. So, as usuallah, breakfast dulu then check out then terus balik KL.

Johor Bahru memang tetap salah satu bandar yang paling best we all pernah pergi. Since dari zaman UTM lagi JB memang tak pernah menghampakan.

On the way balik KL, menyinggah pula ke Alor Gajah, saja aje masuk Melaka. Nak beli belacan dan juga cencaluk.

Nak beli kuih udang pun kena beratur juga sekarang ni? Rasanya semua yang viral memang dah menjadi tumpuan orang ramai, kan. Dulu masa belajar di UiTM, selalu juga bawak balik KL. Dulu pun kedainya buruk aje, now dah upgrade jadi food court dah.


Singgah gerai-gerai tepi jalan aje membeli belacan, keropok dan juga cencaluk yang nak disimpan dan juga diberikan kepada sedara-mara.


Balik from JB, we all kena singgah pula Hotel Furama di KL cos Daddy Jack kena attend meeting kat sini pulak. After bincang-bincang, sambung pula cuti-cuti we all disini.

Kebetulan pula, hotel tempat we all ni dijadikan salah satu tempat penginapan untuk pemain bola yang terlibat dengan Piala Supermokh antaranya team dari France, Korea, UK malahan dari Australia juga. Seronok la the boys dapat tengok.

Pemandangan menarik dari bilik, nampak KLCC dan juga KL Tower. Berjaya Times Square betul-betul di depan hotel ni, sempat lagi kalau nak menyukat kat sini pulak.

Bilik yang luas dan juga selesa, tak sangka hotel ni nampak macam tak begitu terkenal tapi kekemasan bilik memang tip top.

Malam di hotel, we all makan roti naik from JB dengan cicah nescafe dan juga milo. Masing-masing tak nak makan nasi ataupun makanan lain, cukup makan roti and snack sahaja sebab siangnya dah makan banyak dah.

Saturday, 18 February 2017

Johor Causeway Tournament - Day 02

Bangun seawal pagi cos we all nak masuk Singapore for JB-Singapore Causeway Tournament. We all masuk dengan kereta while other players masuk dengan bas. So takut jem di imigresen so cepat-cepat bersiap and terus nak pergi aje walaupun game pukul 3pm. Sebelum pergi, breakfast dulu di hotel, makan sekenyang-kenyang yang boleh.

Make it full, takut nanti kelaparan dalam kereta menuju ke tempat perlawanan. Breakfast di Quality Hotel not so bad, banyak juga pilihannya.

Sampai, masing-masing dah excited nak bermain dalam cage. Agak pelik sikit padangnya cos dah terkepung macam dalam sangkat aje nampak.

Geng parents selalunya akan menyediakan macam-macam kelengkapan untuk anak-anak, pisang untuk yang nak menambahkan tenaga, air mineral memang kena banyak dan juga tuala basah untuk kelegaan lepas bermain.

Team U11 FCKL, tahun ni ada yang dah pergi U14 and mostly masih stay dengan U12. Seronok bersama mereka ini, even the parents pun dah kenal malahan tiap kali habis game sure akan melepak sama-sama.

Dinner makan pizza aje, malas dah sebab badan pun dah keletihan dah. Esoknya pun ada game juga tapi di JB aje.