Nuffnang Ad

Showing posts with label siblings. Show all posts
Showing posts with label siblings. Show all posts

Sunday, 12 February 2017

Ke Kuantan, kiter

Cuti panjang raya Cina hari tu semua plan nak pergi ke tempat-tempat percutian terpaksa dibatalkan cos semua tempat fully booked. Hanya ada satu tempat aje yang masih available...balik Kuantan. We all balik on Saturday, singgah breakfast dulu di Old Town sebelum meneruskan perjalanan.

Light breakfast aje, kang makan yang berat-berat takut pulak nak ke tandas sepanjang perjalanan. Sure tandas sepanjang RnR akan penuh, so makan ala kadar ajelah.

Smooth journey, kereta pun tak banyak di jalan so kita rileks ajelah tak perlu nak berebut-rebut. Alhamdulillah, cuaca pun baik aje sepanjang berjalanan.

Sampai aje Kuantan, Ibu ajak makan arab kat Restoran Zam Zam. Malas nak order secara individu, so kita order set talam terus. 2 jenis nasi terus, kabsah dan mandhi.

On the way balik, menyinggah Giant Kuantan untuk membeli barang-barang untuk membat BBQ malam nanti. Since CNY, so banyak barang especially sayur-sayur dan juga ikan tak begitu banyak dijual.

Balik sempat singgah Pasar Malam untuk mencari lauk-lauk basah untuk tambahan buat BBQ. Dah namanya pasar malam so banyak la juga dijual makanan yang lain-lain kan. Antaranya bubur lambuk ni pun ada dijual. Ingatkan bubur lambuk ni hanya ada bila time bulan puasa aje, rupanya setiap masa pun boleh buat.

Jus mangga gelas besar pun ada dijual, minum sampai kembung pun boleh

Beraksi di dalam swimming pool baru di rumah Ayah Nan. Nampak macam best aje, kena beli jugak ni letak satu kat rumah.

Bukan sahaja berbbq, malahan nak bershell put juga. Adik beradik pakat-pakat membeli king crab dan juga lobsters. First time tengok king crab dan dapat pegang, pernah tengok kat youtube sorang minah Korea ni makan, mak aii nampak sedap aje.

Menu bbq and shell out kami sekeluarga malam tu. Makan tak seberapa tapi the kecohness and gelak ketawa tu yang best. Makanan memang banyak, tak terhabis satu malam so esok pagi just tambah nasi goreng and makan lagi all the leftovers. Mana yang tak habis, bungkus and bawa balik sambung makan di KL aje.


Sunday, 13 March 2016

Post events

Sabtu lepas we all mendapat 2 undangan ke majlis yang berbeza. Birthday party and fashion show. So pagi-pagi tu kena hantar Ryan pergi training dulu then balik training singgah makan breakfast dulu.

Dalam pukul 11, dengan cuaca ya ampun punya panas ke Desa Water Park di Seri Petaling. Inilah pertama kali we all menjejakkan kaki ke sini. Selama ni tengok aje di tepi highway Sungai Besi tu tapi memang tak pernah nak singgah.

Tak plan pun tunggu sampai habis majlis, ingatkan nak drop Danish aje tapi dah Ryan pun dapat undangan so kenalah we all tunggu juga sampai habis majlisnya.

Happy 10th Birthday, Nicolas. He is one of Danish's soccermate di KLFA. Mix Melayu and German. Hebat bermain bola. bila I temankan Danish, selalulah bersembang dengan maknya yang memang peramah dan baik orangnya.

Dah settle birthday party, bergegas pula ke fashion show yang dikendalikan oleh my sister Didi yang mempunyai jenamanya sendiri Audadi. Didi membuat koleksi ready ro wearnya yang dikeluarkan diatas labelnya sendiri.

Ramai tetamu yang hadir, tapi masa we all sampai dah selesai dah shownya.

Sesiapa yang berminat boleh layari FB/Instagram audadiamani untuk melihat banyak baju dan juga kasut yang dibuat sendiri oleh adik I. Tempahan pun dibuka juga. Not only that, adik I ni juga membuat private class kepada mereka yang berminat untuk menjahit.

Tuesday, 29 April 2014

Happy 40th Anniversary !!

 Dah lama tak celebrate any special occasions bersama keluarga tercinta, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan juga keluarga sendiri. So bila nak berkumpul tu kena buat appoinment awal-awal sikit. Yang terbaru kita berkumpul anak beranak semua masa sambut anniversary Ayah dan Ibu yang ke 40 tahun di Seri Pacific Hotel, KL. Plan asalnya nak sambut di Atmosphere, KL Tower tapi tempat tu dah fully booked so kesinilah tempat we all berhigh tea.


Cake pun tak beli yang besar, nanti tak habis so dapat complimentary cake from the bakery.

 Happy 40th Anniversary to Ayah dan Ibu !!!!

As always la, cucu-cucu la sibuk nak tiup lilin apa bagai

Lagi-lagi si kerinting ni hah, dia pun sama sibuk nak tolong potongkan kek tu.

Makanan memang banyak, ada pelbagai jenis makanan, dari nasi, mee, kuih muih, cakes serta macam-macam lagilah sampai rambang mata nak memilih yang mana satu yang berkenan di mata...tapi rasanya semuanya berkenan kut.

Sementara menunggu kereta, sempat lagi tu Kak Jah buat posing maut di lobby

Kononnya berpuasa selama sebulan tak pergi ke KLCC tapi lepas aje majlis makan sempena Anniversary Ayah ajak semua jalan-jalan ke KLCC pulak, so nak tak nak terpaksalah melawat juga kawasan yang dah lama ditinggalkan ini.
Hmm kalau dengan Daddy Jack, haruslah melawat kedai-kedia sukan dulu sambil nak cuci mata katanya nak tengok jersey bola sempena World Cup nanti.

Dari bapa sampailah ke anak memang tak boleh nak lari dari barangan sukan. Dah tahu dah ada boot Messi yang baru keluar memang mencari setiap sudut kedai sukan di KLCC, akhirnya jumpa di Parkson. Haishh, yang ada banyak kat rumah tu tak tahu mana nak letak.


Tuesday, 22 April 2014

Audi 2nd birthday

Just a mini celebration for Audi yang menyambut birthday yang kedua di Pizza Hut, Wangsa Maju. Tetamu undangan pun dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

 Dah 2 tahun si kenit ni pada 1 April 2014 yang lepas, dah ada adik dah pun

 Seronok la muka kerinting dapat makan pizza


Ni pun ada keluarga yang tak dapat datang, dari Nilai, maklumlah majlis ni dibuat diwaktu hari biasa so tak dapatlah family Ucik turut serta. Lain kali lah yer

Tuesday, 1 April 2014

Umrah

2 minggu Ibu pergi mengerjakan umrah bersama kawan-kawannya.  Seronok bila tengok orang-orang berkesempatan nak menunaikan umrah ni, insyallah kami sekeluarga pun akan menyusul juga tak lama lagi.

Flight balik pagi dalam pukul 8 tapi I tak berkesempatan nak ikut menyambut kepulangan Ibu cos anak-anak bersekolah. So hanya Ayah, Hannan, Ucik serta Ayahda yang menjemput Ibu di KLIA.

 Alhamdulillah, semuanya selamat sampai.

 Ibu with Ucik

Semenjak trending Ellen mengselfiekan diri bersama beberapa artis, makan trending itu juga telah menular di kalangan 3 beradik ini.

Balik sekolah, lepas Maghrib semuanya berduyun-duyun nak pi jumpa Ibu. As usual, balik Mekah, dapatlah jubah ni, senang nak pi mengaji ataupun masjid nak solat Jumaat nanti.

Cucu-cucu cilik Ibu. Tengoklah dinding rumah ibu tu habis kena conteng dengan cucu-cucunya yang kreatif. Raya tahun ni kena catlah sikit, kasi clear semuanya.

Thursday, 5 December 2013

Cake

Kek pengantin yang beratnya nauzubillah, sampai kena 4 orang mengangkatnya. Menggunakan buttercream semata-mata tu yang membuatkan bertambah berat.

Tak sempat tanya Ibu dimana tempahnya kek ini, kalau tak bolehlah bagi credit kepada tuan punya badan yang membuatnya.

Selesai acara makan beradab, pengantin pun kembali ke pentas utama untuk acara memotong cake.

Lepas semua majlis selesai, I pun bergegas menyelamatkan cake yang creamnya makin cair sebab panas, so memotong cake untuk diberikan kepada tetamu yang masih ada lagi.

Cake 3 tier itu bahagian bawahnya adalah coklat, di tengahnya adalah butter cake dan yang atas sekali adalah red velvet. Semua jenis cake sangat sedap, cumanya buttercream agak tebal tapi ramai jugak yang minta cream lebih masa ambil cake itu.