Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Cheesy Sosej Puff

Wednesday, August 10, 2011

Salam...


Ari ni buat sosej puff utk Rais minum petang...


Cheesy Sosej Puff
Resepi dari Deco Choco siap ada tutorial lagi...boleh klick sini 



Bahan-bahan:-

  • kulit puff pastri
  • sosej
  • telur
  • cheddar cheese - nurul tambah

Cara-cara:- 

  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  2. Keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
  3. Susun sosej di tengah puff dan taburkan cheese. Keratkan bahagian kiri kanan menyerong sampai ke bawah. Boleh refer tutorial kat sini Last sekali sapu dengan telur. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang. 




Broccoli, Cauliflower & Chicken Soup

Rais dah 3 hari batuk2 yang berkahak tu..makan tak berselera sangat..ari ni buatkan sup dengan harapan dia leh mkn byk skit..tapi tinggal lagi skit nak abis dah tak nak...tengah batuk2..makan nasi pun tersembur2 jer..pastu dia mintak makan pisang sampai berbiji2...hmm tak pe la janji perut tak kosong.. 




Resepi ringkas jer

Bahan:
Brokoli - potong kecil
Kubis bunga - potong kecil
1 keping Ayam fillet - potong dadu
1 biji bawang kecil - hiris nipis
1 sudu olive oil
1/3 kiub ikan bilis
Sedikit air


Cara:

  1. Tumis bawang dan masuk ayam. goreng sekejap.
  2. Masukkan kiub dan air. Biarkan mendidih dan masukkan brokoli & kubis bunga.
  3. Didihkan sebentar sehingga sayur lembut & ayam masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

Nasi Goreng Tomato

Sunday, August 7, 2011

Nak share dulu menu tuk heroku sorang tuh...Nasi goreng tomato...dia memang suka ape2 jer yang ada tomato...kalau tomato plum atau cherry tomato dia leh makan gitu jer...sejak puasa ni asyik ada nasi lebih jer pas sahur..tak yah nak susah2 sangat..wat nasi goreng jer..elakkan pembaziran :)



Nasi Goreng Tomato

Bahan:

1 cawan nasi (ikut sukatan anak makan byk mana)
1 biji bawang besar size kecil - hiris
1 biji telur 
1 potong cili benggala/capsicum kaler oren - didadu
2 keping smooked chicken - didadu
5 biji tomato cherry
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1/2 kiub ayam

Cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang n masukkan smooked chicken. Goreng hingga garing.
  2. Masukkan kiub ayam dan cili benggala
  3. Masukkan sos tomato & kicap. Kacau dan biarkan mendidih barulah dimasukkan nasi.
  4. Goreng nasi hingga sebati & buatkan lobang ditengah2. Pecahkan telur pada lubang tadi dan tunggu hingga hampir masak baru lah dikacau dengan nasi. Tutup api.
  5. Masukkan cherry tomato dan gaul dengan nasi. Angkat dan hidang.


Steam Spinach with Chicken & Egg

Wednesday, August 3, 2011

Menu untuk si hero yang tak berpuasa kat umah nih :)


Spinach kukus dengan ayam & telur

Resepi

Bahan:

2-3 tangkai Bayam merah - ambil daun sahaja
1 biji telur
1 fillet ayam - dipotong kecil (di perap dengan serbuk perasa atau garam)
Garam secukupnya
1 sudu Olive oil


Cara:
Susun bayam di atas pinggan tahan panas. Curah sedikit air dan taburkan garam. Kukus selama 3 minit.

Dalam non stick pan masukkan olive oil masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Pecahkan telur dan biarkan sekejap. Agak2 telur dah nak masak baru scramblekan.
Curah air bayam di atas nasi dan letakkan telur dan ayam tadi. Sedia untuk dihidang. 


Rais makan sambil susun snake alphabet nih...

Lemak Putih Labu

Tuesday, August 2, 2011

Salam 2 ramadhan...


Semalam tak da entry...berbuka di rumah mertua, menu asam pedas ikan parang, cencaru bakar ngan kicap cili api, ikan bilis goreng tahu & sambal belacan binjai..pergh..memang kena cili ngan mak mertua nurul..pedas betul..tapi sedap! makan bertambah-tambah (nasib la si kecik tak meragam duk baik je kat baby chair tuh) tq Asri.


So ari ni buatkan Rais menu lunch lemak putih labu & ikan merah goreng & suhun goreng
Lemak Putih Labu
Resepi yang senang sangat & cepat (semua mesti dah tau buatnyer kan)

Bahan:

2 potong Labu - potong dadu
1/2 batang Carrot - potong serong
1/2 Bawang besar - hiris
1/2 cawan santan 
1/2 kiub ikan bilis


Cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga labu empuk & carrot lembut. Hidang panas dengan nasi dan lauk pilihan lain.


Nasi + Suhun goreng + Ikan merah goreng
'Rais nak makan sendiri mama'
Hmm iyer la separuh jalan soh mama suap jugak :)

Pizza Pocket

Sunday, July 31, 2011

Salam..


Balik dr ikea dah petang..en.asben kena ke opis menghabiskan kerja2 tertunggak + meeting..jadiknyer dinner berdua ngan rais..decide nak buat simple2 je tuk malam nih..dok belek2 esbok ada Flexi pastry (brand kawan) yang beli aritu..tak pernah try lagi buat pakai flexi ni..kalau yang puff pastry tu mmg dah biasa buat..tengok kat depan flexi pastry ni ada gambar pizza..leh buat pizza..so jadi lah pizza pocket..pastry flexi ni dia mudah lembik berbanding puff pastry..terkial2 jugak tadi..next time sebelum defrost betul dah nak kena masuk inti..kalau tak payah nak menutup..(belajar dr pengalaman hehe)..hasilnya rupa memang tak semenggah hahaha belasah la janji boleh makan..rupa tu kena bikin cantik skit next time




Pizza Pocket
(2 keping) 

Bahan:

1 keping Flexi Pastry 8x8 brand Kawan - ada dua jenis whole wheat & plain - Nurul pakai plain
1 batang cheese sosej - nurul pakai sosej brand 5 star yang timbang 
1 batang pizza cocktail sosej - brand 5 star jugak
3 biji shitake mushroom - rendam dalam air panas & dadu kecil
6 helai daun salad - potong kecil (nak letak capsicum, carrot atau ape2 yang sesuai pun boleh)
2 sudu cream cheese - suhu bilik (cheddar, mozzarella pun boleh) 
Parmessan cheese secukupnya
Garam & Pepper 
Sedikit tepung
Egg wash


Cara-cara:

Untuk Inti-

* Panaskan minyak. Masukkan sosej dan goreng hingga garing.
* Masukkan cendawan dan goreng sebentar. 
* Masukkan salad & perasakan dengan garam & pepper. Tutup api. Biarkan sejuk 10 minit.
* Dah sejuk masukkan cream cheese dan gaul rata.


Untuk pocket:
* Panaskan oven 180 degree.
* Taburkan tepung. Letakkan pastry. Potong pastry jadi dua bahagian. 
* Sapu telur dikeliling pastry. Masukkan 2 sudu inti. Taburkan parmessan cheese. 
* Sapu tangan dengan tepung.  Tutup pastry. Tekan2 skit supaya melekat. Kemaskan dengan garfu.
* Sapu atas pastry dengan telur. 
* Bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu 150 degree dan bakar lagi selama 5 minit. 
* Biarkan 2 minit dalam oven. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan suam-suam. 


Kalau rajin boleh buat sos untuk makan ngan pizza nih..cara nya cuma panaskan instant pasta sauce yang dalam tin/jar. Macam makan dekat papajohns pizza. tapi nurul tak buat..cicah ngan sos tomato jer (tu pun kidnap rais punya) ehehe

Small Shell Soup

Friday, July 29, 2011

Salam..dinner tadi buatkan Rais Pasta Soup. Resepi ni senang sangat..bagi ibu2 yang tak de panjang masa boleh try..lagi satu dari bagi anak2 makan mee maggie yang sudah tentu tak berkhasiat..boleh la buat soup nih...rasa dia lebih kurang jer..tapi yang penting..berkhasiat :)







Small Shell Soup
Age: 2 years above

Resepi oleh: Nurul - Mom.With.Apron

Bahan:
* 1/2 cawan Small Shell pasta (boleh juga pakai macarroni, bowtie, fussili, penne dll)
* 2 sudu olive oil / canola oil
* 2 potong Brokoli (boleh juga letak carrot, cauliflower atau sayur kegemaran anak) - potong kecil 
* 1/2 kiub pati ayam
* 1 bawang merah - dadu 
* 2 batang Sosej Vienna Chicken (boleh dapat di pasaraya besar yang jual timbang) - potong serong
* 1 cawan air
* garam secukup rasa

Cara:
- Rebus pasta mengikut paket. Tapis dan ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah sekejap & masukkan sosej. Goreng seketika. 
- Masukkan kiub ayam dan air.
- Bila mendidih masukkan brokoli & garam. Biarkan mendidih seketika. 
- Hidangkan bersama bersama pasta.

Chicken with Mango Chutney Sauce

Salam..
Hari ni ujan lebat kat kl..ke satu malaysia ujan? hmm elok gak biar jerebu2 yang tebal tu ilang..sakit jer mata ni dengan jerebu..

Hari ni wat mango chutney sos utk rais..nak ngabiskan stok mangga dlm esbok yang dah nak lebam





Recipe from: simplyrecipes
Modified by: Nurul - Mom.With.Apron


INGREDIENTS
  • 2 lbs chicken thighs, bone in, skin on, trimmed of excess fat - nurul pakai ayam nutriplus free antibiotic, lemak pun tak banyak
  • Olive oil
  • Salt and Pepper
  • 2 ripe but firm mangos, cut and peeled, cubed into 1/2-inch cubes
  • Olive oil
  • 1 medium onion, chopped (about 3/4 cup chopped onion)
  • 1 garlic clove, minced
  • 1 Tbsp chopped candied ginger (or fresh ginger)
  • 2 Tbsp chopped raisins
  • 1/2 teaspoon mustard seeds - tak letak
  • Scant pinch of red pepper flakes tak letak 
  • 4 Tbsp sugar pakai honey 2 sudu
  • 3 Tbsp white vinegar pakai apple juice
  • 1/2 cup water
  • Salt to taste
  • Tambah 1/2 red capsicum - chopped

METHOD

1 Heat 1 Tbsp olive oil in a large sauté pan on medium heat. Add the onions and cook until soft, about 5 minutes. Add the garlic and cook a minute more. Add the chopped mango, ginger, raisins, mustard seeds, red pepper flakes, vinegar, red capsicum, apple juice, water, and sugar. Bring to a simmer, reduce heat to low, cover the pan, and let cook gently for 30 minutes.
2 While the chutney is cooking, cook the chicken. Preheat oven to 400°F with rack in the middle position. Coat the bottom of a roasting pan with olive oil. Rinse the chicken thighs in water, pat dry. Rub some olive oil all over the chicken pieces, sprinkle with salt and pepper. Place chicken pieces in roasting pan. Cook in oven until the juices run clear when poked with a sharp knife, or when the internal temperature of the thighs is 180°F, about 30 minutes. If the chicken pieces are not browned enough for you, you can finish them in the broiler for the last 5 minutes of cooking. If your chicken pieces are extra large, after 30 minutes, lower the heat to 350°F and cook until the chicken pieces are cooked through. Remove chicken and roasting pan from oven.  nurul perap ayam dengan garam & olive oil & bakar ayam pakai roasting pan. (x pakai oven pun sebab ayam seketui jer..sape yang nak buat byk tu better pakai oven)
3 Remove chicken pieces from roasting pan. Pour off rendered chicken fat, save for a teaspoon or so. (Do not pour down the drain or it will solidify and block your drain). Put mango sauce into the roasting pan with remaining chicken drippings. Spread the sauce over the whole bottom of the pan. Let sit for a few minutes to soften the drippings, then scoop up and place into a serving dish. Adjust seasonings. If too acidic, add more sugar. Add salt to taste. - x buat pun 



Pumpkin Rice

Thursday, July 28, 2011

Salam...
Hari ni en.asben tak de kat rumah..ada kursus kat bangi sampai petang..pastu terus gi bkt jalil tengok bola Malaysia vs Singapura..go tiger go...wahai en abang kalau masuk tv jgn lupa lambai2 la kat adinda mu ini..hahaha..so decide nak masak simple2 untuk Rais yang mama dia pun boleh tumpang sekali..yang penting berkhasiat (wink). Labu selalu kalau masyarakat melayu selalu buat masak lemak, talam, apam, dan mcm2..tapi tahukah anda khasiat labu?? 


Jom nak citer skit...


Artikel diambil dari http://tip-untuk-semua.blogspot.com
Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.
Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.
Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini. Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber seratatau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu
Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus bolehmerawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.
Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.



So hari ni nak share resepi Nasi Labu atau Pumpkin Rice untuk Toddler/Kids (mama & papa pun boleh jer nak makan sekali) nasi ni popular di kalangan masyarakat cina..nasi ni sedap dia manis2 dr buah labu. Cuba try test mesti anak anda suka! :)





Copy from: food-4tots.com  
Modified by: Nurul - Mom.With.Apron



Ingredients:
120g rice (2 persons) – (rinsed and soaked for 15 mins)
160g pumpkin (cut into cubes)
1 chicken thigh (de-boned, removed skin and cut into small cubes)
4-5 fresh medium size shiitake mushroom (washed with running water, cut into small chunks)
25g dried prawns (pre-soaked for 15 mins, retained water for cooking later) - nurul pakai udang geragau sebab sesetengah budak tak suka udang kering
5 shallots (sliced thinly)
3 tbsp oil  - nurul pakai colavita olive oil
Water for cooking (depending on the type of rice used)
Spring onions (for garnishing)

Sugar -  nurul pakai honey
Capsicum color orange - ni nurul tambah (boleh juga letak sayur lain brokoli, cauliflower, carrot, etc)

Seasonings:
1 tbsp light soya sauce
2 tsp dark soya sauce
½ tsp salt
Dash of sesame oil & pepper



Methods:
1. Marinate the chicken with light soya sauce, sugar, sesame oil & conrflour for at least half an hour.
2. Fried shallots until golden brown, set aside.
3. Heat up 2 tbsp oil of shallot oil, add in dried prawns and stir fry under low heat until fragrant. Add in mushrooms and dash of sugar, stir-fry for a while.
4. Push the dried prawns and mushrooms to the side of the wok, add in chicken and stir-fry until the chicken cubes turn pale (half-cooked).
5. Add in pumpkin and continue to stir-fry for a while. Add in a little oil if the mixture looks dried.
6. Add in pre-soaked rice, fried shallots, then followed by seasoning and stir until all the ingredients are well-combined.
7. Transfer all the ingredients to a cooking pot, add water to cover ¾ of the rice mixture.
8. Cook under low heat and stir occasionally until the rice is cooked thoroughly.

Mom.With.Apron Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino